Pages

Monday, September 30, 2013

Lunch Date : Bubba Gump Restaurant, Citta Mall

Oh... hari tu aku ada lunch date. Berdua jer.

Tak tau nak gi makan kat mana, padahal sebelum ni aku macam nak boikot Bubba Gump ni sebab mahal dan makanan tak sedap mana, tapi cari cari kedai makan, nampak jer.. terus macam kena santau jer.

Masuk dan lunch date kat sini !

Memang plan order benda lain dari last menu aku dulu. Mana tau ada yang sedap.

Sambil sambil menunggu tu sempat ni ambik gambo.

Bubba Gump Shrimp Co

Air yang ntah hapa hapa, di campur campur pastu jadi mahal. Ni air paling murah ni. Segelas RM12.90

Kalau air macam ni lagi mahal

Lagi sadis, ada minuman yang boleh dapat gelas sekali, tapi harga tak agak agak

Si Dia nak makan scampi.... ( scampi tu bahasa Italy untuk Udang ! )

Ini la linguini scampi.... 

Untuk mencari kelainan aku order Jambalaya ( nasik dan udang udangan )

Makan tak abis. Last sekali, kami share makan scampi linguni tu jer...

Abis.. !!! sebab makan berdua..

Mulut comot.... i lap u.. u lap i...

Pastu macam menyesal.... sebab tak sedap mana especially Jambalaya tu... 

Tapi tetap buat muka tak malu tapaw.... sebab aku usik sikit jerrr

Macam nak run, tapi tu la. terkono lagi..

Aku harap ni last aku datang makan kat sini. Bukan aku tak suka tapi macam tak berbaloi. Kena tetapkan iman. Harga untuk semua makanan di atas adalah RM106. 

Menyesal. Terkono lagi.

Mahal dok? Pastu rasa tak de la sedap mana. Harapkan nama jer berapi rapi..... Aku tak berapa suka sebenarnya, tapi kalau korang suka proceed je lah. Cuma jangan menyesal lepas makan macam aku. Dah few time kena.. agaknya Bubba Gump ni pakai penarik kot. Seluar dalam Forrest Gump? Puiii.

Oh. by the way.. lunch date ni lepas tengok wayang.. aku dengan OR je pung.. hahahahaa

Sekali sekala nak berdating berdua duaan jerrr....



Kau renunglah wajahmu
Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekatkan pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menyepi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita

Dijiwaku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah tapi tak akan kehilanganmu

Sunday, September 29, 2013

Senja Nan Merah

Layan kan je lah, sedikit senja nan merah...

Selamat berweekend !




















Masihkah kita termangu di bawah pepohon itu
Ketika hujan melunturi danau yang terusang
Tidak pernah dibilang hari
Hanyalah debar yang terasa… terasa

Setiap hari dibuai mimpi yang terindah
Dengan menghitung senja nan merah dihujung sinar
Mencipta kebeningan rahsia, pada sehimpun kenangan
Menyimpul satu makna di ruang yang lurus ini

Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah liku-liku curam insani
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya dalam hidup seribu warna

Dibawah teriring ungkapan pada sebuah wajah
Yang lara kesepian
Haruskah kita mencari suatu
Senja dalam kepedihan..

Haruskah kita mencari dalam senja begini kembali kita bertemu
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi kembali kita bersama

Membilang kenangan yang abadi
Seperti menunggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan di sebalik
Awan yang merah

Haruskah kita mencari dalam senja begini kembali kita bertemu
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi kembali kita bersama

Membilang kenangan yang abadi
Seperti menunggu mentari senja
Menghilang perlahan-lahan di sebalik
Awan yang merah
Di balik awan yang merah
Di balik awan yang merah
Di balik awan yang merah

Friday, September 27, 2013

Birthday Trip Hero

Ini cerita pasal birthday trip Hero.

Dia dah canang kat aku sejak seminggu sebelum birthday dia lagi.

"Papa. Lepas ni birthday Hero kan?"
"Ya.. Minggu depan"
"Minggu depan tu lagi berapa hari?"
"Ahad depan lah"
"Ada hadiah tak Papa?"
"Mana boleh bagitau. Rahsia"
"Aaaala Papa ni... tu pun nak rahsia"

Godaan dia tak berjaya mendapat apa yang dia nak tau. Aku just buat bodo je sampai la minggunya tiba. Dah bagitau kat OR dan aku dah book hotel siap siap. Hajatnya nak bawak dia orang pegi bercuti sempena birthday Hero ni.

Nak bercuti kat mana?

