Pages

Wednesday, August 21, 2013

Trip Mabuhay 07 : Boracay - Beaches

Apalah kiranya ke pulau jika tidak menikmati keindahan laut dan pantai nya.

* pergh ayat tak leh blah.

Dan sama juga di Boracay ni, pulau ini sangat terkenal kerana pantainya yang memutih, berkaca kaca macam kristal bila di sinari sang suria, lautnya yang biru dan tenang. Pohon pohon melambai riang. ( ada jugak yang tak riang ) serta bunyi ombak menghempas ke pantai menjadikan suasana yang damai lagi membahagiakan.

* pitam sekali lagi.

Dah. Tak perlu nak imagine banyak banyak. Dah berjaya di nobatkan sebagai salah satu pulau yang mempunyai pantai tercantik di dunia maka, ini lah dia.... pantai pantai di Boracay !

Tenang dan mengasyikkan

Terdapat 4 pantai utama di Boracay ni meliputi kawasan timur Boracay, barat dan lain lain. Kawasan selatan Boracay lebih tertumpu kepada penduduk tempatan jadi memang bukan menjadi tourist spot. Tak banyak jugak penginapan di kawasan belah bawah, cuma ada jetty je tempat pengangkutan pergi dan balik dari Cataclan.

Hadiran ombak membelai pantai

Pantai pantai utama yang ada di Boracay ni adalah seperti berikut.

1. Pantai Puka di kawasan Yapak.
2. Pantai Diniwid
3. Pantai Bulabog
4. White Beach.

Peta ni muncul lagi sebagai panduan.


Map Boracay

Pulau Boracay ni tak de la besar mana. Dari jetty ke Puka Beach tu dalam 7 KM sahaja. Bulabog Beach ke White Beach kurang dari 1 KM...

Mula mula kita usha kawasan pantai Yapak yang mana terletaknya Puka Beach atau Puka Shell Beach. Tak tau mana satu nama yang betul.

Terkesima tengok air dia. Belah sana tu another pulau tapi tak glamer mana

Pantai Puka ni terletak di bahagian utara Boracay. Di kawasan ni memang tak de resort so pantai di reserved untuk public pegi mandi manda dan sebagainya. Pantai ni terbuka untuk semua tapi agak private sebab tak ramai orang sangat pegi kerana kedudukan dia yang jauh ke utara Boracay.

Tapi kalau naik tricycle tak de la jauh mana, dalam 20 minit je pun. Cuma kawasan ni memang bukan macam pantai di White Beach atau Bulabog yang lebih happening.

Kalau mencari ketenangan, maka di sini la tempat nya. Puka Shell Beach !

Tengok gambar ni.

Puka Beach

Masa memula sampai di Puka ni aku terus terkesima. Bukan nak kata kawasan lain di Boracay ni tak lawa. Lawa tapi suasananya begitu tenang sekali. Ombak pun tak berapa ganas. Mentari memancar cerah. Cuma panas sikit la. Tapi air memang cun.

Kalau nak mandi, di sini la tempat paling best sebab ada privacy.

Biasanya kalau orang yang datang Boracay ni lebih suka spend masa di White Beach, tapi aku nasihatkan, kalau ke Boracay, jangan lupa datang Puka Beach ni dan saksikan sendiri.

Speechless

Damai

Santai

Dekat Puka Beach ni memang tak de resort. Kalau ada pun 1 je kot aku nampak tapi OK lah. Pantai dia lebih luas. Pasir dia lebih bersih. Sungguh pun tak ramai orang, tak de lah pulak Minah Salleh mandi bogel. Jadi kuburkan harapan nak jumpa naked beach di Boracay ni. Memang tak der kot.

Ada deretan kedai kedai sebelum entrance ke pantai dari jalan besar. Ada la orang jual jual cenderamata, minuman apa semua. Ada jugak 1 restaurant kat tepi tu.

Tapi awas. Aku terkena sekali kat sini. Tengah melepak lepak datang orang jual aiskerim. Sebab panas aku pun nak beli la. Dia bagi, aku dah bukak aiskerim tu then baru dia cakap harga aiskerim macam paddlepop biasa biasa tu 100 Peso.

