Pages

Thursday, December 27, 2012

Semilir Angin Makassar - Part 11 : Masjid Raya Makassar

Akhirnya sekali lagi aku sampai di Masjid Raya Makassar.

Kali ni confirm tak berbelah bahagi. Aku memang nak masuk.


Masjid ni cantik tapi low maintenance. Tangga tangga semua dah pecah. Pagar pagar berkarat. Binaan lawa tapi tak terjaga.

Masjid ini mengambil kira binaan eropah dan timur tengah nampak macam Taj Mahal pun ada. No?

Cedok Info Wiki.

Masjid Raya Makassar merupakan sebuah masjid yang terletak di Makassar, Indonesia. Masjid ini dibangun pada tahun 1948 dan selesai pada tahun 1949. Masjid ini mengalami renovasi dari tahun 1999 hingga tahun 2005. Pertama kali dirancang oleh arsitek Muhammad Soebardjo setelah memenangi sayembara yang digelar panitia pembangunan masjid raya. Masjid ini dapat menampung hingga 10.000 jamaah.

Mesjid dua lantai di Jl. Bulusaraung ini menggunakan bahan bangunan sekitar 80 persen dari bahan baku lokal, memiliki dua menara setinggi 66,66 meter, daya tampung 10.000 jamaah dan fasilitas berupa perpustakaan, kantor Majelis Ulama Indonesia (MUI) Sulawesi Selatan.

Ini ruang solat utama

Struktur dan binaan dalaman


Aku masih musykil macamana masjid yang besar ini boleh duduk berdekatan dengan masjid Al Markaz aku pegi semalam tu.

Jarak nya tak jauh tapi dua dua besar. 

Mungkin jugak sebab rakyat Makassar ramai kot tak boleh menampung satu masjid utama je. Hmmm ntah. Tapi bagi aku ke dua dua nya memiliki ciri ciri tersendiri dan binaan yang cantik. Cuma tu lah. Tak di jaga dengan baik.

Luaran Masjid Raya Makassar

Personally aku rasa Masjid Al Markaz lagi besar kot. Masjid Raya ni lebih berseni dari segi architecture nya.

Layan gambar terakhir sebelum aku keluar meninggalkan masjid ini.


Then aku fikir nak balik hotel je lah. Hari pun panas dah tengahari ni.

Aku kena ke airport lepas check out pukul 1 nanti sebab flight balik nanti jam 4 petang. Masih ada masa tapi tak tau nak ke mana dah.

Semua public transport aku dah naik di sini. Beca. Becak bermotor. Teksi. Jalan kaki. jadi aku nak naik angkutan pulak. 


Datang keinsafan bila tengok kedai pengiriman jenazah lewat udara tu. Kot apa apa jadi kat aku ke, sapa nak kirim aku balik?

* gigil lutut ketakutan.

Dah. Malas fikir. Kalau mati, orang yang hidup la tolong fikirkan.

So lepas tu aku tahan angkutan dan naik. Pegi mana pun aku tak tau. Sedap sedap hati je main naik. Hahahaha.

Sekali naik angkutan tu di kenakan bayaran Rp3000/RM 1.

Tapi masa aku naik tu, dia ikut jalan sehala. Aku rasa macam pegi mana mana. Cepat cepat aku suruh dia stop dan aku turun.

Then aku naik sekali lagi. Hahahahha. Aci tak? Naik kenderaan awam tanpa tujuan ?

Bayar lagi Rp3000. Suka suka hati ni. Sampai la dia berhenti dekat Karebosi Link ni. Dari sini aku dah nampak hotel Aston dari jauh so aku tak risau sangat la.

Karebosi ni macam stadium dan tempat acara acara di Makassar ni berlangsung. Depan tu macam ada mall. Lebih kurang macam Low Yat kot sebab nampak banyak jual gadget dan benda benda ICT.

Aku tak masuk pun.

Layan lagi kawasan sekitar


Dah tak tau nak pegi mana aku ingat nak balik Aston je lah. Rest je sebelum check out.

Kebetulan ada mamat ni bawak becak. Kesian dia, dia dok follow je aku berjalan. 

"Mas.. Mau ke mana Mas?"

Asyik tu la dia ulang.

Aku geleng kepala berapa kali dah. Silap silap dah boleh terteleng leher aku tepi jalan tu. Dia jugak kang kena antar aku ke spital. Tapi dia ikut jugak kayuh slow slow. Sudahnya aku cakap. 

"Bawa saya ke Aston?"
"Hotel baru tu Pak"
"Ya"
"Bapak menginap di sana?"
"Hmm"

Mesti dia tak caya aku stay situ. Eh ingat aku ni compang camping tak mampu ke?

Hello ! Aku ni time travel je huru hara. Tak berapa menjaga kecantikan. Kalau duduk KL pakai blazer dan coat 24 jam tau??? Silap silap pakai winter coat berbulu Gibbon. Tu baru pegi Giant tu. Kalau pegi Pavillion tok sah cakap la style busana. Memang mewah lah sebab nak menunjukkan kekayaan berganda !!!

