Pages

Wednesday, December 5, 2012

South Korea : Highlight Jeju

Kalau berkesempatan ke Korea Selatan, Pulau Jeju adalah salah satu tempat yang wajib masuk senarai kunjungan. Pulau Jeju menawarkan pelbagai pengalaman menarik bagi aktiviti pelancongan anda. Hamparan padang rumput dan bunga, tebing-tebing, gunung, air terjun serta pantai-pantai indah adalah hal-hal yang boleh dinikmati di sini. Dengan pelbagai keunikan dan keindahan yang dimilikinya, Pulau Jeju dinobatkan sebagai salah satu dari 7 keajaiban dunia saat ini. 

Pulau Jeju atau biasa juga disebut Jejudo adalah pulau gunung berapi yang terletak di lepas pantai selatan Korea Selatan, dan berdekatan dengan Jepun. Jeju merupakan pulau terbesar di wilayah terkecil Korea Selatan. Penduduknya mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza dari orang-orang tanah besar Korea lainnya. Jumlah penduduk di Pulau Jeju hanya sekitar setengah juta orang. Kawasan pulau yang luas dengan penduduk yang sedikit ini membuat suasana tempat ini menjadi sepi dan tenang. Sangat sesuai untuk menghabiskan masa santai. 

Di Jeju, ada beberapa spot istimewa yang jadi tarikan. Jadi, pastikan tempat-tempat ini sempat anda kunjungi apabila berada di Pulau Jeju yang mendapat jolokan Hawaii of Asia ini.

Kunjungan aku ke Jeju memang dah plan masa beli tiket Korea dulu lagi. Dah beli tiket awal awal, tapi tup tup bila rasa tak jadi tu, memang ingat  terkubur harapan la nak ke sana. 

Anyway, dah namanya rezeki, akhirnya berjaya jugak menjejakkan kaki ke sana.

Aku cuma ada 1 hari di Jeju. Memang tak cukup nak cover satu pulau. Banyak tempat menarik di sini kalau nak kira attraction saja ada dekat 100 tempat boleh pegi. Be it theme park, nature park, pantai, folk village dan sebagainya.

Jadi, sebab 1 hari je di Jeju, ni la highlight aku di sana. Aku memang peminat nature, jadi theme park, museum dan segala benda benda macam tu adalah out of my list.

Enjoice

Yongduam Rock ( Kepala naga ) - di khabarkan naga ini telah mencuri permata berharga dari Mount Halla dan telah di panah lalu menjadi batu. Terletak di utara Pulau Jeju, berdekatan dengan bandar Jeju.

Ikan kering di pasar Jeju - Memang banyak tapi semua tak de kepala. Tergamak dengan tidak nak makan je la.

Mount Hallasan. Gunung tertinggi bukan saja di Jeju malah di Korea Selatan ini sendiri. Tapi cuaca memang tak mengizinkan, tak berapa nak nampak.

Misterious Road. Jangan biarkan ianya terus menjadi, misssssteri......

Yeongsil - 1000 meter dari paras laut.

Seonimgyo Bridge

Cheonjeyeon Waterfall - the pond of god

Cheonjeyeon Stream  

3rd Waterfall

Jusangjeolli Cliff yang terhasil dari lava gunung Hallasan sewaktu memgalir ke laut

Jusangjeolli - Lookout  point

Oedolgae Rock - kawasan pinggir pantai di selatan pulau Jeju

Oedolgae Rock

Oedolgae Rock - Menjadi lokasi series terkenal Korea

Oedolgae Rock - sebutannya We-dol-gae

Ladang limau yang bersepah sepah di pulau Jeju

Jetty Nelayan

Folk Village

Folk Village

Seopjikoji

Seopjikoji

Seopjikoji 

Seopjikoji

Seopjikoji Beach dengan algae hijau

Seongsan Ilchubong - puncak gunung berapi yang muncul dari dasar laut

Seongsan Ilchubong - UNESCO site

Seongsan Ilchubong

Seongsan Ilchubong

Seongsan Ilchubong - view dari puncak

 Permukaan Seongsan Ilchubong

Sesuai dengan title sebagai New 7 Wonder of Nature by UNESCO memang Pulau Jeju ini memiliki kelebihan tersendiri.

