Weekend macam biasa adalah hari merayau. Tak tau nak pegi mana dan tak de apa apa plan pun. Sepatutnya lepas makan tengahari la kami keluar berkeliaran tapi macam biasa aku ketiduran dalam sendu. Kesian OR dengan Hero tunggu nak makan tapi aku malas nak bangun. Hiks.
Macam biasa, tu la aktiviti aku di hari minggu.
"Awak makan dulu lah, nanti lepas asar kita keluar"
"Nak pegi mana?"
"Ntah. Siap siap je lah"
"Kita pegi Taman Rama Rama nak Yang?"
OR mencadangkan. Aku mengiyakan je.
Memang tak de idea. Tapi lepas tu aku terfikir macam nak pegi KLCC. Macam dah lama tak pegi KLCC.
"KLCC? Best nya. Yey"
OR cakap. Dia yey. Aku nay?
Hero mula riang sebab konon boleh mandi di Taman KLCC. Nak bawak baju la apa lah. Aku mengiyakan je. Nak sambung tidur pun dah tak jadi. Tapi terfikir jugak,
Ya ampun berapa puluh tahun aku tak pegi area tu. Boleh mandi lagi kah?
So bangkit lepas asar tu kami pun bergerak. Cuaca macam gelap nak hujan, drive ke arah KL. Singgah kat Petronas isi minyak dan top up Touch & Go. Macam biasa, Hero cukai dulu, dia sekarang kemaruk kumpul patung BoBoy Boy. Sibuk la dia nak beli BoBoy Boy Angin lah tanah lah taufan Sandy lah.
Dah beli baru la senyum sampai telinga, kalau tak dia pusing pusing tawaf tempat rak susun benda alah tu kat dalam kedai Mesra Petronas tu.
"Beli air Yang. Nasi bawak tapi air lupa bawak"
"Nasi?"
"Haah. Nasi tengahari tadi"
"Laaa awak tak makan lagi ke?"
"Semua tak makan. Nak makan sekali la ni kat Taman KLCC"
Aku tak tau pun tu plan nya. Tapi tak pe lah. Lapar jugak aku ni sebenarnya. Ingat nak cari makanan kat KLCC je nanti tapi since ada bekalan, kita berpicnic je petang petang hari di KLCC.
Kau mampu?
Bila sampai KL cuaca dah gelap nak hujan, gigih jugak kami pegi, park dekat area Masjid KLCC tu then menapak masuk ke taman.
Hari hampir nak hujan. Nampak ada satu bangsal kat situ, pukul 6 petang kami duduk makan kat situ !
* pitam
Bangunan Felda
Siap ada guard Taman KLCC lalu naik motosikal pastu tegur.
"Sedapnya makan................"
Hahahaha.
Dan dan tu hujan turun mencurah curah. Memang lebat gila lah. Pulak tu ada mat salleh jogging. Pandang semacam je mesti dia orang tak faham kenapa mesti ada orang berpicnic makan nasik pukul 6 petang dan hari hujan lebat begini.
Ada jugak yang singgah kat pondok kami duduk tu menumpang teduh.
"Nak tumpang makan sekali kah?"
Hujan mula membasahi bumi
Lama jugak hujan turun. Kaw kaw punya lebat. Nasib baik la ada tempat berteduh. Selama bomba je kami makan.
Tunggu hujan reda baru la kami bergerak ke Surau KLCC untuk solat maghrib. Nasib kereta tak jauh, simpan barang barang semua dan solat dulu.
Hujan mula reda
Masjid KLCC
Ruang solat utama
Lepas solat semua dok lepak kejap sebab aku tunggu OR abis solat. Ruang solat wanita di bahagian atas. Aku tak pernah sampai kat bahagian ni sebenarnya. Kampung tak?
Pernah datang sebelum sebelum ni tapi solat kat bahagian bawah tapi kat luar luar tu je.Tak pernah masuk !
Lepas tu bermula la acara menembak kiri dan kanan.
"Papa. Cepat la Papa cakap ada air pancut tu pukul 8"
"Haa. Cepat !"
Berlari lari la kami menuju ke KLCC. Tapi macam biasa, tetap la aku singgah snappy sana sini.
Saki baki senja
Kebanggaan negara
Sebelum pegi aku memang check, fountain show tu tepat jam 8 malam setiap malam.
Masa kami sampai tu muzik sekejap pastu terus abis !
