Pages

Tuesday, April 30, 2013

# 20 - Merentas Kota Khayalan - Bye Bye Guilin

Hah !

Akhirnya........................

Dah sampai last part trip ke Guilin. Berjaya jugak aku taip entry ni sampai abis walaupun macam siput sedut. Bila semua dah siap, baru aku susun untuk post. Bukan apa, aku ni kadang kadang tak gemar buat keje separuh jalan. Aku pastikan semua siap baru aku berani post. Tapi tu kadang kadang, most of the time aku buat keje suku jalan then aku malas langsung tinggal terus.

Hiks.

Baik lah.

Di pagi yang hening dan agak damai jugak. Mentari muncul akhirnya di Kota Guilin setelah sepanjang aku berada disana, matahari betul betul menyembunyikan dirinya. 

Bangkit dan bersiap siap untuk ke airport. Flight pukul 10.30 pagi. Aku keluar dari hostel pukul 8 pagi. 

Persimpangan utama depan hostel

Macam aku cakap, hostel ni ada servis pick up dan hantar ke airport, tapi bagi aku mahal sangat la. RM45. Kalau aku naik airport shuttle tu baru CNY20 ( RM10 ) one way. 

Tapi masalahnya, kat mana nak naik airport shuttle ni?

Bagus soalan tu. 

Actually di Guilin ni ada 2 station bas. Pertama tempat yang aku berhenti masa sampai hari tu, lupa apa nama tempat tu tapi dekat dengan Hong Kong Hotel. Dan yang ke dua ni, memang last stop la dan pick up point untuk ke Guilin Airport. Terletak di............ errr. Aku pun tak tau nama tempat nya. Tanya orang lain lah. 

Tapi kalau tengok peta boleh tau lah. Tempat dia agak jauh. Kalau pintu masuk Elephant Trunk Hills tu, ada jambatan, terus je then nanti kena cross jalan sebelum sungai dan ada bangunan tulis Hotel CAAC.

Tu la tempat nya.

Peach Blossom River. Kalau spring memang banyak pokok peach sepanjang sungai di Guilin ni

Aku tanya budak hostel dan dia orang yang guide kan, so aku menapak dari hostel. Ada la dekat 20 minit jugak.

Elok aku sampai, dah ada bus nak gerak. So tak sempat nak ambik sign bangunan, tapi bus stop tu depan kedai ni.

Kedai menjual apa benda pun aku tak tau

Tambang bas sama je. CNY20 ( RM10 ). Jarak perjalanan lebih kurang 40 minit. Jadi aku sampai agak awal.  Tak jem tak apa.

Masuk masuk ingat nak check in dulu tapi tengok orang berkumpul depan balai berlepas. Pintu balai berlepas untuk flight international belum di buka.

Jadi aku merayau dulu.

Check in

Ada kedai ni jual pisang raja udang. Teringin gak aku nak makan sebab dulu kecik kecik, kalau pokok pisang raja udang ni mesti orang cakap berhantu, jadi tak de orang nak tanam sampai berbuah. Tapi aku tak berani jugak nak beli, takut hantu masuk dalam badan. Eh. Ke memang dah ada dalam badan aku? Hehehe

Aku nampak di airport, tak tau la salah satu jenis transportation di sana ke apa

Guilin Liangjiang International Airport

Lepak lepak kat luar hisap rokok sambil minum kopi ni. Sedap juga

Mercu tanda Airport Guilin. Masa aku sampai berkabus tak nampak nak ambik gambo

Kolam depan airport

View dari terminal pelepasan

Guilin Airport dari depan

Akhirnya, agak agak masa dah tak berapa ada, aku pun masuk untuk check in. 

Tapi masih ramai yang beratur dan check in. Semuanya nak naik flight Air Asia lah. Ramai macam rombongan makcik makcik. Masing masing bawak beg punya la besar gedabak. Apa benda dia orang beli pun aku tak tau. Tapi memang sorang punya luggage tu 20 - 30 kilo jugak ler.

Aku punya beg ringan je, tapi sebab aku memang dah beli luggage 15 kilo, so aku check in je la beg aku tu. Malas nak pikul. Lagipun aku kan beli air pear sedap tu dan bubuh dalam beg tu. 

Masuk balai berlepas lenggang kangkung je lah.

Ini kat terminal pelepasan, ada duty free shop dalam balai pelepasan tapi jual ntah hapa hapa jugak.

Urusan check in mudah. Cuma sebab orang ramai so beratur je la kejap. 

Immigration pun tak payah. Sampai turn, bagi passport, dia chop dan bagi balik. 

Tapi yang sadisnya airport security yang nak scan scan beg tu. Dia orang memang buat thorough check gila baban sampai queue panjang gila. Dah la ada 2 je entrance scanner tu. Jenuh nak beratur.

