Pages

Tuesday, April 30, 2013

# 20 - Merentas Kota Khayalan - Bye Bye Guilin

Hah !

Akhirnya........................

Dah sampai last part trip ke Guilin. Berjaya jugak aku taip entry ni sampai abis walaupun macam siput sedut. Bila semua dah siap, baru aku susun untuk post. Bukan apa, aku ni kadang kadang tak gemar buat keje separuh jalan. Aku pastikan semua siap baru aku berani post. Tapi tu kadang kadang, most of the time aku buat keje suku jalan then aku malas langsung tinggal terus.

Hiks.

Baik lah.

Di pagi yang hening dan agak damai jugak. Mentari muncul akhirnya di Kota Guilin setelah sepanjang aku berada disana, matahari betul betul menyembunyikan dirinya. 

Bangkit dan bersiap siap untuk ke airport. Flight pukul 10.30 pagi. Aku keluar dari hostel pukul 8 pagi. 

Persimpangan utama depan hostel

Macam aku cakap, hostel ni ada servis pick up dan hantar ke airport, tapi bagi aku mahal sangat la. RM45. Kalau aku naik airport shuttle tu baru CNY20 ( RM10 ) one way. 

Tapi masalahnya, kat mana nak naik airport shuttle ni?

Bagus soalan tu. 

Actually di Guilin ni ada 2 station bas. Pertama tempat yang aku berhenti masa sampai hari tu, lupa apa nama tempat tu tapi dekat dengan Hong Kong Hotel. Dan yang ke dua ni, memang last stop la dan pick up point untuk ke Guilin Airport. Terletak di............ errr. Aku pun tak tau nama tempat nya. Tanya orang lain lah. 

Tapi kalau tengok peta boleh tau lah. Tempat dia agak jauh. Kalau pintu masuk Elephant Trunk Hills tu, ada jambatan, terus je then nanti kena cross jalan sebelum sungai dan ada bangunan tulis Hotel CAAC.

Tu la tempat nya.

Peach Blossom River. Kalau spring memang banyak pokok peach sepanjang sungai di Guilin ni

Aku tanya budak hostel dan dia orang yang guide kan, so aku menapak dari hostel. Ada la dekat 20 minit jugak.

Elok aku sampai, dah ada bus nak gerak. So tak sempat nak ambik sign bangunan, tapi bus stop tu depan kedai ni.

Kedai menjual apa benda pun aku tak tau

Tambang bas sama je. CNY20 ( RM10 ). Jarak perjalanan lebih kurang 40 minit. Jadi aku sampai agak awal.  Tak jem tak apa.

Masuk masuk ingat nak check in dulu tapi tengok orang berkumpul depan balai berlepas. Pintu balai berlepas untuk flight international belum di buka.

Jadi aku merayau dulu.

Check in

Ada kedai ni jual pisang raja udang. Teringin gak aku nak makan sebab dulu kecik kecik, kalau pokok pisang raja udang ni mesti orang cakap berhantu, jadi tak de orang nak tanam sampai berbuah. Tapi aku tak berani jugak nak beli, takut hantu masuk dalam badan. Eh. Ke memang dah ada dalam badan aku? Hehehe

Aku nampak di airport, tak tau la salah satu jenis transportation di sana ke apa

Guilin Liangjiang International Airport

Lepak lepak kat luar hisap rokok sambil minum kopi ni. Sedap juga

Mercu tanda Airport Guilin. Masa aku sampai berkabus tak nampak nak ambik gambo

Kolam depan airport

View dari terminal pelepasan

Guilin Airport dari depan

Akhirnya, agak agak masa dah tak berapa ada, aku pun masuk untuk check in. 

Tapi masih ramai yang beratur dan check in. Semuanya nak naik flight Air Asia lah. Ramai macam rombongan makcik makcik. Masing masing bawak beg punya la besar gedabak. Apa benda dia orang beli pun aku tak tau. Tapi memang sorang punya luggage tu 20 - 30 kilo jugak ler.

Aku punya beg ringan je, tapi sebab aku memang dah beli luggage 15 kilo, so aku check in je la beg aku tu. Malas nak pikul. Lagipun aku kan beli air pear sedap tu dan bubuh dalam beg tu. 

Masuk balai berlepas lenggang kangkung je lah.

Ini kat terminal pelepasan, ada duty free shop dalam balai pelepasan tapi jual ntah hapa hapa jugak.

Urusan check in mudah. Cuma sebab orang ramai so beratur je la kejap. 

