Pages

Tuesday, January 7, 2014

Suzhou, China

Suzhou merupakan bandar yang terletak di Jiangsu kira kira 110 km dari Shanghai.

Bandar ini terkenal dengan taman taman classical China yang indah indah dan juga watertown asli yang masih dikekalkan sehingga kini.

Watertown tu namanya Tongli terletak lebih kurang 40 minit perjalanan dengan bas dari Suzhou. Kawasan yang masih mempunyai bangunan bangunan lama dan juga canals sepertimana dalam cerita cerita klasik Cina dahulu kala.

Layan gambar di Tongli dulu.

Tongli - Watertown

Bangunan bangunan lama

Lorong lorong

Canals

Lukisan

Venice of the East?

Pelbagai jenis telur

Classic

Tea house

Tingkap tingkap style lama

Pintu

Haaa... tutup mata !!!

Kamasutra

Sex Museum

Statue statue

Tongli

Jangan tak percaya, selain daripada tarikannya dengan sturuktur binaan pekan lama Cina, terdapat jugak Sex Museum kat sini. Hahahaha.. Tapi nanti la aku cerita. Sekali pandang tempat ni macam theme park dah jadinya, cuma ianya watertown yang authentic dan bukan dibuat buat. 

Kalau berkesempatan ke Shanghai boleh lah ke Tongli ni.

Nak sampai ke Tongli kena pegi ke Suzhou dulu. 

Suzhou ( sebut nya SU - JO macam Guangzhou  GUANG - JO ) memiliki taman taman Classical Chinese Garden yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai World Heritage Site pada 1997. Ada banyak taman tamannya kat sini, kalau berkesempatan, pegi lah. Aku cuma sempat pegi 2 taman je daripada 8 taman under UNESCO World Heritage Site ni.

Layan gambar.

Humble Administrator's Garden. Ini la kot yang paling cantik aku rasa

Nampak sunyi, tapi sebenarnya orang ramai gila !!

Bilik bilik yang digunapakai sewaktu zaman pemerintahan Dynasty Ming

Classical Gardens of Suzhou

Classical Gardens of Suzhou

Suzhou Museum. Rekabentuk muzium ini telah dicipta oleh orang yang sama yang sememangnya berasal dari Suzhou yang pernah mencipta glass pyramid di The Louvre Museum Paris dan juga The Rock and Roll Hall of Fame Museum di Cleveland.

Fengshui.

Gambaran wajah Putera Classic Cina zaman zaman tu ( lupa nak tanya nama dia )

Master of the Nets Garden

Master of the Nets Garden

Master of the Nets Garden

Kalau berkesempatan ke Shanghai boleh reserve 1 day trip ke Suzhou ni untuk melawat Classical Garden dan Tongli Watertown.

Cemana nak pegi?

Ni cara aku. Mungkin ada cara lain aku tak pasti. Tapi aku rasa ni agak senang.

Naik Hi Speed train dari Shanghai Hongqiao Railway Station ke Suzhou. Tiket price 80 Yuan pegi balik ( RM 40). Better beli return terus. Set time balik dari Suzhou tu train lewat lewat sikit.  Hi Speed train memakan masa lebih kurang 25 minit !

Train akan sampai di Suzhou Railway Station. Keluar dari train station, kiri kanan ada 2 blok bangunan besar. Dua dua bus station. ( abaikan segala signboard tulis North ke South bus station yang ada. Tu semua misleading jer ).... Keluar je then bangunan belah kanan adalah bus around Suzhou dan belah kiri bas station yang long distance.

Pegi ke kiri dan beli tiket ke Tongli. Harga tiket 8 Yuan sehala. Tapi dia ada pakej beli sekali tiket untuk masuk ke Tongli Watertown tu nanti ( 80 Yuan ). Kalau beli dekat entrance park Tongli tu harga dia 100 Yuan. So senang beli je kat situ.

Naik bas dalam 40 minit then sampai station bas Tongli. Keluar dari station bas tu, ke kiri ada station pedicab untuk bawak ke Tongli watertown ni. Harga nya 5 Yuan sehala. Kalau nak jalan kaki pun boleh tapi aku nasihatkan naik je pedicab tu ( sebab macam jauh jugak ).

Then pedicab akan bawa terus ke Tongli Watertown. Sex Museum kalau nak masuk kena bayar lain. (20 Yuan). Kalau nak naik bot menyusuri canal di Tongli tu, 50 Yuan satu bot.

Abis setengah hari di Tongli, naik pedicab dan balik ke station bas yang sama. Beli tiket balik ke Suzhou semula. Harga tiket 8 Yuan jugak. Sampai dekat station yang sama. 

