Pages

Thursday, August 22, 2013

Trip Mabuhay 08 : Boracay - Food

Cemana nak makan di Boracay?

Perlu di ingat, Philippines ni rata rata dia orang makan babi ! Jadi kat sini memang kena jaga sikit makan. ( kalau jenis yang jaga lah ). 

Kalau jenis travel bawak maggie, periuk belanga mungkin tak susah lah nak makan. Tapi kalau macam aku ni yang travel sehelai sepinggang, kena la ikhtiar cari makanan.

Apa apa pun, ni aku kongsi sikit cemana nak makan di Boracay.

Masa memula sampai tu tempat aku duduk tu tak de sediakan breakfast, jadi aku kena cari makan sendiri. Lapar tu dari semalam lepas makan sayur semata mata tu sampai Boracay tak makan makan lagi. Last makan cuma nasik dengan sayur kat Pinatubo tu je lah.

Jadi, pagi tu waktu merayau aku pun cari la dan tengok tengok apa yang boleh di makan.

Jalan punya jalan, nampak Teksi Kuning !

"Taxi !!! Fifth Avenue please.... "

* mati la gila tetiba...

Smoothies on beach front bebeh...

Ada Yellow Cab Pizza sebenarnya. So aku belasah makan cheese pizza. Kalau jenis yang complicated sangat aku tau lah nak suggest apa. Seafood maybe? Or may be jalan terbaik bawak semuanya sendiri dan masak ! Tak pun makan je maggie sampai gugur rambut !

Ada 2 Yellow Cab pizza di White Beach ni. 

Sebenarnya aku tak jumpa cari resort aku tu, so sebab macam penat then realized aku kena patah balik sebab tak perasan dah terlepas jadi bagi memujuk hati, aku pun singgah dan makan cheese pizza di sini.

Lepak lepak tepi pantai di hembus angin sepoi sepoi bahasa Tagalog pun OK juga.

Jangan curik pulak vespa ni !

Nachos

Pelahap tak? Tak abis pun dan malas nak bungkus !

Tapi sebenarnya aku ada jumpa halal restaurant. Kedai India kat tengah tengah lorong time aku berjalan kaki dari Bulabog Beach ke White Beach tu. 

Tapi kedai tu tutup. Mungkin malam baru di buka kot.

The Kingdom Boracay. Sila cari !

Cara lain kalau nak makan. Kalau dah lapar sangat. Senang je.

Sila pegi ke D Talipapa tu sebab dalam tu ada wet market. Ada jual ikan, udang, dan semua seafood seafood yang ada dan boleh di beli dengan harga yang berpatutan !

Rasanya pasar ni memang jual seafood je. Tak de lak nampak daging ke ayam ke apa. Jadi, tak payah ragu ragu lah. Beli apa yang hendak di makan !

Wet market

Dibuka dari pagi sampai ke petang

Lobster??

Hah !

Memula aku macam nak jugak try. Tapi bila fikir, karang makan tak abis. Harga tak de la murah mana tapi tak de la mahal. Boleh la tawar menawar. 

Jadi, kaedahnya di sini, beli seafood hidup ni semua then tepi pasar ni ada deretan kedai kedai yang buat cooking. Maksudnya boleh upah dia orang masak. Mintak la dia orang masak style apa pun, aku pun tak pasti sedap ke tidak sebab tak cuba. Upah masak tu tak mahal mana kot. Then beli la nasik dan melantak la sampai kembung !

Kalau nak beli nasi saja pun boleh kot kat sini.

Settle?

Apa?

Masih ragu ragu?

OK. Ada lagi cara.

Boracay ni sebenarnya ramai orang Islam jugak. Boleh di lihat dari cara pemakaian mereka dan mostly dia orang ni dari kepulauan Melayu jugak macam dari Mindanao, Sulu dan kawasan kawasan tu lah.

Tapi sebab dia orang ni local so dia orang memasak kat rumah je la kot untuk keluarga masing masing.

