Pages

Wednesday, December 26, 2012

Semilir Angin Makassar - Part 10 : Pelabuhan Paotere

Hari ke tiga di Makassar aku bangkit awal.

Bukan pukul 8. Bukan pukul 7. Bukan pukul 6 tapi pukul 5.30 pagi !

Kau mampo??

Bukan sebab tilam tak best. Tilam memang best, tapi aku ada misi yang lebih penting. Aku nak tengok sunrise di Makassar !

Ha. Since aku duduk di bangunan tinggi, aku rasa mesti boleh tengok dari roof top. Lagipun kalau sunset lawa may be sunrise pun not bad.

Aku siap tengok waktu matahari naik. Google ni. 5.29 pagi ! Kunci jam. 

Deng Deng Deng...

Tepat pada waktu aku terjaga. Tengok kat luar dah cerah. Tapi sinar matahari belum muncul lagi.

Terus naik ke roof top !


Itu je yang ada.

Sinar matahari yang malu malu cuba muncul di sebalik pergunungan. Tak berapa menarik sangat.

Setiap saat dan momen aku menanti. Penat hisap rokok. Sudahnya........

Ini saja yang ada

Maybe sunset memang lawa tapi sunrise biasa biasa je. Atau mungkin aku tak berapa bernasib baik.

Apa apapun layan gegambar je lah.

Sunrise di Makassar

Memang tak berapa menarik.

Tapi kesibukan kota Makassar dapat aku perhatikan pagi tu. Kenderaan mula bergerak ke sana ke mari walaupun di awal pagi.

Sebab kecewa dengan sunrise tak berapa nak ada then aku turun je la balik bilik.

Trans Studio dari kejauhan

Monumen Mandala Pembebasan irian Barat di Makassar. Didirikan sebagai tanda perjuangan tentera Indonesia dalam pembebasan Irian Barat dari kuasa Belanda

Roof top Aston Hotel. Bakal jadi restoran

Pastu terlelap sekali lagi. Bangkit bangkit lebih kurang pukul 8 pagi dah.

Aku tak de fikir nak ke mana mana pun. Nak pegi Air Terjun Bantimurung tapi macam jauh dah agak payah nak naik public transport unless ada sewa kenderaan sendiri.

So aku pun siap siap je, mandi dan pegi breakfast.


Breakfast di tingkat 1.

Makanan dia OK la tapi orang punya lah ramai. Ramai yang family jadi anak anak adalah berlari lari tanpa tujuan.

Nasib tak tercurah makanan atas kepala.

Aku just cari port hujung hujung dan menikmati makan pagi. Tak de la menarik mana tapi cukup la membekal tenaga hari ni.


Bahana minum air betik, pastu aku rasa perut macam nak terburai lagi.

Naik bilik dan berak dengan aman.

Sebab berak di hotel 5 bintang, taik abang pun cantik cantik lagi menawan. Ya aw awwwwww.

Pastu aku bungkam !

Apa nak buat???

Google skit lagi then datang idea, aku rasa pagi ni aku nak pegi ke Paotere Port.

Tapi cemana nak pegi? Ah. Susah payah nak fikir. Aku turun ke reception tanya. Dia kata naik teksi je sebab agak jauh. So aku fikir OK lah. Sempat aku mintak extend check out pukul 1 sebab takut tak sempat balik. Hotel OK jer. 

Aku keluar dari hotel, mintak teksi dan suruh drebar hantar ke Pelabuhan Paotere.


Pelabuhan Paotere terletak di Ujung Tanah. Kawasan di utara Makassar.

Naik teksi dalam Rp20,000/RM6. Tak jauh pun. Adalah dalam 15 minit.

Sampai lah depan pintu masuk pelabuhan.

Nak masuk di kenakan charge sebanyak Rp5000/RM1.50. Charge apa pun tak tau tapi bayar je lah. Motip nak kedekut RM1.50?

Aku tak de nak expect apa kat sini, tapi dari segi aku baca, katanya di sini adalah pelabuhan yang masih mengekalkan kapal tradisional Makasar yang masih menggunakan layar ketika belayar di lautan. 

