Pages

Tuesday, July 31, 2012

06 MasterChoi Selebriti Ramadhan - Bekas Model Terkenal - Sotong Lemak Rahsia Victoria's

“Lights..Camera..Pose!”

Ya bersama lagi kita dalam program Masterchoii sempena bulan Ramadhan yang mulia ini..VIP jemputan pada hari ini adalah seorang “bekas” model terkenal bukan saja di key ell key ell ye..tapi jugak di key key, key tee, key bee dan semua key yang berkenaan..

Jadi dipersembahkan masuk Ratu Kebaya tiga tahun berturut2..Miss Adriana Lima Enam untuk menu istimewa hari ini..

“rambut ok..mulut merah ok..bulu mata pelesu check!”

Assalamualaikum adik2 sume..

OK ye..how to start ni..I ni mmg la dah jarang masuk dapur..tetiba dpt job buat masterchoii ni..terus I is stress..abes laa kuku I ni..abes laa jari jemari mulus gebus I ni..tapi takpe lah..tetap bersyukur ada jugak org nk bg job memandangkan I dah lama meninggalkan bidang permodelan ni..maklumla dah kertu takde org nk..

* pose pose bulu mata lentik atas bawah 14 kali.

Jadi..menu I pada arini adalah Sotong Lemak Rahsia Victoria's dan side dish Ikan Talang Vogue de Vass. Sebelum apa2..kita tgk bahan yg paling utama sekali ya adik2..

Alat2an mekap untuk touch up  !!!


Penting ni okeh ! 

Sebelum start apa2..adalah perlu utk kita mentouch up kan diri to make sure we always look the best ye adik2..I kan model. Macam ni lah. Walaupun nak ke dapur..sapa tau ada paparazzi yg nk amik gamba I curi2 masuk majalah Mangga nanti?

* bating eyelashes lagi 14 kali.

So selepas dah make sure vogue the vass and berwangi2an..kite mulakan menu pertama. 

Bahan2 utama utk lauk sotong adalah seperti di bawah :

Tu sotong okeh, bukan seluar dalam....

Sebab kat kota I beli santan asli, kalau kat kampung, I panjat pokok kelapa tu sendiri okeh, pastu perah !!! Ada model macam I?

4-5 ekor sotong saiz besar..(ikut suka laa nk letak byk mana sotong, kalau rasa nk makan byk..letak laa byk ok?)
Sekotak santan 200ml..tak pakai semua pun..ikut suka nk pekat mana kuah
Bawang putih, bawang merah, serai, kunyit hidup, asam keping
Cili padi atau cabai melaka dlm 10-15 bijik..ikut laa berapa pedas korg nk..I model so I tak makan pedas so xde laa byk sgt..
Sehelai daun kunyit dan secubit belacan (baca slow slow yang ni tau)
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa

Jadi, mari kita lihat persekitaran dapur I dulu ya..



Jangan terkejut !!

Must have di dapur adalah satu cermin besar ya adik2..senang untuk I mentouch up kan diri sambil memasak. Kate Moss pun tak de tau !! I dah pegi tengok dapur sheols..

Then, kena ade dapur utk masak seperti di atas..sebab I ni jarang masuk dapur jadi dapur kecik adalah memadai ye memandangkan ia akan berasap setahun brp kali je. Selalu I makan di hotel 5 bintang, tapi kalau ada job ciput, I makan nasik bungkus je, tapi tetap, di hotel 5 bintang. ( Bahagian belakang hotel)

Langkah langkah 

1. Potong sotong ikut saiz mulut. Kalau Uols Ning, potong size besar batu nesan pun tak per. Kalau Jac pun saiz batu bersurat pun memadai. 
2. Masukkan cili padi, bawang2an, serai dah kunyit hidup dalam blender and blend sampai halus. Kalau nk ikut cara tradisional bole guna lesung batu tp sebab I sayang jari jemari nk tumbuk segala, maka humban semua dlm blender senang keje.


3. Tuangkan dalam periuk jenama ikea and campurkan air sikit untuk kuah
4. Masukkan asam keping, secubit belacan untuk rasa and serbuk kunyit untuk kaler.