Immigration pun tak payah. Sampai turn, bagi passport, dia chop dan bagi balik. 

Tapi yang sadisnya airport security yang nak scan scan beg tu. Dia orang memang buat thorough check gila baban sampai queue panjang gila. Dah la ada 2 je entrance scanner tu. Jenuh nak beratur.

Dia orang check betul betul setiap beg. Aku dengar ada mamat ni bawak FM dalam hand luggage, airport security ni siap kopek satu satu magnet dekat FM dia tu. Apa motip aku tak tau. Tapi jenuh la orang belakang menunggu. 

Dan aku pun tak terkecuali. Aku bawak beg kamera. Dalam tu ada lighter. Biasalah lighter yang beli beli kadang kadang ada je terselit dalam tu. Dia orang check beg aku dan rampas semua sekali. Ada 3. Haram ! Pastu dia kecah kecahkan barang aku atas meja lepas dia check satu satu tu. Tapi nasib baik la dia yang kemas balik semula.

Ada mamat tu Zippo dia kena ambik !

Menangis tak berlagu la tu. Ke Zippo Petaling Street?

Tapi, bagi perokok tegar, jangan risau. Dalam terminal tu ada smoking room dan walaupun lighter kita telah di rampas dengan rakusnya, dalam tu ada lighter tersedia. Tapi tak leh nak curik la sebab dia letak dalam bekas besi.

Masuk balai berlepas, tunggu kejap then pesawat dah ready nak membawa aku pulang.

Ayuh ! Moh kita pulang.

Airport Guilin. Time nak balik cuaca clear sikit. Masa datang hari tu, kapal terbang sebelah sana pun tak nampak sebab berkabus

Ready untuk berlepas

Ini la sebahagian Guilin dari udara

Penerbangan balik ke KL selama 4 jam aku membuta. Tapi tak berapa lena jugak. 

Layan perasaan je lah sendiri. Nasib baik sebelah aku tak de orang.

Pulang mari la pulang

Approaching Terengganu. Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil dari udara

Dah sampai semenanjung Malaysia kat Terengganu ni

Tasik Kenyir dari udara

Cuaca start mendung

KL time tu hujan dan berkabus. Sayap pesawat pun tak nampak.

Bentuk muka bumi Malaysia. Kawasan tak tau mana

Salak Selatan

Setibanya di LCCT, hujan turun dengan lebatnya. Nasib la fleet tu docking tak jauh mana.

Selesai urusan chop passport then aku terus keluar. Beli rokok sat dan OR dah menunggu.

Hujan lebat menyambut aku pulang dari Guilin

So overall, trip Guilin ni aku agak puas hati. Cuma cuaca la tak menentu dan bagi orang yang suka nak ambik gambar macam aku ni, cuaca cerah adalah rahmat yang sangat besar bila travel ni. 

Budget trip ni pun bagi aku tak mahal mana. Ikut style travel masing masing lah. 

Guilin dan Yangshuo ni bagi aku memang tempat yang tepat la bagi nature lovers. Lain lain tak perlu nak expect apa apa. Biasa saja. 

Anyway, syukur Alhamdulillah, pengembaraan aku Merentas Kota Khayalan ni dah selesai dengan jaya nya. 

So dah dapat idea cemana rasanya to be in Guilin? Ada yang bercadang nak ke Guilin pulak lepas ni? Nasihat aku, just go and enjoy the beauty. Pasti tak akan menyesal !

Ini peta perjalananan 5 hari 4 malam aku di Guilin untuk panduan.


Day 1 - A : Guilin City
Day 2 - B : Longsheng Paddy Terrace, A : Guilin City
Day 3 - C : Yangdi, D : XingPing, E : Yangshuo
Day 4 - E : Yangshuo, A : Guilin City
Day 5 - A : Guilin City

Itinerary & Budget ( for indicative purpose only), sila rujuk highlight :


TAMMAT

Monday, April 29, 2013

# 19 - Merentas Kota Khayalan - Guilin City : Guilin At Night

Dalam aku terpinga pinga tak tau aku kat mana, tetiba ada sorang mamat ni tegur aku.

Mamat ni actually dia duduk sebelah aku dalam bas. Tapi sebelah seat sana. Masa naik bas tu aku tertanya tanya jugak la seat nombor aku sebab tak faham nak baca in Chinese. Aku tanya dia. Dia boleh la cakap English sikit sikit.

So bila turun bas ni sekali lagi, tanpa di minta dia tolong aku jugak.

Aku bagitau nama hostel aku, then dia siap check kat hp dia. Pastu baru la dia bagitau aku cemana nak balik ke hostel. 