So agak menarik la. Mana nak jumpa lagi kapal kapal macam ni.

Sampai je terus nampak banyak kapal berlabuh then apa lagi. Point and shoot !

Kapal kapal kayu

Abang abang sedang bekerja. Dalam guni tu adalah bawang

Kapal yang berlabuh

Postcard View

Celah batang pokok


Banyak jugak kapal kapal yang tersadai dan sedang di baik pulih

Sebab masa aku sampai tu tak de la pagi dah. Dah dekat pukul 10 lebih, jadi aktiviti pagi di pelabuhan agak kurang.

Tapi masih nampak la lelaki lelaki perkasaraya di sini gigih menjalankan tugas masing masing.

Layanz.

Dia orang tengok aku, aku tengok dia orang. Hiks.


Dan ini di suasana di persekitaran pelabuhan.


Menarik tak menarik? 

Menarik jugak la kot sebab view macam ni bukan boleh dapat di mana mana dan cuma di Makassar ini saja bot bot seperti ini masih di guna pakai.

Bot bot ini belayar dari pulau ke pulau dan kawasan sekitar kepulauan Sulawesi ini umumnya untuk mengangkut barang dan orang.

Tengah aku dok feeling feeling ambik gambar tu dengar la riuh rendah dekat kawasan tu.

"Anak anak ku. Sila beri ruang..... Anak anak ku.."

Macam tu la dok ulang ulang. Aku fikir apa benda la anak anak ku ni. Jual baju Anakku kah?

So sebagai kaki sebok kadang kadang sifat ingat tau tu ada. So aku pegi usha. Dekat dengan surau yang ada kat situ rupanya orang tengah melakukan korban.

Mari paparazzi !

"Anak anak ku.. Sila beri ruang. Anak anak ku......"

Ulang 40 kali.



Ini la anak anak ku nya... Muka pakcik sebelah tu klasik kan?

"Anak anak ku, sila beri ruang.. Anak anak ku"

OK. Echo... Aku blah la. Tak mau stay lama lama di situ.

Snappy lagi buat kali terakhir di kawasan pelabuhan sebelum aku decide nak blah je. Ada satu lagi tempat menarik aku nampak di luar tadi. So aku ingat nak pegi check.

Tapi layan dulu hasil hasil terakhir.




Keluar dari Pelabuhan Paotere ni tadi, ada satu lagi kawasan macam ramai orang gila. Ada jual jualan di tepi jalan. Masa sampai tadi aku perasan sebab teksi tu macam susah nak masuk area ni.

Sebagai kaki sebok sekali lagi. Aku nak pegi usha. 

Apa benda yang berlaku di sini. 

Ayuh.

Ada jual jualan di sepanjang jalan

Tapi bila sampai di satu jambatan tu macam ada sungai dan di bawah sungai tu aku nampak macam banyak bot bot kecik ni. Macam cramp gila kat anak sungai yang kecik tu.

Tengok cemana bot bot ni semua lalu celah bedah di antara satu sama lain

Orang ramai di kawasan ni. Aku pun tak pasti kenapa.

Nak kata macam kawasan pelabuhan mungkin jugak kot. Tapi bot memang banyak. Dan bot bot tu semua macam bawak macam macam barang termasuk la tong gas.

Tepi tu ada satu lorong kecik. Aku tengok orang keluar masuk.

Sekali lagi, kaki sibuk nak pegi menyibuk. Nak ikut tak???

Jom !

Ini lorongnya. Kecik je

Tapi macam ramai orang keluar masuk dari sini. Ada beca masuk. Motosikal keluar. Pendek kata macam sibuk gila laluan ni.

Dia orang ni ke mana?

Kenapa mesti lalu tempat sempit ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Apa ada di hujung sana?

Macam tu la aku fikir.

So aku ikut je laluan tu. Memang sempit. Siap ada kedai kedai tepi tepi tu. Satu lorong je pun. Ada orang jual ais, ada jual top up phone, ada jual air dan minuman.

Macam setinggan pun ada. Aku jalan je sampai hujung.

