Pages

Thursday, March 28, 2013

Langkawi 2013 - Makam Mahsuri

Korang pernah imagine muka Mahsuri tu cemana?

Generasi ke 7 Mahsuri - Wan Aishah

Kalau tengok waris dia ni, perghhhh buleh tahan bikin merinding perasaan. Goyah iman yang senipis kulit bawang ni. Aku siap suruh dia MMS gambar terbaru nak bubuh kat blog ni.

* mati la penipuan secara terang terangan.

Gambar ehsan google !

Nampak gaya kalau macam tu rupa Mahsuri, agak cun jugak ler. Cuma mungkin Mahsuri dulu tak pandai nak pakai bulu mata pelesu 14 tingkat !

Kata Wiki.

Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Mayah dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.

Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Selamat Datang ke Kota Mahsuri

Kata aku..

Actually rasanya every time aku datang Langkawi aku akan datang tempat ni. Tak tau ler kenapa. Padahal bukan ada apa pun, tapi aku perasan every time aku datang jugak keadaan kubur Mahsuri tu macam lain. Maksudnya tak de ler beralih ke apa. Cuma dulu simple benar, pastu aku datang sekali tu macam over pulak. Ni datang macam simple balik.

Tak tau la apa dah jadi dengan tempat ni. Tapi masa aku datang first time lewat 1980-an dulu tempat ni macam menarik walaupun cuma ada rumah dan kubur nya sahaja.

Sekarang ni dah macam macam ada. Muzium lah, teater la, apa lah. Dah ilang ummph. Tapi benda benda macam tu perlu ada jugak ler kot untuk beri pendidikan dan informasi yang lebih mantap pada pelancong yang datang.

Ayuh layan je la apa yang ada.

Tiket masuk untuk dewasa RM7. Kanak kanak RM3.50.

"Maafkan aku Mahsuri, aku mencintai Anzalna"

"Maafkan Hamba. Hamba tak bersalah. Hamba cuma ejen MLM sahaja"

"Hamba tercari cari di manakah tempat hamba hendak memerut ni"

Dah tau sejarah Mahsuri kan? Dah tau kisah Mahsuri kan?

So tak payah la aku penat penat jari menaip. Tapi untuk rujukan, sila baca ini.

* latar belakang muzik cak lempong.

Mahsuri ni kononnya gadis cun kat Langkawi ni. Tapi dia dah kawin sama itu Wan Derus. Pada satu hari Wan Derus pegi berperang, Mahsuri pun ala ala kesunyian kot, berkawan kawanan la dengan Deraman. Isteri Tok Ketua pulak ntah hapa hapa, jeles sebab Deraman tak add friends kat facebook so dia pun jaja cerita dan menuduh Deraman dan Mahsuri main rogol rogol.

Tup tup Mahsuri kena tangkap dan di bunuh. Tapi tak lut. Sampai la Mahsuri kata kalau nak tikam kena tikam dengan keris keluarganya. 

Tak rock la Mahsuri ni. Biar je la tak lut kan. Boleh dia jadi Superwoman ke apa ni pegi bagitau rahsia lak. Kan dah mati.

So bila dah mati tu darah dia keluar warna putih.

Tak tau la ntah ntah tikam kat tetek, tabung susu pecah?

Hahahaa.

Dah. Aku merepek.

Layan gambar je ler.

Ada kedai cenderamata

Ini replika Kampung Kedah. Dulu aku datang tak de gerbang gerbang ni, cuma ada rumah tu je dulu.

Rumah ni macam dah tak berapa asli macam masa aku datang pertama kali dulu masa zaman 80an

Mungkin dah menjalani baik pulih beberapa kali

Alat alat tradisional memproses padi

Apa apa je lah

Scary pun ya jugak

Ini rumah Panglima Hitam. Rendah gila. Mesti Panglima Hitam ni midget, kalau tak susah nak berjalan dalam rumah

Panglima Hitam tiada di rumah. Dia pegi karok

Ha ni satu lagi rumah. Dulu tahun 2011 aku datang tak de lagi. Sekarang dalam dia jual cenderamata

Ini la kubur Mahsuri nya

Dulu dulu masa aku datang kubur tak setinggi ni, pastu datang kali keseterusnya dah jadi happening macam tempat pemujaan pun ada. Ni dah OK balik sikit.

