Pages

Monday, January 6, 2014

Shanghai, China

Shanghai merupakan bandar terbesar di China.

Memiliki populasi penduduk sekitar 23 juta orang hampir menyamai keseluruhan penduduk Malaysia !!!

Shanghai bermaksud 'land above the sea' memang berbeza dari bandar bandar lain di negara China ini. Bandar Shanghai ni dah terlebih trendy, modern dan penuh sophisticated. Shanghai bagi aku sangat la besar, tapi fokus area hanyalah di Pudong ( modern Shanghai and skycrappers ) dan Puxi - pronounced poo see ( old Shanghai and the bund )..

Kelakar nama tempat tu Puxi ! 

Interesting facts about Shanghai.

1. Penduduk Shanghai lebih ramai daripada penduduk New Zealand !
2. Shanghai mempunyai bahasanya tersendiri iaitu Shanghainese
3. Pearl Oriental Tower merupakan bangunan yang paling banyak digunakan dalam filem filem seluruh dunia.
4. Shanghai mempunyai system pengangkutan bas paling besar di dunia dan subway ke dua terpanjang di dunia.
5. English merupakan mata pelajaran wajib di sekolah sekolah di Shanghai.
6. Shanghai merupakan destinasi membeli belah terulung di China.
7. Shanghai merupakan kotaraya di dunia yang paling cepat berubah skyline nya kerana pencakar langit yang dibina macam cendawan tumbuh. Hotel tertinggi di dunia terletak di Shanghai ( Park Hyatt ). Shanghai memegang rekod memiliki bangunan ke 3 tertinggi di dunia ( Shanghai World Financial Center ) dan sebuah lagi bangunan ( Shanghai Tower ) masih dalam pembinaan dan apabila siap kelak, akan menjadi bangunan ke dua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa.
8. Orang Shanghai gemar memakan makanan yang manis manis ( antara punca aku sakit gigi )
9. Shanghai merupakan bandaraya yang memiliki paling banyak bank antarabangsa ( more than 200 )
10. Sistem keretapi Maglev merupakan keretapi paling pantas pernah dicipta di dunia ( mencecah 431 km se jam ) yang menghubungkan Pudong Airport ke Shanghai sejauh 30 kilometer dengan masa 7 minit !

Aku ada 3 hari penuh di Shanghai sebenarnya. Tapi 1 hari aku reserve pegi ke Suzhou. So tinggal 2 hari je. Tapi 2 hari tu, setengah hari beratur nak ambik tiket Hi Speed train Shanghai - Beijing saja ! Punya la ramai orang. Hasrat nak ke Hangzhou juga tak kesampaian...

Ada beberapa tempat yang aku tak sempat nak pegi di sekitar Shanghai, so boleh take into consideration macam World Expo, Shanghai Museum ataupun naik tower tower yang tinggi tu. Masa aku pegi cuaca tak menarik so malas naik.

Apa apa pun, layan highlight Shanghai.


I love Shanghai? Me ? No !

East Nanjing Street

East Nanjing Street. The famous market street di Shanghai

Pearl Oriental Tower, Shanghai

Skyline Pudong

The Bund, Puxi !

The bund

Shanghai

Bumbung Westin Hotel

The City God Temple

Old Shanghai

Yuyuan Garden

Mak Itik

Yuyuan Garden

Dalam Yuyuan Garden

Pudong Skyline

The bund

Oriental Pearl TV Tower

Skycrapper, Pudong

Oriental Pearl TV Tower

The Lujiazui Pedestrian Bridge

Shanghai Urban Planning Exhibition Center

Upscale mall in Shanghai

Night in Pudong

3 tallest buildings in Shanghai and the world

Oriental Pearl TV Tower

Night in Pudong

Night in Pudong

Shanghai merupakan destinasi pertama aku untuk trip kali ni.

Hari pertama dan kedua OK lagi. Aku rasa aku suka jugak lah Shanghai ni walaupun sibuk dan orang semua bergerak dengan kadar yang sangat laju, tapi bila start terjadi benda benda yang tak best, ( sakit gigi dan kena scammed ) terus aku rasa tawar hati. Bila ingat balik rasa macam harapan putus terus sewaktu di Shanghai ni lagi untuk meneruskan perjalanan.

Dah la dekat Shanghai ni aku hampir hampir nak kena penumbuk !! Tapi sudahnya aku yang tumbuk orang !!! Hahahaha....

