Pages

Wednesday, March 12, 2014

07 - Berkelana Merentas Sempadan : Suzhou - Master of The Nets Garden

Dari Suzhou Museum jalan kaki ke bus stop semula.

Jalanraya agak jem time tu. Aku perhati setiap bas yang lalu supaya aku tak miss bus bernombor 202 tu.

Alamak.. Tunggu bas sampai, tetek yang muncul dulu........ Haks ( gambar ini adalah tidak disengajakan )

Lebih kurang 10 minit menunggu, akhirnya bas 202 membuat kemunculan. 

Aku naik dan bayar. Flat rate CNY 1 one way. Tunjuk kertas dengan tulisan Chinese untuk ke Master of The Nets Garden. Driver tu angguk je.

Aku duduk diam diam belakang dia.

Sampai satu part orang makin ramai. Kebetulan ada pulak budak kecik so aku terpaksa bagi budak tu duduk, Dari depan aku akhirnya terperusuk ke belakang.

Berpeluh peluh jugak la jadi nya sebab aku dah tak pasti mana nak turun. Bas penuh. Nak tengok kat luar pun tak nampak apa. Kot laa ada sign ke apa, tapi sebab ramai sangat semuanya terlindung.

Agak agak dalam 20 minit then aku try tanya ada satu makcik ni.  Aku just tunjuk kertas yang sama.

"Wait. Wait. After this"

Ha.. pandai pun cakap English !!!

Dengan bantuan dia akhirnya aku sampai ke bus stop yang seterusnya. Sebenarnya jarak tak de la jauh mana daripada Suzhou Museum tadi tapi sebab jalan jem, lama jugak la jadi nya.

Turun dari bus aku terus melilau cari sign. Tak der ! Tanya lagi orang. Ada 2 orang budak pompuan ni tunjuk ke arah yang aku perlu tuju.

Dari bas stop tu kena cross jalan ke seberang sana.

Laluan masuk. Penuh dengan kedai kedai menjual cenderamata. Jalan pun sempit jer

Bila nampak sign ni aku yakin aku dah sampai di Master of The Nets Garden 

Master of The Nets Garden - Pintu masuk

Beli tiket. Harga tiket adalah CNY 30

Sebab hari dah agak petang so aku tak ambik banyak masa di sini.

Terus masuk dan melilau kawasan sekitar.

Master of The Nets Garden sebenarnya agak kecik dan paling kecik di antara Classical Gardens of Suzhou ni tapi garden ni la yang paling complicated. Jalan dia macam maze keluar masuk berpusing pusing dan sampai ntah ke mana mana.

Dan sebab itu la garden ini begitu unik disebabkan oleh size yang kecil tapi designnya membuatkan ianya seperti sangat besar !

Layan kawasan sekitar.

Kolam di tengah tengah

Bahagian lain

Antara bangunan yang ada

Master of The Nets Garden  ini di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu kediaman, inner garden dan center garden. Ada pavillion dan bangunan bangunan kecil yang sebelum ini menjadi kediaman seorang pegawai kerajaan. ( Master of the Nets )

Ini dari Wiki.

The Master of the Nets Garden in Suzhou is among the finest gardens in China. It is located at Gusu District, Dai Cheng Qiao Road, No. 11 Kuo Jia Tou Xiang. It is recognized with other classical Suzhou gardens as a UNESCO World Heritage Site. The garden demonstrates Chinese garden designers' adept skills for synthesizing art, nature, and architecture to create unique metaphysical masterpieces. The Master of the Nets is particularly regarded among garden connoisseurs for its mastering the techniques of relative dimension, contrast, foil, sequence and depth, and borrowed scenery.

Salah satu gate

Ruang dalam inner garden

Aku kena berkejar kejar sebab aku tak boleh lama sebab aku dah booking return train tiket dari Suzhou ke Shanghai pukul 6.30 petang.

Sempat aku pegi usha FM kat kedai kedai tadi. Rata rata nya mahal sangat. Tapi ada aku dapat satu kedai tu, lepas menawar tak ingat dari CNY 30, aku dapat CNY 3 jer. Hahaha. So aku borong kat situ. Tapi FM Suzhou tak lawa ler pulak. Masa kat Suzhou Museum ada yang cun tapi pakcik tu sampai sudah tak nak bagi harga murah kat aku. Paling kurang dia kasik CNY 10. So tak jadi la aku beli.

Kat sini jugak aku beli siap siap FM Shanghai since dah agak murah.

