Pages

Tuesday, April 2, 2013

Highlight Trip Rusuhan Jiwa - Episode 2

Malas nak biarkan kehidupan terus terusan di selubungi misteri jadi aku sambung highlight Trip Rusuhan Jiwa yang mana kami telah belayar membelah samudera menuju destinasi yang tak pasti.

Hahaha..

Dah pasti dah. Cuma tak berapa nak plan.

Lokasinya?

Pulau Karimun. Indonesia.

* haaa.. nganga mulut tu apsal?

Aku dah cakap, mesti tak semua tau mana letaknya tempat ni. Well. Sila google sekarang sebelum korang mereng.

Pulau Karimun terletak di Indonesia. Ya. Di kepulauan Riau tak jauh dari Kukup, Pontian.

"Kenapa mesti ke sana?"
"Apa ada di sana?"

Mesti soalan tu diajukan bertalu talu.

Bila aku cakap dekat BW pastu dia ulang balik.

"Eh. Kita nak pegi Karambunai ke ni?"

Banyak la dia punya Karambunai.

MH pulak lepas aku gebang gebang pasal tempat ni then lama tu baru dia tanya aku balik.

"La... kita nak pegi Indon ke?"

Haaaaaaaaaaaaaaaaaa.

OR aku lagi best masa aku call dia.

"Yang. Saya nak pegi Karimun"
"Honeymoon? Dengan sapa?"

Adeh. Sebelum aku kena leter baik aku terus terang. Kasi semua orang faham.

Pulau Karimun merupakan salah satu daripada pulau-pulau di Kepulauan Riau wilayah Indonesia . Ia terletak kira-kira 37 km barat daya Singapura , dan 54 km barat Batam , dan 24 km barat daya dari Kukup, Pontian. Perjalanan ferry dari Kukup mengambil masa selama 1 jam sahaja !

Pulau Karimun ini pernah menjadi pusat dagang satu ketika dulu, malah Stamford Raffles pernah considered pulau ni sebagai tempat penempatan beliau sebelum menukarkannya kepada Singapura.

Tu je la fakta yang penting tentang Pulau Karimun ini

Ini peta kedudukan Pulau Karimun.


Tapi ada satu lagi yang menarik. Tau kan cerita Badang? Yang perkasa makan muntah tu? Di khabarkan, Badang ini berasal dari Pulau Karimun ni.

Jeng Jeng Jeng............................. Berdebar tak? Berdebar tak?

Jadi apa yang nak di tengok di sana? Nak jejak Badang? Makan muntah macam Badang dan abang jadi perkasa??

Heh. Tak de ler.

Cuma ini la some of the highlight, apa yang kami nampak dan temui di Pulau Karimun ini.

Pekan terbesar di Pulau Karimun di gelar Tanjung Balai. Di sini la ferry sampai dan docking untuk ke Pulau Karimun ni

Ada masjid Agung Karimun

Pantai Pongkar

Salah satu destinasi istirehat warga tempatan

Pantai Pongkar yang bersih

Mengadap Selat Melaka

Lambaian pepohon cemara

Ada air terjun Pongkar yang tak berapa menawan

Seterusnya Pantai Palawan

Dan kami sempat layan sunset di Pantai Palawan ini.

# 1

# 2

# 3

# 4

# 5

# 6

# 7

# 8

# 9

# 10

Tu je yang sempat kami usha. Aku pun check wiki malam sebelum pegi tu je.

Nak kata destinasi terbaik untuk pelancongan, masih banyak kekurangan jika di bandingkan dengan Pulau Batam mahupun Bintan. Tapi kalau setakat nak relaks relaks dan jalan jalan. Tak de masalah.

Chop !

Jangan tersilap pulak dengan Pulau Karimun Jawa sebab Pulau Karimun Jawa terletak di Semarang sana. Pulau Karimun ni cuma di Kepulauan Riau saja. Btw, kalau nak ke Jakarta dari Karimun ni, boleh naik ferry.  Tapi ! Jarak masa adalah 31 jam ! Kau mampu? Muntah belahak la nak sampai ek?

Apa apa pun, highlight di Pulau Karimun ni, kami makan seafood yang sangat enak dan lazat sampai licin pinggan.

Serious sedap

Jadi, Trip Rusuhan Jiwa ni adalah.

KL - Pontian - Tanjung Piai - Kukup - Karimun - JB - KL.

Keseluruhan cost untuk trip ke Selatan termasuk ke Karimun ni dalam RM500 each. Tu je. Nanti details pasal Pulau Karimun akan aku ceritakan dari masa ke semasa di kala aku rajin. 

Now, trip ke Guilin pun aku masih pandang sepi. How?

Tunggu roh kerajinan datang dan abang menjadi perkasa macam Badang untuk menaip entry..........

Burp.....

* kenyang

Aku makan muntah sapa tu tadi?

6 comments:

  1. AA tgh promo ni...tgk tix ke myanmar rm122 return utk trip bulan 3 thn depan. geram cam nak sambor jekkk...

    ReplyDelete
  2. huh sape tatau karimunjawa ni bkn traveler tegar la namanya...

    aih...tak sampai lagi ni! kawang2 dah sampai...

    ReplyDelete
  3. mungkin ko makan muntah bibik...maklum la bibik dh jadik dayang bunting ahaksss...

    ReplyDelete
  4. HB : apa laga.. sambar-ria laaaaa

    Biq : tengok mulut aku ni.

    karimun.

    karimun.

    ReplyDelete
  5. *tengok mulut meng*

    ada isi ketam meng...ya Allah sedapnyerrrrrr!

    sob sob...

    ReplyDelete