Pages

Monday, April 1, 2013

Highlight Trip Rusuhan Jiwa - Episode 1

Highlight !

Trip ni adalah hasil daripada kekecewaan sebab tak dapat pegi Sipadan tempoh hari.

Aku memang dah terima hakikat trip ke Sipadan tu tak jadi so aku ingat tak pe lah, nak lepak lepak je la kat rumah. Boleh je nak cancel cuti tapi BW dengan sadis nya berdrama swasta call aku dah pujuk rayu ajak pegi berjalan.

Masalahnya aku sendiri pun tak tau nak pegi mana. Dalam keadaan darurat dan last minit, aku bagitau dia di hari nak pegi tu, siap siap je lah. Apa apa nanti aku call.

So aku call di hari Jumaat tu suruh dia orang bersiap then kononnya nak pegi somewhere lah. Tapi tak tau nak pegi mana. Aku just pesan. Bawak passport dan kita akan ke selatan.

BW dengan MH menyambut berita ini dengan nada gembira. Aku je la tak berapa gembira mana sebab macam tepu otak.

Tapi tak pe lah. Orang kata yang datang secara tiba tiba tu adalah suprise. Jadi, ini la trip suprise kita orang yang memang tak plan apa, main redah ikut suka hati.

Layan highlight dulu.


Kami bergerak dari KL menuju ke Selatan lebih kurang pukul 5 petang !

Bayangkan betapa seharian adalah tak tentu hala. Ingat nak keluar awal, tapi MH kata tunggu lepas solat Jumaat lah, so aku pun duduk buang buang masa di rumah. Still duduk rumah sibuk melayan kerja, email dan call apa semua. 

Then MH ambik aku, then kami pegi culik BW, cubaan untuk keluar dari KL sebelum jam 5 takut jem. Tapi terperangkap jugak la. 

Masuk PLUS menuju ke Selatan.

"Kita nak pegi mana ni?"

* bunyi cengkerik bersahut sahutan.

"Melaka?"
"Errr.."
"Singapore?"
"Ummm"
"JB lah"
"Aaaaa"
"Mersing, kampung CP?"
"Hmmm macam la CP ada"

Memang tak tau nak ke mana. 

Tiba singgah Maghrib di R&R Pagoh pastu terus je on the way tu, aku cakap kat MH sebab dia drive.

"Pegi Pontian !"
"Pontian?"

Masing masing tak percaya. Tapi being BW and MH. Aku angkut ke mana pun, dia orang iya kan jer. Tapi nanti dia orang akan tanya aku balik.

"Ada apa kat sana?"

Ni la soalan yang susah nak jawab. Aku pun tak tau apa ada di sana. Aku sendiri pun tak pernah sampai Pontian. Tapi aku teringin nak pegi Tanjung Piai.

So. Then dia orang tak de cakap apa. 

Sampai Pontian pukul 10 malam. Cari hotel dan cari tempat makan.

Kami makan di Zam Seafood. Orang Pontian mesti tau ni. Agak sedap lah.

Actually kedai ni recommended by budak hotel tu. Aku tanya dia.

"Bagitau kedai makan paling best kat Pontian"

* sambil acukan senapang ke telinga budak tu.

"Abang try Zam Seafood... bla bla bla"

Then kami pun pegi la mencari malam malam buta.

Verdict??

Yummy dan murah !

Balik bilik dah tengah malam terus pengsan.

Hotel kami di Pontian

Pagi di Pontian

Then pepagi tu kami terus ke Tanjung Piai.

Apa ada di sana? Sudah tentu la kawasan yang menjadi titik penghujung tanah besar benua Asia !

Usha kawasan sekitar.

Desa Tanjung Piai

Tanjung Piai

Tanjung Piai Resort

Ini la Tanjung Piai 

Berjaya jugak jejakkan kaki di sini

Paling hujung dah

Ada banyak monyet berkeliaran

Kengkonon trip ni 3 hari 2 malam. Tapi duduk kat Tanjung Piai tu, sejam dua dah khatam.

Jadi, mana lagi arah tuju kami?

Jeng Jeng Jeng.

Bersiap sedia. Kami naik bot dan berangkat membelah samudera.

Nak ke mana tu?????

Biarkan minda bermain main dengan pertanyaan ke mana kan destinasi ad hoc kami.

Tapi kami di hadiahkan dengan sceneray sunset yang agak indah di sana.

Senja

Senja dari Selat Melaka

Aku biarkan misteri berlarutan dulu sebelum aku kasi tau ke mana kami pegi. Tak jauh. 1 jam perjalanan dengan bot jer. Dan kami di sana selama lebih kurang 24 jam. 

Saja saja buang masa tanpa arah tujuan dan trip ni adalah trip malas bermalasan. Most of the time kami sampai dan lepak tak tau nak buat apa. Yang penting, over the sea !!! Hahaha

Then lepas tu, berjaya pulang semula dan singgah untuk aktiviti bershoppingan di Johor Premium Outlet.

Shopping !

Dan pulang semula ke kota

Jadi. Itu la highlight part 1 Trip Rusuhan Jiwa ni. 

Overall, trip tak berapa nak plan, but we had fun ! Kadang kadang unplanned dan pegi tempat yang kita sendiri tak pasti pun boleh menyimpan kenangan dalam kehidupan secara tersendiri. It is not always the destination, but the journey...........

Nanti aku sambung episode ke 2.

9 comments:

  1. mohon abg meng sambung cerita guilin. nak baca. kekeke

    ReplyDelete
  2. adei... nape xbtau nk dtg sini bang

    meng.. bleh aku blanje abg meng

    makan mee udang sg rambah tu.. tempat

    keje aku da dekat ngan area zam

    seafood tu...

    ReplyDelete
  3. HF : tunggu minggu depan.

    JG : kenapa kau tak bilang.

    1
    2
    3

    ReplyDelete
  4. naik jeti kat kukup pegi tanjung

    balai ye...

    ReplyDelete
  5. meng,

    cite2 ko xpenah mengecewakan...
    xboring nak baca tiap2 hari..

    ReplyDelete
  6. wahh wahhh....gi negeri kelahiran aku yek...tp aku x pernah gi tg piai tu ihikkk..

    ReplyDelete
  7. aku suke gambo ko yg last tu...cantik gilerrrr

    ReplyDelete
  8. JG : Cis... pecah lobang.

    Thanks DATT, CIk Lala & HB.

    Kau kenapa tak abis berjalan di negeri sendiri?

    * begitu aku marah

    ReplyDelete