Pages

Monday, July 8, 2013

Floria Putrajaya 2013

Pesta Floria Putrajaya 2013 dah pun abis. Tahun lepas aku rasa macam pegi, ke 2 tahun lepas? Aku pun lupa. 

Tahun ni OR ada ajak, tapi sebab jerebu so tak jadi lah. Lagipun first week tu Hero ada sukaneka. Seronok sangat sibuk nak bersukaneka. Aku pun suka jugak, tapi Suka-Naked. Hahaha

Pastu plan nak pegi the following week. Aku siap plan, stay overnight di Pullman then pegi jalan jalan sekitar Putrajaya bawak budak budak, boleh pegi Floria ni sekali. Tapi sebab jerebu jugak, malas lah. Lagipun Hero ada test Karate Do dia weekend so cancel la semua perancangan tu.

Tapi. Kebetulan aku ada meeting hari tu, dan kamera pun memang ada dalam kereta, jadi aku pun parking kereta, turun dan pegi snap kejap.

Punya la cuaca membahang walaupun tak panas terik.

Nasib baik jugak orang tak berapa ramai, so aku lepak kejap je. Tu pun berpeluh peluh. Beli air dan teguk macam nak roboh tekak. Punya la dahaga.

Apa apa pun, layan je la gambar gambar yang di snap sana sini tanpa aku ambik feel langsung pasal Floria ni. Ni pameran bunga bunga je kan? Kan?

Tapi tahun ni temanya adalah bunga orkid. Maybe tahun depan bunga cengkeh atau bunga tayar pulak menjadi pilihan !

Enjoice.

Floria

Nasib tak bawak anak, kalau tak dia menjerit nak 'beyon'

Kapal yang tak tau nak belayar ke mana

Lobang hidung tak boleh blah !

Ini bukan buah berangan. Ini adalah bunga di atas kepala gajah

Ini taman. Aku pun tak tau taman apa. Aku main lalu sekali harung je.

Hah. Yang ni aku tau. Taman Inovasi !!!! See? Sapa kata aku tak ambik pot? * mati laaaaa

Ni yang kat dalam khemah beraircond. Bagus masuk dalam ni sebab nak tumpang ekon

Pun tak tau apa. Kolam ikan sepat? Bukan?

Saya adalah gajah putih

Ratusan bunga bunga

Bunga bunga juga

Tetiba ada teratai

Ini la orkid kalau nak kenal

Ini mungkin pengkid... hahahaha

Ini taman di raja. Tak pasti replika taman kat istana atau taman ni di  buat untuk raja datang.

Jemput masuk

Kalau panas, curik je kipas tu, duduk bersila dan kipas dengan laju. Jangan lupa letak balik !

Haaaa. Sila duduk Raja Azmi. Raja Azura, Rajagopal...

Lawa jugak sebab berkaler kaler

"Jangan lupa sangkut dekat gading gajah tu teh o ais yang di bungkus. Nak main buai jap"

Taman bonzai

Taman tak tau. Kawin kawin kot

Cubaan nak skodeng belah dalam sebenarnya

Bunga bunga teh bunga

Tetiba rasa macam pegi aquaria

Bunga pujaan ( sebenarnya tak tau nama )

Bunga orkid ( ni confirm )

Kayu kayan

Cili pun ada

Tempat jual bunga. No? * mati la malas nak gi check

Tempat melepak tapi jerebu punya pasal tak de orang duduk

Ini adalah pagar yang menjadi sebahagian daripada pagar bunga terpanjang yang mencipta rekod Guiness Malaysia Book of Records

Pizza hut

100 Plus penghilang dahaga

Dah. Tu je.

Bagi aku Floria ni syok jugak la pegi tengok. Syok nak ambik gambar sebab colorful. Tapi cuaca memainkan peranan yang penting jugak. Tapi kalau cuaca macam jerebu tu confirm orang tak ramai, menarik jugak macam tu. Kang berlaga laga buntut pulak.