Ha.... aku dah jumpa tempat. Tak jauh mana. Di Morib tu je. Aku dah siap book kat Gold Coast Morib Resort tu sebab kat situ aku rasa budak budak akan have fun ! 

Yang tua tua macam kita ni, ngikutkan saja. 

Jalan dalam Malaysia jer

So hari sabtu kami dah bersiap siap. Tak keluar awal mana sebab aku dah baca, check in time tetap pukul 3 petang walau pukul berapa korang sampai pun, so, tak pe lah. Ambik masa berehat rehat. Tengahari baru keluar.

Tau sapa yang lebih excited??

Watch out  Vivy Yusof !!!

Dress by Padini, Legging by sapa pun tak tau, pengikat rambut OR, jam tangan kaler pink yang tak de battery. Paling tak tahan, kasut ! Tau kasut tu aku singgah kat Petronas, pastu dia jumpa mainan apa benda ntah, princess siap ada kasut. Dia mengaruk nak kasut tu. Pastu pakai tak nak bukak !

Kasut tu besar, bila jalan bunyi macam steamroll sebab dia seret. Nasib tak tertonggeng. Tapi tetap la dia nak kasut pink ni. Diva tak Anak Dara aku ?

OR dah siap siap bawak bekal. Padahal bukan jauh sangat pun nak ke Banting tu.

Singgah makan nasi lemak dekat R&R dekat SKVE tu

Makan ala ala kenyang then kami terus ke Morib ikut Banting. Sekarang dah ada highway SKVE so senang la tak payah ikut ELITE lagi dah. Tapi jalan SKVE tu macam harom.. Sapa lah yang buat konsesi highway ni. Hish.

Ini bukan la kali pertama kami ke Morib tapi first time ikut SKVE. So tak de la masalah sangat nak cari jalan, follow sign sahaja.

Jalan ke Banting

Melepasi pekan Banting

Sampai di Gold Coast Morib Resort

Check in dan dapat bilik. 



Sampai sampai budak budak terus sibuk nak mandi manda. Teman dia orang mandi kejap.


Macam biasa budak ni mengamuk tak sudah. Nak pakai goggle sepanjang masa dari start turun bilik sampai ke kolam tak nak tanggal. Pastu nak pistol air, nak itu, nak ini. * pening

Layan dia orang mandi sampai petang then aku ke pantai layan sunset, dia orang sambung mandi dalam jacuzi pulak kat bilik.

Sunset di pantai Morib.





Aku balik bilik bukak pintu je tetiba Hero kecoh kecoh bagi tau.

"Papa. Adik berak dalam kolam !!"

* Papa pengsan

Anak Dara aku terberak dalam Jacuzi ! 

Syok sangat lah tu kena bubble bubble sampai terberak. Jacuzi tu pulak tak leh salurkan air keluar. Rosak ! Merasalah OR dok bersihkan jacuzi tu, tapi still ada air bertakung dan semua orang tak mau mandi dah. 

Jacuzi adalah bertahik sampai check out. Tahik dah hancur kena bubble bubble !

* pengsan sekali lagi

Dan malam tu bermula la acara potong kek dan meraikan birthday Hero.

Pihak hotel ada sediakan cake, gift termasuk sijil sebab celebrate di sini. Konon macam masuk Malaysia Book of Records, untuk apa pun aku tak pasti. Harga pakej semua adalah RM268, studio room 2 hari 1 malam termasuk 2 dinner, 2 breakfast dan 2 entrance to waterpark. Ada cake, gift dan cert.

Ada dinner malam tu tapi semua dah kenyang lepas belasah nasik lemak tu sekali lagi. So aku turun untuk claim hadiah je.

Dapat la cake dan hadiah hadiahnya.

Cake hotel bagi

Jajan dibeli untuk memeriahkan suasana

Sijil

Birthday boy dan tukang kacau ( lagi over nak tiup lilin dan lagu dia berbunyi.... 'epedeee  day tuyuuu' ). .................... Epedee okeh !

Ini hadiah hotel bagi !

Punya la Hero tak puas hati. Bear je siap joget joget nyanyi lagu birthday. Anak Dara aku lah suka. Dah la battery tak bagi. Satu hal lak aku kepak remote aircond dengan remote TV nak pinjam battery.

Berjaya jugak beruang ni menari. Tapi langsung tak memberahikan.

Hero tetap tak puas hati sampai la dah tutup lampu dan semua nak tidur.

"Tu je ke hadiahnya Papa?"
"Ya lah.. Tu je Papa mampu. Nak hadiah best best tunggu la Papa jadi Saudagar Minyak Unta"
"Apa tu Papa??"

Jeng Jeng Jeng...............

