Pages

Tuesday, March 11, 2014

06 - Berkelana Merentas Sempadan : Suzhou - Humble Administrator's Garden | Suzhou Museum

Dari Tongli balik semula ke Suzhou dan aku membuta dalam bas.

Penat dan mengantuk. Banyak sangat tengok tetek pelbagai saiz dekat Sex Muzium tu buat aku gelap mata.

Sedar sedar dah nak sampai semula di Suzhou North Railway Station ni.

Suzhou North Railway Station. Bapak besar station dia

Misi aku adalah nak pegi jalan jalan tengok kawasan di sekitar Suzhou ni sendiri.

Suzhou merupakan bandar diluar Shanghai yang pernah menjadi kota pentadbiran Kingdom of Wu satu ketika dulu. Suzhou kini masih mengekalkan ancient heritage dengan beautiful classical chinese gardens dan courtyard parks.

Terdapat lebih daripada 6 Classical Gardens yang diwartakan sebagai UNESCO sites antaranya The Humble Administrator's Garden, The Garden of the Master of the Nets, The Lingering Garden, The Lion Forest Garden dan lain lain lah.

Sebab hari dah petang, aku pun tak de la plan nak cover semua garden garden tu. Setiap satunya terletak merata rata tempat sekitar Suzhou ni so aku kena pilih 1 je kot yang sempat or kalau ada masa pun may be 2.

Aku baca review, garden yang paling lawa adalah The Garden of the Master of the Nets.

So memula aku plan nak ke sana jer.

Keluar dari tempat bas yang belah kiri train station tu, aku bergerak ke bus station yang satu lagi. Ini bas station yang cover semua bas bas yang jalan sekitar bandar Suzhou ni jer.

Tapi aku tak tau nak naik bas yang mana satu. Kebetulan ada lah satu group budak budak ni aku tak pasti apa tujuan mereka tapi dia orang macam bagi guide bas apa nak naik etc. Maybe school project kot, so aku approach dia orang.

"Which bus should I take to go to Garden of the Master of the Nets?"

Haram.. Dalam ramai ramai tu masing masing nganga je. Kau tolak aku, aku tolak kau. Tapi ada sorang ni je yang agak agak boleh la cakap sikit.

Sedaya upaya dia cuba nak terangkan aku. Aku siap explain kat dia aku nak pegi sini dan sini so dia work out kan aku punya route tu dengan bas bas tertentu.

Kesian dia. Berpeluh peluh cakap English. Siap ada part tu aku nak tergelak tak leh tahan.

"After.. you .... here.... you.. play..."

Play okeh !!

Dia maksudkan kalau aku dah sampai kat garden pertama tu dan abis jalan jalan... boleh naik bas kat sini dan dia siap bagi nombor bas apa semua.

Kira OK lah. Dia orang ni banyak gak la membantu especially yang sorang tu. Yang lain lain pakat nganga je lah... pahtu cakap Cina.. pastu tengok map yang aku pegang.. pastu borak borak lagi sesama mereka. At least ada la jugak usaha nak membantu cuma tak reti nak cakap je lah.

Tu group dia orang yang pakai baju hijau 

Ni kertas yang di conteng oleh aku dan minah tu. Nombor banyak banyak tu nombor teksi in case kalau perlu

Dari apa yang dia cakap, dia suruh aku naik bas No 1 dan akan turun di The Humble Administrator's Garden dulu. Dari situ aku naik bas lain no 202 untuk ke Garden of the Master of the Nets. Bila nak balik je naik bas 202 tu jugak dan akan balik semula ke train station.

Mudah.

Sebab dia syorkan aku pegi The Humble Administrator's Garden tu maka aku pun follow sebab dia kata sebelah tu ada Suzhou Museum yang mana aku pun ada baca dan ada jugak rasa nak pegi.

So aku follow itinerary yang dia cadangkan.

Naik bas dengan flat rate CNY 1 one way.