Kacau semua and biarkan mendidih..

OK sementara menunggu mendidih..kita boleh la touch up sikit lagi. Bukan apa, nanti make up luntur kena asap. Sambil2 tu masak nasi and sediakan bahan2 side dish nanti


Macam biasa laa masak nasik kan..sapa yg tak tau masak nasi tu mmg harus nk kena tunjal kepala..sila balik kampong belaja balik ngan mak ye..Tapi yang paling penting mak I selalu pesan..masa basuh beras tu baca laa selawat 3 kali supaya bersih dan berkat rezeki yg masuk dlm perut ya..then jgn lupa tekan suis rice cooker tu..nnt makan lauk je la jawabnye bila org azan.


5. Sambung balik..santan yg dalam kotak tadi masukkan dlm mangkuk dulu..jgn terus tuang dlm periuk..kot2 laa santan dah masam tak elok ke..kang rosak masakan korg plak kan..pastu hiris daun kunyit halus2 untuk hiasan last skali


6. Bila da mendidih tadi, tuangkan santan tadi ikut kepekatan yg u org nak. Biar mendidih kejap bagi santan masak.
7. Masukkan sotong then garam secukup rasa
8. Biarkan mendidih, bila da kompem cukup rasa, pecah lemak semua..masukkan hirisan daun kunyit tadi last skali..Kacau bagi rata then tutup api..Taraaa..dah siap satu dish..
9. Pastu gi touch up sekali lagi. Cermin kan dekat jer. Alat solek pun kat meja sebelah kan???

By this time..nasi sepatutnya dah masak. Untuk side dish pulak, basuh dan rendamkan ikan talang sekejap utk kurangkan masin and hiris bawang untuk hiasan


10. Panaskan kuali dan goreng ikan tadi sampai garing.
11. Agak2 sebelum angkat, masukkan bawang tadi and kaut semua bila bawang dah garing


Akhirnya..siap juga menu kita hari ini..

Last step..susunkan lauk2 tadi di dalam pinggan yg cantik untuk dihidangkan kepada tetamu. Sebelum tetamu sampai, apa lagi, make up la dulu uolssss !


Lengkap laa satu hidangan berbuka ala top model. Kebetulan korek2 peti es tadi terjumpa 2 ketul ayam bakar belen sahur semalam jadi bolehlah dihidangkan bersama.

Sebab I is malas bab kira mengira jadi u ols agak2 je laa bajet berapa ya..Kalau agak2 mahal, pegi bazaar ramadhan beli je senang..kuku tak patah, jari tak lekat kaler kuning kunyit.. Make up pun tak cair !

Dah..selamat menjamu selera..sekarang I nk pegi buat Mani n Pedi..matila jari jemari da kuning kaler kunyit n bau bawang segala..

Tata…

Food Fiesta Ramadhan GBS

Hoyah !!!

* begitu tanda sorakan bersempena sukan Olympic.

Maka dengan ini aku nak memberi tau walaupun dah tahu, satu acara gilang gemilang perut membuntang GBS telah di adakan dengan jayanya !

Lokasi yang pada awalnya di cadangkan di rumah MH di Beverlly Hills telah di tukar di saat akhir ke kawasan elite serba mewah iaitu Palm Springs di mana model dan pelakon terkenal BayWak iaitu IH tinggal. Tempat yang turut menjadi lokasi kediaman artis artis ternama lain seperti La Toya Jackson, La Toya London. La Toyol, La Bamba, La Mbada serta La Korang Dah Kena Tipu....

Majlis yang diserikan dengan kehadiran penuh gemilang GBS dengan pakaian bertemakan 'sekarang longgar tapi kau tunggu la kejap lagi sendat semuanya' bermula dengan persembahan artis serba serbi, BW dengan lagunya Tamparan Wanita.

Sebagai seorang wanita, sampai sampai je dia terus membebel. Membebel sebab makanan banyak. Pasti jadi Ustazah mengeluarkan dalil dalil kenapa kita tidak boleh membazir. Sayanglah kita kepada makanan. Kalau tak makan ni, nasik akan menangis hiba dan lain lain lagi.