Argh.... Stress. Tapi nasib baik la air tu tak berhenti. Cuma muzik je dah tak de. Jadi kami duduk kejap dan tengok.
"Papa. Mana lagu nya? Tak de lagu pun"
"Hero nyanyi la sendiri"
"Tak nak lah. Bosan la macam ni Papa"
"Tak nak lah. Bosan la macam ni Papa"
Dia buat muka bosan. Hahahha. Lagi pun kamera dia abis battery. Aku dah pesan kat OR suruh charge sebelum keluar, dia terlupa.
Jadi aku je la menembak sendiri.
Jadi aku je la menembak sendiri.
Cun jugak la sebenarnya.
Lepas tu kami bergerak dan melangkah masuk ke Suria KLCC.
Hero dah bising bising nak ajak pegi restaurant. Tadi masa kat park, dia tak makan pun, dia sibuk ambik gambar dengan kamera dia dan main boy boy boy dia tu. Now baru dia lapar.
Aku ingat nak pegi makan kat Restaurant Bumbu Desa tapi macam dah kenyang pulak. Masuk dalam la baru nak fikir nak makan kat mana.
Jemaah manusia tengok fountain
Boleh tahan la ramai orang
Ramai tak?
Lagi
Pastu masuk Suria KLCC. Lepak lepak jap tengok kedai kedai pastu naik kat Chili's. Ingat nak pegi makan kat situ lah. Tapi bila tanya dia kata kena tunggu at least 30-40 minit.
Mak ai. Lama nya. Malas nak tunggu lama lama macam tu.
Charlie Chaplin
Pastu Hero kata nak makan Mc D. Terpaksa ikut dia sebab dia dah kemaruk ajak tengok wayang pulak. Kalau tengok wayang pukul berapa lah nak balik nanti.
Jadi kami lepak di Foodcourt saja. OR order Mee Kari dan Satay dekat Penang Village. Aku order nugget dengan Samurai Burger dekat Mc D pastu Hero nak makan Carbonara jugak.
Order dan melantak lagi.
Last sekali aku makan nugget tu je. Hero makan Carbonara pastu dia makan Samurai Burger lagi. OR makan Mee Kari tu. Dia kata sedap ! Satay tu semua makan.
Sudahnya.. kenyang ! Mc D tak abis, tapau bawak balik.
Melilau kejap dalam Suria KLCC tu. Tak cari apa apa pun, then kami keluar. Layan lagi tengok fountain tu dan kali ni kami pusing ke arah park sebelah taman permainan kanak kanak.
Memang tu niat asal nya pun, tapi sebab hujan terbantut nak pegi lepak lepak kat taman permainan tu.
Layan je la gambar yang aku ambik ni. Excited dan gembira pulak. Lawa jugak KLCC ni sebenarnya malam malam. Selama ni tak pernah terfikir nak lepak lepak area ni.
Bangunan bangunan mengadap Twin Tower
Twin tower dan adik bongsu. Tower 3
Tower 3, Tower 1, Tower 2 dan Maxis Tower
Fountain show tetap ada
Pandangan dari hadapan
Meriah Carey
Asyik dan ralit dok ambik gambar.
Selipar aku putus.
"Selipar Papa putus"
"Tu la Papa ni...."
Hero bebel kat aku. Hahahaha.
Tapi tetap gigih ambik gambar sini sana. Putus yang antara ibu jari kaki tu so jalan terencut encut jugak lah.
Nanti nak pegi Marini 57 kat Tower 3 tu. Nak tunggu birthday sapa pun tak tau.
Jam dah menunjukkan pukul 9.31 malam.
Layan lagi keindahan waktu malam sekitar Kuala Lumpur. Ascott dan KL Tower
The Zon dan bangunan bangunan berdekatan
On the way nak balik ke kereta tu singgah la kat taman kanak kanak tu. Hero punya la excited.
Berlari ke sana ke sini tak tau mana satu nak main. Layan kan je. Biar dia main puas puas.
"Papa. Hero suka la taman mainan ni. Besar ............dan ceria.."
Aku tergelak dia sebut ceria tu.
"Ceria tu apa?"
Aku tanya dia.
"Comel"
Hahahaha. Nak tergelak lagi.
"Papa. Minggu depan kita datang sini lagi nak? Hero suka tempat ni. Kita boleh tidur hotel"
"Hmmm ya lah tu"
Tak henti henti dia pujuk aku tu. Tak puas main la tu.