Dalam bas macam biasalah. Tapi aku siap suruh minah ni tulis semua tempat tempat tu dalam chinese so aku just tunjuk je kat driver bas. Siap dialog..

"Will you let me know when we arrive the destination?"

Macam tu dia translate bersungguh sungguh dalam Chinese. Senang aku naik bas tunjuk kertas tu jer.

So naik bas aku terus tunjuk The Humble Administrator's Garden dalam Chinese dan tunjuk ayat ke dua. Drebar bas angguk angguk.

Bas agak penuh so aku kena la berdiri. Tak kisah la tu.

Oh ya. Bagi sesiapa yang mencari makanan halal di Suzhou. Aku nampak satu kedai betul betul kat simpang jalan ( ada traffic light ) lepas jambatan sebaik saja keluar dari station bas Suzhou tu. Nama kedai tak sempat nak catit ( dan tak faham pun ) tapi memang tulis Halal !

Berdiri dalam bas dengan doa tak putus putus, mudah mudahan sampai dengan selamat.

Jalan agak jem di Suzhou ni.

Ada satu part tu, bas berhenti so ramai lah orang turun. So aku nampak ada seat kosong. Aku pun duduk.

Bila aku duduk je, tetiba ada pakcik tua sebelah aku tolak aku. Bersungguh sungguh dia tolak. Aku terkejut jugak.

"Eh. Pakcik lu pehal tolak tolak gua?"

Aku buat bodo. Muka bengang. Aku ingat dia tak bagi aku duduk sebelah dia. So aku duduk lagi kat kerusi sebelah satu lagi.

Dan dan tu Pakcik tu bangun dan tolak aku sekali lagi.

"Eh... ini dah lebih Apek ni..."

Dia tolak jenis sekuat hati macam nak tercampak aku jadi nya. Aku pandang dia tak puas hati. Then dia cakap bahasa Cina.

Boleh lagi aku buat tak faham malas layan. Sabar Meng. Sabar. Dugaan di tempat orang ni. Aku ingat pakcik ni memang racist lah.

Then dia cakap kuat kuat pastu dia tunjuk drebar bas tu. Rupanya drebar bas tu tengah bercakap dengan aku sebenarnya.

Drebar bas bagi sign suruh aku turun. Then baru la aku tau yang aku sebenarnya dah sampai !!

Hahahaha..

Punya la bangang sekejap rasa. Saja je apek tua tu kena maki free dengan aku.

"Oh.. you mean I have to get off here?"

Dia angguk. Macam la faham pun. Hahaha. Aku terus turun. Terlupa lak nak pegi mengucapkan terima kasih kat pakcik tua yang bersungguh tolak aku. Beriya iya lak tu. Nasib tak lebam muka kena tumbuk dengan aku !  

Turun dari bas tu aku nampak macam ramai gila orang. So aku follow je crowd tu masuk simpang then aku nampak bangunan ni.

Entrance Suzhou Museum

Excited nak masuk. Tapi bila tengok orang beratur terus rasa nak pitam.

Mak ai.. Ramai nyerrr.

Apparently, Suzhou Museum ni hanya boleh menerima pelawat sekitar 300 orang pada satu satu masa. Dan sebab orang orang kan ramai so kena la queue.

Sebab ramai sangat aku decide tak masuk la. Ambik gambar lebih kurang dan jalan lagi ke dalam. Ada sign tulis The Humble Administrator's Garden. So aku ke sana dulu lah.

Suzhou Museum. Ini bangunan museum

Ada pedestrian walk dengan banyak kedai kedai di kiri kanan.

Orang terlalu ramai aku rasa macam kat pasar ikan jer. May be time tu sabtu so memang ramai tourist dan local melawat.

Yang berniaga pun ramai.

Jual apa pun tak tau la

Pakcik ni buat sculpture muka couple mat salleh....yang menonton pun ramai

Betul betul sebelah Suzhou Museum tu adalah kaunter tiket untuk The Humble Administrator's Garden. Harga tiket adalah CNY 50.

