Pages

Monday, August 27, 2012

Trip GBS Langkawi - Panggilan Mahsuri

Yes !

Ku kembali ! Ku kembali !

Cemana nak mula ni. Malas nak simpan entry ni lama lama, walaupun dah basi. So abang menaip dengan kadar kelajuan cahaya bagi update entry ini. Sila sediakan segelas kopi atau minuman panas untuk menemani anda sepanjang percutian GBS kali ini.

Satu Jumaat hari tu semua GBS bekerja seperti biasa. Plannya memang malam tu nak berkumpul dan dah arrange kan untuk orang hantar ke LCCT. Memula plan nak tinggal kereta kat LCCT tu je tapi bila fikir pasal cost dia terus tak jadi.

Kalau tinggal kereta sehari RM36. Masak lah mahal. Abang boleh beli rokok berkoyan koyan.

Tapi cemana? Flight subuh subuh hari. Actually flight asal pukul 8.30 pagi tapi kami dapat prompt awal dari Air Asia kata flight awal pulak, 7.30 dah berlepas.

Malam Jumaat sebelum tu aku tunggu kat rumah je lah. 

Masalahnya, aku tunggu kat rumah tapi IH dan BW tak sampai sampai. Rupa rupanya, IH koma ketiduran dalam sepi.

Hah... ! Dia kalau tak tidur, tak sah. Kalau tidur memang terlajak. Tak macam MH yang kalau tak tidur tak sah ! Mana mana ada peluang je dia akan tidur !

IH dan BW akhirnya sampai kat rumah aku.

Aku tengah bogel bogelan lagi. Tak berkemas apa pun. Tak tahu nak packing apa since aku rasa nak pegi Langkawi 2 hari je ni, takkan nak tarik beg Aishah kot?

Aku sempat berkemas dan bersiap siap dan pastikan semuanya OK then baru kami keluar rumah.

Masing masing kelaparan. Hari Jumaat hari tu aku kelaparan sebab cuma makan bee hoon je waktu pagi. Abang tak makan tengahari sebab cas ala ala boleh kurus dalam masa sehari senang nak pakai seluar mandi Speedo dan kelihatan agak seksi di bibir air kelak !

* tolong jangan mencemburui saya.

Kami makan makan sampai kenyang.

Sampai kat rumah MH. Call call tak berangkat ! Mak aii. Tidur mati ni.

"Cemana ni?"

Aku tanya IH.

"Ketuk je la pintu"
"Hmmmm"

Aku cuba call lagi. Berkali kali. Akhirnya...

"Haaaa. Dah sampai ke?"

Ada juga suara suara parau baru bangun tidur.

"Kita orang kat bawah"
"OK. Aku turun sekarang"

Akhirnya GBS dapat bersatu.

Masing masing nak solat Subuh dulu. So tunggu turn lah. Hampir jam 6 pagi baru keluar.  

CP dah pun tunggu kat LCCT ! Biasalah dia gigih dari rumah terus ke sana.

On the way tu, tiba tiba aku dapat call.

"Hei. Kau orang kat mana?"
"On the way. Dekat masjid KLIA ni dah"
"Huh? Kat sana lagi?"
"Cepat lah ! Gate dah nak tutup nih !"

CP dah start gelabah.

Alamak. Cemana ni. Macam macam menyerang dalam benak perasaan aku. Kalau lah kena tinggal flight, cemana? Mati lah menangis tepi pintu airport. Berguling gulinglah seluruh LCCT tu suruh kapal terbang ambik !

Kita orang gerak dah habis laju dah. Tu pun aku dok remind IH slow skit driving bila dah cecah 160 km/j. Buatnya apa apa karang, hilang nak gi Langkawi, terpaksa masuk hospital pulak.

Berkali kali lah CP dok SMS buat aku jadi makin gelabah. Bebudak berdua kat belakang diam je. Sesekali aku pandang IH. Dia pun sama gusar.

Tak tahu nak cakap cemana. Ingat macam tak lewat, tapi lewat jugak. May be sebab masing masing ambik turn semayang lah apa lah tadi sebelum keluar rumah MH.

Sampai je pantas kami semua keluar, unload beg dan berlari ke check in counter. CP dah menunggu di situ.

Plannya, aku nak ajak breakfast dulu. Tapi bila check in tu, terus mamat tu kata.

"Dah ready nak boarding ya. Terus masuk ke gate"

Mak !