* mati la kena gilis dengan lori sampah

Pastu dia kayuh la bawak aku. Padahal bukan jauh pun. Boleh je kalau aku jalan kaki. 

Then aku fikir macam sempat lagi nak ke Somba Opu nak pegi cari barang.

Barang apa pun tak tau. Tak de plan tapi cuma nak tengok sebab biasa aku lalu kawasan tu malam je. Siang ni nak pegi usha. Mana la tau ada barang yang boleh di beli.

Elok je dia lalu depan Aston aku cakap kat dia.

"Hantar kan saya ke Somba Opu bisa?"
"Langsung Pak?"
"Ya"

Dang !

Mesti dia kata aku kencing dia. Memang sah dia tak caya dah aku duduk Aston. Hahaha. Mesti dia cerca dalam hati.

Tapi penting ke kalau dia nak percaya?? Kena ke dia percaya?

Yang penting aku cuba nak abiskan masa yang ada ni. 

Mari kita ke Somba Opu.

Sampai situ aku suruh dia berhenti sebab aku cakap aku nak jalan kaki.

"Berapa?"

Aku tanya dia. Aku nak dengar je dia cakap berapa. 

"10 ribu"

Dia sebut. Tapi bunyi takut takut. Memang aku rasa kalau sebetulnya Rp3000 je dia boleh charge aku. Tapi aku malas la nak bising bising. RM3 je pun. 

Hello sekali lagi !

Kan kita orang kaya pakai coat 24 jam? Mesti la tak kisah dengan wang ringgit ni

* mati la kena gilis dengan steamroll pulak kali ni.

Adeh !

Tak de lah. Sebab panas kot. So aku pun macam kesian kat dia. Tak pe lah. Sedekah je. Tapi dia tengok aku atas bawah. Apsal orang suka aku tengok atas bawah ek? Aku pun tak tau. Aku bukan pakai baju Melayu dengan kasut sport pun.

Ah. Mesti dia kata, aku dah kena tipu.  

Ke dia memang ingat aku kaya?

Eh. Hello, kali ke berapa puluh kali dah ni??

Aku tak kaya lah. Aku travel naik flight tambang murah !!

* nanges tepi landasan kapal terbang meratapi kenyataan hidup

OK. Sampai di Jalan Somba Opu yang di gembar gemburkan tempat happening nak shopping barang barang cenderamata dan souvenir hasil Makassar aku macam berdiri tegak pastu tak tau nak pegi mana?

Toleh kanan. Toleh kiri.

Angguk angguk. Geleng geleng. Sudahnya terkehel kepala.

Sebabnya?

Macam banyak kedai jual emas !

Hey. Takkan la aku nak beli emas kat sini??? Hello !!!! Aci ke nak Hello lagi ni????

Last. Last.

Hello ! Kita memang kaya, tapi perlu ke kita datang Makassar nak beli emas? Emas kat rumah sana tu berlambak lambak. Setiap 6 bulan sekali bayar pembentungan dengan Indah Water. Banyak la tu emas, jadi tak perlu lagi nak beli emas di sini.

* tengok kiri kanan tunggu kena pelempang

Tapi aku jalan sikit ke tengah baru la jumpa kedai kedai yang aku rasa macam hidup segan mati tak mahu. Customer pun macam tak ada. Jual pun macam ntah hapa hapa. Ada la souvenir tapi macam tak menarik.

Yang penting, banyak kedai jual piala.

Motip aku nak beli piala kat Makassar ni? Aku ni dah menang pertandingan apa?????

Ke aku pegi tempat yang salah?


Tapi aku masuk jugak la kedai kedai tu, memang tak de apa yang menarik. Lagipun, tiada sapa sapa kirim apa apa jadi aku pun jalan jalan je lah.

Serious aku tak jumpa yang menarik. Plus aku memang tak tau nak shopping apa. Ingat nak terus balik hotel, tapi fikir, buat kali terakhir biar je la aku jenguk Losari buat kali terakhir.

Jalan ke arah pantai.

Ada kanak kanak sedang riang bermandi manda

Dan ada kapal yang dari Poatere tadi. Kali ni betul betul sedang belayar. 

Belayar ke mana aku tak pasti. Bawak pisang emas kot. Terus rasa nak berpantun.

Pisang emas di bawa belayar
Masak sebijik di atas peti. Ewah !
Hutang emas boleh ku bayar. 
Nasib tak beli emas kat Somba Opu tadi. 

Cak pong. Cak pong.

Pastu usha kawasan sekitar Losari. Malas nak pegi kat tengah sana dah. Cuaca panas.

Hari semakin terik. Panas. Ada orang sedang mandi manda. Ada yang memancing. Ada yang bersenda gurau. Berpacaran. Macam macam. Semuanya di gigi pantai Losari yang tak berapa nak berpantai mana tu.