Persembahan BW telah mendapat kutukan dan sambutan hambar dari peminat.

Selepas itu, dengan kemunculan ala retro, t shirt dan seluar jeans saja, CP telah membuat persembahan memukau penonton dengan aksi gorengannya. Tapi bukan goreng gitar, tapi goreng menggoreng serta menumis, menumbuk, menguli serta memasak menu makanan yang penuh meja. CP yang muncul tanpa OR dia sebabORdiabalikrumahkakakdiabukakpuasa tapi merekamasaksamasamadirumahdia haha pastu pastu pastuCPdatangdenganawekskandal dia tu !

Begitu aku gossip cakap laju laju.

Apa apa pun, persembahan CP adalah memukau pandangan dan deria rasa.

IH sebagai tuan rumah kali ni telah elegan dengan busana Pua Kumbu nya mengesat air tumpah di lantai, menyapu sampah dan mengemas rumah.

Dan MH dengan aksi berani mati, muncul dengan lagu Trauma kerana macam biasa, lepas makan dia akan berak pastu makan lagi pastu tidur kejap pastu berak dan makan lagi.

Susah kalau mengalami perut yang sentiasa bergelora ni.

Dan saya. Selaku artis antarabangsa. Muncul di saat saat akhir dengan lagu bertajuk 'Berdua Bersatu' kerana akhirnya selepas seharian berpuasa, dapat juga bersatu semula dengan Kotak Merah.

Ya awww awwww.

Dah. Malas cerita banyak. Layan gambar je lah.

Remang remang cahaya senja

Kuala Lumpur

Senja Ramadhan

Nasi Impit dan Lemang

Bihun Bodoh, tapi kali ni tak berapa bodoh sebab ada udang ayam segala

Ayam Masak Merah hasil sentuhan MasterChef CP dan OR nya

Nasik Tomato, on the way IH cakap " rumah aku tak de beras !!!" terpaksa gi beli beras dulu.

Kari Dalca dengan segala mak nenek sayur mayur dalam ni

Hasil sentuhan awek CP... apa ntah nama benda ni

Hasil sentuhan IH dan Ratu Bogel beliau

Hasil sentuhan aku... ehem ehem. Psst. Aku beli kat Param

Akok Dan Abang dari MH

Rendang Daging terbaik dari Chef

Sunquick Asam Boi hasil sentuhan tak kecundang BW


Kau orang mampu ada cerek klasik macam ni???

IH ada okeh. Dia ambik kat kampung dia. Aku tanya dia cemana dia nak tau air ni dah masak. Dia jawab, budget budget lah, pastu lari ke dapur macam dah mendidih, tarik key Mariah Carey buat whistling sendiri.

* pengsan.

Jom intai dalam peti sejuk rumah IH. Hahahaha.

Meriah Carey

Dan acara santai telah memberi satu kejutan riang buat abang.

* pegang dada Noreen.

CP dengan rela hati nya memberi hadiah docking Philips yang dia beli ni untuk aku sebagai hadiah hari jadi TAHUN LEPAS !!

* koma.

Apa apa pun, terima kasih CP. Terima kasih banyak banyak. Walaupun awek dia kita orang dera basuh pinggan dan kemas dapur sampai nak pengsan minah tu.

Ehem ehem. 

Testing over !

Orang lain punya birthday orang lain yang dapat hadiah. How???

Actually, pertemuan ni jugak nak celebrate birthday CP sekali yang jatuh minggu lepas. Dan birthday BW yang jatuh pada minggu minggu lepas.

Seperti biasa, ada kek dari BW untuk CP.

Cheese Cake Oreo.

Kau mampu makan kek atas padang astroturf?

Ni hasil dari katerer yang datang. Hahahah CP punya barang la ni

Suasana malam selepas perut kenyang

Lampu lampukan yang beromantika membuatkan mata masing masing layu di hujung mekar

Dan, acara keji tetap ada.

Lepas makan, kenyang, baring, tidur, ada yang lelap, gelak ketawa, solat, berak, solat lagi dan macam macam aktiviti, kami semua keluar.

Berbondong bondong 3 kereta kami ke acara....

Karaoke di Bulan Puasa !