Sakit gigi sampai tahap tak boleh tidur malam dan aku nekad nak pegi cari dentist esoknya di Shanghai. Dan kena scammed tu buat aku sampai terduduk. Bukan tak percaya cuma tak boleh terima ianya terkena pada batang hidung aku sendiri. Kalau ke Shanghai, kalau ada orang tetiba mesra alam dan cuba berbaik baik, jangan layan sangat especially kalau kita ni solo traveller.

Boleh menangis sampai habis air mata je rasanya..............

* sigh



Saat melepasmu pergi jauh
Berakhir dengan luka yang dalam
Sanggupkah ku untuk menunggumu

Menuggu sesuatu yang tak pasti
Kembalilah, kembalilah kasih
Kembalilh ku rindu engkau di sini

Perlahan-lahan kau mnghilang
Berlari-lari kau ku cari
Terbayang-bayang kau pun datang
Meski ku mereka-reka

Belarut-larut kau meraju
Berlarut-larut ku merindu
Sampai habis air mataku

Hingga kini ku masih menuggu
Berharap keajaiban kan datang
Meski ku tau kau tak pernah mengerti
Apa yang sebenarnya ku mau

Oh.. Siang malam ku nanti
Sebuah jawaban atas perhatianku

Berlari-lari kau ku cari
Terbayang-bayang kau pun datang
Meski ku mereka-reka

Aku memang merajuk dengan Shanghai ni. Tapi aku percaya, travel ni macam melayari kehidupan jugak dan inilah pengalaman. Ada ups and down. Ada OK dan ada yang merengsakan. Kena pasrah, redha dan bounce back cepat cepat.

Travelling brings us face to face with ourselves, with our failings and strengths.

13 comments:

  1. the bund tu apa ekceli? area ke..building ke..?

    tak sabo nak bace cite penumbok. supermeng amok di shanghai!

    ReplyDelete
  2. finally!!!..lame dh aku tgu expidisi ko ke china neh. hehe.

    ReplyDelete
  3. Perghhh... gambo Meng... meleleh!

    ReplyDelete
  4. Uik bile plak ke China nie? Scam? Eermm, China mmg mcm tue kan? Do you mind sharing citer scam anda di episod akan datang?

    ReplyDelete
  5. Saya pun nak tau cerita scam pasal saya pun nak pergi Shanghai satu orang. Tanya kawan dan family, tak ada orang nak join pasal diorang tak berapa suka China, especially the local there.

    ReplyDelete
  6. Shanghai pulok..mmg round the world lahh..

    Spelling je Puxi...tapi bila sebut bunyi Puji..betul tak hahahaha

    No wonderlah jumpa org shanghai di guangzhou minta tlg..petah je speaking nye..

    Lepas baca info ni..mmg menarik utk ke sana...good info..i like it..i like it..sambil menari cam penguin

    ReplyDelete
  7. Cancel nak pegi china klu mcm ni....

    ReplyDelete
  8. NanaT : the bund tu adalah area sepanjang jalan tu... bangunan bangunan yang macam lama...

    hahah nak kena tumbuk tu, aku mcm stress.. tapi bab menumbuk tu aku hanya mampu gelak besar je laaaa...

    rasaaain !!!

    AR : agip. utk entry penuh kau kena tunggu lagi lama..

    hahahaha...

    AP : gambar main belasah je la bro. dah selalu sgt ambik gambar.. reti la sikit2...

    Zara : insya allah.. akan datang tu mcm lambat lagi.. tapi insya allah...

    ReplyDelete
  9. MKL : terima kasih.. enjoy shanghai nanti !!

    Jgn lupa naik maglev tu.

    DDT : all i can say.. just dont get too mesra with stranger....especially dekat station People's Sq..

    If u can speak chinese shud be OK kot, dia org tak berapa kacau...

    JM : bunyi dia pooshee..

    yup. org shanghai ni lain skit daripada other part of china... lebih educated and trendy..

    penguin mana tu????

    ReplyDelete
  10. PM : woi pegi je lah. jangan sebab aku lak tak jadi pegi.

    pegi.. cuma kena lebih hati hati !!

    ReplyDelete
  11. supermeng pon kena scammed... rakyat jelata mcm kami ni cam na la agaknya ye...

    ReplyDelete
  12. hehehe..sure akan pegi , tapi x tau bila...

    ReplyDelete