Perhati sekeliling. Puas. Then OK. Let's balik hotel. Masa dah nak tamat.

Bye bye Losari

Sebelum sampai hotel jumpa pasaraya, aku masuk la usha apa yang patut. Ingat nak beli kopi Toraja. Orang kata kopi tu sedap.

Tapi aku tengok tak de yang 3 in 1. Aku bukan minum kopi kopi timbang ni. OR pun sama. Kang tersadung je kat rumah buat bahan muzium.

Jadi tak beli. Aku cuma beli air jambu dan air durian belanda.

Dahaga kasih sayang !

Pastu sampai hotel, naik tingkat 15 saja nak usha buat kali terakhir.

Kan aku cakap bila siang je kawasan pool tu ramai gila orang !

Meh aku bagi tips bagi sesiapa ke Makassar dan nak ambik gambar dari hotel Aston ni walaupun tak stay sini.

Sebab lif dia kena ada access kad baru boleh naik, tapi ada floor floor yang tak perlu pakai kad tu.

Tingkat 1 - Ballroom dan restaurant dan Tingkat 19 - Ada lounge dan dari tingkat 19 naik tangga sampai roof top. Tu je 2 floor yang tak perlu pakai kad key. Jadi, jangan malu dan segan. Buat muka kaya sikit, masuk lobby dan terus je ke tingkat 19 tu.

Tapi percaya la view dari rooftop hotel ni sangat lawa rupa parasnya.

Balik ke bilik, rehat kejap.

Mohon tidak di ganggu. 

Ada lebih kurang sejam lagi sebelum pukul 1 tengahari nak check out. Aku mintak check out lambat sebab flight aku pukul 4 petang.

Sebab tilam dia best, aku terlelap !

Penghilang dahaga dan hasil selepas ketiduran tanpa batasan

Sedar sedar.

1.30 !!!!!!!!

Tidakk.........................................

Tu pun ada cleaner ketuk pintu. Pastu telefon berbunyi. Aku angkat.

"Maaf Mas. Udah jam 1.30. Jam berapa Mas mahu check out?"
"Oh. Sorry. I am checking out now !!!'

Letak phone pastu aku macam orang sewel berlari ke hulu ke hilir. Masuk bilik air, keluar, check check bawah selimut dan katil.

Mana seluar dalam aku pakai semalam? Mana itu ? Mana ini?? 

Belum packing !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Oh tidak!!!!

Terus tengiang ngiang suara pakcik kat hailer di pelabuhan tadi.

"Anak anak ku. Sila beri ruang.  !!!!!"

"Anak anak ku. Sila beri ruang.  !!!!!"

"Anak anak ku. Sila beri ruang.  !!!!!"

* echo

Dan aku ke hulu ke hilir dalam bilik macam hilang pedoman.

bersambung

6 comments:

  1. Lawak.jgk..tergelak sensorang nih..huhu

    ReplyDelete
  2. Cantik dlm mesjid tu.. motif ko nk ripit losari berkali2?? hahaha

    ReplyDelete
  3. ahakss....ko siap berpantun ye Meng? rege peti mayat tu ko x tanya ke brapa rege? boleh la wat souvenier..!

    *becakkk...pantai Losari pak...

    ReplyDelete
  4. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA BERTALI ARUS AKU GELAK PASAL ENTRY NI. PAS SATU, SATUUUUU KO CITE...HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

    jenuh aku buat prop, montage, set teater nk bayangkan keadaan ko yg ber-coat 24 jam berbulu gibbon pi giant, patu naik becak, tgk emas, tetiba pantun plak, teringat plak mesejid patu mati naik kapai terbang, masyaAllah...banyak sungguh scene nyer!

    so sempat ke tak ni? sempat ke??? *gigit kuku*

    ReplyDelete
  5. Kekekekekee...

    Abg Meng kerlassss sngt pi giant pakai coat bagaiiiii... Iolss nak tiru.. balik karang iolss buat muaahahahaah

    *tipu sajork*

    Tak sedap ke kopi timbang... Kopi timbang beli kat Vietnam haritu pon tak sedap. Tapi kat sana hari2 minum 3x sehariiii! benci... ada pelaris agaknyaa... sobs.

    ReplyDelete
  6. CHekgu : katup mulut tu kalau gelak, nanti masuk lalat

    CNa : kena ripit sampai betul2 puas. dah tak ralat dah

    HB : tutup la itu kedai...x sempat nak tanya. lagipun cuti raya korban

    Biq : mesti la sempat.. hello !! kita kan org kaya.. ada jet pribadi balik mesia.

    * mati la kena lempang

    FJ : kalau nak tiru, jangan lupa pakai sauh kat leher.. heret kasik bunyi satu giant.

    ya la kopi timbang biasa x sedap.

    ReplyDelete