Lokasi kali ni di Sogo nuh.

Orang ramai gila kat Jalan TAR bershopping walaupun dah pukul 12 malam. Parah jugak la nak dapat masuk ke Sogo. Apa apa pun, bersempena bulan Ramadan ni, pilihan lagu adalah berbentuk nasihat, nasyid dan berunsurkan keislaman.

Ya.. sebelum masing masing naik hantu tarik key nyanyi lagu Di Ambang Wati. Lagu favourite aku ni dari Ah-Wie. Lepas tu semua dah tak sopan dan lupa diri. 

Pukul 3 pagi, konser tamat dan artis artis jemputan ini pulang ke rumah masing masing untuk bersahur.


Yang putih bersih
Dalam gita kama
Si ratu yang di rindu
Persis citra sakti mimpi
Insan

Di ambang wati
Di dasar hati
Dan diri yang menyeru sumpahan
Sehangat nyawa bergelora

Terbuka hendaknya pintu segala azam
Malam antara malam sepasang rembulan
Kembali terpatri panji sejahtera
Mengotakan janji silam

Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar
Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari

Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar
Menunggu bayangan berahi
Menghitung detik perpisahan
Mendamba ke pangkuan kekasih
Menangis dalam kesyahduan

Monday, July 30, 2012

05 MasterChoi Selebriti Ramadhan – Janda Berhias – Kentang Bermayonis

Hai jejanz dan pompuanz sekalian…harini mak janz ingin share 1 resepi simple dimple untuk korang2..mudah je…kuku tak rosak, dapur pun tak kotor.. resepi ni mak janz inspirasikan dari konsep berhiass..alaa..berhias jaga badan, untuk ku tunggu duda ku..

Peserta-peserta nya ialah


2 biji kentang
3 cawan air
1 sudu planta
4 sudu tepung jagung
5 biji lada hitam (tumbuk)
2 sudu pati ayam
2 sudu mayonis


Cara2nya ialah

Mula2 kupas kentang…kupas..kupas..kupas..lepas tu basuh dan potong 8..


Rebus! Rebus je bagi dia masak…sampai empuk la…macam dada mak janz yang empuk ni..apa?? taktau empuk tu apa? Meh sini aku hempuk sape2 yang taktau.. *sangkut dada ke bahu

Dah empuk ke belum? Cuba cocok2 dia pakai cocok sanggul..agak2 dah penyek semacam je angkat..lenyekkan dia..
Lenyek! Lenyek! Lenyek! Bagi mati sama dia!! Matilah kau! Ups sori, mak janz emo..duda mak janz taknak layan mak janz..


Bila suma dah penyek, korang bentukkan lah kentang korang ikut suka..mak janz bentukkan pakai senduk comel je..


Pastu adun sebati tepung jagung, letak lada hitam skit, dan pati ayam sebagai penambah rasa dengan air sekalik…godek..godek..godek..dah?

Sampai la jadi camni..


Kemudian, panaskan kuali..masukkan mentega tadi..hah la..mentega ya, tapi kalo nak letak butter pun bantai je lah!

Masukkan pula adunan tepung jagung tadi..godek! godek! Godek!..ha sambil2 tu pinggul tu goyang2 la..exercise ala poco poco..melenggang hai melenggang..sampai la adunan tu tak berketul2..kalo rasa pekat sangat, tambah la air lagi..


Agak2 kuah dah sebati dan macam dah pekat, angkat dan curahkan pada kentang yang sedia menunggu..


Hiaskanlah mereka dengan mayonis..Ting! dah abiss..hahaha


*Total kos yang mak janz agak2 ialah

Kentang 2 ketoi-rm0.40
Air paip-pree
Mentega-rm0.30
Tepung jagung-rm0.30
Lada hitam-rm0.05
Pati ayam-rm0.30
Mayonis-rm0.30
Total=rm1.65

*Cadangan hidangan untuk seorang..hahaha..korang boleh agak2 sukatan nya dengan mendarabkan setiap peserta2nya kalo untuk 5 orang..selamat mencubah!

