Pages

Wednesday, March 27, 2013

Langkawi 2013 - Orkid Ria

Salam bahagia.

Bahagia ke? Tak kisah lah.

OK. Ini ada sugesi kalau sesiapa ke Langkawi dan mencari tempat makan yang agak menarik. Menariknya sebab dia ada seafood hidup dan boleh di pilih dengan mata yang rambang dan suka suka hati untuk di makan. Sesuai untuk menambah kandungan kolestrol dalam tubuh.

Kedai yang di maksudkan adalah Orkid Ria !

* tepuk !!!! ( sila tepuk tanpa motip yang jitu )


Kedai ni terletak di Pantai Cenang. Kalau jalan sepanjang jalan Pantai Cenang tu, belah pantai akan nampak la bangunan restorant ni. Aku pegi sini pun sebab baca kat TA dan rasa macam nak mencuba. 

Jom tengok kedai ni.


Aku tak sure dia bukak siang ke tak, tapi petang dia start pukul 6 petang sampai ke malam. Modus operandi nak gi makan sini adalah mudah.

Datang. Bawak Duit. Usha keliling. Tengok apa yang menarik. Pilih. Order. Makan dan bayar.

Tu jer. 


Ada lobster dan udang harimau. Aku rasa udang harimau lebih besar pada udang galah. Time aku pegi ni tak de ketam. Orang pun agak ramai. Kami pilih apa nak di makan dan terus order siap siap kat situ. Harga lobster dengan tiger prawn sama. RM 18 per 100 gm. Kalau sekilo, dekat RM180 lah.

* urut kaki ghout

Lobsters yang menanti untuk di lantaki

Close up tak berapa terang udang udang harimau berbelang belang

Aku dengan OR memula tak tau sangat nak order apa. Nak ambik lobster memula tapi ntah cemana kita orang pilih Udang Galah je. Ambik 4 ekor. Pastu suruh dia masak. Order jugak side dishes lain sebelum pegi ke meja untuk menunggu.

Dalam restaurant

Tapi walaupun orang ramai, menunggu tak lama. Aku sempat pegi toilet tengok tukang masak dia makcik pakai tudung siap. Waiter mostly chinese tapi yang buat air etc nampak ramai Melayu. 

Ini kami order.

Sup sayur untuk kuah. Sedap.

Udang with special sauce. Sedap

Udang butter. Kureng skit sebab udang dia macam liat

Sotong goreng tepung. Recommended

Sweet and Sour Chicken. Sedap. Hero suka

Overall verdict, hmmm. Riverview kat Kuala Selangor tu lagi mantap kot. Tapi kedai ni bersih. Environment best. Ramai Mat Salleh je lah tapi agak selesa. Servis pantas dan tuntas. Food quite OK la jugak.

Price? Hmm agak mahal la depends on berapa berat udang yang kita kaut tu. Aku kena RM244 sekali dengan lauk pauk yang lain.

Tapi kalau nak mencuba tak salah kot. Probably the best seafood resto di Cenang, sapa sapa ke sana boleh lah mencuba makan di Orkid Ria ni. Tapi jangan order banyak banyak macam kita orang lah. Muak. Tak abis makan. Membazir Tuhan marah.

Hero makan dalam keadaan mata terpejam. Mengantuk sangat ler tu. Siap dia tidur tidur kat meja sebab aku tengah membaham dengan rakus.


Anyway, keluar dari kedai ni, berjalan ke kereta, tetiba ada Mak Arab dengan Pak Arab laki bini nampak Hero. Ntah apa pelik nya dia orang ni, dia orang pegi peluk gomol gomol cium Hero.

"Masya Allah. Masya Allah"

Aku dengar suara dia orang lah. Hero pulak mamai mamai.

Bersungguh sungguh. Maybe macam muka anak dia ler kot tak pun sebab Hero hensem sangat macam Papa dia? Hahaha.

Aku terus je tarik Hero pegi ke kereta. Malas nak tanya.

"Papa. Tu sapa? Kenapa dia cium cium Hero? Kawan Papa ke tu?"

Tapi kot ya pun yang pompuan Arab tu, kalau nak cium anak aku pun, cium la bapaknya sekali. Aku rela je kena molest.. Hahaha.

* rebah keluar kaki udang ikut mulut

7 comments:

  1. meng2...


    ayat xboleh blah...rebah keluar kaki udang ikut mulut..

    klu mak arab tu shium ko, mmg teruklah ko kene belasah dgn OR kt situ...hahaha..

    ReplyDelete
  2. Aku Nak Gak Kena Shiumm Ngan Minah Arab Tu weiiiii....hehehe

    *shiumannn Yg Gratisss..

    ReplyDelete
  3. AM : serious kau makan benda alah tu? tak perasan ler pulop, kalau ada pun, aku buat tak tau.

    DATT : eh. bukan aku yg kena belasah. minah arab tu la kot yg kena. hahaha

    HB : eh. baru balik indon eh kau?

    ReplyDelete
  4. kitorang dulu makan kat aisha seafood, ok la, sedap dan murah...tapi skang aku tatau la, tu bila tahun nyer...

    ReplyDelete
  5. boring klu xbc blog ko tiap2 hari..ade jer cite2 n lawak bangang mcm nih..

    ReplyDelete
  6. Aku masih di indon...dari timur ke barat...penat giler ni nak patah pinggang weiii...

    Ahad baru balik, skang Ni kat Bandung OR Nak shopping...adoiyaii...

    ReplyDelete