Gila RM7 tu aiskerim macam tu.

Tapi sebab aku dah bukak plastiknya. Kalau tak memang aku tak moh beli !!

Mahal nak mampus. Saja la tu pedajal pelancong pelancong macam aku. 

Sepanjang pantai tu ada pokok pokok kelapa. Duduk lepak lepak bawah pokok tu pun menarik. Jangan buah kepala jatuh atas kelapa sudah. Eh terbalik ek?

Apa apa pun, Awas ! Hospital agak tidak berdekatan !

Puka Beach

Pasir memutih

Indah

Puka Beach

Bangka di Puka

Pantai yang ke dua yang boleh juga di kunjungi di Boracay ini adalah Diniwid Beach.

Terletak di utara Boat Station 1. Kalau jalan kaki dari Boat Station 1 tu pun boleh je. Lepas sikit pada kawasan berbukit tu lah letaknya pantai yang tak de la besar mana tapi agak menarik juga.

Ada few resort di kawasan ni. Dan kawasan untuk bermandi manda jugak ada.

Layan je la gambarnya. Cakap banyak pun tak guna. Tapi awas, Hati hati, baca pengalaman Kesah Mak Esah Dan Ular Berachon..!

* tumpang insaf

Air dia hijau tuu

Jalan terus menuju ke White Beach

Ada laluan

Tenangnya air di lautan

Pandangan ke arah Boat Station 1

White Beach dari kejauhan

Diniwid Beach

Resort di Diniwid

Pantai Diniwid

Seterusnya, ada satu lagi pantai yang agak remote terletak di bahagian utara jugak. Tapi nak pegi pun payah sikit sebab jalan pun masih belum berturap. 

Masa aku di Boracay hari tu, aku main bubuh je based on peta then driver tricycle aku tu terus bawak. Nama pantai nya Iig Lligan Beach.

Pantai ni memang tak de apa sangat. Kawasan dia agak kotor jugak dan bukan la tourist spot pun. Tapi kalau nak pegi usha OK je. Nak mandi pun macam tak berapa sesuai sebab ombak dia agak kuat di sini.

Layan gambar je lah.

Ni jalan nak menuju ke Lig Lligan Beach

Lautan biru

Lebih berombak

Ada je yang melepak

Pandangan Lig Lligan

Pantai lain yang ada di Boracay ini adalah Bulabog Beach !

Pantai ni sebenarnya tak de la lawa mana. Agak kotor. Pantai agak kecil dan pasir pun tak de la putih mana. Tapi mungkin di sebabkan oleh kedudukan dia yang facing timur dan waktu tu angin monsoon kot. Tapi pantai ni adalah spot paling best untuk tengok sunrise. 

Satu lagi, Bulabog ni menjadi alternative untuk mencari penginapan sekiranya tak jumpa resort atau hotel di White Beach.

Tapi dek kerana angin yang kuat di belah Bulabog Beach ni, pantai  ini menjadi spot paling cun untuk sesiapa yang berminat nak try Kite Boarding.

Layan je la gambar di Bulabog Beach.

Pagi di Bulabog Beach

Deretan resort

Pantai yang agak sempit

Famous for Kite Boarding

Agak damai

Mentari menyinari

Pantai

Pepohon nyiur melambai

Dan akhir sekali, pantai yang sememangnya wajib di kunjungi di Boracay ini tak lain dan tak bukan White Beach.

Ini la pantai paling popular, paling ramai orang, paling happening dan semua paling paling lah. Cuma tak de la paling lawa sebab bagi aku Puka Beach tu la lagi lawa sebenarnya. Dan pantai ni la paling ramai orang ! Kalau petang memang tak terkira la ramai umat mandi manda. Silap silap boleh berlaga bontot. Kalau menyelam silap silap timbul celah kangkang orang lain. Hiks.

* begitu aku mengibaratkan betapa ramainya orang.

