Pages

Thursday, December 6, 2012

Cendol Bakar

Pernah dengar nama Bakar?

Bukan. Bukan. Bukan Abu Bakar Omar. Tidak Abu Bakar Juah. Jauh sekali Abu Bakar Elah, tapi Bakar yang glamer selepas nama makanan?

Burger Bakar?

Satay Bakar?

Pernah?

Pernah dengar Cendol Bakar?

Haaaaaaaa. Ni la yang aku nak cerita ni. Duduk. Duduk. Duduk.

Aku terjumpa Cendol Bakar ni secara tak sengaja. Masa balik dari Korea hari tu nak pegi makan seafood sebab kemaruk sangat, then kami ke Jeram di Kuala Selangor nuh.

On the way tu memula tengok orang ramai gila kat jalan. Kereta penuh parking kiri kanan. Pelik la jugak. So kami pun buat buat sebok dan check. Ingat accident ke apa, tapi sebenarnya bukan.

Nampak kain rentang kat situ.

Ini kain rentangnya

Pastu aku cakap dengan OR.

"Yang. Cendol. Nak try?"
"Nak. Nak. Nak"

Dia memang dah lama pun cakap dengan aku nak makan Cendol. Tapi tak terpegi pegi.

Jadi kami pun singgah.

Tu la. Plan nak gi ke lain pastu end up makan cendol.

Apa yang menarik dengan Cendol Bakar ni uols??

Mesti ada soalan soalan cepu gangsa dari peminat macam tu kan?

Sebenarnya aku pun tak tau.

Hahahahaha.

Macam semua orang nak letak nama Bakar kat makanan dia orang. Kasik hip skit.


Daripada apa yang aku baca. Keunikan Cendol Bakar ni di buat daripada gula melaka yang di bakar.

Dan untuk kasik hip terlebih, nama tuan empunya kedai cendol ni adalah.. Bakar !!

Oi. Oi. Oi. Kenapa lari tu??

Kejap. Tak abis cerita lagi ni.

Tapi pelik jugak la kan, kenapa Cendol Bakar ni menjadi tumpuan?


Ha.. nampak tepi tu?

Ada drive thru !

Kau mampu jual cendol ada drive thru?????

Bukan nak ambik gambar adik ni, tapi nampak kereta tepi tu tengah beratur nak beli cendol ni drive thru

Tapi boleh jugak parking dan makan di sini.


Cerita banyak tak guna lah.

Apa lagi. Oder lah dan rasakan sendiri.

Ni jenis jenis cendol yang ada dan menu menu nya.


Macam macam jenis. VIP lah. VVIP lah. Macam macam ada. 

Ni kami order.


Cendol VIP untuk aku. Dan Pulut Durian untuk OR. Kami siap belasah makan nasik lemak bungkus lagi.

Verdict?

Aku rasa cendol biasa je.

* lari...............

Tapi OR kata yang durian tu sedap. Sebab aku tak berapa minat sangat perisa durian durian ni, so aku tak boleh justify benda alah tu. 

Orang memang ramai la. Ada Cina. Orang Melayu pun ramai. Ada jugak gerai gerai lain jual macam macam makanan kat situ. Dan yang lebih buat orang ramai, refill adalah percuma !

Ya. Lepas makan, kalau dah abis nak tambah, bawak je mangkuk tu pegi ke tandas. Eh. Pegi ke kaunter tu dan mintak refill.

Kalau pegi 10 orang, order 1 je pastu refill 9 kali aci?

Apa apa pun, boleh try sendiri kalau ke Kuala Selangor atau jalan jalan area sana. Kalau setakat nak pegi semata mana nak makan Cendol ni, tak perlu lah. Tak de memberi impact mata berpinar dan inzal berganda sangat pun.


Cemana nak nampak kedai ni?

Hmm kalau ikut LATAR keluar jalan biasa ke Kuala Selangor tu lepas sikit pada Simpang Kampung Kelip Kelip then nampak la kedai ni. Mungkin sekarang ni orang ramai kot so boleh la perasan. Kalau tak, pandai pandai je la cari. Betul betul tepi jalan tu je.

Tak pun, cari sign ni.


Lama aku renung sign ni nak paham apa ala ala tu. Pastu OR tanya aku.

"Yang. Ala ala tu apa? Lala ke?"
"Ala ala ek? Kalau orang, ala ala tu macam nyah kan? Hmmmm dia macam kerang, tapi macam siput jugak, kira dia ala ala kerang dengan siput la"

* bunyi kapal terbang lalu nak lepaskan bomb

13 comments:

  1. Umanghai. Tinggal xde delivery je lagik. Ado?

    ReplyDelete
  2. omg! ko la kaum pelanggan yg telah menyebabkan jem ahad aritu ek??? aku dok heran apehal la jalan tu jem gile, sampai2 tgk orang bratur cendol nak masuk drive-thru tu! aku rasa mcm nak baling je bunga telor kat abang rela yg jaga trapik tu...hahaha!

    (ye, aku pi kenduri kat hutan melintang ahad tu, tah2 ko pun pegi kenduri tu hahaha!)

    ReplyDelete
  3. hahah drive thru tak tahan tu.. terliur lak tgk cendol tuh malam2. but the last part bout ala- ala.. kahkahkah..lala yg pondan? haha

    ReplyDelete
  4. hehe...dulu aku igt lg bila aku nampak cendol bakar tepi jalan,aku igt nak singgah tp OR aku (aku pon ada OR..)kata bakar tu nama org yg jual tu..terus x jadi singgah...rupanya mg ada ekk cendol bakar kena cuba try test ni..

    ReplyDelete
  5. ohmaiiii...cendul bakar la pulak, paling tak leh blah siap ada drive thru..memang aku tak mampooooo hahahah

    Kalau ko kata biasa je, baik aku p makan cendul wahab kt Sri Rampai je, dekat sket ngn umah aku..sodappp

    ReplyDelete
  6. Beb : tu la. kang ada la nanti. nationwide delivery.

    Biq : Itu bukan aku................. hutan melintang tu kat mana?

    NMH : ala ala je

    HBB : cendol mamak jugak sedap weh

    Na : tu la, tak payah pegi jauh jauh, tapi kdg kdg aku kan suka menyebok... nasib x sedap mana

    ReplyDelete
  7. meng, hutan melintang tu atas lagi dari sabak bernam, dekat skit dgn teluk intan. haaaaaaa...makan kenduri siap ada buah rambutan dan durian. bunga telor aku pau 5 bijik! siap tapau lauk kenduri kihkih!

    ReplyDelete
  8. part paling best, ada drive thru..hebak2!

    ReplyDelete
  9. biq : kalau musang king ke musang tak king?


    Nuriz : doh gi lah tra nung....

    * mati la cakap german

    ReplyDelete
  10. refill tu cuma utk air suam + air kordial shj..marketing gimmick kaw2....jgn pegi selepas hujan, nanti habis kasut kena tanah merah..x berbaloi..

    ReplyDelete
  11. cendol bakar durian tu mmg sedap...

    nohas,
    boleh refill....aku g aritu refill sekali...air kosong n air sirap free...

    ReplyDelete
  12. ya la nohas. hari tu aku tanya memang dia kata dia refill betul...

    kasut kena tanah merah tu logik sebab kawasan tanah merah di situ.

    harap reti.

    ReplyDelete
  13. Nohas ni peniaga cendol bakar gak ke? hehe :S

    ReplyDelete