Dia orang check betul betul setiap beg. Aku dengar ada mamat ni bawak FM dalam hand luggage, airport security ni siap kopek satu satu magnet dekat FM dia tu. Apa motip aku tak tau. Tapi jenuh la orang belakang menunggu. 

Dan aku pun tak terkecuali. Aku bawak beg kamera. Dalam tu ada lighter. Biasalah lighter yang beli beli kadang kadang ada je terselit dalam tu. Dia orang check beg aku dan rampas semua sekali. Ada 3. Haram ! Pastu dia kecah kecahkan barang aku atas meja lepas dia check satu satu tu. Tapi nasib baik la dia yang kemas balik semula.

Ada mamat tu Zippo dia kena ambik !

Menangis tak berlagu la tu. Ke Zippo Petaling Street?

Tapi, bagi perokok tegar, jangan risau. Dalam terminal tu ada smoking room dan walaupun lighter kita telah di rampas dengan rakusnya, dalam tu ada lighter tersedia. Tapi tak leh nak curik la sebab dia letak dalam bekas besi.

Masuk balai berlepas, tunggu kejap then pesawat dah ready nak membawa aku pulang.

Ayuh ! Moh kita pulang.

Airport Guilin. Time nak balik cuaca clear sikit. Masa datang hari tu, kapal terbang sebelah sana pun tak nampak sebab berkabus

Ready untuk berlepas

Ini la sebahagian Guilin dari udara

Penerbangan balik ke KL selama 4 jam aku membuta. Tapi tak berapa lena jugak. 

Layan perasaan je lah sendiri. Nasib baik sebelah aku tak de orang.

Pulang mari la pulang

Approaching Terengganu. Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil dari udara

Dah sampai semenanjung Malaysia kat Terengganu ni

Tasik Kenyir dari udara

Cuaca start mendung

KL time tu hujan dan berkabus. Sayap pesawat pun tak nampak.

Bentuk muka bumi Malaysia. Kawasan tak tau mana

Salak Selatan

Setibanya di LCCT, hujan turun dengan lebatnya. Nasib la fleet tu docking tak jauh mana.

Selesai urusan chop passport then aku terus keluar. Beli rokok sat dan OR dah menunggu.

Hujan lebat menyambut aku pulang dari Guilin

So overall, trip Guilin ni aku agak puas hati. Cuma cuaca la tak menentu dan bagi orang yang suka nak ambik gambar macam aku ni, cuaca cerah adalah rahmat yang sangat besar bila travel ni. 

Budget trip ni pun bagi aku tak mahal mana. Ikut style travel masing masing lah. 

Guilin dan Yangshuo ni bagi aku memang tempat yang tepat la bagi nature lovers. Lain lain tak perlu nak expect apa apa. Biasa saja. 

Anyway, syukur Alhamdulillah, pengembaraan aku Merentas Kota Khayalan ni dah selesai dengan jaya nya. 

So dah dapat idea cemana rasanya to be in Guilin? Ada yang bercadang nak ke Guilin pulak lepas ni? Nasihat aku, just go and enjoy the beauty. Pasti tak akan menyesal !

Ini peta perjalananan 5 hari 4 malam aku di Guilin untuk panduan.


Day 1 - A : Guilin City
Day 2 - B : Longsheng Paddy Terrace, A : Guilin City
Day 3 - C : Yangdi, D : XingPing, E : Yangshuo
Day 4 - E : Yangshuo, A : Guilin City
Day 5 - A : Guilin City

Itinerary & Budget ( for indicative purpose only), sila rujuk highlight :


TAMMAT

17 comments:

  1. Aha..akhirnya dah tamat..mmg enjoy reading from part one until the end dan mcm2 drama berlaku. Kalau ada peluang JM nak backpack di Guilin dan Yangshou for second time..coz masih byk lagi tempat tak cover :-)

    ReplyDelete
  2. meng,

    trip ko mmg selalu bt org meroyan nak pergi tempat tu..

    overall cite mmg terbaek.pengalaman tu yg plg best..klu travel ala2 mcm ni, mesti ade jer drama...tp bile dh balik mesti ko terkenang2, tmbh2 bab mickey jatuh dlm longkang tu n makcik giler yg berebut customer...gile mereng...

    tp bt mase skrg, aku nk bercuti dr travel. campak beg pack jauh2..
    tp rasa rindu nak memanjat bukit bukau gunung ganang, back to nature katanya...hehe..

    ReplyDelete
  3. wahh akhirnya abes gak...best giler la guilin..merempan2 jiwa nak pergi...tapi takdo rezeki lg la...tgk la next yearr ke...hehehe!