Hari pun dah hampir gelap. Keluar dari Master of the Nets Garden ni terus gi tunggu bas balik semula. Kebetulan ada bas no 202 sampai. Terus naik dan sampai di Suzhou Railway Station semula.

Kali ni jalan dah kurang jem. Aku budget 45 minit tapi sampai awal pulak. So aku just lepak lepak kat luar train station tu.

Bahagian luar Suzhou Railway Station ( kiri ). Bangunan belakang tu adalah Long Distance Bus ke Tongli tadi. City Bus station membelakangi kamera.

Sebab macam banyak masa, aku lepak lepak kat situ sambil makan roti.

Sebenarnya aku baru terasa lapar. So aku makan la roti yang aku bawak. Dah siap kemek kemek dah roti tu duduk dalam beg. Tapi makan je lah. Janji boleh alas perut.

Plastik sampah Speedmart. 'Dekat Lagi Murah' Siap ada tulisan Cina. Kalau ada Chinese jumpa mesti terkesima dan tercari cari kat mana kedai yang 'lekat lagi mulah' tu sebenarnya..

Dalam Suzhou train station

Haaa. Ini seat first class !

Hi Speed train dari Suzhou ke Shanghai

Dalam train. Kali ni sebab aku dah booking return tiket ni siap siap, kat tiket dah ada seat no.. Yeay !!!

Perjalanan balik sama je. Less than 30 minit dah sampai semula ke Shanghai.

Kalau tanya aku worth ke tak nak masuk ke Classical Gardens di Suzhou tu semua? Bagi aku.. sebab ada banyak, so kalau tak de masa cukup la pilih 1 je. Paling best dan cantik aku rasa The Humble's Administator Garden tadi tu. Master of The Nets Garden ni biasa biasa je.

Tapi kalau ada masa dan duit lebih boleh je nak try semua. Take note entrance fee untuk setiap garden ni semua berbeza dan mengikut musim juga. Paling mahal yang The Humble's tu lah tapi aku rasa agak worth it sebenarnya !

Sampai di Hangqiou Railway Station, ambik subway balik ke hotel.

Rasa macam dah penat sangat. Masa kat Metro Station tu aku beli tiket subway untuk 24 hrs tapi aku tak activate lagi. Aku beli ni sebab aku plan esok aku akan cover Shanghai and there will be a lot of train rides. So malas nak beli tiket banyak banyak kali. Beli pass tu satu je dan boleh guna within 24 hours. 

Lagi pun, nak beli tiket tu kadang kadang nak kena beratur. Kalau orang ramai kena gak lah menunggu. 

Tapi barang di ingat, metro station di Shanghai ni banyak dan besar besar. Kalau nak transfer line pun kena jalan kaki jauh gila nak tukar ke line lain. Memang kena banyak menapak. Lagi satu orang pun agak ramai. So kalau line ke arah destinasi kita tu tak lalu tempat tempat area downtown Shanghai yang memang ramai orang tu, so decide la naik line lain jugak yang boleh sampai ke destinasi terakhir kita.

Most of the time subway ni memang pack gila. Tapi kekerapan dia pun agak pantas so tak kisah sangat. Cuma beg memang wajib scan setiap kali nak masuk station subway ni.

Sebab nak balik ke Shanghai Railway Station dengan Line 2, aku malas nak tukar di People's Choice  untuk tukar ke line 1 sebab situ area orang memang pack. So aku naik line 2 dan tukar di line 13 yang juga akan sampai ke Shanghai Railway Station tu, tapi masa nak transfer line, elok je aku sampai tu ada train sampai. Sebab nak cepat dan baca sign sepintas lalu je, aku terus board train tu.

Duduk dalam train, tunggu tunggu macam lama gila. Dah lebih 5 station dah. Rupa rupanya aku silap arah !! Patut naik ke kanan tadi aku naik yang belah kiri. Nasib baik la keluar dan board balik train yang arah satu lagi. 

So hati hati sebelum board train. Tengok dulu train tu menuju ke arah mana. Macam aku tu, sebab nampak satu Shanghai Railway Station dan satu lagi Shanghai South Railway Station... tup tup.. terconfuse terus salah arah !

Hahaha. Gelakkan diri sendiri.

Tukar train di station kat sini

Balik ke hotel, aku singgah kat kedai Halal yang aku nampak semalam tu. Nasib baik bukak. Keluar dari Shnghai Railway Station menuju ke hotel, ada mc D belah kanan dan ada banyak kedai kedai... terus je then nampak la banyak kedai kedai makan kat bawah rumah rumah di situ.

Memula nak makan situ tapi sebab lama sangat aku pun macam letih. So aku suruh dia pack je. 

