Pages

Friday, September 27, 2013

Birthday Trip Hero

Ini cerita pasal birthday trip Hero.

Dia dah canang kat aku sejak seminggu sebelum birthday dia lagi.

"Papa. Lepas ni birthday Hero kan?"
"Ya.. Minggu depan"
"Minggu depan tu lagi berapa hari?"
"Ahad depan lah"
"Ada hadiah tak Papa?"
"Mana boleh bagitau. Rahsia"
"Aaaala Papa ni... tu pun nak rahsia"

Godaan dia tak berjaya mendapat apa yang dia nak tau. Aku just buat bodo je sampai la minggunya tiba. Dah bagitau kat OR dan aku dah book hotel siap siap. Hajatnya nak bawak dia orang pegi bercuti sempena birthday Hero ni.

Nak bercuti kat mana?

Ha.... aku dah jumpa tempat. Tak jauh mana. Di Morib tu je. Aku dah siap book kat Gold Coast Morib Resort tu sebab kat situ aku rasa budak budak akan have fun ! 

Yang tua tua macam kita ni, ngikutkan saja. 

Jalan dalam Malaysia jer

So hari sabtu kami dah bersiap siap. Tak keluar awal mana sebab aku dah baca, check in time tetap pukul 3 petang walau pukul berapa korang sampai pun, so, tak pe lah. Ambik masa berehat rehat. Tengahari baru keluar.

Tau sapa yang lebih excited??

Watch out  Vivy Yusof !!!

Dress by Padini, Legging by sapa pun tak tau, pengikat rambut OR, jam tangan kaler pink yang tak de battery. Paling tak tahan, kasut ! Tau kasut tu aku singgah kat Petronas, pastu dia jumpa mainan apa benda ntah, princess siap ada kasut. Dia mengaruk nak kasut tu. Pastu pakai tak nak bukak !

Kasut tu besar, bila jalan bunyi macam steamroll sebab dia seret. Nasib tak tertonggeng. Tapi tetap la dia nak kasut pink ni. Diva tak Anak Dara aku ?

OR dah siap siap bawak bekal. Padahal bukan jauh sangat pun nak ke Banting tu.

Singgah makan nasi lemak dekat R&R dekat SKVE tu

Makan ala ala kenyang then kami terus ke Morib ikut Banting. Sekarang dah ada highway SKVE so senang la tak payah ikut ELITE lagi dah. Tapi jalan SKVE tu macam harom.. Sapa lah yang buat konsesi highway ni. Hish.

Ini bukan la kali pertama kami ke Morib tapi first time ikut SKVE. So tak de la masalah sangat nak cari jalan, follow sign sahaja.

Jalan ke Banting

Melepasi pekan Banting

Sampai di Gold Coast Morib Resort

Check in dan dapat bilik. 



Sampai sampai budak budak terus sibuk nak mandi manda. Teman dia orang mandi kejap.


Macam biasa budak ni mengamuk tak sudah. Nak pakai goggle sepanjang masa dari start turun bilik sampai ke kolam tak nak tanggal. Pastu nak pistol air, nak itu, nak ini. * pening

Layan dia orang mandi sampai petang then aku ke pantai layan sunset, dia orang sambung mandi dalam jacuzi pulak kat bilik.

Sunset di pantai Morib.





Aku balik bilik bukak pintu je tetiba Hero kecoh kecoh bagi tau.

"Papa. Adik berak dalam kolam !!"

* Papa pengsan

Anak Dara aku terberak dalam Jacuzi ! 

Syok sangat lah tu kena bubble bubble sampai terberak. Jacuzi tu pulak tak leh salurkan air keluar. Rosak ! Merasalah OR dok bersihkan jacuzi tu, tapi still ada air bertakung dan semua orang tak mau mandi dah. 

Jacuzi adalah bertahik sampai check out. Tahik dah hancur kena bubble bubble !

* pengsan sekali lagi

Dan malam tu bermula la acara potong kek dan meraikan birthday Hero.

Pihak hotel ada sediakan cake, gift termasuk sijil sebab celebrate di sini. Konon macam masuk Malaysia Book of Records, untuk apa pun aku tak pasti. Harga pakej semua adalah RM268, studio room 2 hari 1 malam termasuk 2 dinner, 2 breakfast dan 2 entrance to waterpark. Ada cake, gift dan cert.

Ada dinner malam tu tapi semua dah kenyang lepas belasah nasik lemak tu sekali lagi. So aku turun untuk claim hadiah je.

Dapat la cake dan hadiah hadiahnya.