1 hari memang tak cukup cover satu pulau, at least 2 hari lah. Tapi ni je la rezeki yang ada dan aku rasa memang tempat ni cantik. 

Sapa yang dah pegi Korea tapi tak pegi Jeju, boleh repeat dan pastikan Jeju ada dalam itinerary anda. Kalau tak dapat naik flight, boleh naik bot tak pun, berenang ajer lah.

16 comments:

  1. wOw...mmg cantik! Transportation kat sana camne Meng? ko gi Laos bila Meng?

    ReplyDelete
  2. boleh naik teksi, boleh naik bas, boleh sewa kereta tapi drive sendiri..

    semua ada pro and cons.

    aku nak gi laos hujung bulan ni, tapi tiket belum beli.

    harap maklum. kao?

    ReplyDelete
  3. owhh...camne tu gi ujung bulan ni tp tiket x beli...ko mmg curlassss

    Bagus la ko gi dulu leh aku soal siasat ko sebelum aku gi Laos.

    aku In sya Allah thn depan bulan May sampai la Laos hehehe....

    ReplyDelete
  4. aku tak leh imagine naik bas 11 jam tu. so aku kena siapkan fizikal mental.

    last week check flite murah lagi, kalau mahal memang x pegi ler kot. tunggu next time je.

    ReplyDelete
  5. owhh...retis mana naik bas sampai 11 jam kan. Aku cuma peminat retis terpaksa la naik bas camtu.

    Cuma aku x terimagine aku naik bas malam 11 jam pastu cuma ada siang hari esoknya tuk jelajah Luang prabang sebelum malamnya balik semula ke vientiane. Mmg keje giler!

    ReplyDelete
  6. bukan soal retis

    soalnya. x cukup hari. kalau 4 hari. dlm bas je 2 hari. apa kau nak tgk. luang prabang x dpt, dpt lobang hidung sendiri je la..

    aku KIV dulu la kot laos ni

    ReplyDelete
  7. ya Allah rasa mcm nak bakar diri sendri je sbb tak pegi jeju ni dulu...takde duit dan takde masa! aku benci la kat bos aku! *tetiba menyalahkan bos sendri*

    meng, cantek meng...cantek sungguh *nanges...*

    bukan ko! tu, jeju tu! *bangun dari kusi kecik*

    ReplyDelete
  8. kat jeju ni la yg ada nenek2 tua yg free diving tu kan? gile hebak!

    ReplyDelete
  9. ya.. tapi aku x sempat tengok pun nenek2 ni beraksi...

    dia org tak mahu melayan peminat.

    * nanges

    ReplyDelete
  10. tu la ko, asik ngan noreen noorrrrrrrrrrr jer, majuk la supergrannies sume tuuuuuu...

    ReplyDelete
  11. dah grannies tu punya kecut, tak ranom mcm Noreen Noor !!

    lagipun cuaca sejuk, kalau dia diving gak lagi kecut kot. hahahaha

    ReplyDelete
  12. Aku kan..macam nak menangis nengok gambar2 ko ni...


    *baling kamera nikon atas span*

    ReplyDelete
  13. hi..saya interested dengan cite awak kat Jeju..saya pun akan ke Jeju bulan 2 nie..bole tak saya nk itinerary awak kat jeju?.. kalu bole, bole tak email kat saya norulashikin.norzain@gmail.com..
    thanks..

    ReplyDelete
  14. Idola : jangan baling kamera tu. bak sini kat aku.

    mana la kau ni. hangat2 tahik ayam jer.. lepas entry travel pertama terus lesap


    Norul : hmm sebenarnya jeju ni tak de itinerary.. kena tgk berapa hari masa kat sana. selagi ada masa belasah je semua tempat yang sempat.

    dan pegi la mengikut map yang ada.. cover kiri dulu ke kanan dulu ke.. janji sempat..

    dan aku memang tak de iti khusus... dan jeju tu sebab banyak tempat yang kalau nak pegi melawat so kena tengok apa minat dan interest masing masing.

    selamat ke jeju !

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum, saudara pegi semua tpt yg ditunjukkan dalam entry ni dalam 1 hari ke? tabik spring!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes 1 hari penuh....

      Naik teksi kan. bukan jalan kaki. Cuma every tempat tu tak leh nak spent banyak masa... kena kejar masa.... tapi memang pack. tu pun banyak tempat yang tertinggal.

      Delete