Pages

Wednesday, September 4, 2013

Highlight Sapa, Vietnam

Ejaannya yang betul adalah Sa Pa.

Sa Pa terletak di utara Lao Cai Province, utara Vietnam kira kira 380 kilometer dari Hanoi. Sapa ini terletak bersebelahan dengan sempadan Vietnam dan China. Bentuk muka bumi yang bergunung ganang di kawasan ini turut dihuni oleh Mt Fansipan (3143 m) yang merupakan gunung tertinggi di Vietnam.

Sa Pa is a quiet mountain town and home to a great diversity of ethnic minority peoples. The total population of 36,000 consists mostly of minority groups. Besides the Kinh (Viet) people (15%) there are mainly 5 ethnic groups in Sapa: Hmong 52%, Dao 25%, Tay 5%, Giay 2% and a small number of Xa Pho. Approximately 7,000 live in Sapa, the other 36,000 being scattered in small communes throughout the district.

Cakap omputih pulak ( sebenarnya malas nak translate).

OK. Cakap Melayu balik semula.

Kebanyakkan etnik minoriti di sini mengerjakan tanah mereka di teres cerun pergunungan. Makanan ruji mereka adalah beras dan jagung. Beras, secara semulajadinya menjadi tanaman intensif untuk terus hidup. Iklim yang unik di Sapa mempunyai pengaruh yang besar ke atas etnik minoriti yang tinggal di kawasan Sapa ini. Dengan musim panas sub-tropika, musim sejuk sederhana dan 160 hari berkabus setiap tahun, pengaruh ke atas hasil pertanian dan isu-isu kesihatan yang berkaitan adalah sangat penting.

Lokasi geografi menjadikan kawasan ini benar benar unik dan menyokong survival penduduk dengan tumbuhan dan haiwan ternakan mereka.

Jangan tak percaya, di Sapa ni, winter dia ada snow !!!!

OK. Cakap banyak tak guna. Terimalah series of collection gambar gambar di sekitar Sapa, Vietnam.





Eh ! Kenapa nganga mulut tu?

OK. Gambar tu aku ambik dari gambar time musim padi masak. Kalau nak nampak view macam tu kena datang dalam bulan September.

Hah pegi sekarang !!!!!

Ni je la yang aku nampak dan yang boleh aku share.

Hotel hotel di Sapa

Hasil tanaman dia orang. Timun dan peach

View di Ta Van Village

Resort resort terpencil yang digemari oleh omputih untuk menginap

Kanak kanak di Ta Van Village menjual cenderamata

Lereng lereng padi

Kawasan sekitar Sapa arah Ta Van Village

Perkampungan Ta Van

Air Terjun

Ku lihat hijau. Kau lihat?

Padi lah padi

Ta Van Village

Ethnic Red Dao

Kanak kanak Minority Sapa : Hingus meleleh.

Cat Cat Village

This is my favourite

Air Terjun di Cat Cat Village

Jeram di Cat Cat 

Lihatlah keindahan....sawah padi

Kawasan pergunungan lain sekitar Sapa

Ke arah pergunungan Fansipan

Naik mendaki kawasan pergunungan

Salah satu air terjun tepi jalan

Ini adalah pokok roses

Rose pink !

Gereja di Sapa

Pekan Sapa dan pergunungan Hoang Lien National Park

Ni bukan padi, ni pokok pokok hiasan

Sapa

Keindahan alam

Aku agak hampa pada mulanya selepas berada dalam bas selama 12 jam dan bila tiba di Sapa aku di sambut dengan cuaca berkabus dan hujan turun.

Buat aku patah hati dan hilang arah.

Dengan tiada arah tujuan, dengan susahnya nak dapat map dan tanya orang, awalnya aku rasa trip ke Sapa ni adalah gagal.

Tapi, alhamdulillah.. mendung berarak kelabu, langit bertukar dari kelabu kepada biru ( tak berapa biru mana ) Cukuplah untuk aku merasai, keindahan alam di Sapa ini.