Walaubagaimanapun, kalau pegi D Talipapa ni. Dekat deretan kedai kedai tu, ada kedai nombor 74 !

Tengok mulut aku ni. 

Tujuh Puluh Empat !!!!!!

Ingat nombor nya ! 74

Kedai dia agak ke dalam sikit. Carik nombor 74 la pasti berjumpa.

OK. Bagus soalan tu. Kedai souvenir shop kenapa mesti ada makanan? Kan? Tu kan soalan yang korang nak tanya?

Bukan. Tak de makan FM rebus ke apa. 

Sebenarnya pemilik kedai ni orang Islam. Dan... di belakang kedai ni ada restaurant. Masuk je kedai ni terus ke belakang. Ada satu pintu. Tak pun tanya je la tokey kedai tu.

"Pakcik, saya datang nak makan !"

* sambil cekak pinggang dan buat muka garang.

Dan di sebalik kedai yang menjual FM dan barang barang cenderamata yang lain ni, ada satu sudut dia bukak sebagai tempat makan ! Oh, Pakcik tu muka ketat sikit, tapi buat bodo je.. tanya. 

Ini kedai nya.

Tak de la besar mana. Setakat 2 meja macam tu. Tapi proper lah.

Tak percaya, tengok gambar ni.

Kaunter

Lauk pauk yang ada

Kedai dia jual nasi dan lauk pauk lah. Tapi lauk tu tak banyak. Dia dah letak dalam piring satu satu. So pilih je lah. Masa aku sampai nasib baik la ada 1 piring tu ayam. Yang lain lain semua ikan. Kalau tak, memang kurus la aku tak dapat makan.

Nak kata sedap? Hmmm memang tak sedap mana. 

Makan pun sekadar untuk menghidupkan roh je. Tapi at least, tak perlu khuatir dan gusar. Ianya halal !

Nasib la ada kicap

Memang tak sedap mana. Aku makan pun alas perut je lah sebab nak makan nasik. Harga tak mahal pun dan pilihan lauk adalah sangat limited. 

Jangan ngada ngada nak order Nasi Paprik ke, Nasi Goreng USA ke apa. Memang tak ada !

See?

Jadinya, tak de la lapar pun kat Boracay ni. Janji kena pandai dan usaha sikit pegi cari.

Apa apa pun, kedai kedai runcit jual roti, biskut, chocolate pun ada. Boleh je beli. Tengok la nak makan apa. Tepuk dada, tanya selera. Tepuk ponggong, keluar angin..... !

Hah.

Aku share pulak benda yang patut di cuba di Boracay ni.

Pertamanya adalah Dried Mango.

Dried Mango

Ada banyak jenis sebenarnya dan di jual merata rata. Kat Philippines ni memang terkenal dengan dried mango ni. Bagi sesiapa yang suka buah mangga, boleh  lah cuba.

Aku beli jugak tapi tak de la suka sangat. Aku prefer buah betul.

Tak dapat buah, air mangga pun jadi !

Sebut air mangga. Di Boracay ni, benda lain yang patut di cuba adalah Mango Shake !

Pergh... Inzal gila.

Kalau rajin, sila cari Jonah's ni yang terletak di Boat Station 1 dekat dekat je dengan Boat Station 2 arah pantai !

Ni kedai Jonah's menjual air buah buahan bergoyang ( fruit shake)

Serious kalau minum terus rasa nak shake shake bon bon

Tapi ! Orang selalu ramai. 

Jadi terpaksa la menunggu. Ada je tempat lain yang jual mango shake dan fruits shake ni tapi sini memang paling sedap ! Harga dalam lingkungan 120 Peso ! Tapi serious sedap !!!

Aci je nak minum kat situ atau pun nak tapau.

Menu nya. Pilih jangan tak pilih. 