Susah jugak budak tu nak ambik order sebab tak faham. Aku main tunjuk je. Nasib ada gambar Egg Fried Rice. Dapat makanan dan balik bilik.

Balik, mandi dan bersih bersihkan diri. 

FM Shanghai dan Suzhou

Dinner untuk malam tu. Egg Fried Rice dengan Pringles tomato aku beli kat kedai bawah

Nasik tu kiranya agak banyak. So aku makan sikit je. Simpan untuk esok pulak. Pagi esok boleh la aku makan sekali lagi.

Malam tu aku gigih nak study mana aku nak pegi esok dan plan apa yang patut aku buat di Beijing nanti. Since tiket Trans Mongolians dah confirmed so aku kena cari hotel/hostel di sana. Sempat la booking online dan beli tiket flight dari UB balik ke Beijing.

Aku beli thru Skyscanner

Dapat tiket flight, hostel pun confirm then cari hostel di Beijing jugak. Macam biasa since aku ada few malam nanti di Beijing tapi aku cuma cari yang first night je sebab aku tak sure nak stay situ lagi ke apa ke so to be safe book first night je dulu. Tu pun penting juga supaya aku ada tempat di tuju bila memula sampai Beijing nanti.

Trip kali ni aku bawak Ultrabook so tak de la susah sangat nak study dan plan sambil surf surf apa yang patut. Tapi kat China ni tau je la nak surf blog nak baca blog blog travel memang mimpi la... Jauh sekali nak bukak Facebook ke apa..

Tapi cukup la segala info yang ada sebelum aku decide nak tidur dan rest.

View dari bilik

Aku rasa aku tidur awal jugak la malam tu. Sebelum pukul 12 lagi aku dah lena.

Tengah tidur tu tiba tiba terkejut dan sakit gigi. Berdenyut denyut rasanya. Tak pasti kenapa. Sebelum ni memang aku ada rasa sakit gigi ni tapi kadang kadang je lah. Berdenyut sikit then hilang macam tu je. Tapi kali ni betul betul rasa sakit.

Aku syak gigi sensitif sebab aku minum air pear yang manis tu. So bangun gosok gigi dengan Sensodyne.

Lama tu ilang kejap. Then cuba tidur balik. Tak lena dah. Makin berdenyut denyut !

Few times aku bangun dan gosok gigi. Siap bubuh lagi ubat gigi tu kat part gigi yang sengal tu. Macam tadi jugak. Elok sekejap then dia datang denyut tu..

Pergh..

Start la airmata nak mengalir tahan sakit.

Tau kan sakit gigi tu cemana. Memang sakit betul betul lah sampai aku tak boleh tidur !!!

Dari pukul 1 aku terkejut tu membawa kepada pukul 5 pagi. Sakitnya Tuhan je yang tahu. Dah tak tau nak buat apa dah. Duduk baring je atas tilam tapi tak lena.

Dah lama tak sakit gigi macam ni. Oh gigi kenapa la time time ni kau nak sakit?????

Sampai la aku bangkit untuk subuh dan lepas solat subuh tu pun masih sakit lagi. Memang gila la sakit sampai nak tertonggeng tonggeng atas katil. Sampai la aku dah tak tau nak buat apa. Aku surf internet dan aku cari kat mana aku boleh gi jumpa doktor gigi !

Memang dah desperate gila. Siap nak cari dentist kat Shanghai ni.

Aku survery harga dentistry memang mahal. Paling murah aku jumpa dalam CNY 500 untuk tampal. Cabut mahal lagi lah.

Then aku siap study la cemana nak pegi klinik gigi tu, baca review apa semua. Memang masak la aku time tu. Kalau sakit gigi parah macam ni, cemana aku nak travel lagi?

Memang nekad pukul 7 nanti aku nak keluar gi klinik gigi yang aku jumpa. Letaknya dah la jauh jauh, pastu ada yang tak bukak sebab masa tu hari ahad !!!

Sampai lah dok surf surf tu nak cari petua nak hilangkan sakit gigi. Tapi banyaknya nak kena pakai itu ini. Mana la aku nak cari benda benda tu semua subuh subuh hari di Shanghai ni????

Abis usaha dah.

Then aku terjumpa website ni. Petua Hilangkan Sakit Gigi

Tu je la cara yang tinggal. Dalam keadaan aku macam nak meraung ni, aku berserah.

Baca Doa Sakit Gigi.

I was so desperate. Sakit memang dah tak tau nak cakap cemana. Dah tak de apa benda lagi yang aku boleh buat. I was so helpless pada diri sendiri dan cuma berdoa Tuhan bersama sama aku time tu.