Tunggu kerajinan datang nak update. Tapi bagi aku Sapa ni memang menarik. Aku pernah ke Tegalalang, Longsheng dan Sapa dan personally aku rasa Sapa paling lawa. Highly recommended.

Now...

Sapa di hati mu?



Terasa bagai ditusuk sembilu bisa
Pedihnya entah bila akan terhenti
Berkasih di rimba asmara berapi
Terbakar hanya ku sendiri
Oh mengapa…

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Ke mana tumpah selaut harum kasturi
Apakah mungkin kan terulang kembali
Asyiknya cinta bagai dulu
Atau serapuhnya mimpi
Yang pulang pagi…

Semakin ingin aku lupakan
Dan semakin bayang wajahmu kan menjelma
Di manakah puncanya derita
Kusendiri tidak pasti.. sayang…

Siapa merebut seri cinta
Waktu aku buka jendela
Di keheningan pagi indah
Siapa sejambak mawar merah
Harum di kamar hatimu
Hingga diriku disingkirkan

Redup senja di kaki malam
Menghilangkan warna ilalang
Dan cinta kini bagaikan
Perkasihan mimpi…

14 comments:

  1. Abang meng,

    Memang suka lagu ye...Cantiknya gambar diambil..Tabik hormat.

    ReplyDelete
  2. ada ko sapa sesapa kat SaPa? hehehe.. tp mmg lawa la kan kat sana...

    ReplyDelete
  3. (dah stapler molot yang nganga tadi)

    Subahanallahhh...

    ReplyDelete
  4. pic 1-4 sangat cantik mc lukisan tq diatas perkongsian

    ReplyDelete
  5. kuang ajaq mcm tau2 je aku nganga mulut HAHAHAHA! mmg aku ternganga pun!

    ReplyDelete
  6. Semua gambar anda kalau bukan macam lukisan, serupa macam gambar poskad. Cantek belaka. Banyak kawan saya pun beritahu saya kalau nak pergi Hanoi, selain Halong Bay, Sa Pa mesti pergi juga. Agak yah kalau pergi 6 hari, cukup kah cover Hanoi, Halong Bay dan Sapa?

    ReplyDelete
  7. air terjun tu buat aku sangat-sangat teruja

    ReplyDelete
  8. MKL : aku tak suka lagu.. tapi lagu yang suka aku...

    haaaa lagu tu ..........

    HB : aku sempat la menyapa nyapa sapa sapa yang aku jumpa sewaktu di sapa...

    kau bila nak menyampai ke sapa?

    * tuntut FM !

    Anash : Tak payah stapler.. salotip je.. kang nak bukak nak makan payah pulop...

    ReplyDelete
  9. Azra : Sapa?? Aku ke? terima kasih...

    * nyorok belakang HB

    AI : tu aku snap dari gambar di dinding masa kat ta van village muzium..

    kalau nak ropa gitu kena pegi time time cam ni ler...

    * ambik stapler anash, staple pulak Biqque.

    ReplyDelete
  10. DDT : 6 days good enough.. 1 or 2 days Hanoi, 2 days Sapa and 2 days Halong Bay.. ( make sure overnight atas boat ) which I didnt get the chance.

    Lav : Air terjun berlambak2 di Sapa... lagi lagi kalau lepas hujan, tetiba je ada air terjun kiri kanan.. tapi part part dekat cat cat dgn Heaven's Gate memang air terjun agak menawan.. ( yg tak menawan sebab nak kena panjat je ler )

    ReplyDelete
  11. (nah biqque!! sambut stapler nih)...

    *baling selotape seguni*

    opsss...

    ReplyDelete
  12. Bulan september pergi awal bulan ke akhir bulan? cantik gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai tak ingat dah..

      kalau nak pegi .. hujung2 sept lawa kot tapi takut hujan je

      Delete