Pages

Tuesday, September 3, 2013

Highlight Hanoi, Vietnam

Hanoi merupakan bandar kedua terbesar di Vietnam selepas Ho Chi Minh. Namun begitu jika mengikut keluasan tanah, Hanoi lebih besar, cuma kepadatan penduduk adalah kurang daripada HCM.

Hanoi terletak di tepi sungai Red River kira kira 1760 km daripada Ho Chi Minh City.

Gadis gadis Hanoi mengucapkan "Khong Co Chi" ( Selamat datang)

Pada oktober 2010 genap menandakan 1000 tahun bandar Hanoi ini.

Hanoi sebenarnya di eja seperti Ha Noi dengan dua suku kata sama seperti bandar bandar lain di Vietnam ini seperti Mui Ne, Sa Pa dan sebagainya.

Hanoi 1000 Tahun

Antara tempat tempat menarik di Hanoi yang sempat aku lawati termasuk lah.

Old Quarter 

Old Quarter berdekatan dengan Hoan Kiem Lake merupakan architecture asal bandar Hanoi. Bermula pada 20th century, bandar ini mempunyai kira kira 36 jalan.

Setiap jalannya mempunyi kedai kedai yang menjual sutera, perkakasan perhiasan, barang rumah dan macam macam lagi selain daripada menjadi tempat makan dan sebagainya. Pasar minggu Dong Xuan Market terletak di tengah tengah Old Quarter ini dibuka pada setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad menjual pakaian, cendermata dan makanan. Waktu pagi pun banyak penjual penjual menjual hasil tanaman mereka di tepi tepi jalan.


Old Quarter 


Jualan Pagi Pagi


Abang Abang Beca

Lain lain tempat menarik di kawasan Old Quarter ini termasuk lah Hoan Kiem Lake yang bermaksud 'sword lake'. Kawasan bersejarah dan budaya di tengah tengah kota Hanoi. Hanoi juga di kenali sebagai 'city of lakes' kerana terdapat banyak tasik di sekitar bandaraya ini.

Gambar gambar sekitar Hoan Kiem Lake

Buu Dien Hanoi - Post Office


Tortoise Temple yang sangat iconic di tengah tengah tasik Hoan Kiem


Pintu masuk ke salah satu lagi temple


Jambatan merah


Kuil di pulau kecil di tengah tasik

Dan juga Temple of Literature yang merupakan university tertua di Vietnam.


Entrance


Salah satu gate 


Kawasan tengah 


Pavillion


Model

Selain daripada itu, West Lake (Ho Tay Lake) adalah tasik terbesar dan sangat popular di kalangan penduduk tempatan untuk beristirehat di kala petang dengan swanboats tersedia untuk di sewa. Terdapat juga pagoda di kawasan ini.

Ni gambar sekitar kawasan Ho Tay Lake.


Hotel


Pagoda


Pagoda


Hanoi City


Salah satu kuil

Beberapa tempat lagi yang sempat aku kunjungi termasuk lah.

Makam Ho Chi Minh

One Pillar Pagoda

Flag Tower Hanoi

Ho Chi Minh Museum

Paling menarik di Hanoi masih mengekalkan bangunan bangunan colonial sewaktu pemerintahan Perancis terutamanya pada bangunan bangunan Kerajaan termasuk Grand Opera House, State Bank of Vietnam, Presidential Palace, Saint Joseph Cathedral dan lain lain lagi.



Overall, aku suka jugak Hanoi walaupun agak busy dengan banyak motosikal tapi kalau berjalan kurang panas sebab banyak pokok pokok di tepi jalan. Banyak taman taman, banyak tasik dan rasa segar jer.

Tapi agak meletihkan sebab semua tempat tempat ni aku cover less than 12 jam.

Penat jalan kaki. Sampai cramp cramp tengah jalan. Ngeri bila ingat balik. Cuma aku agak kecewa sebab terpaksa berdepan dengan manusia manusia yang tak berapa jujur especially bila deal dengan kita para traveller ni. Tapi nak kata semua orang Hanoi tak jujur pun tak betul jugak sebab ada jugak orang yang baik baik aku jumpa, nasib la kot. Berhati hati je lah, mungkin mereka di sana suka mengambil kesempatan. Respect all, trust no one.

Dia orang kena layan lagu Radja dulu kot supaya lebih jujur !



Duhai kekasih pujaan hati ku
Dapat kah kau memberi ku satu arti
Sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji

Bukti kan lah bila kau ada cinta
Setulus hati mu bisa memerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama.....

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkankah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku lupakanlah aku

Jujur lah padaku
Bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakalah aku
selamanya....

Apa apa pun, nanti aku update details bebila terasa rajin. 