Sungguhpun begitu ramai orang, tapi pantai pantai di Boracay ni sangat bersih. Sampah memang susah nak cari. Dan perlu di ingat, kawasan tepi pantai di White Beach ni adalah smoking free zone. Jangan sibuk sibuk nak me'naga' kat sini. Pegi tempat lain !

White Beach di Boracay ni adalah sepanjang lebih kurang 4KM jugak la. Panjang memang panjang tapi ianya di bahagikan pulak kepada 3 bahagian iaitu Boat Station 1, Boat Station 2 dan Boat Station 3.

Kalau tempat paling happening adalah di Boat Station 2 iaitu di kawasan tengah tengah. Di kawasan ni lah banyak aktiviti pantai dan sebagainya. Tapi kalau resort memang sepanjang White Beach ni la ada. Pilih je area mana nak duduk. Tapi yang tengah tu paling bising lah dan kalau ke arah lebih utara Boat Station 1 atau selatan Boat Station 3, haaa kawasan tu lebih relaks dan senyap sikit.

Apa lagi nak di kata, layan lah gambar gambar di White Beach Boracay ni.

White Beach

Willy's Rock

Sepetang di White Beach

Paraw

Mandi manda

Pokok kelapak

Beach front

Santai

OK. Dah abis menjelajah semua pantai pantai di Boracay.

Ada lagi pantai lain sebenarnya tapi pantai tu memang tak leh access kecuali untuk guest sahaja. Itu la pantai private yang mana terletaknya Shangrila Boracay.

Jadi, mesti terfikir, cemana nak pegi ke pantai pantai ni semua? Adakah kita boleh berjalan kaki? Atau naik basikal? Atau naik apa?

Bagus soalan tu.

Di Boracay ni nak commute tak de la susah mana. Boleh je naik tricycle dengan bayaran 10 Peso satu hala. Contohnya dari Boat Station 3 ke Boat Station 2 atau Boat Station 1. Bulabog Beach tu pun sebelah Boat Station 2 tu je, opposite je. Boleh jalan kaki.


Tapi kalau nak ke Puka atau pantai pantai lain kena la naik tricycle. Tapi tricycle yang biasa biasa tu tak de jalan ke sana. So kena hire dia orang la dengan bayaran 300 Peso ( RM21 ) untuk satu jam.

Tu harga yang aku dapat selepas tanya tiga empat orang driver tricycle ni. Dia orang akan bawak mana saja kita nak pegi dan dia orang akan tunggu. So kalau pegi Puka Beach tu then nak mandi ke apa kat sana, dia orang tunggu je la sampai kita selesai. Lagi lama, lagi mahal la charge nya.

Tapi kita kena tau pantai mana yang kita nak pegi. Dia orang ni jenis tau bawak je. Just make sure, bagitau nama pantai atau tempat nak di tuju then nanti baru la dia bawak.

Jangan tetiba cakap kat dia.

"Bawak saya ke Las Vegas ! Sekarang !!!!!"

Maunya kena gilis dengan tayar tricycle tu nanti.

Wokeh.. Settle pantai pantai di Boracay !

Usha gambar gambar lain...


bersambung.......

13 comments:

  1. speechless...pantai cantik dan bersih dgn air nya yg jernih...susah nk dpt pantai mcm ni kat msia...kalau boleh snorkeling best niee...Jom Abang Meng...matilah nanti kena kejar dgn OR

    ReplyDelete
  2. Salam. Best le. Saya baru belajar nak tulis blog. Banyak kena belajar dari bro.

    ReplyDelete
  3. omputih ni x panas ke berjemur tgh panas?? iskkk...

    Satu lagi..pasal apa pokok kelapa suke bebenor condong arah laut?? hehe..

    aku mestiii pergi boracay..tp xtau nak gi ngan OR ke ngan kawan..hehe kalau gi ngan OR x dpt nak usha baikkkk punya awek seksi... wakakakaka...

    ReplyDelete
  4. ye, saya sokong 200% bahawasanya puka shell adalah yg tercantik dan teraman...sampai pegi 4 kali lah! hahahaha!

    uih ko sewa tricycle ikut jam kah? tapi ye la, if pegi 150, balik 150, sama je la 300 peso return kan...tapi takde la pakai jam...

    aih rindu plak kat pantai2 ni...tapi ingatkan ular beracun tu, eiiiii tak nakkkkkk!