Tak jauh pun sebenarnya. Jalan kaki tak sampai 10 minit.

Sungai depan hostel

Sampai hostel aku balik bilik dan simpan beg kejap then aku tengok masih awal lagi, so aku pun keluar.

Aku nak pegi ronda ronda buat kali terakhir di malam terakhir di Guilin City ni.

Memula aku pegi pasar malam.

Pasar malam di Guilin

Aku tak beli apa apa lagi, di Yangshuo pun tak de apa yang menarik. So ingat nak cari la cederamata dan beli FM lagi ke sebab duit ada lagi berbaki.

Aku jumpa ni kat pasar malam tu.

Saya lawa. Sila beli saya !

Cantik jugak. Tapi bila aku tanya harga mahal sangat. Dalam RM60 seketul. Mamat tu pun tak berapa nak layan aku, so aku nak tawar menawar pun tak sedap hati. Dia sibuk layan customer lain.

So aku blah je dengan patah hati.

Tak tau nak pi mana, aku ikut je tepi sungai balik semula, aku ingat nak usha Pagodas di waktu malam. So aku jalan kaki je ikut laluan tepi tepi sungai tu.

Guilin City ni bagi aku Insya Allah la selamat kalau jalan malam pun sebab banyak lampu dan orang ramai je lalu lalang.

Laluan jalan kaki di bawah jambatan

Layan kan je la gambar gambar sekitar Guilin di waktu malam.

Crystal Bridge

Two pagodas

Persembahan 

Ini port orang naik lake cruise.

Pusing pusing tasik lebih kurang then aku pegi ke Pedestrian Street balik semula.

Kali ni memang nak beli barang sikit dan........ aku nak pegi kedai Converse tu. Tak puas hati ni. Rasa nak beli jugak baju yang aku berkenan memula tu.

Kedai cenderamata di Pedestrian Street. Kalau nak cari cenderamata memang sini la paling banyak choice dan harga boleh nego

Desco Desco

Barang jualan

Kedai kopi

Hahah ! Dah sampai kedai Converse 

Bersemangat waja aku masuk kedai Converse tu. 

Masuk je aku terus tuju kat situ, aku cari cari. Rupanya baju tu dah tak de !

Dah ada orang beli !!

Tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

* menanges keluar bijik gajus.

Tak de rezeki kan? Tak pe lah. Sedih gak la. 

Pastu aku ingat nak beli baju lain. Ada lagi yang jenis lain lawa jugak la. Harga boleh tahan. Bila aku tanya dia, dia kata tak accept Visa dan Mastercard.

Cis.

China memang pelik sikit. Internet banyak yang kena banned ; FB tak boleh. Blogspot tak boleh. Nak shopping pun payah sebab Visa tak boleh. Mastercard pun tak accepted.

So !

Begitu la kesedihan bertalu talu dan hasrat yang tak kesampaian untuk memiliki jacket Converse itu......................

Patah balik jalan kaki nak bali ke hostel. Dan rasa penat la. Nak balik nak tidur je lah. Esok pagi aku nak ke airport untuk flight balik Malaysia.

Jalan sikit lagi.

Disco jugak ni

Pedestrian Street

Patah balik ke Two Pagodas

Elok aku dekat je, lampu terpadam

Cuma nampak bulan je.

Jalan kaki balik ke hostel

Persimpangan depan hostel

Pecah Blossom River, depan hostel

Sampai bilik, mandi dan berehat.

Ni antara yang aku berjaya beli hari ni kat Guilin.

Tak dapat beli jaket, beli belt je

Ubat batuk dan selsema aku beli di Yangshuo sebelum naik bas. Just simpan stock tapi yang kedai ni OK sikit English nya.

Tapi aku jumpa sesuatu yang sedap dan patut di cuba di Guilin ni. Tak sure la tempat lain di China mungkin ada jugak.

Kacang dan air Pear ni.

Kacang ni tapi ada rasa cili cili. Sedap gila

Air buah Pear.

Aku beli masa kat Dragon Bridge untuk aku dengan Mickey. Pastu rasa sedap pulak. Aku beli lagi di Yangshuo dan beli lagi masa balik ke Guilin. Esoknya on the way balik KL pun aku beli lagi. Siap bawak balik 2 botol nak suruh OR rasa.

Sedap weyyy.

Or maybe sebab aku suka buah pear kot.

Tapi cuba la cari kalau berkesempatan berkunjung ke sana, ke sanaaa, ke sannnaaaaaa............... !

bersambung.............