18 comments:

  1. Salam Abg Meng,

    Depa memang suka ambil kesempatan atas pelancung. Jenuh saya melayan depa.Mungkin kesempitan hidup. Apa-apa pun doa yang terbaik untuk depa.

    ReplyDelete
  2. first time aku jejak Hanoi thn 2006, sampai jek terus ke Ha Giang utara vietnam, naik kereta selama 6 jam perjalanan masuk kampung keluar kampung, masuk hutan keluar hutan. Jalan sempit nak mampus. Nampak cik Barb besar giler perut meloyot sampai ke tanah hahahaha....

    Kat sana gak aku menderita makan maggi 3 hari berturut2 pagi petang siang malam sampai aku dh x tertelan.. hahaha last2 aku suruh dorang beli nasi kosong dgn lauk ikan, darurat katanya.. balik Malaysia kurang beberapa kg berat aku...hehe

    ReplyDelete
  3. thn lepas aku terpaksa cancel trip ke hanoi sbb kene attend interview..

    last2 skali 2-2 aku xdpt..tu namanya bukan rejeki...tp hanoi mmg masuk dlm list aku..

    ReplyDelete
  4. tak merasa lagi ke hanoi...
    AA wat sale mesti tang hano tetap mahal
    hohoohohoho

    ReplyDelete
  5. cantik gambar2 u... mcm postcard.. ramai betol abg beca menunggu pelanggan.. mcm x da pelanggan ja... tp sejak 2 menjak ni tiket AA ke Hanoi agak x menarik la harganya.. memang ada angan2 gak nak ke sana nih...

    ReplyDelete
  6. papepun awek vietnam memang superb..

    hehehe...

    ReplyDelete
  7. MKL : Waaalaikumusallam. Tengok nasib jugak la kot, kdg kdg puas nak elak pun terkena jugak... cuma kena selalu hati hati..

    Z : Vietnam tak de tuktuk la dahling.. naik teksi pastu jalan kaki sampai melecet..

    nak direction tu nanti aku kasi details...

    HB : kau pegi misi Mercy ke apa tu??? last last kau yang SOS.. hahaha

    ReplyDelete
  8. DATT : Hanoi kena pegi tapi tak pe banyak lagi masa tu.. aku dulu memang plan.. bila dpt grab tiket murah terus la sambaria..

    ETK : Skrg AA memang susah nak cari tiket murah. aku pun dah lama tak beli tiket dan dah tak de list nak travel dah tahun depan...

    F : terima kasih. ambik gambar ni kena tgk mood jugak. kdg kdg moment tu dtg dan dan tu, dlm tak ready tu yang jadi getaran jiwa gambar tu..

    cuba lain kali, ada la tu tiket murah ke hanoi nanti..

    JG : superb ka??? aku x jumpa pung. hehehehe

    ReplyDelete
  9. Oh lupa.

    Farikica : abang beca tu depan puppet house.. memang area tu je la dia orang ramai. mostly target tourist, tapi mahai mahai kot depa ni. tak worth la. jalan kaki lagi better

    ReplyDelete
  10. Hahahaha....tp yg best.. engineer indon yg sama dok ngan aku kat ha giang main pulun jek makan, sedap jek dia makan mee sop, isi segala bagai boleh pilih...dia main tunjuk jek nak isi apa, ayam pon dia balun, mamat ni muslim. Hahaha...

    ReplyDelete
  11. Satu lg yg best awek betnam ni semua kurus2 belaka...x nampak lak aku yg gemuk gedempol hahahaha...

    ReplyDelete
  12. ye aku sokong HB, mmg gadis kat vietnam kurus2 belaka benci mak tgk! aku ada beli ao dai tu, kalo aku pakai skang, sebijik cam balut nangka patu button tu akan prak prak prakkkkk satu2 terbukak! mencik!!

    ReplyDelete
  13. HB : indon memang cam tu sikit. masa aku kat korea dia org buleh lepak duk meja sebelah aku makan ayam KFC...

    mendidih je aku tengok

    HB & Biqque : Memang awek Vietnam kurus kurus.. sebab makan soup je kot.. menjaga body...

    Kalau aku dengan HB pakai baju vietnam tu, kaki pun tak muat nak masuk.. silap silap org ingat spender...

    hahahahaha

    ReplyDelete
  14. salam..nk mitak tolong..bro ade itinerary full x dari HCM ke muine then ke hanoi..email kt wafiqemire@gmail.com..tq! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Aku trvael jarang ada itinerary khusus. Aku just plan mana nak pegi then aku sort out bila dah sampai sana thru hostel.

      Sorry. Tak dapat nak bantu, tapi kalau kau baca entry ni kau buleh agak cemana itinerary yang aku dah buat.

      Delete