Jom Celebrate : Thai Cuisine : Rama V

Birthday OR so kami keluar dinner. Aku pun tak tahu nak bawak dia ke mana. Aku tanya dia.

'Western, Italian, Arab, Buffet or Thai?'

Dia jawab. Thai !

Mudah kerja aku. Sebelum tu aku dah book 2 tempat. Menara KL dan jugak Shangri La Hotel KL. Tapi since dia nak Thai.. aku kena cari alternative lain.

Bila sebut makanan Thai, terfikir 2 tempat yang OK. Sri Ayuthaya dan juga Tamarind Springs. Tapi dua dua tu dah try so kena cari kelainan. Kali ni abang pun book lah tempat yang selama ni aku teringin nak pegi. Sejak dulu lagi.

Tempatnya... Rama V di U Thant.

Layan gambar dulu.


Siap siap kami keluar menuju ke destinasi yeah yeah !

Tak susah nak cari, akhirnya kami terjumpa dengan banglo yang telah menjadi restaurant ini. Terletak bersebelahan dengan US Embassy Jalan Tun Razak.

Restoran dia cantik. Setting dia menarik. Sangat romantik. Ada lah couple lain tengah makan. Kami di berikan tempat duduk seperti biasalah kat tempat smoking. Duduk dan kami order.

Green Curry
Pandan Chicken
Tom Yam King apa benda ntah
Ikan Gigi Bersepah
Soft Crab
Kailan
Fresh Orange
Tamarind Juice
Nasi Putih.

Service agak pantas !

Dan makanan dia memang inzal !



Makanan dia lazat. Tomyam dia ada udang galah yang sangat besar gila. Memang tasty. Tapi pedas gila green curry dia tu.

Anyway memang enak ! Memang lazat ! Cuma yang kurang enak dan kurang lazat, harga dia agak pricey skit.

So kalau nak makan Fine Dining untuk Thai/IndoChina. Antara 3 restaurants ni. In term of harga, go for Sri Ayuthaya. For Taste, go for Rama V and in term of ambience, Tamarind Springs lah.

Rama V Fine Thai Cuisine
5 Jalan U-Thant, Kuala Lumpur
Tel: +603 2143 2663
Fax: +603 7803 6891

Options lain yang agak menarik adalah Good Evening Bangkok.

Selamat berbuka puasa !

Sunday, July 29, 2012

Kelip Kelip Kampung Kuantan

Tahu apa itu Kelip Kelip?

Bagus !

Tahu di mana Kampung Kuantan?

No !

Bukan di Kuantan, Pahang. Tapi di Kuala Selangor.

Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis ‘Pteroptyx tener’ adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.

Pokok Berembang atau ‘Sonneratia Caseolaris’ adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai.

Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor.

Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang untuk beristirehat and melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota. Di kawasan berhampiran, terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai spesis burung-burung. Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah padi. Akhir sekali, terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis yang terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan kepelbagaian makanan lautnya yang lazat.






Actually, ada satu port lagi iaitu di Bukit Belimbing. Personally, aku prefer naik di Kg Kuantan ni sebab sampan dia kecik kecik. Di Bukit Belimbing, sampan dia besar dan muat ramai orang. Kacau daun kalau masing masing sibuk

"Ooooooooooo. Aaaaaaaaaaaaaaaaa. Eeeeeeeeeeeeeeee. Waaaaaaaaaaaaaaaa"

Gambar kelip kelip tarax !

Mereka bilang tak mahu overexposed. Kalau nak tengok, pegi sendiri. Seeloknya pegi waktu bulan tak mengambang. Lepas maghrib dah cun. Jangan risau, ada surau dan kemudahan di sediakan di kawasan jetty ini.

Cemana nak pegi? Ikut je Highway LATAR Laksa ke Kuala Selangor. Pastu nanti nampak sign Kampung Kuantan. Senang je.

Bayaran naik sampan, sorang RM10 seorang.  Kalau nak feeling feeling romantik sewa je satu sampan, RM50 sesampan.

Pegi lah. Tak payah tunggu Christmas. Wajib tengok ni at least sekali seumur hidup.



Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku coba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah

Jika pernama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi

Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi

Menyinar bagai kelip-kelip