Kawasan padi di Ulu Melaka

Jantung pisang

Aku tak stay lama kat sini. Pusing satu round je sebab hari nak hujan. Elok je masuk kereta nak keluar tu terus hujan lebat. Tapi sempat beli goreng pisang kat depan pintu gerbang tu. Macam sedap jugak. Ke aku lapar?

Tempat ni tak de apa sangat sebenarnya, tapi ada banyak benda nampak macam sedang di bina. Ada macam teater yang lebih besar, bangunan macam panggung, pastu ada zoo zoo binatang kecik kecik dalam pembinaan. Binatang dalam zoo tu adalah ayam ! Tapi ada Sang Kancil juga.

Semuanya macam nak menarik pelancong. 

Tapi bagi aku, aku suka simple dan kalau Makam Mahsuri, biar tu je lah. Tak payah benda lain lain. Menyemak je lebih.

Ops.

Apa apa pun, kalau tak pernah pegi, pegi lah. Kalau dah pernah pegi, tak payah repeat lah.

Ada satu section penuh dengan gambar gambar Wan Aishah keturunan ke 7 Mahsuri ni, tapi penuh dengan orang Korea dok berkumpul kat situ, so tak boleh nak ambik gambar.

"Papa, tu ke Mahsuri?"
"Haah. Hero nak tak kalau dia jadi gofren baru Papa?"

Hero gelak gelak. Tak nak layan. Then aku cakap kat OR.

"Awak nak tak madu macam ni?"
"Awak nak ke? Cakap Siam?"

* bunyi cengkerik sayup sayup kedengaran

12 comments:

  1. meng,

    aku pun suka yg asli...yg dolu2..xsgka kubur die dh jd berlapis2 dgn batu bata..

    mcm tu jgk dgn telaga ayer hangat...dulu2 best giler...skrg dh bt mcm2 terus aku xp..

    kt kg sendiri (tu yg belagak xjejak dh)..

    klu kt beras terbakar aku suke kutip beras2 yg terbakar tu...skrg no more..

    ReplyDelete
  2. kuih peneram kat sini, sedap juga..

    ReplyDelete
  3. DATT : betul tu. beras terbakar tu memang dah tak de purpose langsung nak pegi. banyak org berniaga jer.

    Nohas : Peneram tu Telinga Keling tu eh? org kg aku di Italy panggil Benderam.

    ReplyDelete
  4. bengong sungguh sejarah mahsuri modem ko tu hahahahaha! main rogol2 patu siap bgtau cara mati!

    kalo keturunan dia cun, ko rasa dia lagi cun ke lagi biasa2? (cuba tgk tok kepada tok kepada tok kita dulu2, cun tak?) hahahaha!

    oooo bini ckp siam tanak, if ckp german dan2 nak? hampeh!

    ReplyDelete
  5. oohhh em ggggggg gegegegegege

    adakah mata ku kero menengok rumah yang kengkonon cam antik tu tapi cam ada smiley lakssss... (gambar no 8)

    owhhhhhh luper.... assalamualaikum tuan rumah, hahahaha :D

    ReplyDelete
  6. zaman berubah,suasana pun turut ubah...dah tak cam dulu2

    ReplyDelete
  7. Big : Complicated giler soalan kau tu. Kena pegi bertapa kat gunung dulu baru leh jawab.

    MKJ : Ada ke? Senyum ler balik. Haks.

    MP : betul betul betul

    ReplyDelete
  8. ha ko gi la bertapa dulu. sementelaah tu, aku nak imagine skit utk ada umah kampung camtu...nanti dah malas kerja, aku nak jual palmiera cacatoos tu, patu nak blk kg, buat umah kayu! uihhhh! bestnyerrrr!

    ReplyDelete
  9. ko nak bertapa katne? ajak la aku meng? pastu leh gi tgk cacatoos kat umah bibik sambil minum kopi gune cawan antik....wowww!!

    ReplyDelete
  10. nak join boleyh? ala boleh la.. plzzz

    ReplyDelete