Pages

Sunday, November 11, 2012

Siapa Kata Aku Tak Reti Masak?

Hah !

Sapa kata aku tak reti masak?

* angkat tangan nak back hand orang

Aku reti ok !

So. Hari ni bersempena dengan cuti dan kemalasan di rumah tak gi mana mana, maka aku pun bersilat la di dapur untuk memasak.

Sebelum masak, kena sign memorandum persefahaman dulu sebarang keracunan adalah di luar tanggung jawab Papa sebagai pemasak. Tapi aku hari ni Papa sorang je kat rumah, maka Papa makan dulu lah, so Papa mati dulu kalau apa apa pun.

Menu hari ni istimewa sebab buat julung julung kali nya, aku telah memasak benda yang agak simple tapi sebenarnya bila tengok, selera akan membuak buak sampai ke dinding.

Menu pertama yang telah di cuba adalah Carbonara Chicken Spaghetti.

Hah kau !!

Tak ingat punya menu ni.

Cara cara nak buat nya.

Mula mula, kena ada benda ni.


Korang ada??

Umah aku ada ni je. Aku pun tak tau benda apa.

So kita tenung dia dalam 5 minit, fikir. Perlu ke letak benda ni atau tak. Keracunan kah? Apa benda sebenarnya ni. Tup tup................


Hah ...

Siap. Carbonara Spaghetti aku. Sedap ni. Tengok pun nampak sedap kan?

* pengsan bangun pengsan bangun pengsan

OK lah. Menu ke dua.

Sama jugak. Mudah saja. Boleh di tiru.

Menunya adalah Udang Tempura.

* menangis la korang dengan menu aku ni. 

Bahan bahannya pun mudah saja.

Mula mula berdiri lah depan peti sejuk masing masing.

Assume, udang memang dah ada dalam peti. So bukak peti sejuk, dan buat buat cari. Kalau ada bagus. Kalau tak de, duduk la terpaku depan peti sejuk tu dan fikir, perlu ke kedai sekarang atau kuburkan saja niat suci nak buat Tempura Udang ni.

Penat berfikir, sedar sedar......................


Yeah you all !

Siap udang tempura kita. Apa lagi, nom nom nom la lepas tu.

Tapi tunggu dulu...

Sebab aku rajin, so aku nak cuba satu lagi menu. Menu nya adalah Chicken Wings. Mudah jugak. 

Sebelum tu, kepada Awie Wings sila beri laluan, abang nak memasak ni !

Sediakan kuali dan sudip. 


Abaikan kuali yang bercalar tu. 

Kalau ada rasa hiba tengok kuali sendiri, boleh berpindah kepada oven. Kalau rasa malas nak pasang plug, tak pe. Tarik nafas. Tutup mata...

Bukak mata............


Wah !

Macam tak percaya kan? Senang je. 

Lepas tu boleh ngap.

Mudah. Memang mudah. Lebih mudah dari apa yang kita bayangkan. 

Nak mudah lagi kalau kita betul betul malas?

Order saja semua ni di Pizza Hut macam yang aku buat. Nak nombor tak? 1 300 82 2020.   

Senang bah !


Dah. Tak payah nak pening pening kepala. 

Yang penting kenyang. Tapi aku tak leh makan banyak banyak sebab malam ni ada acara makan makan lagi. So kena simpan kan perut.

Selamat berimaginasi dalam masakan................ !

Jadi berbalik pada persoalan, siapa kata aku tak reti masak??

Ah sudah ! Purak purak bingung, hati di dalam bagai di garu.....

* tolak Pondan Lorong masuk gaung

5 comments:

  1. buduhhhhhhh hahahahaha aku baru nak mintak resipi camne ko buat chicken wing dgn tempura tu! CIS! CIS!

    ReplyDelete
  2. senang je tu.. so nak try tak resipi aku..

    chicken dance masak campak campak?

    ReplyDelete
  3. tentu mahal dapur ko gune...made in PHD la katakan....

    ReplyDelete
  4. mesti la mahal..

    nak tau je brand apa?

    Elba ...

    * muka riak.

    APA?? Bukan elba? Elbow??


    * nanges

    ReplyDelete
  5. hampeh je rasa..baru nk mntk resepi cabonara sphagetti tu...punyelah excited baca smpi habis..tup..tup..tup..beli kt pizza jek.

    ReplyDelete