Ini rupa sebenar air mango shake. Recommended beli di Jonah's

Selain tu kalau nak makan crepes, ada di D'Mall tu. Boleh cuba juga

Kalau rasa lagi terror dan hati kental. Boleh je lepak kat restaurant restaurant tepi pantai dekat White Beach tu dan makan seafood.

Aneka pilihan untuk di makan. Harga aku tak pasti, tapi rasanya kalau beli sendiri di D Talipapa tu lagi murah la kot.

Ada terasa nak makan kek? Ada je kedai kedai kek di Boracay ni

Salah satu lagi gerai fruit shakes di Boracay. Tapi tak boleh lawan Jonah's !

Jadi....

Tak de la kebulur mana di Boracay ni. Nak lagi senang, masa flight dari KL ke Clark tu, beli je la makanan dalam flight tu then simpan makan di Boracay. Tu je pun cara yang ada. Kalau nak beli dari KL kang basi ler pulak.

Pendek kata, kalau setakat nak makan tu, ada je makanan. Tapi kalau nak sedap sudah tentu kena bawak bekalan sendiri.

bersambung...

10 comments:

  1. 74 tu serius tak sedap! Sekian rungutan saya..

    Izin kan saya follow blog en meng.

    ReplyDelete
  2. banyak jg pilihan makanan..lauk ayam tu 'butter chicken' ke? Byk pilihan seafood kat wet market..buat tomyam/barbecue pun sedap..

    ReplyDelete
  3. JM ( bukan jari manis kan? ) - of chos laa tak sedap....

    Nohas : banyak la butter.. tu kelapa der.....

    makan utk menghidupkan ruh.

    ReplyDelete
  4. aku pon sama cam ko Meng, kalau travel xdenya aku nak bawak berkoyan2 maggi ke apa semua hehehe... Tp mmg jenuh la nak cari kedai makananan halal masa kat Laos aritu walaupon dorang kata senang jek nak cari hehehe...

    dan aku suka cuba makanan local dorang...perut aku setakat ni xde masalah boleh terima apa saja asal halal hehehe....

    ReplyDelete
  5. Uhuk..uhokkk...siapa fulak sebut nama JM nih

    Bawak maggie?..JM lah tue ahahahah

    Masakan msia jugak sedap pelbagai jenis dan rasa..oh Malaysia tanah airku (nyanyi sikit)

    ReplyDelete
  6. yehaaa..... andre.. andre...
    kbaaiii....

    ReplyDelete
  7. Tetiba rasa nerbes nak komen, motip nak nerbes tak tau kanapa.

    Besar juga Boracay ni. Macam macam ada. This is a good tips for traveler, sbb saya adalah selalu menghadapi masalah pemakanan bila travel.

    ReplyDelete
  8. HB : aku rasa kalau travel la time aku nak berdiet.. so abis travel aku kurus sikit..

    pastu pulun tgk makanan macam nampak emas berlian....

    JM : kdg kdg senang jugak bawak maggie cup tu.. mcm aku ke vietnam hari tu ada la cuba cuba bawak maggie cup..

    rasa bererti jugak la especially lepas tak jumpa kedai halal dan perut berkeroncong

    ReplyDelete
  9. JG : mana ko lama x jupe.. sibuk raya ya?

    F : kau kenapa nervous tak tentu pasal.. boracay tak sebesar bali ... lebih kurang besar skit pd pulau kapas je kot

    ReplyDelete
  10. bg aku, pi mana pun tak susah nak cari makanan...nak ngan tak jer. tepuk dada tanya selera.

    aku gi mana pun takde la nak berendeh2 bawak mcm2, kat negara org ada je kedai runcit or supermarket yg mcm2 jer bleh kita makan...

    meng, kedai halal laluan bulabog tu asik tutup jer...aku gi pun tutup! hahaha! tapi aku tau, confirm mahai la...sbb tu aku mkn nasik ngan scrambled eggs dgn sayur goreng jer :) kihkih!

    ReplyDelete