Pages

Tuesday, July 31, 2012

Food Fiesta Ramadhan GBS

Hoyah !!!

* begitu tanda sorakan bersempena sukan Olympic.

Maka dengan ini aku nak memberi tau walaupun dah tahu, satu acara gilang gemilang perut membuntang GBS telah di adakan dengan jayanya !

Lokasi yang pada awalnya di cadangkan di rumah MH di Beverlly Hills telah di tukar di saat akhir ke kawasan elite serba mewah iaitu Palm Springs di mana model dan pelakon terkenal BayWak iaitu IH tinggal. Tempat yang turut menjadi lokasi kediaman artis artis ternama lain seperti La Toya Jackson, La Toya London. La Toyol, La Bamba, La Mbada serta La Korang Dah Kena Tipu....

Majlis yang diserikan dengan kehadiran penuh gemilang GBS dengan pakaian bertemakan 'sekarang longgar tapi kau tunggu la kejap lagi sendat semuanya' bermula dengan persembahan artis serba serbi, BW dengan lagunya Tamparan Wanita.

Sebagai seorang wanita, sampai sampai je dia terus membebel. Membebel sebab makanan banyak. Pasti jadi Ustazah mengeluarkan dalil dalil kenapa kita tidak boleh membazir. Sayanglah kita kepada makanan. Kalau tak makan ni, nasik akan menangis hiba dan lain lain lagi.

Persembahan BW telah mendapat kutukan dan sambutan hambar dari peminat.

Selepas itu, dengan kemunculan ala retro, t shirt dan seluar jeans saja, CP telah membuat persembahan memukau penonton dengan aksi gorengannya. Tapi bukan goreng gitar, tapi goreng menggoreng serta menumis, menumbuk, menguli serta memasak menu makanan yang penuh meja. CP yang muncul tanpa OR dia sebabORdiabalikrumahkakakdiabukakpuasa tapi merekamasaksamasamadirumahdia haha pastu pastu pastuCPdatangdenganawekskandal dia tu !

Begitu aku gossip cakap laju laju.

Apa apa pun, persembahan CP adalah memukau pandangan dan deria rasa.

IH sebagai tuan rumah kali ni telah elegan dengan busana Pua Kumbu nya mengesat air tumpah di lantai, menyapu sampah dan mengemas rumah.

Dan MH dengan aksi berani mati, muncul dengan lagu Trauma kerana macam biasa, lepas makan dia akan berak pastu makan lagi pastu tidur kejap pastu berak dan makan lagi.

Susah kalau mengalami perut yang sentiasa bergelora ni.

Dan saya. Selaku artis antarabangsa. Muncul di saat saat akhir dengan lagu bertajuk 'Berdua Bersatu' kerana akhirnya selepas seharian berpuasa, dapat juga bersatu semula dengan Kotak Merah.

Ya awww awwww.

Dah. Malas cerita banyak. Layan gambar je lah.

Remang remang cahaya senja

Kuala Lumpur

Senja Ramadhan

Nasi Impit dan Lemang

Bihun Bodoh, tapi kali ni tak berapa bodoh sebab ada udang ayam segala

Ayam Masak Merah hasil sentuhan MasterChef CP dan OR nya

Nasik Tomato, on the way IH cakap " rumah aku tak de beras !!!" terpaksa gi beli beras dulu.

Kari Dalca dengan segala mak nenek sayur mayur dalam ni

Hasil sentuhan awek CP... apa ntah nama benda ni

Hasil sentuhan IH dan Ratu Bogel beliau

Hasil sentuhan aku... ehem ehem. Psst. Aku beli kat Param

Akok Dan Abang dari MH

Rendang Daging terbaik dari Chef

Sunquick Asam Boi hasil sentuhan tak kecundang BW


Kau orang mampu ada cerek klasik macam ni???

IH ada okeh. Dia ambik kat kampung dia. Aku tanya dia cemana dia nak tau air ni dah masak. Dia jawab, budget budget lah, pastu lari ke dapur macam dah mendidih, tarik key Mariah Carey buat whistling sendiri.

* pengsan.

Jom intai dalam peti sejuk rumah IH. Hahahaha.

Meriah Carey

Dan acara santai telah memberi satu kejutan riang buat abang.

* pegang dada Noreen.

CP dengan rela hati nya memberi hadiah docking Philips yang dia beli ni untuk aku sebagai hadiah hari jadi TAHUN LEPAS !!

* koma.

Apa apa pun, terima kasih CP. Terima kasih banyak banyak. Walaupun awek dia kita orang dera basuh pinggan dan kemas dapur sampai nak pengsan minah tu.

Ehem ehem. 

Testing over !

Orang lain punya birthday orang lain yang dapat hadiah. How???

Actually, pertemuan ni jugak nak celebrate birthday CP sekali yang jatuh minggu lepas. Dan birthday BW yang jatuh pada minggu minggu lepas.

Seperti biasa, ada kek dari BW untuk CP.

Cheese Cake Oreo.

Kau mampu makan kek atas padang astroturf?

Ni hasil dari katerer yang datang. Hahahah CP punya barang la ni

Suasana malam selepas perut kenyang

Lampu lampukan yang beromantika membuatkan mata masing masing layu di hujung mekar

Dan, acara keji tetap ada.

Lepas makan, kenyang, baring, tidur, ada yang lelap, gelak ketawa, solat, berak, solat lagi dan macam macam aktiviti, kami semua keluar.

Berbondong bondong 3 kereta kami ke acara....

Karaoke di Bulan Puasa !



Lokasi kali ni di Sogo nuh.

Orang ramai gila kat Jalan TAR bershopping walaupun dah pukul 12 malam. Parah jugak la nak dapat masuk ke Sogo. Apa apa pun, bersempena bulan Ramadan ni, pilihan lagu adalah berbentuk nasihat, nasyid dan berunsurkan keislaman.

Ya.. sebelum masing masing naik hantu tarik key nyanyi lagu Di Ambang Wati. Lagu favourite aku ni dari Ah-Wie. Lepas tu semua dah tak sopan dan lupa diri. 

Pukul 3 pagi, konser tamat dan artis artis jemputan ini pulang ke rumah masing masing untuk bersahur.


Yang putih bersih
Dalam gita kama
Si ratu yang di rindu
Persis citra sakti mimpi
Insan

Di ambang wati
Di dasar hati
Dan diri yang menyeru sumpahan
Sehangat nyawa bergelora

Terbuka hendaknya pintu segala azam
Malam antara malam sepasang rembulan
Kembali terpatri panji sejahtera
Mengotakan janji silam

Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar
Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari

Asmara kejar mengejar
Mendungnya sepanjang hari beredar
Menunggu bayangan berahi
Menghitung detik perpisahan
Mendamba ke pangkuan kekasih
Menangis dalam kesyahduan

3 comments:

  1. mcm lampu umah aku! hahahaha! ko dtg rumah aku kah? tidekkkk...

    koke ramadhOn? wow...sila nyanyi lagu raya nanti ye :D

    (siut la mknn sedap2!)

    ReplyDelete
  2. siot je eja romadhOn..

    posa ok. aku ramping skit ( tang jari ).. aku rasa kau beli lampu tu sama tempat dgn tuan rumah si IH..

    ReplyDelete