Dan dan lepas tu terus aku berlari masuk ke departure terminal dengan gaya slow motion.

Tak lama menunggu, panggilan masuk di buat dan akhirnya kami berlima sudah berada di dalam pesawat Air Asia menuju ke Langkawi.

Kami dapat seat belakang sekali. Aku, CP dan IH kat seat depan dan MH dan BW kat belakang kami bertiga.

Flight took off je masing masing terus layu mata.

Tidur !


Sedar sedar, dah sejam di angkasa dan nak touch down.

Yes !

Selamat datang ke Pulau Lagenda, Langkawi !

Langkawi.. here we come.......................

Sebaik saja kapal terbang mendarat, kami keluar dan terus menuju ke kaunter sewa kereta.

"Kereta dik ! Kereta bang"

Ada je la suara suara orang kat kaunter tu offer kereta untuk di sewa. Kalau naik flight memang susah nak sewa kat lain lagi, so kena cari kat situ lah. Counter agak banyak, tapi kena pandai bargain dan cari kereta yang best. Tapi banyak kereta dah tak de. Kalau weekend dah jadi peak season walaupun bukan waktu cuti sekolah. Sebaiknya, book dulu dari KL so boleh pilih kereta apa yang kita nak dan sebagainya.

Ada beberapa pilihan kereta. Wira. MyVi. Sentra. Van pun ada.

Berpusing pusing jugak lah dan buat kami agak keliru nak menentukan kereta apa yang nak di sewa. Range dia pun ada mahal dan murah mengikut jenis kereta. Tapi pada pengamatan aku, kalau sewa kat luar, contohnya di Pekan Kuah lebih murah kot. Tapi sebab kami datang dan senang nak balik ke airport nanti, so kami sewa di airport saja.

"Kereta apa ni?"
"Ntah. Ikut je lah apa apa"

Bab bab ni aku malas nak buat keputusan. Aku serahkan pada CP je. Yang lain lain pun aku rasa tak de bantahan. Naik kereta kebal pun mereka sanggup agaknya.

Sudahnya, terima lah sebuah kereta yang akhirnya menjadi pengangkutan kami semua di Langkawi ini, Nissan Sylphy.

Yes. Ini lah kereta yang kami dapat. Harga dia? RM 320 untuk dua hari satu malam.

Kalau kira agak mahal, tapi tak pe lah since kami 5 orang. Belasah je lah. Lagipun rasa kami stuck agak lama kat airport tu just nak buat decision pasal kereta. Buang masa je. Ambik je mana yang ada. Sudahnya... yes GBS berjaya memenuhi Nissan Sylphy baru tu dengan inzal nya.

Menarik jugak kereta dia. Ruang belakang dia besar. Walaupun kami berlima tapi masih rasa selesa.

Pemandu untuk trip kali ni, CP !

Misi pertama kami pagi pagi tu..

"Cari tempat makan lah. Lapar !"

Dan CP terus memandu keluar dari kawasan airport dan kami cari tempat makan. Jumpa gerai tepi jalan je dan kami tak fikir panjang, park kereta, dan melantak. Ada Nasik Minyak dan Roti Canai, makan lah semua.

Masing masing excited sebab dah sampai ke Langkawi.

Makan sampai kenyang sambil aktiviti bergelak ketawa bermula.

"Apa plan kita lepas ni?"

Tanya IH.

Seperti biasa, tugasan kalau travel ni nak buat decision ni aku yang ambik. MH atau CP akan jadi driver. IH akan jadi co arranger, BW pose pose mengikut saja tapi dia jadi akauntan tukang kira perbelanjaan semua dan kalau dalam kereta dia lah yang paling riuh. Kejap dia jadi ustazah. Kejap dia jadi zoologist. Kejap dia jadi tourist consultant. Semua lah dia pok pek pok pek.

Kita orang layan je lah.

Lepas makan dan pastikan perut terisi, kami ke destinasi pertama kami.

Carik battery !

Ya. Kita orang paw kamera LL4 yang semi DSLR tu. Tapi battery hari tu yang jatuh dalam tasik tu tak berganti lagi. Aku ingat dia ada battery spare rupanya tak de ! Cis. So terpaksa la cari battery. Kami dah tengok battery dekat airport tu tapi mahal. Jadi kami bercadang cari di Pekan Kuah.

Destinasi kami tentunya Pekan Kuah nak cari battery kamera.