Rupa rupanya mereka semua ni naik bot bot kecik ni. Sebab tak de jetty khusus jadi main naik ikut celah mana mana je.

Mana dia orang pegi aku tak tanya. Tak tau nak tanya sapa sebab semua orang macam tengok aku atas bawah. Aku pun pelik. Zip seluar aku terbukak ke? Apa ke? Ke orang Makassar ni memang suka tengok orang atas bawah?

Lagi lagi kalau artis antarabangsa macam abang ni. Sesekali turun padang.

* pegang dada, tahan peluru yang menembus ke jantung.

Sampai hujung tu macam ada rumah orang then laut lepas. Aku patah balik. Itu saja. Tak de apa apa pun. 

Tetiba jem !

Tau kenapa jem?

Ada beca nak masuk. Ada motosikal pun sama. Ada orang ke hulu ke hilir bawak barang. Dan.. ada orang beli perabot ! Motip..... Semua nak lalu sini?

Serious aku rasa macam tak boleh bernafas.

Tapi dia orang ni semua macam relaks je. Mungkin sebab routine dan biasa dengan keadaan macam ni jadi masing masing take it easy.

Tunggu turn then baru bergerak. Ralit jugak aku tengok suasana kat sini. Tapi kalau aku nak duduk lama lama boleh stress serta merta.

Then aku keluar ke arah jambatan tadi, tak tau nak ke mana dah. 

Ingat nak balik ke hotel je lah. Tengok jam macam masih awal lagi. Then aku terfikir, aku rasa macam nak pegi ke Masjid Raya Makassar yang aku dah sampai semalam tapi tak masuk !

Aku tahan becak bermotor dan pakcik tu hantar aku ke sana.

Different route. Tambang Rp15,000/RM5.

Atas becak

Dan lebih kurang 20 minit naik becak ni akhirnya aku sampai.

Tapi sebab jalan tu one way, pakcik ni cuma berhentikan di simpang jalan then aku kena jalan kaki sikit. Sempat la lalu dekat kawasan jualan kambing korban yang aku dah lalu semalam.

Masih banyak kambing kambing di bahu jalan.


Pastu ada mamat jual kambing ni siap panggil panggil aku. Agaknya dia nampak aku pegang kamera. Dia suruh ambik gambar kambing ni.

Dia kata ini kambing paling besar ! Tapi kambing ni shy shy goat pulak. Mamat ni yang over poyosing

Akhirnya, sekali lagi aku sampai di Masjid Raya Makassar. Kali ni aku pasti, aku akan masuk !

bersambung

7 comments:

  1. giler...motor perabot semua lalu situ nasib baik bulldozer x lalu...

    ReplyDelete
  2. cantik gak bot2 tu ek, mmg kalo pak ein tgk, gigil kottt...hahaha!

    aku suka sifat menyibuk ko tu sbb dgn cara tu la ko dpt cite2 menarik utk kitorang (wah paparazzi sgt) sbb kadang2 aku pun cenggitu, nak amik tau. mcm kat jepun, apahal la ramai2 ni, siap panjat tembok bagai ha, skali tgk, la sembelih babi kooo, amik.

    eh besar jugak kambing tu, dah sama paras ngan dia nyer pinggang.

    ReplyDelete
  3. babi?? hahah mesti kau menyesal.

    kambing tu memang besar. tapi pemaloooooo

    HB : memang berlaga bontot ler lalu kat jalan sempit ni..

    ReplyDelete
  4. AsSalam.

    SuperMeng.. nak tanya.. cek tengok kat menu bar belah kiri, Makassar ada 11 entries.. tp cek dapat baca sampai 10 jaa.. puaih cari yg no. 11 - x jumpa punn.. bole kaa tulong cek, camana nak cari no. 11 tuu..

    Tima kasih noh :)

    ReplyDelete
  5. yang tu highlight..

    http://supermengmalaya.blogspot.com/2012/11/highlight-ujung-pandang.html

    ReplyDelete
  6. lawa la geganba kt pelabuhan tu. ko pakai camera ape?

    ReplyDelete
  7. Camera yang di bawa ke mana mana..

    hahahhaa

    Canon jer

    ReplyDelete