Taman permainan selepas hujan
Sini kan ada kolam untuk budak budak tu. Jangan ingat malam malam tak de orang jaga. Siap ada beberapa orang kena tiup wisel sebab cubaan nak gi tempat air tu di waktu malam.
Tapi OK jugak la area ni.
KL Tower dan tower tower yang lain.
"Nanti kita pegi KL Tower pulak nak?"
"Nak !!!!"
"Pastu kita gi Aquaria?"
"Nak !!!!"
"Pastu kita gi Aquaria?"
"Nak !!!!"
Semua macam nak, tapi dia orang lupa Papa ni kan selalu MMJM.
Hiks. Tunggu je la nanti Papa rajin. Jadi dia orang tak payah tunggu aku plan, petik je kalau mood aku sampai aku hunggah je dia orang nanti.
KLCC di malam hari.
Outing yang tak plan, tapi semua orang puas hati. Aku pun puas hati. Jauh jauh aku pegi berjalan merentas dunia, sampai aku lupa, kat KL pun ada jugak spot happening dan menarik macam ni sebenarnya.
On the way balik, Hero pengsan sepanjang jalan.
aritu terpikir nape tower 3 tu x dibuat bentuk mcm klcc tu. kiranya mcm baby klcc. hahaha
ReplyDeleteMMJM tu ape?
Hahahha lawak pulak entry abg meng yg ni... hotel MO kat sebelah KLCC ittew.. hero dah ajek tido ape lagiii...
ReplyDeletennt annual dinner opis weols kat situ MO.. tema, fairy tale! pengsan! hahaha.
BTW, cantik ye masjid tu.. iols pun tak penah masuk.. cantik.. kampung nye iols tak masuk lagi huwa..
Mmg best la lepak malam2 tgk water show tu ek? Knp tiap kali iols lepak tak penah ade water show tu.. nampak sgt lama gile dah tak pi KLCC tu.. susah parking masalahnye! Hayohh...
And aquaria.. kenangan mengusik jiwa betul la aquaria ni.. haha tapi takpela.. org belanje.. layankan je masuk.. tp nan hado apa2 sgt pun kat dlm.. sendu jah..
Ok sekian..
MMJM = Mulut manis jubur masam.
ReplyDeleteFJ : untung la orang buat annual dinner kat Man O. FJ jadi la nenek kebayan pastu suruh john jadi Thumbelina.
* teng teng keliling KLCC
OR panggil Yang ek?
ReplyDelete*cari laki kat umah...ayang? ooo ayangku sekupang...?*
hahaha lawak part OR tetiba ckp bawak nasik tu. aku penah bawah nasik ngn family aku tapi pegi taman burung je la, klcc tak penah lagi. err bebila nampak gaya terpaksa la aku tiru.
mekasih buh gambar mesejid klcc, aku tak penah masuk. *sob sob*
mekasih jugak buh gambar air pancut tu. AKU TAK PENAH TGK! *sob sob siap hingus* show tu hari2 ke sabtu malam je ke apa ke?
kitorang ni kalo nak berjalan kl, kena tunggu family pak ein dtg, baru la aku merasa pegi tempat2 menarik dalam kl ni...haih, tak patut, tak patut...
Biq.. 8 malam setiap malam !!!
ReplyDeleteaku ni teringin nak pegi planetrium kau tu, tapi biasalah.. masa tidur tak mengizinkan kala weekend
ajak je Pak Ein tu kang dia beli FM utk org kampung dia.. hahhaha
Hahahah lawak la entry ni, part makan nasi dlm ujan kt bangsal tu tak leh tahan, kalau aku sumpah dah malu kt org sekeliling kekekekek
ReplyDeleteAku pun baru je layan air pancut KLCC tu sambil makan kt Chilli's Jumaat baru ni.. leh tahan la nk cuci2 mata sambil makan tu..
BTW, mesjid KLCC tu aku pn tak penah masuk..
BE : ada segerombolan mat salleh tengok kita org atas bawah. siap bawak tikar ni.. hihihi..
ReplyDeletedah namanya orang melayu..
pedulik !
chilis KLCC adalah lama gila nak menunggu
Aku rasa omputih tu igt ko ni gelandangan kot...org x berumah hehe.. patut ko letak topi tadah bila omputih tgk ko camtu...
ReplyDelete*meng jom bersenam..
mana mungkin dia ingat aku gelandangan sebab intan permata penuh lengan pegi berkelah.
ReplyDeletekau ada sebegitu?
* lari bawak brief case
kau mampu jogging bawak brief case???