Sebab banyak isu dan keadaan kesihatan Hero tak berapa memuaskan, kami terpaksa pulang ke KL jugak.
Lagi lagi resort yang kami stay tu macam hampeh, so malas nak sambung. Plan asal nak duduk 2 malam tapi jadi 1 malam je lah sebab ingat malam seterusnya kami nak pegi Kuantan.
Lepas check out kami bergerak balik ke KL. Lepas ke Kuala Rompin untuk isi minyak dan singgah makan di R&R Leban Chondong, kami bergerak ikut laluan yang sama hari tu.
Hari dah makin petang dan macam nak hujan.
OR yang drive sebab aku sibuk dengan BB dan uruskan apa semua hal kat site. Call sana sini, tanya engineer aku apa jadi, masing masing menemui jalan buntu. Aku lah lagi buntu.
Macam ni la kalau nak gi bercuti tapi orang kacau. Nak tak nak terpaksa la batalkan apa plan yang kami ada.
Ni saki baki gambar di ambik waktu nak balik. Ni pun lepas patah balik ke Rompin sebab nak isi minyak. Mengenangkan tak de station minyak sepanjang jalan ke Muadzam Shah tu, takut la sangkut tengah jalan naya !
Kaler kaler
Tak cabut cabut lagi !
Masjid Rompin yang kami singgah sebelumnya
Rumah ibadat - Toa Pei Kong
Dewan
Rumah sapa pun tak tau. Sayang je bersemak semak
Masa balik sempat singgah dekat R&R ni makan tengahari
Jangan lupa, hidangan istimewa Kuala Rompin. Udang Galah !!
Sempat la makan di sini, tapi harga memang boleh bikin pengsan depan depan kedai.
Sekor udang galah berharga RM15. Ambik 3 ekor je dah RM45 !
Pengsan tak?
Tapi tak pe lah. Janji kenyang.
Layan je lah gambar sewaktu pulang.
Hari nak hujan
Dah hujan dah pun. Lebat gila. Siap pokok tumbang lagi. Nampak tu?
Nak sampai Serting baru la hujan mula reda. Nampak tank tentera
Bandar Tun Abdul Razak. Bukan kat Cheras ni !
Singgah kencing dan beli jajan kat station minyak
Senja di perjalanan
Cuaca mendung di burukkan dengan asap dari kilang
Masih jauh perjalanan pulang ke KL
Padang lalang
Ada anjing gonggong beta ei....
Punca asap tu
Dah hampir gelap
Mercu tanda Zaaba sekali lagi
Masjid Serting
Perjalanan di teruskan
Kelam malam
Batu Kikir - Nampak tak jambatan ni? Dulu ini la jambatan besi yang di gembar gembur kan tu. Tapi sekarang dah jadi jambatan konkrit
Pekan Batu Kikir
Dah nak gelap
Mercu tanda Batu Kikir
Kedai di Kuala Pilah
Masa kat Kuala Pilah borak borak dalam kereta, aku cakap kat OR.
"Yang. Cantik pulak kereta Kia ni.. Lawa tak?"
"Yang tu ke?"
Kereta tu ada kat depan selang satu kereta masa kat traffic light.
"Haah. Apa nama dia. Lupa pulak"
"Saya tau"
"Apa?"
"Kia Propa"
Hahaha. Cubaan OR buat lawak sampai nak terkencing aku jadi nya.
Singgah kencing kat station minyak then terus je jalan. Jalan agak jem melewati pekan Kuala Pilah sampai ke Ulu Bendul. Ntah apa masalah tak tau. Ingat kan accident ke apa, tapi tak de la pulak.
Dah senja
Perjalanan di teruskan balik ke KL
Map perjalanan cuti cuti sekolah
Lepas pada Ulu Bendul dan Senawang tak singgah mana mana dah lepas tu. Masuk LEKAS Highway dan terus menuju ke rumah. Singgah makan kat kedai kat area rumah.
Sampai KL, dan dan tu aku terus ke site. Hero sambung terbongkang demam. Dua tiga hari jugak la baru nak kebah. Kesian dia cuti cuti sekolah demam pulak.
Aku busy kat site sampai la isu isu semua selesai. Alhamdulillah. Settle jugak semuanya. Tapi trip kali ni memang kurang mengancam jadi nya. Nasib la aku kat Malaysia, kalau aku kat oversea cemana lah nak lari balik.
Apa apa pun, tu je la al kisah perjalanan sempena cuti sekolah musim ke 2 yang lalu. Ini lah contoh, it is not always the destination sebab destination kami agak hampeh, but the journey yang kami tempuhi singgah sana sini tu yang lebih menyeronokkan sebenarnya.
Sekian
TAMAT
No comments:
Post a Comment