    ReplyDelete
  4. aku paling x suka bila kena buka tali pinggang, dh la suor aku bosar dari ppinggang...sure la terlondeh kekeke...kalau terlondeh terus wat free show la aku....

    airport dia cam gudang pon ada, err ke sama cam lcct? hahaha

    DATT, awatnyer gantung beg? meh follow aku gi Laos awal bulan 5 ni..hehehe

    ReplyDelete
  5. JM : wahaha.. x puas lagi ke guilin? aku ni repeat mcm dah malas. gi tempat lain pulop dah laa

    DATT : tima kasih.. kau dah insap? aku pun dah berapa lama insap, tapi sampai masa... lesap jugak. kalau dah dlm jiwa tu tertanam 'kaki rayap' tak leh nak buat apa.. gatal je kaki.

    * check taik lalat kat kaki besar periuk.

    ReplyDelete
  6. DJ : sila pegi. merempan tu apa? bahasa apa tu? Italy kah?>

    HB : memang kena bukak beb.. dah la muka dia org yang jaga kat epot semua kelat kelat.. rasa nak pelangkung jer...

    Airport dia memang nampak buruk. hikss.

    eh kau bila pegi 3 negara tu??? have fun bebeh !!! Jalan lupa kim salam gadis gadis cantik di sana...

    Lav : terima kasih.

    ReplyDelete
  7. aku gi end of next week...redah jek banyak benda yg x confirm lagik hahahaha.... ko nak gadis kim salam kat gadis yg macam mana?

    ReplyDelete
  8. Hehehe gadis2 je kerrr abg meng nak??

    #kerlaskaumaria

    HB, igtkan date weols travel sama? Next week rupanya... mine a week after. hihih

    DATT, iols ada 2 tahi lalat kat kaki uols! Tu ygg tak duk diam hagaknyer

    ReplyDelete
  9. meng,

    kali ni btl2 insaf. nk tgk trip kwn2 jer tmpg seronok...

    FJ,

    DATT dah kopek taik lalat kt kaki...hahaha..xnak bg berjalan dah...

    ReplyDelete
  10. HB,

    xmo...tkt dgn OR ko...haha..

    kan gue dh kata, dh campak beg pack jauh2..

    ReplyDelete
  11. DATT : nekad betul bunyi nya... what heppong?

    FJ : gadis gadis yang cantik sahajork..... yang sendu sendu... biar JG yang kirim salam kan. hahaha

    ReplyDelete
  12. Hahahhaa... kesian JG. mana dia??

    Haih, tahun depan pun nak bersara dah.. settle down la pulak ye tak DATT?? Hihih, but we'll see how.

    Hmmm... Abg meng ni pi mana hagaknya last few days? Sendu jah?

    ReplyDelete
  13. meng,

    dh hilang mood nak travel.priority skrg kene pndah masuk rumah hak milik sendiri.

    FJ,

    dah nak setel down...bagus!!!!lps ni ade OR yg boleh meneman travel ye dok????

    ReplyDelete
  14. wahhh FJ, kalau dh camtu boleh ke nak benti? lagi la sakan nak travel nnt ye dok?? maklum la dh ada partner in crime hehehehe...

    Wahh DATT bebetol nak stop ke? ok la tu buat apa yg wajib dulu pastu sambung balik ye dokk?? hahahaha...

    OK meng, aku kim salam kat yg cantik2 sajork utk ko, yg paling cantik utk aku, yg sendu aku bg kat JG jek...errrr FJ ngan DATT xnak kim salam gak ke?? kekekeke...

    ReplyDelete
  15. Hahahhaa adoi.. motip berborak kat sini?? settle down tu byk sisi kita boleh tgok ok.. settle down kawen ke, settle down benti keje ke.. tapi my one yg the latter tu ler kot. hukhuk.

    partner in crime belom lagi uols semua... susah sgt nak jumpe pon.. mungkin iols dah lepas umur org nak kots. sobs... bertabahla cik pida.

    HB, laos ke nak pi? retis mana yg fofuler sana??

    So abg meng, nak kirim slm sama dian sastro?

    and datt nak kirim salam sama nicholas saputra??

    jgn kirim salam dekat robert downey sudey.. hahah pengsan

    ReplyDelete
  16. xde chat room nk bergossip..tmpg rumah meng pun jadik la..

    FJ,

    sorry...slh pulok..jgn dipikirin sgt soal partner ni..kot2 travel, terjumpa nnt, mana tau..semua di tangan ALLAH..

    HB,

    aku nak kirim salam kt mamat hsem..yg hsem jer tau...xhsem aku xnak..

    boleh ke caya xnak travel lg kan? tgk2 tetiba hilang lagi..harus kene baling dgn boots FJ, tongkat HB, n beg pack abg meng..

    biarlah setel satu2 dulu...tp mmg penat skrg ni nak travel..tp nak bt mcm mana, kg aku 2-2 kt oversea..nak tak nak, kene travel gak ye dop?

    FJ,

    klu indon, gue mau ari wibowo atau anjasmara..datt suke hero2 lama gittewww..

    ReplyDelete