Pages

Friday, June 8, 2012

Incredible India - Agra - Sikandra

Dalam perjalanan dari Delhi ke Agra, kami singgah di Sikandra.


Sikandra ini merupakan kubur Akbar the Great. Atuk kepada Shah Jahan dan merupakan satu masterpiece senibina yang paling penting dalam sejarah Mughal India. Di bina pada tahun 1605 dan siap 7 tahun selepas itu.

Di namakan Sikandra kerana ia terletak di kawasan bernama Sikandra iaitu sebuah kawasan yang terletak kira kira 14 kilometer dari Agra.

Pandangan pintu masuk dari bangunan pusara

Sebaik saja sampai di tempat parking Sikandra ini, drebar bagitau aku kami kena menunggu Guide aku yang akan bawak aku jalan jalan di dalam kawasan ni.

Aku dah kerengsaan.

Argh. Guide lagi.

Aku tak perlu kan Guide.

Aku malas. Pening kepala. Buatnya dapat macam Vikram semalam akan buat mood aku merudum lagi hari ni. Tapi nak buat cemana, semua dah masuk dalam pakej. So aku terima je lah.

Guide aku kali ni nama dia Rajan.

Dia muncul dengan jeans dan baju kemeja kotak kotak. Muda lagi orangnya. 

Sampai sampai di perkarangan berhadapan dengan entrance Sikandra ni, dia bagitau aku.

Pintu masuk utama

"Let me start by telling you a bit about this place"
"OK. Go ahead"

Aku dah start main main camera. Langsung tak ambik port apa dia cakap. Tapi yang aku tau, dia cakap macam menghapal.

"This building was built.. bla bla bla"

Kejap mata dia ke atas. Kejap mata dia ke bawah. Cuba menghafal fakta. Aiyo. Macam budak sekolah je.

"Are we done here?"

Aku tanya dia.

"Yes. We can go in now"
"OK. I want to go by myself. You dont need to follow me"
"Are you sure?"
"Yes. Dont worry"

Dan tu la modus operandi aku lepas tu. Aku rasa kalau dia ikut aku pun menyemak je. Dia akan cerita fact fact yang aku malas nak ambik port. Tak best.

So baik je aku masuk dan jalan jalan sendiri. Lagi pun aku cuma nak tengok kawasan dan ambik gambar je.

Dia akur. Cuak jugak muka dia. Mungkin dia syak aku tak suka dia. 

Aku bukan tak suka. Cuma berhati hati saja.

Ayuh. Kita masuk kawasan ni.


First impression bila aku masuk tempat ni aku rasa kagum. Monumen dia besar. Siap dengan garden garden semua. Saling tak tumpah macam Humayun's Tomb yang aku pegi semalam.

Tapi Humayan's tu tetap aku rasa lagi best pada tempat ni.

Sedikit sejarah mengenari tempat ni seperti yang di ceritakan oleh si Rajan.

Tempat ini di bina sendiri oleh Emperor Akbar. Beliau sendiri yang mahu di kebumikan di tempat ini sekiranya beliau mangkat. Tempat ini tak siap lagi beliau dah mangkat, maka anak dia menyambung dan sampai la tempat ini siap. Dan di sini la jasad Emperor Munghal ke tiga di India ini di tanam dan kekal hingga sekarang. 

Tempat beli tiket. Macam biasa, harga foreigner adalah lagi mahal

Pintu masuk bangunan pusara

Salah satu kubah di hujung bangunan

Kubah kubah kecil di atas bangunan pusara

Kawasan tepi bangunan. Di setiap arch tu ada kubur kubur pegawai sewaktu zamannya

Dome dan kawasan dalam bangunan pusara.

Lampu di tengah tengah dome

Details dome di penuhi dengan bunga bungaan dan ayat suci Al Quran

Dan ini la pusara Akhbar The Great.

Sebaik saja masuk ke dalam bangunan ni, kena lalu lorong sampai ke tengah bangunan di mana di situ bersemadinya Emperor Akhbar. Tapi Rajan cakap ini kubur tak betul. Kubur betul sebenarnya ada di bawah tanah dan tak boleh di masuki oleh pelawat. 

Kawasan dalam bangunan sejuk walaupun tak de aircond.

