Heh.. Jom makan lagi !
Teringin nak try makanan Sundal Sunda ?
Aku ada port yang menarik. Hari tu lunch hour pegi berkeliaran tanpa pedoman last last jumpa kedai ni. Menarik jugak. IG yang perkenalkan pada aku, jadi aku tak de cakap banyak sebab lapar nasi maka aku pun bersetuju.
Nama kedainya, Cibiuk !
Aku dah google. Ci tu maksudnya air. Biuk tu maksudnya bau. Jadi kedai ini namanya. Air Bau?
* pitam
Jangan tanya penjelasan lanjut, aku pun tak pasti. Mungkin ini bahasa Sunda maka begitu la jadi nya.
Rumah Makan Cibiuk ini terletak di Kajang Putra. Cemana nak ke sana?
Pun jangan tanya aku sebab aku sendiri tak berapa tahu. Hahaha. Tapi dekat dengan area Bangi dan sebelah kiri je dengan Highway Silk tu kalau dari Kajang menuju ke Putrajaya.
Ayuh lihat apa yang menarik di sini.
Menarik tak?
Hah. Kalau tak menarik, aku malas nak kongsi. Tapi sebab best, dan sebenarnya aku dah 2 kali datang sini sebelum aku buat entry ni. Maka gambarnya jadi banyak sikit.
Apa pun, Rumah Makan Cibiuk ni memang khusus menghidangkan makanan Sunda. Ada ayam bakar, ayam goreng, dan jenis jenis ayam lagi. Daging rasanya tak ada.
Ada lagi yang lebih menarik di sini.
Apa apa pun tengok menu dulu untuk ambil tahu.
Menu - memang banyak ayam ayaman je di sini
Kami order based on apa yang IG pernah makan sebelum ni. Aku order ayam bakar dan dia order ayam goreng.
Air?
Mesti la order jugak, kang tercekik, pengsan tepi highway tu payah pulop
Advocad Juice. Kureng sikit. Wong Solo sedap lagi
Air cokelat dan Durian Belanda. Air dia biasa biasa je. Durian Belanda tu boleh tahan masam
Lagi aku kongsi makanan dia. Set set makanan di sini macam tu lah. Ada ayam bakar, ayam goreng dan di datangkan dengan pakej nasi, sayur sayuran dan lain lain. Ada tempe, jering, tauhu dan begedil. Ikut set apa yang di pilih lah.
Kasik meleleh sikit lagi air liur.
Hah.
Mesti kemusykilan beraja di minda dan tertanya tanya, apa benda dalam daun pisang tu?
Jawapannya, adalah nasi !
Ada banyak jenis nasi di sini yang boleh di pilih. Ikut la tekak dan rasa nak makan nasik jenis cemana.
Tengok ni.
Nasik biasa tapi di bungkus dalam daun pisang
Lagi jenis nasi
Ni jenis nasi yang macam pulut. Agak sticky. Namanya Nasi Liwet * rebah *
Apa beza nasi nasi ni?
Bagi aku lebih kurang je, cuma nasik liwet tu macam makan pulut. Kalau makan tengahari, confirm pukul 3 lepas tu mata dah start mengantuk.
Ada jugak di hidangkan dengan sup jagung !
Sup asam dan jagung
Selain daripada makanan set set macam tu, ada jugak gorengan, dessert dan makanan tambahan. Kena rujuk menu sebab aku pun lupa.
IG kata, Pisang Keju dia wajib di try tapi biasalah, lepas makan perut dah kenyang. Dah tak lalu nak tengok makanan lain.
Apa apa pun, ni alamat dan peta.
Overall, aku rasa makanan dia sedap juga. Kalau tak, takkan la aku pegi 2 kali dalam 1 minggu. Yang menarik kena try sambal dia sebab dia ada menyediakan banyak sambal. Setiap sambal ada tahap kepedasan yang tertentu.
Kata orang, lagi pedas lagi kaw kaw.
Nak tau cemana pedas dan kaw kaw tu, sila la pegi dan cuba sendiri. Aku recommend bagi yang nak try makanan sunda ini.
Mereka ada blog juga. Sila terjah.
As of now rasanya masih ada 1 cawangan ni je. Maybe di hari muka, dia orang ada bukak cawangan lain. Kedai OK. Lokasi pun senang cari. Ambiance memang selesa. Servis pun agak pantas, makanan not bad. Harga untuk 2 orang makan around RM40.
Jadi?
Apa korang tercegat di situ?
Pegi sergah !!!!
Eh. Di buka setiap hari jam 11 pagi - 11 malam kecuali Jumaat 2.30 petang hingga 11 malam.
Selamat Menyundal Menyunda !
Lagu untuk menghidupkan mood dan ruh.
Cinta lir ibarat kalangkang
Deukeut anggang bisa diatur ku urang
Cinta bisa ilang jeung nembongan
Repok jodo akhirna datang sorangan
(aduh aduh cinta) (aduh aduh cinta)
Cinta manjangkeun carita
(aduh aduh cinta) (aduh aduh cinta)
Cinta panjang lalakona…
Cinta lir ibarat nu geulis
Geura endah ti mawu sewu mamanis
Cinta perlu jalan anu lueus
Solo goto tapakan di anggang putus
(aduh aduh cinta) (aduh aduh cinta)
Cinta penuh pengorbanan
(aduh aduh cinta) (aduh aduh cinta)
Cinta penuh kasadaran
Cinta datangna teu kaharti
Gandrung ewuh mikangen ngungkapin ati
Cinta matak anteung beurang peuting
Ngadak-ngadak dunya asa nu sorangan
(aduh aduh cinta) (aduh aduh cinta)
Cinta mangkat mega endah
(aduh aduh cinta) (aduh aduh cinta)
Cinta tembang kanyaan
sundal la liwet la...ish! takde nama lain ke hahaha! tapi kat jogja kitorang mmg menangis2 la makan sambal goreng dia, sumpah terpedas dlm sejarah!
ReplyDeletemakan sambil menyundal? Hahahaha... nampak sedap dan menggiurkan... harus dicuba...gulpp..
ReplyDeleteBiq : Kedai ni sambal dia pun banyak. tapi tengah2 kedai, tak lalu aku nak pi ambik gambo.. makanan ok jugak. aci je try dan kalau nak pose pose cerekarama menangis sambil mengalirkan air mata... tempat ni.. boleh.
ReplyDeleteHB : harus !
nanti bila2 ko gi jogja, ko try test kat kedai aku makan tu (warong raminten) tgk mana lagi pedas, okeh? hehehe! yg pasti, kat sana tu pedas membunuh!
ReplyDelete