Pages

Sunday, December 29, 2013

The Loaf ........... Lagik?

Cakap pasal The Loaf ni selalu buat aku keluh kesah sebab aku pernah kena bad experience makan dekat The Loaf Sogo dulu kala.

Tapi sebab ni kedai Tun M dan aku respect dan sayang Tun, so aku tak nak boikot lagi. Macam bercinta lah, gaduh gaduh manja. Bak kata orang, carik carik bulu ayam, boleh pakai lagi buat kemas rumah ( sapu debu )

Lagi lagi member aku cakap aku kena try makan satu jenis makanan ni dan dia dah bagi aku rasa masa kat opis.

Fuh. Sedap jugak !

Tapi cemana nak pegi The Loaf sedangkan aku macam masih menyimpan dendam kesumat dengan kedai ni?

Tak pe.

Tanpa pengetahuan peminat, aku pegi slow slow. Supaya tak di kenali, aku tak dine in situ tapi aku tapaw je. Suruh OR tunggu dalam kereta.

"Awak ready je Yang, kalau saya kena kejar dengan penyapu, saya lari laju laju masuk kereta awak terus drive, tau?"

* mati la dia tak moh layan.

So hari ni aku nak cakap benda alah yang agak sedap ni.


Dah beli. Bawak balik dan dengan perasaan berdebar debar, suruh semua anggota keluarga berkumpul.

Lagi best kalau ada effek jantung berdegup kencang !

Ha ! Dah nak nampak dah

Bukak dan hidangkan. Bukan yang ni. Ni preview je kasik terliur.



Haaa.. Ini la dia.. Hensem tak?..........


Ni yang lain pulak


Masalahnya aku lupa nama nama mereka. Harga RM 3.90 seketul.

Mereka perlu meng-introduce nama masing masing dan perlu menonjolkan rupa paras dengan lebih agung dari roti roti yang lain untuk di pilih.

Tengok je dalam tempat rak dia tu, haaa mana yang serupa macam kawah gunung berapi so tu lah dia ! 

Member aku cakap nama dia, kuih pusat berdaki !

* pengsan

Tu saja entry saya. Terima kasih. Happy weekend !

2 comments:

  1. 'kuih pusat berdaki'
    unik betul gelaran dia.HAHHAH

    ReplyDelete
  2. sila try NanaD...

    kalau x sedap bukan daki sebenar la tu.

    hahahah

    ReplyDelete