Memag tak de lampu tapi di atas bangunan tersebut terdapat tingkap tingkap kecil yang menyalurkan cahaya masuk ke tengah tengah bangunan ini.

Lihat details dan senibina dalamannya.

Dome yang sedikit rosak

Tingkap yang menyalurkan cahaya masuk ke tengah bangunan

Selepas habis melawat kawasan pusara dan dalam bangunan. Aku berkeliaran di kawasan sekitar.

Ayuh kita tengok apa yang ada.

Time aku pegi tu tak ramai orang. Mungkin sebab musim summer memang foreigner kurang dan orang local pun tak ramai yang datang. Bagus jugak. At least tak de la aku berebut rebut dengan orang ramai.

Bahagian dinding bangunan

Di bawah setiap arch tersebut ada kubur kubur lain.

Dan di empat penjuru ada arch terus tembus dari satu bahagian ke bahagian bangunan yang lain. 

Arches dalam bangunan

Terdapat 4 pintu masuk seperti ini ke dalam bangunan pusara


Pintu masuk dari arah barat bangunan

Ada je yang bertenet 

Arch dari bahagian dalam bangunan

Kawasan taman sekitar Sikandra

Pintu masuk utama

Kawasan dalam entrance utama

Pintu masuk utama

Menara pintu utama

Selesai melawat kawasan Sikandra ni aku keluar.

Rajan ada menunggu aku. Kesian dia panas panas menunggu.

"Are you OK?"
"Yes"
"You like the place?"
"I like Humayun's better"
"Oh.. I hope you will like Taj Mahal"
"I'll sure do"

Dan kami borak borak sikit sebelum bergerak ke parking di mana drebar kami menunggu.

Cuaca sangat panas. Ada je orang ramai yang datang berkunjung. Mostly local.

Sampai dekat kereta. Drebar tengah tidur tapi lepas tu dia bangun dan borak borak dengan Rajan.

Rajan dan jugak drebar

Tengah aku lepak lepak kat atas tembok tepi sebuah bas. Tiba tiba aku nampak satu makcik ni dengan sari bergemerlapan. Dia macam terkocoh kocoh. Tak tengok kiri kanan ni. 

Selak kain.

Duduk.

Kencing !!!

Aiyo..........

Aku tergamam. 

Nampak bontot dia. Dia tak pakai seluar dalam !

Pastu agaknya dia nampak orang belah sana. Dia pusing ke arah aku. 

Terus ternampak fefet dia secara live.

Aduh !

Sakit kepala.

Nak pitam !

Bangun. Pengsan. Bangun balik. Pengsan semula.

Macam nak terkoma serta merta.

Haram tak tau malu kencing merata. Ntah hapa hapa je. Aku nak tergelak pun ada. Sebab aku kaget tak sempat nak ambik gambar. Tapi memang jelas terbayang apa yang aku nampak.

Lepas siap siap 'menggoreng' tu dia bangun terus naik bas.


Ya. Makcik tu salah seorang dari penumpang bas rombongan ini.

* sambung pengsan.

Tak boleh bernafas aku di buatnya.

5 comments:

  1. salam singgah! cantik gmbr2nya!!! hehehe.

    jom terbang supermeng!

    ReplyDelete
  2. ya Allahhhhhhhhhhhhh! aku plak yg geli n malu pasal makcik kencing tu! hahahahahahahahaha! tak bleh blah!

    omg, mesti ko terbayang2 lagi. kalo ko doctor sakit puan, takpe la slalu tgk, ni tak pasal2 dok terkenang2 jer kahkahkahkah!

    adeh...sakit perut aku. neway, gambar serius cun. aku suka sbb ko jenis amik gambar detailing bangunan. cool!

    p/s: eh danny pun menyinggah :) *member aku*

    ReplyDelete
  3. Thanks Danny. Thanks Biqque.

    * campak seluar dalam kaler oren kat Danny dan Kuning kat Biqque.

    Korang terbang dulu !

    kau jgn x pakai spentot macam makcik tu pulak

    ReplyDelete
  4. Ayoyoyo.. Aci tara senonoh!! (smbil tepuk kapla)

    ReplyDelete
  5. hahahahahahaha artis hollywood sungguh siap baling spentot!

    ReplyDelete