Pusing pusing masuk dua tiga kedai, terjumpa lah kedai ni. Ada jual battery. Murah dekat 5 ringgit dari kedai kat airport. Jadi kami sapu yang tu je. Masa tu mata melilau nampak cokelat punya lah banyak. Menginzalkan.

Kami beli Kinder Bueno. Murah ! Ada promosi, beli 1 dapat 1 percuma. Aku yang melantak, bebudak yang lain ni makan macam macam tu je lah.

Dah dapat battery, destinasi kami seterusnya.

Dataran Lang di Jetty Kuah tu.

Saja nak gi bergambar kats itu. Tak sah kalau ke Langkawi kalau tak pegi bergambar kat situ. So kami pegi lah lepak lepak, pose pose ngeri kat situ ambik gambar. Kalau masuk bab bergambar, tukang ambik gambar pastinya IH ! Dia rela tak de gambar dia tapi sentiasa nak cari shot terbaik untuk ambik gambar orang.

Dia memang suka ambik gambar !

Yang jadi pelakon pelakon nya.. tentulah aku, BW dan MH. Paling over tak lain dan tak bukan adalah...... abang !

* nanges.

CP?

Dia paling tak suka ambik gambar.

"Kau orang pegi lah, aku tunggu sini"

Kann !

Dia ambik port duduk atas kerusi bawah pokok dan kami semua terkinja kinja di bawah matahari yang terik. Dia tak kisah. Tak pedulik apa pun. Memang CP terkenal susah nak bergambar. Maklum lah artis veteran, tak suka pose pose nih.

Opsss !

Agak sejam kami di situ, terus bermula misi seterusnya.

"Mana nak pegi ni?"

CP tanya. Bagilah tugas bawak kereta kat dia. Dia OK je. Bagitau je nak pegi mana, dia akan drive. Pulak tu naik kereta baru yang best lagi lah inzal. Dia kata kereta tu best. Tapi mana kan sama nak di padankan dengan Camry dia tu. Bagi kita orang yang selalu naik kereta cikai ni, Nissan Sylphy tu kira dah abis power lah nih !

"Mana ni?"

CP tanya aku lagi. Aku merangka sambil tengok peta.

"Kita pegi Makam Mahsuri !"
"Jalan?"
"Terus je dari sini"

Aku bagi arahan. CP mengikut arahan. BW sebelah dia co pilot yang pose pose saja. Haram ! MH kat belakang, sesekali terlepas pandang, dia akan tidur ! IH kat sebelah merangka apa lagi bakal yang di lakukan kelak di pulau ini.



Dah lama tak jejak kaki ke Makam Mahsuri. Dah berbeza dari kali terakhir aku ke sana dulu. Berbeza sungguh. Kalau dulu nampak dan dapat rasa suasana kekampungannya. Tapi kini tidak lagi. Dah jadi macam muzeum pun ada. Dah terlalu packed dan terlalu di bangunkan sampai dah tak hilang identity.

Anyway. Kami masuk lepak lepak, jalan jalan dalam tu. Masuk hingga ke telaga Mahsuri, Rumah Pandak Mayah ( MH kata Pandak Mak Nyah !), masuk muzium dia dan berlegar legar di kawasan tu hingga ke tengahari.

Destinasi seterusnya?

"Kita balik hotel dulu lah, check in then solat ke apa ke pastu kita keluar semula"

Aku seperti biasa memberi arahan dari tempat duduk belakang. CP terus memandu meninggalkan kampung Ulu Melaka menuju ke Pantai Cenang !


Kami menginap di AB Motel. Dah book lama dah. Aku banyak baca review bilik dia OK, harga berpatutan dan dekat dengan tempat tumpuan. Harga penginapan semalam RM100. Sumbat kami berlima so kira OK lah, boleh budget lagi.

Sampai di Motel. Aku dengan IH riki pantai dulu.

CP dengan BW sibuk keluar masuk bilik air. MH? Ambik port baring lah apa lagi...

"Cepat lah mandi. Pukul 2 kita gerak"

Aku bagi arahan lagi. Haram semua tak nak mandi. Masing masing dah mula keletihan.

"Jom main Uno?"


Cadangan CP di sambut meriah oleh semua orang. Berkumpul duduk kat lantai dan IH mula kaki chong daun.

"Sapa memang dia dapat tidur kejap. Sapa kalah dia mandi dulu"

Masing masing riang gembira je.

Main punya main... hah ! MH menang !! Dia terus ambik port tidur. Yang kalah???

