Pages

Friday, August 10, 2012

03 - Melengkor Di Angkor - Siem Reap - Angkor Thom

Sekarang kita nak melawat Angkor Thom.

Angkor Thom adalah reruntuhan kerajaan kuno Khmer di Cambodia Barat. Di antara runtuhan runtuhan candi-candi dan istana-istana terdapat arca-arca yang besar. Kebanyakan dari ukiran yang indah-indah ada pada Bayon, candi Siwa atau candi Lokeswara.

Terletak tidak jauh dari Angkor Wat, so lepas BW beli air tebu dan dia bising bising membebel kata dia kena tipu, kami naik Tuk Tuk dan sampai ke South Gate.

South Gate ni memisahkan Angkor Wat dengan Angkor Thom. Bukan Uncle Tom !

Angkor Thom ni kiranya dulu adalah kawasan bandar yang didiami sekitar 80,000 - 150,000 orang pada tahun 1295 !!

Bandar ini terletak di tebing kanan Sungai Seam Reap iaitu anak sungai dari Tasik Tonle Sap. Pintu masuk ke Angkor Thom ni terletak jaraknya kira kira 1.7km dari Angkor Wat.

Di dalam bandar ini ada satu sistem terusan, di mana air mengalir dari timur laut ke barat daya. Sebahagian besar tanah yang dikelilingi oleh dinding-dinding bangunan yang telah diduduki pada waktu dulu sebelum ianya dipenuhi oleh hutan hutan. Tak pasti kenapa kota ini di tinggalkan begitu saja selepas itu.

Kebanyakan runtuhan Angkor besar mempunyai ukiran ukiran wajah bersaiz besar yang menggambarkan pelbagai dewa-dewa, dewi, dan lain-duniawi makhluk dari cerita-cerita mitos dan puisi epik Hindu purba. Bercampur dengan imej-imej haiwan, seperti gajah, ular, ikan, dan monyet, sebagai tambahan kepada makhluk seperti naga yang kelihatan seperti ular, kemudian dicampur dengan seni Cina oleh Budha.

OK. Sebelum masuk ke Angkor Thom ni ada pintu di panggil South Gate. Ada banyak gate gate lain, tapi gate ni la paling popular. 

Jalan menuju ke South Gate

Ini lah gate masuk ke dalam perbandaran Angkor Thom ni

South Gate ni adalah gate yang paling popular untuk memasuki Angkor Thom. Kerana apa??

Kerana ramai artis di sini. Hahahaha. Tak de lah. Kerana kebanyakkan patung patung di sini masih lagi original dan dijaga.

Jom tengok wajah wajah mereka.

"I paling beriman. Tengok wajah I. Tenang kan?"

"Aku menyampah betul la orang asyik ambik gambar aku, pastu tak tagged aku kat facebook"

"Aku memang sengau, jadi tak payah interview lah"

"Hmm aku pun tak pasti, apsal tetek aku bersegi macam ni. Tapi aku redha je. Dah beratus tahun pun aku duduk sini"

"Aku pelik la kenapa orang cakap aku tak hensem. Padahal aku rasa kacak je aku ni. Kan?"

"No kamera please !!!"

"Korang kat belakang ni boleh tak duduk diam diam... ? Memekak jer dari tadi"

"Aku pun tak tau aku ni orang ke Lara Croft"

"Dah lama aku rasa tak mandi.. syok gak sekali sekala dapat berenang tepi ni"

"Ya lah. Tak pe lah. Aku tahu aku tak hensem. Tak payah la ambik gambar aku"

OK.

Aku nak kasi tau. Kalau rupa patung tu macam buruk dan berkulapuk macam tu, maksudnya dia original ! Kalau dah di salut dengan simen kaler putih tu maksudnya tu restored. Dah di buat baru dari versi original dia.

Faham?

So bukan salah mereka tak mahu kelihatan cantik dan kacak ....

Ini sungai yang memisahkan Angkor Thom dengan Angkor Wat

"Kuda hitam... aduh ! Kuda hitam...."