    ReplyDelete
  5. owesome giler gmbr pantai2 ni..

    aku prefer nak g boracay dr pg bali..tmbh2 dok dgr cite hantu2 bali kt group backpackers..

    klu nk berlibur tenang2, aku suke tmpt ni..

    biq,

    ular beracun tu terjumpe mcm mane? huhu...takut pulak tetibe...

    ReplyDelete
  6. JM : boleh la snorkelling.. nanti aku bawak.... aku gi snorkelling sorang2 je.. nemo tengok aku pun sedih agaknya...

    MKL : tulis je... slow slow.... nanti dah terbiasa ok la tu..

    HB : aku syorkan kau pegi dgn OR kau... syok sikit... boleh romantika di amor mcm biq dgn skupang tu..

    boracay ni sesuai pegi honeymooong !

    * jeling FJ

    ReplyDelete
  7. biq : Haah pakai jam. tapi dia antar pastu dia tunggu la.. sama je kot kan kalau 150 per way pun..

    aku kalau jumpa ular mcm ko tu, mau aku keras dulu... ( tak de la lari lari mcm dlm citer baywatch sambil rambut mengerbang )

    DATT : Boracay ni lain dari Bali.. dia ada hype sikit.....

    kau kena gi check citer ulang si Biq tu.. ( kang aku link kat entry ni )

    ReplyDelete
  8. mcm kat mt luho la, kitorang suh tunggu tapi cam terhad plak masa, 20 menit jer. after that, pi mana2 pun kitorg cakap tak yah tunggu, sama je fee nyer, dah berambos ko dari mataku! hahaha!

    aah meng, if pi sorang2 mmg melayan perasaan gak la kot hahaha. kalo berdua, ko tangkap gambar aku, aku tangkap gambar ko, tak la keras je kan hahaha! ala yg bawak anak kecik pun ramaiiiiii...tah mcmana la sanggup naik flight/keta/boat/feri tu kan?

    DATT, uiiii ko kena baca cite ni! face to face aku dgn ular tu! meh aku letak link: http://biqque.blogspot.com/2013/07/boracay-getaway-white-beach-and-diniwid.html
    ha sila baca :O

    ReplyDelete
  9. aku dalam sejam tu.. buleh la gi few tempat... tapi tak leh stay lama lama la. budjet sejam kan..

    rata2 aku tanya semua charge mcm tu. pakai jam.

    bila ko pegi lain pulak. ikut musim ke apa dia org ni.. ke ikut org single ke berpasangan?

    ReplyDelete
  10. biqque,

    aku dh bc cite ular tu...awl2 cite aku pn terbuai2 dgn keindahan gmbr air semua tu...alih2 smpi part ular, aku pun rase nak lari sekali...giler r scary...dh la ular belang2 mcm tu..

    nsblah xjadi ape2...teringat pulak kisah aku kene kjr dgn b**i dulu..

    ReplyDelete
  11. meng, mmg ada ikut jam, tapi aku mintak sehala (siap nego) jer sbb aku tgk ada jer tricycle berlambak kat sesuatu tempat tu (kecuali mt luho)...or maybe depa tgk aku mcm muslim mindanao yg tak sedar diri nak speaking kot, tu yg terpaksa akur dgn arahanku HAHAHAHA!

    ReplyDelete
  12. syabas supermeng berjaya menjejak keindahan boracay!

    antara tmpt nk repeat ni la dia Boracay..tp kali ni tkmo bwk anak...muahahahaha...

    ReplyDelete
  13. DATT : babi?? babi kejar kau? hahahaha

    Biq : kann kalau kita speaking dia org tibai kata pinoy yang berlagak. padahal...... hahahaha

    NT : fuh. lama aku seru baru la munchol Nana ni..

    anyway thanks Nana for lots of tips... pegi balik? erkkkkk.. pegi hawai ler pulak.

    ReplyDelete