Cake hotel bagi

Jajan dibeli untuk memeriahkan suasana

Sijil

Birthday boy dan tukang kacau ( lagi over nak tiup lilin dan lagu dia berbunyi.... 'epedeee  day tuyuuu' ). .................... Epedee okeh !

Ini hadiah hotel bagi !

Punya la Hero tak puas hati. Bear je siap joget joget nyanyi lagu birthday. Anak Dara aku lah suka. Dah la battery tak bagi. Satu hal lak aku kepak remote aircond dengan remote TV nak pinjam battery.

Berjaya jugak beruang ni menari. Tapi langsung tak memberahikan.

Hero tetap tak puas hati sampai la dah tutup lampu dan semua nak tidur.

"Tu je ke hadiahnya Papa?"
"Ya lah.. Tu je Papa mampu. Nak hadiah best best tunggu la Papa jadi Saudagar Minyak Unta"
"Apa tu Papa??"

Jeng Jeng Jeng...............

Dia confuse tak faham. Tapi dia pasrah lah birthday tahun ni dia tak dapat hadiah yang dia nak. 

Sampai la lampu dah tutup. Dia baring sebelah aku dengan cubaan nak tidur dengan perasaan pilu sebab hadiah birthday tak best. Slow slow aku keluarkan hadiah untuk dia dari bawah katil.

Tablet dah siap install dengan game game

Terus la bangkit dari tidur macam pocong !!

Tetiba dia gembira. Tetiba peluk Papa. Peluk Ibu. Peluk semua orang.

"Terima kasih Papa"

Baru la nampak senyuman di wajah. Yang tak senyumnya si kecik tu lah. Tak puas hati. Bangun jugak dia dan meluru dulu.

"Adik punya tak de pun?"

Tangan kat belakang tanda merajuk. Pastu meraung. Terpaksa la aku cepat cepat pujuk.

"Takkan la Papa sampai hati nak biarkan anak Papa tak dapat hadiah. Kalau abang dapat, adik pun dapat lah. Ni untuk adik"

Tablet untuk Anak Dara

Tau dia cakap apa?

"Waaaaaaaaaaaaaaa. Ni agi antik !!!' ( ini lagi cantik )

Punya la excited. Siap ber high five !

* pitam aku budak budak zaman sekarang ni

Lepas tu, aku terus tido sebab keletihan. Ntah apa jadi dengan dia orang. Syok main tablet masing masing tu sampai abis battery. Hero dah lama nak tablet ni, aku je buat keras malas nak beli. Tu la dalam larang larang tak bagi main game, tapi beli tablet suruh main game jugak !!  Padahal PSP, PS2 semua dia dok main lagi.

* sigh...

Salahkan aku lah. Kadang kadang keinginan anak anak ni susah nak ignored. Kan?

Sampai la ke esoknya. Bangun pagi masing masing dok capai tu dulu. Lepas breakfast, dia orang ajak mandi lagi sebab tablet masing masing dah abis battery.

Gi mandi kat bawah dan tengahari lepas tu check out.

Keluar dari Gold Coast Morib kami tak terus balik. 

Kalau tadi untuk budak budak, bapak budak pun mengambik kesempatan berjalan jalan dan membuat aktiviti memuaskan hati sendiri !

Kami jalan jalan ke Jugra.

Thanks to Mak Esah yang introduce aku dengan tempat tempat ni. So aku pun nak gi riki.

Ke Istana Bandar, Jugra. Tempat ni spooky ler.

Masjid Sultan Alaidin, Jugra

Dan. Sudah tentu tak lupa ke Bukit Jugra untuk acara Paragliding  Aku dah siap book sehari sebelum tu dengan orang Paragliding ni. 

Papa yang excited terlebih.

Nanti citer details. Layan gambar di Bukit Jugra pulak.




Abis melepek di Bukit Jugra kami turun semula dan terus ke Banting.

Tak lupa nak merasa Cendol Ibrahim yang terkenal tu. Sedap ke uols?? Hmmmmmm.. Apa apa berhenti dulu minum di sini.



Boleh tahan lah.

Apa yang menariknya, dia still tak pakai mesin. Pakai cara dolu dolu dolu kala kisar ais tu. Tu yang buat rasa dia ada lain sikit lah.


Tapi kalau nak datang ke Banting semata mata nak minum cendol, tak perlu lah. Cuma kalau memang ada di sini, boleh la singgah !

Ingat nak makan kat restaurant Tawaqal ni, tapi rupanya mamak je.

So tak berselera ler pulak.


Makanan terbaik untuk hati?

