Pages

Monday, September 30, 2013

Lunch Date : Bubba Gump Restaurant, Citta Mall

Oh... hari tu aku ada lunch date. Berdua jer.

Tak tau nak gi makan kat mana, padahal sebelum ni aku macam nak boikot Bubba Gump ni sebab mahal dan makanan tak sedap mana, tapi cari cari kedai makan, nampak jer.. terus macam kena santau jer.

Masuk dan lunch date kat sini !

Memang plan order benda lain dari last menu aku dulu. Mana tau ada yang sedap.

Sambil sambil menunggu tu sempat ni ambik gambo.

Bubba Gump Shrimp Co

Air yang ntah hapa hapa, di campur campur pastu jadi mahal. Ni air paling murah ni. Segelas RM12.90

Kalau air macam ni lagi mahal

Lagi sadis, ada minuman yang boleh dapat gelas sekali, tapi harga tak agak agak

Si Dia nak makan scampi.... ( scampi tu bahasa Italy untuk Udang ! )

Ini la linguini scampi.... 

Untuk mencari kelainan aku order Jambalaya ( nasik dan udang udangan )

Makan tak abis. Last sekali, kami share makan scampi linguni tu jer...

Abis.. !!! sebab makan berdua..

Mulut comot.... i lap u.. u lap i...

Pastu macam menyesal.... sebab tak sedap mana especially Jambalaya tu... 

Tapi tetap buat muka tak malu tapaw.... sebab aku usik sikit jerrr

Macam nak run, tapi tu la. terkono lagi..

Aku harap ni last aku datang makan kat sini. Bukan aku tak suka tapi macam tak berbaloi. Kena tetapkan iman. Harga untuk semua makanan di atas adalah RM106. 

Menyesal. Terkono lagi.

Mahal dok? Pastu rasa tak de la sedap mana. Harapkan nama jer berapi rapi..... Aku tak berapa suka sebenarnya, tapi kalau korang suka proceed je lah. Cuma jangan menyesal lepas makan macam aku. Dah few time kena.. agaknya Bubba Gump ni pakai penarik kot. Seluar dalam Forrest Gump? Puiii.

Oh. by the way.. lunch date ni lepas tengok wayang.. aku dengan OR je pung.. hahahahaa

Sekali sekala nak berdating berdua duaan jerrr....



Kau renunglah wajahmu
Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu
Tapi harapan makin kabur

Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata
Sepi walaupun bila bersama
Dekatkan pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentangan
sahaja walaupun bibir cuba menyepi
Hakikat percaya tanya dengan jujur
Manakah kita

Dijiwaku sengsara menanggung derita
kerana cinta berubah tapi tak akan kehilanganmu

8 comments:

  1. oiii nak berdua2 an makan kat bubba gump ke?? x romantik la ko ni...cuba la bawak OR ko gi tempat yg romantik sikit cam pelita nasi kandaq ke! kan romantik sbb dorang pakai pelita... ahaksss..

    ok aku dh blacklist bubba gump ni.. xmo dtg sbb mahal...hehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha...badan Meng mesti naik...asyik makan je..anyway, makanan adalah sebahagian rutin kita.

    ReplyDelete
  3. tak suka jugakkk sbb mahal giler...takde la sedap sgt pun....nampak menggiurkan bila banyak2 udang je, tp rasa biasa-biasa ajo...hehehe

    ReplyDelete
  4. meng,

    aku confirm boikot tmpt ni sbb mhl..dgn hrga mcm tu, baik p mkn tony romas lg ok kot..

    ni nak kabo lg..mlm jumaat mggu lps aku n the gang pg pizza2 lg..kali ni xamek byk pizza, try mende2 lain pulak, lps tu order segala mak nenek shake..total hbs utk 7/8 org br 160++

    tp tempat ni idokla so romabntic utk bercanda2..cuma utk melantak ok la..

    ReplyDelete
  5. dah penah makan kt sini, ada gak la menu2 yg best ada yg biasa je, tp memang mengucap pjg sikit la tgk price die..tp ada satu air tu sedap, lotsa lava nama die..sampai sekarang teringat2

    ReplyDelete
  6. HB : kau kena pegi try baru boleh check betul2 tak sedap atau tekak aku yang out !

    MKL : itu sudah semestinya..

    * tunjuk perut

    DJ : Btol tu DJ !

    ReplyDelete
  7. DATT : kau try dulu sini.. jangan dengar sgt ckp aku. kdg kdg taste aku ntah hapa hapa jugak..

    hiks.

    aku nak try carbonara pizza2 la nanti.

    YR : alaa.... dah buat aku terasa nak try air lava tu pulak dah...

    isk tak leh jadi ni.

    Zila : Tak aci puii ek?? ok la tarik balik..

    * tarik puiii

    ReplyDelete