Dia confuse tak faham. Tapi dia pasrah lah birthday tahun ni dia tak dapat hadiah yang dia nak. 

Sampai la lampu dah tutup. Dia baring sebelah aku dengan cubaan nak tidur dengan perasaan pilu sebab hadiah birthday tak best. Slow slow aku keluarkan hadiah untuk dia dari bawah katil.

Tablet dah siap install dengan game game

Terus la bangkit dari tidur macam pocong !!

Tetiba dia gembira. Tetiba peluk Papa. Peluk Ibu. Peluk semua orang.

"Terima kasih Papa"

Baru la nampak senyuman di wajah. Yang tak senyumnya si kecik tu lah. Tak puas hati. Bangun jugak dia dan meluru dulu.

"Adik punya tak de pun?"

Tangan kat belakang tanda merajuk. Pastu meraung. Terpaksa la aku cepat cepat pujuk.

"Takkan la Papa sampai hati nak biarkan anak Papa tak dapat hadiah. Kalau abang dapat, adik pun dapat lah. Ni untuk adik"

Tablet untuk Anak Dara

Tau dia cakap apa?

"Waaaaaaaaaaaaaaa. Ni agi antik !!!' ( ini lagi cantik )

Punya la excited. Siap ber high five !

* pitam aku budak budak zaman sekarang ni

Lepas tu, aku terus tido sebab keletihan. Ntah apa jadi dengan dia orang. Syok main tablet masing masing tu sampai abis battery. Hero dah lama nak tablet ni, aku je buat keras malas nak beli. Tu la dalam larang larang tak bagi main game, tapi beli tablet suruh main game jugak !!  Padahal PSP, PS2 semua dia dok main lagi.

* sigh...

Salahkan aku lah. Kadang kadang keinginan anak anak ni susah nak ignored. Kan?

Sampai la ke esoknya. Bangun pagi masing masing dok capai tu dulu. Lepas breakfast, dia orang ajak mandi lagi sebab tablet masing masing dah abis battery.

Gi mandi kat bawah dan tengahari lepas tu check out.

Keluar dari Gold Coast Morib kami tak terus balik. 

Kalau tadi untuk budak budak, bapak budak pun mengambik kesempatan berjalan jalan dan membuat aktiviti memuaskan hati sendiri !

Kami jalan jalan ke Jugra.

Thanks to Mak Esah yang introduce aku dengan tempat tempat ni. So aku pun nak gi riki.

Ke Istana Bandar, Jugra. Tempat ni spooky ler.

Masjid Sultan Alaidin, Jugra

Dan. Sudah tentu tak lupa ke Bukit Jugra untuk acara Paragliding  Aku dah siap book sehari sebelum tu dengan orang Paragliding ni. 

Papa yang excited terlebih.

Nanti citer details. Layan gambar di Bukit Jugra pulak.




Abis melepek di Bukit Jugra kami turun semula dan terus ke Banting.

Tak lupa nak merasa Cendol Ibrahim yang terkenal tu. Sedap ke uols?? Hmmmmmm.. Apa apa berhenti dulu minum di sini.



Boleh tahan lah.

Apa yang menariknya, dia still tak pakai mesin. Pakai cara dolu dolu dolu kala kisar ais tu. Tu yang buat rasa dia ada lain sikit lah.


Tapi kalau nak datang ke Banting semata mata nak minum cendol, tak perlu lah. Cuma kalau memang ada di sini, boleh la singgah !

Ingat nak makan kat restaurant Tawaqal ni, tapi rupanya mamak je.

So tak berselera ler pulak.


Makanan terbaik untuk hati?

Balik terus lepas tu, singgah makan kat RNR semula. Kedai yang tak de orang tapi ambik masa satu jam untuk masak makanan kita orang !

Stress !

Cuaca pulak dah tak berapa menentu.

Balik ke rumah, aku terus pengsan.


Budak budak la seronok dok layan tablet tak berkesudahan. 

Apa apa pun, we enjoyed the short trip, cuma aku la keletihan. Lagi letih sebab balik dari Bukit Jugra tu aku tidur mimpi aku bunuh orang.

Bahana ambik gambar kat kubur Cina la ni !

Terus trauma tak berkesudahan. Lagi aku trauma kalau nanti tak sampai seminggu ada yang bagitau tablet dah rosak dan punah ranah jadi nya... Tu risiko yang aku kena sedia untuk terima.

Sepanjang malam aku keresahan takut tablets tu jahanam cepat.

Aku dah warning, kalau rosak memang dah tak ganti. Tunggu Papa betul betul jadi Saudagar Minyak Unta kabi kabi baru boleh beli yang lain.