Aku beli dan terus masuk. Orang sebenarnya ramai gila ni tu yang malas nak ambik part bawah... 

UNESCO Site

Baca ni sikit...

The Humble Administrator's Garden is a renowned Chinese garden in Suzhou. The garden is located at n°178 Dongbei Street.  

At 51,950 m2, it is the largest garden in Suzhou and is considered by some to be the finest garden in all of southern China. In 1997, Zhuozheng Yuan, along with other classical gardens of Suzhou was proclaimed a UNESCO World Heritage Site.

Lain lain boleh rujuk wiki -  Humble Administrator's Garden, Suzhou

Masuk masuk je aku dah pening sebab orang ramai gila.

Nak tala kamera pun tak tau ke arah mana. Aku kan amat tak suka kalau ada orang menyebuk dalam gambar aku, so aku la terpaksa menunggu.

Tengah dok aim kang ada je yang muncul.

Boleh melara jiwa sekejap kat sini.

Apa apa pun ini gambar gambar sekitar The Humble Administrator's Garden ni.

Batu batan 

Ancient Gate

Humble Administrator's Garden 

Time ni Suzhou belum betul betul autumn lagi. Cuaca dalam 17 degree C so foliage tak berapa ada

Ni antara bangunan dalam ni. Aku tak faham apa pun.

Humble Administrator's Garden 

Ada garden dan kolam kolam dalam garden ni 

Dapat jugak spot yang tak de orang

Humble Administrator's Garden 

Humble Administrator's Garden 

Humble Administrator's Garden 

Pavillion. Bawah ni ramai gila orang

Aku round lebih kurang ambik ambik gambar.

Tapi bagi aku tempat ni memang lawa. Relaxing dan dengan tranquility dan serenity yang bagus sekali. Sesuai juga sebagai tempat memadu asmara dan melayan gelora jiwa.



Cinta apakah tandanya
Jika egkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa kedalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja

Gelora di dalam jiwa ku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu

Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja

Cuma, sebab ramai sangat orang.. semuanya jadi macam hapa je. Tapi nak buat cemana dah nama pun tempat kunjungan. Orang pun menyemak tengok aku agaknya. Hahaha

Ikut je laluan tu dan keluar.

Nak keluar tu ada banyak kedai kedai. Standard lah. Tapi hati hati....

Semua kedai tulis EXIT.. padahal saja nak suruh orang masuk kedai dia orang ni. Aku terkena jugak carik carik tak de jalan keluar. 

Ni kedai lampu

Makcik jual buah buahan

Keluar dari situ kalau ke belah dalam lagi ada lagi Classical Garden lain tapi aku malas nak usha yang tu.

Aku patah balik lalu depan Suzhou Museum. Ingat nak terus ke Garden of the Master of the Nets tapi tengok tengok depan muzium tu dah tak ramai orang.

Terus boleh masuk

Suzhou Museum ni merupakan muzium yang memaparkan banyak ancient arts, paintings, calligraphic dan dan handmade crafts.

Masuk adalah percuma. Tapi kena queue lah kalau orang ramai.

Aku nak datang sini bukan sebab benda benda pameran dalam ni tapi more to sebab Suzhou Museum ini di bina oleh seorang achitect bernama I. M. Pei yang berasal dari Suzhou ini sendiri dan beliau lah juga orang yang mereka design untuk pyramid glass di The Louvre, Paris. Museum of Islamic Art Doha dan Rock and Roll Museum di Cleveland serta lain lain lagi.

Lepas dah tua dia balik ke Suzhou dan design muzium ni.  

Jom masuk dan tengok.

Bumbung

Ruang pameran

Ada kolam di belah dalam

Teratai 

Laluan dalam museum

Ruang pameran

Personally aku tak berapa minat sangat nak tengok benda benda yang di pamerkan tapi bangunan ni sendiri yang buat aku lebih excited.

Bangunan muzium ini di bina bersambung dengan bangunan lama yang masih mengekalkan ciri ciri tradisional Cina.

