Pages

Sunday, July 29, 2012

Kelip Kelip Kampung Kuantan

Tahu apa itu Kelip Kelip?

Bagus !

Tahu di mana Kampung Kuantan?

No !

Bukan di Kuantan, Pahang. Tapi di Kuala Selangor.

Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Specis jenis ‘Pteroptyx tener’ adalah sepsis yang terbanyak sekali terdapat di Kampung Kuantan. Keunikan yang ada pada Kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya. Yang menjadikan Kelip-kelip ini lebih unik lagi ialah kelipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.

Pokok Berembang atau ‘Sonneratia Caseolaris’ adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. Ia memerlukan keadaan cuaca yang lembap dan persekitaran berpaya. Pokok berembang penting kepada Kelip-kelip sebagai sumber makanan. Selain daripada itu, pokok Berembang juga penting sebagai habitat serta bertindak sebagai penapis kotoran dan racun dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan yang terdapat di dalam sungai.

Kampung Kuantan adalah sebuah perkampungan kecil yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa dan kelapa sawit. Kampung ini terletak kira-kira 56km dari Kuala Lumpur dan 9km dari Kuala Selangor.

Kampung yang indah dan permai ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana tenang untuk beristirehat and melapangkan fikiran, jauh daripada hiruk-pikuk dan kesibukan kota. Di kawasan berhampiran, terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik seperti Bukit Malawati yang bersejarah dan Taman Alam Kuala Selangor yang mempunyai pelbagai spesis burung-burung. Terdapat juga sebuah pekan kecil untuk persinggahan iaitu Sri Segambut yang dikelilingi oleh kawasan sawah padi. Akhir sekali, terdapat juga kawasan pantai iaitu Pantai Remis yang terkenal dengan keindahan pantainya yang cantik dan kepelbagaian makanan lautnya yang lazat.






Actually, ada satu port lagi iaitu di Bukit Belimbing. Personally, aku prefer naik di Kg Kuantan ni sebab sampan dia kecik kecik. Di Bukit Belimbing, sampan dia besar dan muat ramai orang. Kacau daun kalau masing masing sibuk

"Ooooooooooo. Aaaaaaaaaaaaaaaaa. Eeeeeeeeeeeeeeee. Waaaaaaaaaaaaaaaa"

Gambar kelip kelip tarax !

Mereka bilang tak mahu overexposed. Kalau nak tengok, pegi sendiri. Seeloknya pegi waktu bulan tak mengambang. Lepas maghrib dah cun. Jangan risau, ada surau dan kemudahan di sediakan di kawasan jetty ini.

Cemana nak pegi? Ikut je Highway LATAR Laksa ke Kuala Selangor. Pastu nanti nampak sign Kampung Kuantan. Senang je.

Bayaran naik sampan, sorang RM10 seorang.  Kalau nak feeling feeling romantik sewa je satu sampan, RM50 sesampan.

Pegi lah. Tak payah tunggu Christmas. Wajib tengok ni at least sekali seumur hidup.



Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku coba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah

Jika pernama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi

Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi

Menyinar bagai kelip-kelip

4 comments:

  1. Highway LATAR, Supermeng, yg gi Kuala Selangor..

    laksa memang sedap dimakan di bulan posa ni..

    ReplyDelete
  2. ops.... I did it again...

    * tolak Britney spears dlm kawah laksa

    ya lor.. silap. sorry

    ReplyDelete
  3. aku dah lama teringin...tapi katanya ada buaya dlm sungai dimana sesekali sampan itu akan lalu diatasnyer. owh tidakkkkk! benarkah?

    ReplyDelete
  4. seriously ada...

    tapi mereka berhemah dan baik baik belaka... mostly tembaga one

    ReplyDelete