Aku dok ulang ulang baca seperti apa yang di tulis tu.

Sentuh gigi yang sakit, bacalah surah Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas sebanyak 3x diikuti surah Al-An’aam (ayat 98) & surah Al-Mulk (ayat 23).

Dan aku tak tau cemana nak jelas kan tapi kuasa Allah kan. Tuhan memang sentiasa ada bersama. Sakitnya hilang pelan pelan dan aku akhirnya boleh terlena...........................

Aku terlelap dengan sendiri nya !!!

Alhamdulillah. Terbangun lebih kurang pukul 9 pagi, aku rasa nak sujud syukur. Miracles do happen.

Dan aku berterima kasih kepada blogger Nurul Azam tu di atas perkongsian bacaan doa tu.



Ketika kau tak sanggup melangkah
Hilang arah dalam kesendirian
Tiada mentari bagai malam yang kelam
Tiada tempat untuk berlabuh
Bertahan terus berharap
Allah selalu di sisimu

Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah ada jalan
Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah ada jalan

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent and that it’s way too late
You’re so confused wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

But don’t despair and never lose hope
’Cause Allah is always by your side

Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah you’ll find a way
Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah ada jalan

Turn to Allah He’s never far away
Put your trust in Him, raise your hands and pray
Oh Ya Allah tuntun langkahku di jalanmu
Hanya engkaulah pelitaku
Tuntun aku di jalanmu selamanya

Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah we’ll find our way
Insya Allah, Insya Allah
Insya Allah we’ll find our way

Ada cahaya dalam setiap kegelapan. Ada jalan dalam setiap masalah. Ada kebahagiaan dalam setiap keikhlasan. Ada harapan dalam setiap doa.

Bersabar dan jangan berputus asa. Tuhan tetap ada bersama.

bersambung.......

10 comments:

  1. Sib baik sempat keluar dari maze tu. Walau kecil tapi kalau panik boleh sesat kot. Nak lagi aku yang cepat confuse. Subhanallah, sakit gigi lah benda paling aku xleh tolerate. Migraine boleh layan lagi, tapi kalau sakit gigi mood semua ke laut. Alhamdulillah, Allah sentiasa tolong orang yang yakin & tawakal. Siap boleh lena sendiri tu.

    ReplyDelete
  2. thanks meng share kan doa sakit gigi tu.
    insya Allah orang bersama sama orang yang sabar & berserah padaNya.

    :)

    ReplyDelete
  3. huhu..meng.kesian aku dgr kesah ko sakit gigi neh.

    ReplyDelete
  4. Guna sensodyne tu belum tentu leh ilsng rasa sakit gigi tu eh, kenapa suma ckp pasal gigi ni tp yg pasti sakit gigi lebih sakit dari sakit senggugut

    Alaaaa bang tersesat tu biasa dlm travel kan baru ada kemanisan nya :-)

    ReplyDelete
  5. wah seronoknya baca N3 kamu..baru balik dari indonesia dah ke china pula. memang betul sakit gigi ni memang tak terkira sakitnya..kalau kena memang tak leh tidur malam

    ReplyDelete
  6. Meng...Meng...best juga cerita sahabatku ini...enjoy reading your entry.

    ReplyDelete
  7. BK : ajaib kan .... memula sakit mcm nak mati je. pastu tetiba elok sendiri. hmmmph.

    kena yakin la.

    Mya : sama sama.. trip ni buat gigi aku rongak..

    kena lebih redha la...

    Agip : tu lah masalahnya..

    kecik kecik tak menjaga gigi dgn baik macam ni lah jadi nya.

    ReplyDelete
  8. JM : kebetulan ada sensodyne je time tu.. utk gigi sensitip. tapi gigi terlebih sensitip... jawabnya... cabut je lah..

    Kak Ina : hahaa.. trip tahun lepas. dah lama. cuma baru rajin nak menaip.

    MKL : makasih.

    ReplyDelete
  9. 1st..cantik gile garden tu..makin melonjak nak ke sana.

    2nd..feeling naik hi-speed train ade same tak dengan shinkansen jepun?hihi..

    3rd..sakit gigi adalah sakit yang ketiga paling sakit bagi manusia..pertama,sakit nak mati,kedua sakit nak bersalin,ketiga sakit gigi..so boleh bayang betapa sakitnye gigi tu walaupun saye tak pernah kene serang dengan sakit gigi teruk.

    ReplyDelete
  10. terima kasih

    shinkansen jepun lg best. rasa exclusive sikit laa pd train kat china

    ReplyDelete