Pages

Monday, August 26, 2013

Trip Mabuhay 10 : Boracay - Activities

Baik lah.

Entry ni aku nak cerita apa aktiviti yang boleh di lakukan di Boracay.

Ya. Boleh je berehat rehat. Tak de yang larang. Tapi takkan nak gi berehat je, mesti la nak beraktiviti jugak. So tak de lah kebosanan sangat jadi nya.

Aku ulangi kali ke 200, Boracay ni tak de lah besar mana. Besar lagi Langkawi tu. Pulau dia lebih kurang 10 km2 je. Kecik je. Kalau tawaf pun setengah hari dah boleh abis. Tapi di Boracay ni walaupun kecik tapi banyak aktiviti yang boleh di lakukan.

Depends pada minat, keinginan, masa, wang dan jugak kekuatan diri.

Jom kita tengok apa aktiviti yang boleh di lakukan di sini.

Hah ! Pilih jangan tak pilih. Nak beli atau nak beraktiviti.

Semua aktiviti aktiviti tu ada di sini dan boleh di lakukan samaada sendirian ataupun dengan tour company. Biasanya banyak tour company yang menyediakan aktiviti aktiviti. Kalau dekat White Beach tu, tak payah cari, dia orang yang cari kita. Korang pose pose cantik je kat situ sampai ada orang tegur.

"Cantik ke kau??"

Paling glamer adalah kite boarding kalau di Bulabog Beach dan para sailing la kalau di White Beach.

Tapi ada lagi !

Tengok ni.

Massad ! Massad ! 

Tak tau la harga dia cemana. Lebih kurang macam kat Thailand je la kot. Massage macam ni biasanya di buat di tepi pantai atau ada juga SPA SPA yang boleh di kunjungi kalau nak dan rasa banyak duit.

Jalan Jalan Window Shopping !

Tu kira aktiviti jugak la tu. Jalan jalan je sepanjang pantai sebab pantai dia especially di White Beach memang banyak kedai kedai. Boleh masuk. Usha garing. Kalau berminat boleh beli. Kalau tidak, boleh blah ! Tapi harga barang barang di kawasan macam ni agak mahal. Kena pepandai la survey dan tawar menawar. Tapi sebab orang biasanya ramai di Boracay ni. Duduk tengok orang pun boleh abiskan masa berjam jam. ( bagi yang suka tengok gelagat orang)

Mandi manda sambil membina istana pasir

Memang kalau dah namanya pulau, mandi laut adalah satu kemestian. Tapi hari tu aku tak de la mandi pun sebab aku takut hitam

* jirus diri sendiri dengan clorox pemutih

Pantai yang lawa untuk mandi manda adalah di Puka kalau nak kan privacy ataupun sepanjang White Beach tapi kat area tu memang ramai orang. Belah Bulabog Beach tu tak berapa inzal sangat sebab air dia bergelora sikit. Mungkin ikut season la kot.

Mandi lagi.

Hah. Tak de orang bogel sini. Jangan mimpi la nak tengok. Tapi light light tu, boleh je nak jamu mata. Jangan kena penampor sudah lah.

Berjemur

Bagi yang rasa dia putih sangat dan nak tan sikit sikit. Memang boleh berjemur. Biasanya depan resort akan ada payung payung cam ni la tapi khas untuk resort guest. Ada jugak public area yang boleh lepak lepak, tapi macam biasalah crowded sikit especially kalau kat White Beach

Ronda Ronda.

Kira satu aktiviti lah jugak kan? Hahahaha. Sebab pulau ni tak besar, nak travel pun tak payah. Ada je banyak tricycle, tahan je dan nanti naik. Bayaran biasanya 10 Peso untuk 1 perjalanan ( area Main Street ) kalau nak gi jauh jauh sikit kena sewa lah. Biasa boleh kautim dengan dia orang dan bagitau je nak pegi area mana, nanti dia orang antor dan tunggu.

Macam aku hari tu, jalan jalan keliling Boracay, aku deal dengan 1 tricycle ni, bayaranya 300 Peso untuk 1 jam. Tu standard la kot sebab aku tanya dekat 5 tricycle semuanya bagi rate yang sama.

Beach Volleyball

Kalau berkeinginan dan tahan panas.

Ini tricycle yang banyak di Boracay 

Board surfing 

Boleh lah kalau nak try. Biasanya kat White Beach tu ramai je orang board surfing sebab ombak dia tak de la besar mana. Tapi not bad lah.

Tak caya? Tengok gambar bawah ni.

Mereka menunjukkan skill

Bina istana pasir

OK. Kalau kat area White Beach. Ada ramai budak budak local yang boleh buat istana pasir untuk kita. Suruh la mereka buat apa pun, nama ke, apa ke then nanti dia orang boleh buat untuk kita feeling feeling bergambar. Tapi mesti ada bayaran. Tak silap aku bayarannya dalam 100 Peso ( RM7)

Jangan suruh dia orang buat istana betul pulak !

Sea/Water sport

Kalau kat White Beach memang ada tempat untuk water sport ni. Ikut la nak naik banana boat ke, nak sailing ke. Berlambak kat sini. Siap ada booth banyak banyak. Pegi je. Tak pun, jalan je nanti ada orang approach. Then pilih la apa yang nak di buat. Kalau parasailing tu, biasanya dia buat tengah laut so kena ke tengah laut sana. Bayaran rasanya dalam 600 Peso untuk seorang. Cuba cuba lah nego. Hari tu aku tak try sebab hari pun dah petang.