* ambik tisu.

Abang kalah!

Tapi ada aku nak mandi? Nan ado ! Aku pun ambik port atas tilam dan tidur. Hahahaa. Janji nak gerak pukul 2 petang. Sampai aku berdengkur ria. Bebudak ni kejut baru lah terjaga.

"Aku dengkur tak?"
"Hah ! Macam bunyi bot"

BW lah nak mencerca !

Akhirnya semua bersiap siap kami tinggalkan motel semula dan bergerak ke destinasi seterusnya. Kaki Gunung Mat Cinchang !

CP memandu terus menyusur Pantai Chenang dan terus ke bahagian atas Pulau Langkawi. Kami hampir sesat sampai ke Padang Mat Sirat dek kerana hujan yang sangat lebat. Hujan mula turun bahagian petang tu. Tapi aktiviti tetap berjalan seperti biasa.

Akhirnya, kami sampai jugak di station kereta Kabel Langkawi tu.

"Nak naik tak?"
"Takut"

BW tu memang gayat. Penakut. MH takut jugak tapi dia nak naik. Aku dengan IH memang excited bebenda macam ni. CP.. tak de masalah. Dia ikut je.

Tapi cuaca memang dah hujan. Cuma masa check dengan kaunter tu dia kata cable car jalan, so kami tak lepaskan peluang, beli tiket dan terus naik.

Harga tiket adalah RM15 setiap seorang.

Thrill naik cable car ni sebab aku tak pernah naik. IH lah dah banyak kali naik. Orang tak berapa ramai sebab hujan lebat turun. Yang tak menariknya, jambatan gantung kat atas tu di tutup sementara.

Kami berlima muat muat dalam cable car tu.

Aku dengan IH dok henjut henjut. CP tukang gelak.

BW pucat lesi.

"Duduk lah sini"

Dia paksa orang duduk sebelah dia. Sebelah tangan pegang seluar CP. Sebelah lagi pegang seluar MH ! Mata tutup ni, nak menangis je.

Aku dengan IH lah dok goyang goyang. MH pun kelakar. Terkumat kamit mulut dia baca ayat ayat...

"Allah ! Allah !"

Hahaha. Kelakar setiap kali cable car berayun dan naik laju, lagi laju bibir dia terkumat kamit.

Tapi si BW tu. Dalam takut takut pun, asal ada kamera di hala. Sempat lagi nak pose pose ni.

Dan aku dengan IH dok tak abis abis bangun berganti ganti dok posing bagai nak rak dalam cable car tu.

"Kau orang ni cuba lah duduk diam diam !!"

BW menjerit. Pedulik kah kami semua? Haram ! Lagi kita orang dok goyang goyang. Lagi tu MH laju membaca mentera. BW menjerit jerit. CP dok gelak gelak.

"Tercabut la bulu peha aku ni karang !"

CP gelak lagi sebab BW dok tarik tarik seluar dia.

Seronok dan agak thrill. Aku suka.






Yang tak bestnya, cuaca tak berapa baik. Sesekali nampak la kawasan sekitar Pulau Langkawi tu. Tapi bila sampai ke hentian pertama tu hujan mula turun dengan lebat. Kami bergambar kat kawasan tu je lah dan sambung naik ke puncak. Di sana, kami berhenti bergambar dan hujan masih tak henti henti turun. Abis basah kuyup jadi nya.

Pengalaman yang menarik walaupun hujan. Ada few momen dapat menyaksikan kawasan di kaki gunung yang memang cantik dan menginzalkan.

Agak tak best sebab tak nampak nak tengok sunset di bahagian Andaman dan Datai !

Akhirnya dalam hujan lebat tu kami turun ke bawah.

Sempat singgah di kedai kat bawah tu nak beli seluar. Masing masing beli seluar pendek dan datang idea.

"Kita beli t shirt ni lah murah. Sorang satu. Design sama?"
"OK je"

Masing masing tak membantah. T shirt berharga RM4 setiap satu kami beli5 helai untuk setiap seorang. Jadi uniform Langkawi lah ni !

Hujan masih mengila.

Kami singgah mengisi perut dulu sebab masing masing kelaparan. Dia orang nak rasa Laksa Langkawi yang terkenal tu, semua order Laksa kecuali abang ! Aku kan mana boleh ikan ikanan ni sangat, so aku order bee hoon.