Tingkap tingkap

Bangunan muzium yang lama

Muzium ni tak besar mana. Pusing pusing kejap boleh abis lah unless kalau nak gi tengok ruang pameran tu satu persatu.

Aku tak boleh lama lama sebab aku rasa sempat jugak nak pegi ke Garden of the Master of the Nets sebelum cuaca gelap.

Keluar dari Suzhou Muzium ni, aku pegi tunggu bas tempat tadi untuk naik bas nombor 202 ke sana.

bersambung...........

13 comments:

  1. Ahaha pak cik pak cik naper lah nko tolak2 abg meng jm tu heeee just tepuk bahu ke pastu tunjuk ke driver barulah x salah paham heeee komunikasi prob betul kan

    ReplyDelete
  2. aku ingatkan pakcik tu tolak kau sebab kau duduk kat seat ibu mengandung. rupanya nak bagitau dah sampai. motip tolak kuat2? hahaha..

    ReplyDelete
  3. Pakcik tu tak nak bagi terlepas kot hahahaa.. unik sungguh kan kat China ni.. suka tengok gambar2 yang menarik ini :D

    ReplyDelete
  4. tolak-tolak : lain orang lain caranya..agaknya tu la cara terbaik nak komunikasi dengan ko since dia pun tak reti cakap inggeris.

    suzhou museum: giler gigih beratur just nak masuk museum?? museum kita bila la nak macam ni? nak tunggu exhibition alam-alam mistik baru la nak penuh kot.

    ReplyDelete
  5. JM : mungkin la pakcik tu dah cakap lama dgn aku kot sebab aku x perasan dia pun panas hati.

    hahaha..

    Mya ; aku pun ingat cam tu memula. tu yang lari ke kerusi lain. tapi gigih jugak la dia bangun pegi tolak aku..

    nasib x kena belasah je apek tu..

    TT : sila la melawat china...

    niat suci murni pakcik tu di salah erti. hahaha

    NanaT : tu la. pakcik tu kasar gila tapi memang tu caranya kot.

    hahahah..

    muzium tu memang ramai org tu. aku pun pelik

    ReplyDelete
  6. Apek tu pun, cubalah cubit2 manja & bagitau si Meng tu. Ni main tolak2 pula. Ke saje nak try test ke-sasa-an ko. Tapi lawa ah garden tu. Xsia2 ko berkomunikasi gigih dengan minah tu. Salute kat dia, tabah explain walau terkeluar ayat play bagai.

    ReplyDelete
  7. Dah sampai pun.....tapi masa itu musim sejuk.....bunga tak cantik sangat..

    ReplyDelete
  8. Ko ok lg meng..bebudak tu nak gak tolong..aku bila tanya jek terus lari siap cakap..'no..no..no english' hahahaha...tp ada sorang tu kat nanning bus station siap panggil balik dari jauh sbb aku salah masuk jalan...terjerit2..hahaha

    ReplyDelete
  9. BK : hahha. aku rasa awek tu dah panas hati sebab aku buat muka slenge tak layan cakap dia..

    MKL : suzhou tak berapa 4 musim kot.. so changing color tak berapa meriah.

    HB : Hahaha. dia org ni sebenarnya nalk je tolong tapi takut..sebab communication barrier. sebab tu kalau kat china ni senang kalau dah tulis siap2 bahasa cina.. tapi lepas tu standard ckp itik dan ayam la..

    ReplyDelete
  10. memang lawa garden tu..kesian pakcik tu niat baik dah di salah ertikan

    ReplyDelete
  11. Cantik giler garden tu...ini le tempat yang jadi igauan saye bile tengok wayang cine lama-lama...
    Time kasih abg meng sbb pegi garden ni.kalo tak,tak tau pun inile tempatnye..tempat ni dah masuk wishlist dah ni

    ReplyDelete
  12. boleh. nanti sila pegi tp bersedia la nak berlaga laga ponggong dgn org ramai

    ReplyDelete