Rasanya malam pun ada acara tapi aku tak pasti pulak. 

Apa apa pun, moga tahun depan ada lagi, boleh pegi lagi.

Aku ada satu set lagi gambar di Floria ni ( mati la main ambik sedar sedar banyak gila ). Nanti aku share.

Dah ! Mat Bunga mintak diri. Permisi ! Awwwwww

Cari lagu Floria tak jumpa. Flora Cinta je ada. Enjoy !


Benarkah ini ujian lagi
Berombak cuma rasa gundah
Dari sanubari

Tidak percaya pada sengketa
Bisa merubah perjalanan
Yang baru bermula

Biarkan... mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu

Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon tegak merimbun
Bayang kasihmu oh !...

Sempadan cinta pun terbuka
Flora cintaku pun berbunga
Menjadi haruman wangian cinta
Selama-lama...

Andai ada jodoh kita
Tak akan ke mana-mana
Pastikan sempurna harapan bersama

Sempadan kasih bertemu sudah
Takkan merubah perjalanan yang baru bermula
Biarkan mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu ( 2X )

12 comments:

  1. Aku cukup pasti..dalam2 banyak okid...satu okid dorang x pamerkan..

    Meng...dalam banyak2 bunga yg ada...ada x bunga api?

    ReplyDelete
  2. bang meng, tu bukan cili lee.. Tu bunga Cherry.. aishhh.. mesti tak penah tengok pokok cili kan? hihihihi^^

    ReplyDelete
  3. jerebu...terus jer nampak cam musim bunga kat obersea..hehe.

    ReplyDelete
  4. wahhhh cantik aaaaa rugi JM x pegi

    hahaha lawak baca sambil senyum

    ReplyDelete
  5. HB: kau jgn cakap okid abdullah, aku lempang ko kang !

    bunga api ada malam rasanya tapi aku x pegi. malam malam aku tengok bunga lain.

    hahahaha

    T&Z : bukan pokok cili ke tu? eh.. apsal kat kebun aku pokok cili semua mcm tu??

    * mati la x nak ngaku..

    salah la kot, aku nampak mcm pokok cili jer...

    SP : ya la kot.. jerebu tapi panas berdeting... berpeluh ambik gambar bunga.. punya la gigih

    JM : tak pe tahun depan ada lagi. sila pegi !

    ReplyDelete
  6. anak ko sukaneka, ko sukanaked, zizan sukaporn hahahaha! (sila tgk bikers kental ye)

    aku tak pegi pun floria ni sbb jerebu. tapi kayu kayan tu aku suka sbb penah nak buat design tu kat palmiera cacatoos tapi takut anai2 plak sedap buat kenduri...hehehe!

    ReplyDelete
  7. Hahahaha...ko skang dh pandai baca fikiran aku...tp aku x sebut...hehehe

    ReplyDelete
  8. Errr bukan cili ke...kan ada cili camtu... xpernah lak tgk cherry camtu hahahaha...

    *Pengsan la sokong meng...

    ReplyDelete
  9. HB ~ Ye la Cherry... sabo je laaa... x caye tengok link ni ye.. >> http://tyrazamicollection.blogspot.com/2012/07/hantaran-33-pink-and-white-roses.html

    ** kan main aku nak menang jugakkkkkk

    ReplyDelete
  10. Biq : Kayu kayan tu boleh jadi floria utk anai anai tak usah la... tapi kayu kayan mahal ok kot...

    HB : of chorss la aku boleh faham otak auta koner koner ko tu.. haks

    Aku pun rasa tu bukan cherry tapi biar je la hanya jauhari yang mengenal maniam. hanya T&Z yang mengenal itu adalah pokok cherry

    ReplyDelete
  11. abg Meng kene caye laaa.... x caye cube find Cherry Berry Flower... hihihihii.....

    * aku nak menang jugakkkkkk!!

    ReplyDelete

  12. Ya lah ya lah !

    * korek gigi sambil merenung ke langit.

    ReplyDelete