Makan sampai kenyang dan kami terus menuju ke destinasi seterusnya.

Aku sebenarnya nak ajak mereka ke Datai. Sebab abang ala ala nak mengimbau kenangan zaman purba waktu abang datang dengan skandal dulu dulu dan bermalam di situ.

Ah ! Tapi apa kan daya. Cuaca tak mengizinkan.... lagipun masa tak sempat.

"Mana nak pegi ni?"
"Kita pegi Tanjung Rhu !"
"Macamana?"

Aku bagi arahan lagi dan CP terus memandu menuju ke hujung bahagian Pulau Langkawi.

Dalam masa setengah jam akhirnya kami sampai ke sana.

Pantai dia sangat cantik. Tiap kali ke Langkawi aku akan ke sana. Saja duduk duduk tepi pantai dia yang putih tu dan tengok sunset.

Aku rasa sunset kat situ paling cantik.


Tapi sebab cuaca, sekali lagi kami agak hampa. Kami isi masa masa yang terluang dengan bergambar dan bersembang riang sampai dekat maghrib.

Lama jugak melepak si Tanjung Rhu tu akhirnya kami kembali ke Pantai Chenang.

"Balik bilik ke?"
"Kita makan terus lah"
"Set"
"Eh. Kita pegi Porto Malai dulu lah"

Aku bagi cadangan.

"OK je"

Masing masing tak membantah.

Sekali lagi abang kan suka ajak dia orang ni pegi mengimbau kenangan zaman dulu dulu abang bercintak cintun dengan skandal lama. Dan aku pun suka je nak pegi balik tempat tempat tu saja nak tengok. Nasib bebudak GBS ni tak banyak kerenah. Dia orang ikut je. Aku buat kah keputusan apa pun, dia orang mesti tak membantah !




Kami lepak lepak dekat Awana tu menghirup udara segar tepi pantai. Berlegar legar di kawasan jettynya sambil pose pose bergambar.

Lupa diri !

"Lapar !!"

Masing masing dah kelaparan.

Dan kami melilau cari kedai makan di Pantai Cenang lepas tu. Tak susah nak cari sebab banyak pilihan. Akhirnya kami berjumpa dengan restoran tomyam yang terletak di tepi pantai tu.

Order punya lah lama nak tunggu makanan. Masing masing dah kuyu bijik mata walaupun baru pukul 11 malam.

Lama gila makanan nak sampai. Kami order nasik putih, ikan siakap masam manis, ayam halia, tomyam campur, telur dadar, sayur campur dan sebagainya. Kelakar bila IH order air barli medium saiz tapi gelas dia kecik gila. Wonder cemana kalau small size agaknya air bali tu dalam short glass je lah kot.
Kami lepak makan makan lepas tu nak balik ke motel.

"Kau drive lah kereta ni"

CP bagitau MH. MH memang teringin pun. Kita orang semua tak de hal. So dari tempat makan tu nak balik ke bilik, MH drive.

Yang lawaknya, MH tak boleh nak release brake kereta tu. Terkial kial sebab tak biasa. Jenuh lah si CP jadi instructor pastu setiap sorang try.

Hahaha. Berguling guling ketawa tepi jalan.

Punya lah jakun dapat naik kereta separa mewah sikit, handbrake pun tak jumpa.

MH bawak jalan pusing pusing ntah ke mana mana sampai jalan jadi gelap gelita.

"Pusing lah. Macam tak de orang je sini dah"

Masing masing diam je. Ketakutan jugak gelap gelap ni kot jadi apa apa.

Akhirnya keluar semula dan kami balik ke bilik penginapan kami.

Sampai bilik, masing masing dah layu. Semua ni nak solat lah, nak mandi lah, nak apa lah...... aku pun sama. Dok baring atas katil tu kejap sambil tengok TV.

Last last..........................

"Bangun ! Bangun ! Dah pagi !"

Huh?????

bersambung...........

5 comments:

  1. mana gambar baju 4hinggit tu? nak tgk skit! :D

    ReplyDelete
  2. I is tengah makan coklat kisses and daim langkawi. Hahaha. And kabel car tu memang gayat. Tobat tak naik dah. Punya la curam beristighfar banyak2 iols di atas sana. Tapi bila sampai kat pit stop hepi tak ingat sebab byk tempat best boleh pose2 hahaha..

    ReplyDelete
  3. aku bajet GBS = GENG BAS SEKOLAH

    hahah

    ReplyDelete