"Aku ni kategory apa kalau tak berkepala macam ni?"

Ini pintu gerbang South Gate. Pandangan atas

Ayuh masuk

Laluan masuk ke Angkor Thom ni kecik kecik macam ni. So Tuk Tuk boleh la lepas masuk tapi kalau bawak lori kontena duduk la kat luar tu sampai tahun depan. Belum tentu boleh masuk.

Kalau kena waktu ada gajah dan boleh pose pose naik gajah masuk ke dalam. Masa kita orang sampai kira masih pagi lagi, tak de orang sangat.

Cuaca pun mendung mendung dengan hujan renyai renyai.

Laluan dalam Angkor Thom

"Penyapu lidi bang.... beli la satu untuk kenang kenangan. Korek gigi pun tak abis setahun ni"

Lepas masuk dari arah South Gate tu, tempat yang pertama kami tujui tak jauh dari situ adalah Bayon !

Tengok map ni.


Jadi, kita akan ke Bayon !

Bayon !

Tengok mulut aku ni. Bukan Beyonce !!!!


Aku malas lah nak cerita history panjang panjang.

Bayon merupakan kuil Angkor yang terkenal dan di bina pada lewat abad ke 12 lagi sebagai kuil rasmi Mahayana Buddha Raja Jayavarman VII, Bayon dibina di pusat bandar, Jayavarman (Angkor Thom). Asalnya ia merupakan kuil Hindu sebelum di ambil alih dan ditambah dengan ciri ciri Budha selepas itu.

Ciri-ciri yang Bayon yang paling menonjol adalah yang pelbagai wajah yang menghiasi menara dan kuil itu sendiri.

Menara utama dari arah sisi

Menara utama dari arah depan

Lorong dan lohong

Ukiran pada dinding kuil

Wajah Maharaja Hindu dulu

Kau mampu ambik gambar macam ni?

Ada beratus ratus ukiran wajah di Bayon ini

Senyum tak perlu kata apa apa....



Kami di Bayon ni dekat sejam juga. Tawaf keliling pastu siap naik sampai menara atas.

Mengah jugak sebab tangga dia kecik kecik je. Banyak kawasan yang tak selamat sebab macam dah nak ruuntuh. So kena hati hati sikit di kawasan ni.




Apa apa pun, Bayon ni kiranya favourite place aku di Angkor. Aku suka tempat ni sebab lawa dan penuh misteri.

Yang tak best cuma cuaca dan kamera yang tak mahu bekerjasama.

* kesat airmata dengan tuala Good Morning.

Agak mengah jugak nak abiskan kawasan ni, jadi bawak air, mana tau dahaga ke apa. Kalau ada cokelat lagi bagus. BW sentiasa bawak makanan dan dia akan pastikan aku sentiasa makan dalam cubaan dan niat jahat dia nak bagi aku gemok.


Bayon ini di gambarkan seperti batu batu berantakan dengan kekuasaan untuk menyerang kuasa langit !

bersambung........

7 comments:

  1. BW ittew mmg sama mcm iols suka bawak makanan dalam beg sebab lapaq cepat kalau jalan byk sgt! tak gitu ke abg meng?

    ReplyDelete
  2. haaa ya la tu.. sama la tu.. gaya pun lebih kurang jer. posing pun sama...

    * larrriiiii

    ReplyDelete
  3. hello BWWW!!

    Gimme five babeh.. gittew... posing pun sama kew??

    pengsannnnnn hahahh

    ReplyDelete
  4. mesti lu rengsa kan meng IH xda skali..ko tpaksa jd tukang amik gambaq x berbayaq BW dgn pose2 sendu dia

    hiks

    *lariikk takut kt BW!

    ReplyDelete
  5. betOl... !

    nasib lens kamera aku tu x rosak

    ReplyDelete
  6. AJ dgn supermeng ni kawan kah? omaigod.

    rasanya itulah perasaan danny atau john tiap kali iols suruh dia amek gamba

    nangessss!

    ReplyDelete
  7. kawan kot maya karin sajork..x gitu meng

    hiks

    ReplyDelete