Apa benda nama ni?

Ni yang terbang terbang ni. Hari tu aku tengok orang main ni masa kat Bali. Kat sini pun ada. Kalau berani, cuba je lah. Bayaran tak sure pulak.

Tapi semua aktiviti aktiviti sukan laut di sini di buat di tengah tengah laut sikit, so tak de la kacau orang mandi manda.

Banana boat

Jalan jalan di pantai juga satu aktiviti !

Belayar dengan paraw?

Sunset Cruise

Biasanya orang berlayar ni sebab nak tengok sunset. So nanti dia bawak belayar ke tengah laut so tengok view sunset dari sana je lah.

Surfing lagi

Main pasir !

Main air

Melepak atau main frisbee

Kalau rasa nak buat rock climbing pun boleh

Jumping !

OK. Selain daripada aktiviti di kawasan pantai ni, ada jugak aktiviti lain tapi biasanya ada tempat tempat tertentu. Macam ATV ke, Flying Fox. Zorb, Segway, Go Kart dan lain lain lagi memang ada. Tapi tempat dekat Mt Luho, aku tak sempat ke sana. Kalau bermasa boleh ambik tricycle and jelajah terus sambil beraktiviti dan tengok view dari puncaknya.

Island hopping dan snorkelling pun ada. Samaada nak keliling Boracay ni saja atau pun pegi ke pulau pulau yang lain berdekatan dengan Boracay ni.

Diving? Semestinya ada kat sini.

SPA dan tempat tempat memanjakan diri berlambak lambak.

Shopping? Tok sah cerita lah. Kena ada duit je !

Pendek kata, pegi je mana mana booth yang ada atau pun nampak orang pegang kertas untuk pakej aktivities then register.

Tu jer.

Aku tak try banyak aktiviti kat sini pun kecuali ronda ronda beach hopping, pastu buat island hopping, jalan jalan window shopping dan tengok tengok orang serta ambik gambar. Begitu asyik dan terpaku dengan lawanya pulau Boracay ni. 

Kalau berpasangan boleh la bercanda di pasiran pantai tapi kalau single, duduk relaks tak buat apa apa pun rasanya best juga.... !

bersambung........

10 comments:

  1. kalau perut boroi boleh x wat rock climbing? hehe.. teringin gak nak wat rock climbing ni..

    Boleh kata semua aktiviti mcm best, kena sediakan wang yg banyak la ini macam yg mana mmg aku x banyak wang... saya putarrr halimmm, wang besarrr wang besarrr...

    ReplyDelete
  2. ko tak mandi-manda langsung ke? serius? hahaha begitu ko segan nak main air sorang2 hahahaha!

    ko ada jumpa tak kat d'mall, show yg patung org 4 warna mcm statue of liberty tu? uihhh jenuh aku rakam sorok2 sbb promoter dia dok tahan org say no, no, no! hahaha!

    patu aku amik gambar dgn sand-art bebudak tu, aku tak bayo hahaha! takde la kejam, aku takde duit hahaha...

    ReplyDelete
  3. (bagi yang suka tengok gelagat orang) hehehe... cam perli aku jek.. bang emel? aku nak FM boracay...

    ReplyDelete
  4. selalu tersilap bace Puka beach tu = Puaka beach. haha.

    ReplyDelete
  5. HB : perut boroi boleh buat, tapi lepas tu ko jadi bahan tontonan umum..

    hahahahah

    Biq : aku x mandi. lagi pun petang tu kat white beach org ramai gila mandi... then aku imagine ada hantu air.... hahahhahaa ( sebab dah maghrib )

    Show patung tu x perasan ler pulop....

    kesian weh budak2 buat sand art tu... ( aku pun lari jugak tak nak bayo )...

    JG : terasa ke? hahahahh email aku ler diarisuperman@gmail.com

    AR : Puaka ok lagi. kalau P*KI? hahahahaa

    ReplyDelete
  6. ok bang... aku da emel... mau tak

    terasa... trade mark aku tu.. tengok

    gelagat orang... buat masa ni aku

    terpaksa ikat nafsu aku nak travel

    sampai settle urusan duniawi...

    ReplyDelete
  7. omg hahaha! aku pun takut hantu air ok! dulu ada penah tgk satu cite thailand ke indon, kalo nak tau hantu air ke tak, rasa peluh org tu hahahaha! bengong!

    aku mmg hantu laut, aku suka sgt mandi laut, so mmg aku terjun jua la pagi dgn petang..tapi kalo maghrib, aku naik! hahaha!

    ReplyDelete
  8. JG : travel ni tak dunawi ke? hahaha

    Biq : dulu kat italy ada citer hantu laut oke... askar jepun marching turun terus hilang ke laut time maghrib..

    sampai skrg aku ingat urban legend di italy tu so every time maghrib kat tepi laut aku adalah trauma elite

    ReplyDelete
  9. omg, cite hantu ko sungguh international...itali + jepun tuuu! hahaha!

    aku cite hantu jepun ni dok ingat zaman skolah je...kat asrama, kat padang skolah, kat bawah kelas, kat katil...eiii scary!

    ReplyDelete
  10. 1 hari aku khatam 3 entry...hr ni br boleh baca semua..

    rindunya nak main2 pantai nih...

    ReplyDelete