Untuk jalan jalan ke kawasan sekitar Suzhou ni, boleh naik bas (bas station yang belah kanan tadi). Bas no 1 akan lalu di Suzhou Museum dan beberapa Classical Gardens yang utama di Suzhou kecuali kalau nak ke Master of Nets Garden tu kena naik bas nombor 202 (bas lalu depan Suzhou Museum). Naik bas di Suzhou cuma 1 Yuan per trip. Entrance fees untuk each garden tu range dalam 20 - 70 Yuan (tengok musim)

Aku ternampak 1 kedai makanan halal di Suzhou. Kalau naik bas no 1 dan no 202 tu, first traffic light lepas keluar dari Suzhou Railway Station, kat situ betul betul kat corner tu ada restaurant halal.

Kalau nak cari masjid dan tempat makan halal yang lain sila rujuk blog ni : MyMiee - Jalan Jalan

Dah tu jer... 

Personally aku rasa ! Tongli ni menarik jugak tempatnya. Suzhou ni pun kena pegi and choose salah satu daripada 8 Classical Gardens tu pun sudah memadai ( aku rasa paling lawa pun Humble Administrator's Garden).. 

Kalau ada masa.. pegi je la semuanya ! 

Jujur dan seharusnya percaya lah, tempat tempat ni menarik dan bakal membuatkan anda jatuh cinta. Cuma tu lah... ramai sangat umat manusia. 

Makan telur banyak banyak supaya kentut busuk dan orang ramai akan bertempiaran lari, so you have the garden all to yourself !




Jujur membuatku serba salah
Tak jujur membuatku semakin salah
Lalu harus bagaimana lagi
Agar kau terima
Sungguh ku tak berdusta

Sungguh mati ku tak menyangka
Emosimu yang tak pernah kau jaga
Hingga kini tak dapat ku terima
Haruskah ku terluka
Agar kau bahagia

Cinta harusnya kau percaya
Cinta pastikan setia
Jika kau mengerti yang sebenarnya

Sungguh mati ku tak menyangka
Emosimu yang tak pernah kau jaga
Hingga kini tak dapat ku terima
Haruskah ku terluka
Agar kau bahagia

Cinta harusnya kau percaya
Cinta pastikan setia
Jika kau mengerti yang sebenarnya

Cinta harusnya kau tak marah
Semua kan baik saja
Mengertilah seharusnya kau percaya

Jangan pernah berfikir ku tak cinta
Semestinya kita jujur bicara

13 comments:




  1. motip kinky lah tu ikat-ikat pakai chain..ahaks!

    ReplyDelete
  2. Info yg sangat bermanfaat..gambar2 meng mcm biasa,superb mcm poskad

    ReplyDelete
  3. Wow, Tongli watertown. suka,sangat klasik..very oriental..shipped back to zaman lelaki cina pakai tocang..hehe..ada ternampak telur pindang kat situ..hehe..

    ReplyDelete
  4. Di Suzhou saya cuma sempat ke Humble Administrator's Garden saja. Tempatnya agak luas dan berbaloi ke sana...

    ReplyDelete
  5. lawa giler..macam set cerita cina

    ReplyDelete
  6. tambah lagi satu destinasi yg akan kena pegi...

    gambar mmg superb!!

    ReplyDelete
  7. Haip..kalau mcm ni haruslah masuk dlm list travel JM taun depan...cantik betul view nya jatuh centa dh ni...Uikk...ada Sex Museum lagi tu..ahahaha

    Ayoo..buncit betul perut patung tu

    ReplyDelete
  8. *tengah minum air lalu tersembur bila baca ayat last JM


    JM! tu bukan pewot !

    ReplyDelete
  9. kekekeke....itu pandangan hadapan la JM..cuba suruh meng letak gambar pandangan sisi...mau tersembur sekali lg si nana tron nnt kekekekekeke....

    ReplyDelete
  10. yaaa aku pasti Meng ada snap setiap angle patung tu! *kendian dia memasang azam untuk beli chain

    ReplyDelete
  11. NanaT : hahaha..

    aku tergelak besar sebab masuk masuk pintu je nampak benda alah tu.

    Tak ambik macam rugi, kalau ambik mcm pervert..

    aku rela jadi pervert sebab bukan senang nak dpt view cam tu.

    Berkarat lak tuh !

    MKL : jangan lupa ke Suzhou !

    Nohas : Tak pasti telur pindang ke tidak.. usha dari jauh jer... tapi tetap tak lalu nak jamah..

    tak de pulak lelaki berambut tocang cam tu kat sini, set set tua ramai lah...

    Mie : yup.. agak luas dan agak ramai orang....

    ReplyDelete
  12. ME. DZ & Liza : Sila pegi jenguk... gerenti tak menyesal..

    Jangan lupa makan telur banyak banyak..

    NanaT & HB : Hahahah.. memang tergelak besar aku nak approve komen JM tu....

    naive betul JM ni...

    Tak pe JM.. nanti aku tunjuk gambar dari sisi..

    NanaT : hahahaha. x moh beli chain mcm tu... berkarat dowh...

    berat nanti nak naik...

    ReplyDelete