Balik terus lepas tu, singgah makan kat RNR semula. Kedai yang tak de orang tapi ambik masa satu jam untuk masak makanan kita orang !

Stress !

Cuaca pulak dah tak berapa menentu.

Balik ke rumah, aku terus pengsan.


Budak budak la seronok dok layan tablet tak berkesudahan. 

Apa apa pun, we enjoyed the short trip, cuma aku la keletihan. Lagi letih sebab balik dari Bukit Jugra tu aku tidur mimpi aku bunuh orang.

Bahana ambik gambar kat kubur Cina la ni !

Terus trauma tak berkesudahan. Lagi aku trauma kalau nanti tak sampai seminggu ada yang bagitau tablet dah rosak dan punah ranah jadi nya... Tu risiko yang aku kena sedia untuk terima.

Sepanjang malam aku keresahan takut tablets tu jahanam cepat.

Aku dah warning, kalau rosak memang dah tak ganti. Tunggu Papa betul betul jadi Saudagar Minyak Unta kabi kabi baru boleh beli yang lain.

13 comments:

  1. Happy belated besday Hero..hhahaha..lawak lah...gelak je baca story ni...

    Budak2 zaman skrg..mmg itu lah mendanya..tak tahulah kalau 10 thn akan datang kan...

    ReplyDelete
  2. tang adiknya berak dalam jacuzi tu mmg tak menahan, terbahak ketawa

    ReplyDelete
  3. hamboiiiiii huntungla hanak2 hapat hablettttt! nanti aku sua anak aku je la dgn harapan uncle meng bg hadiah hahaha!

    ok, anak dara ko ngan kasut pink oversize tu mmg tak bleh blah! terpaksa vivy yusof book siap2 utk next top model fashionvalet dia hahaha! aku suka sgt girl yg girlish! if boy cam hmmm tak leh nak melawa2 sgt...smart leh la...

    ha ko amik gambar kubur cina tu gak? hahaha kitorang pun aritu amik, tetiba cam serem plak...dah la nak maghrib!

    ReplyDelete
  4. wahhh paragliding woooo... hebakkk kooo

    huntung la kan bebudak sekarang, semua game dh electronic jek. Agaknye main batu seremban pakai tablet!!
    Dulu aku main game pakai mesin yg besor gedabak tu masuk 20 sen hehehe

    ReplyDelete
  5. kelakar betol anak dara tu...kasut pink dia ehehe

    time nk potong kek pon nmpak homey nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    untung laaa hadiah besday tablet...aku nk dpt kek sepotong pon xdpt2...sampai ati ibu kt xbg hadiah wawawa

    ReplyDelete
  6. meng,

    terkekek2 aku gelak baca part terberak dlm jacuzi..adoi..lawak giler beb...1 famili sengal..

    lg satu aku perasan,OR ko ni rajin betul memasak..masak nasi lemak dgn hidangan lengkap pulak tu..kagum kejap aku..dgn nak layan kerenah anak2 lagi..bukan sng tu..

    ReplyDelete
  7. JM : btol tu JM.. zaman dah berubah. kalau bagi congkak ke apa mati la bebudak ni tak nak main.

    Farikh : tu la.. dah terberak terus tak leh guna pakai jacuzi.. gagal aku nak posing dalam tu.

    Biq : kubur cina tu actually mcm lawa jugak kan? hahahahhaa

    kasut oversize tu dah jadi kasut kegemaran dia, terpaksa la sorok supaya dia tak mintak nak pakai dah.

    Hb : ada citer pasal paragliding ni, nanti aku story.. heheheh..

    dulu zaman aku atari lagi, bayar rm2 main kat arcade jer

    AE : terima kasih..

    ETK : anak dara tu kdg kdg diva melampau... tak di ikut, dia mengamuk.. kena la ikut. kalau tak aku yg pening..

    DATT : OR tu tau anak dia kuat makan, so dia kena bawak bekal cukup2..

    ReplyDelete
  8. pergh lama gile kot tak masuk arcade...dok masuk ngan geng budak laki...nampak nor budak jahat sungguh dulu2 kita ye...kihkih!

    ReplyDelete
  9. Biq : Tak jahat..

    Nakal dan terjal jer kot.. hahahaa

    ReplyDelete
  10. Dulu x mampu nak beli atari...sbb tu game 2 posen jadi mainan hehehe

    ReplyDelete
  11. Tak sabar tunggu entri paragliding... Huhu.. Anyway, happy birthday to little boy... <3

    ReplyDelete
  12. Thanks FAH.

    Tunggu la entry tu.. pasti nanti mengecewakan !

    Hahahaaa

    ReplyDelete