Pages

Sunday, August 25, 2013

Restoran Subang Ku, Subang

Ngeh. Ngeh. Ngeh.

Pasal makan lagi ni. Lepas balik raya hari tu, mood nak makan adalah merudum. Lagi lagi sebab raya hari tu aku batuk dan agak hilang suara emas, jadi balik ke KL tak tau nak makan apa.

Ajak OR makan kat luar. Tapi banyak kedai tutup. Teringat la pulak kedai Subang Ku kat Subang Airport tu yang dah lama aku teringin nak pegi makan tapi tak jadi jadi.

Jadi, malam tu kami sekeluarga ke sana untuk mengisi perut.

Ayuh !

Restoran Subang Ku.

Restoran ini adalah PORK FREE.  

Sampai sampai sila ambik tempat duduk. Hari tu sebab raya kot, tak ramai pelanggan. Pelik jugak yang ramai pun orang orang arab siap berpurdah. Maybe pelancong kot.

Say Hi to peminat  !! Duduk duduk dapat makan kacang.

Keadaan restaurant

Ada desiran air terjun buatan yang tak berapa mengujakan

Kalau mahu makan ikan boleh pilih ikan ikanan di sini

Fresh Orange yang pahit

Air kelapa yang boleh tahan sedap

Duduk, dia orang ambik order pastu tunggu kejap.

Tak lama lah. May be sebab orang tak berapa ramai. Aku excited sebab tekak mengidam nak makan sedap sedap. Sampai je menu terus teruja secara berlebihan.

Meh.

Sayur champor

Nasi Goreng Cina. OK. Boleh tahan

Telur Dadar... OK lah.

Fried Calamari. Rasa dia macam Goreng Pisang Adabi. Tak OK sangat

Butter Prawn. Kureng la tekak aku

Sweet and Sour Crab

Ada mantou sekali. Mantou tu sedap

Aku rasa sebab tekak aku hilang rangsangan pada deria rasa so makanan rasa biasa biasa je. OR kata sedap jugak tapi tak boleh nak lawan Riverview tu.

Hmmm. Still Riverview mengungguli carta.

Sweet Sour Crab pun tak boleh nak lawan Fatty Crab tu jugak. 

Bagi aku overall, biasa saja makanan di sini. Tapi tak tau la maybe bila deria rasa aku betul betul pulih, baru boleh rasa sedap ke tidak kot.

Malam yang panjang.

Kekenyangan

Bil

Kata aku.

Overall makanan dia average lah kot. Harga pun standard seafood restaurant. Ambience pun biasa je tak de apa yang menarik. Terletak betul betul opposite terminal SkyPark Subang tu. Parking insya Allah banyak.

Lain lain, nothing to shout about.

Sapa nak try, boleh je. Tapi aku nak gi makan lagi, rasanya tidak la dalam masa terdekat ni. Nak try tempat lain dulu lagi lah.

Anyway, Alhamdulillah. Mengenyangkan..............

7 comments:

  1. Nampak sedap... tapi kacang pun RM3???

    ReplyDelete
  2. uihhh lama gile tak makan kat fatty crab! sedapnyer la crab diaaaaaaaaaaaaa...haih!

    ReplyDelete
  3. AM : teringin jugak. kat citta mall tu ke? tapi mcm segan nak masuk kedai tu.

    MKL : Muahahahaha....... no camera please !

    Azra : Standard kedai kedai cam ni, duduk je dpt kacang tapi semua chargable. tu belum kira chinese tea apa semua.. kalau angguk, bersiap sedia la banyar bil extra....

    Biq : hooh eh.. kena pegi ni, tapi bila fikir nak kena queue.. malas ler pulop

    ReplyDelete
  4. aku penah mkn yg kat sek14 pj, kat citta mall xnah try lg.
    ehhh... bole segan-silu lak??

    ReplyDelete
  5. AM : segan sebab x nampak org melayu makan. OR aku tu dia particular skit..

    nanti aku ushagaring

    ReplyDelete