Pages

Saturday, June 9, 2012

Incredible India - Agra - Agra Fort

Sebaik saja kami sampai di Agra, drebar terus bawa aku ke Agra Fort.

Plan asal nak balik hotel dulu boleh berehat rehat tapi aku fikir leceh la pulak. Jadi kami sepakat, Rajan pun setuju maka kami terus je ke Agra Fort.

Agra Fort terletak di dalam kawasan Agra dan tak berapa jauh dari Taj Mahal itu sendiri.

Di persimpangan jalan di depan Agra Fort ni agak sibuk. Ada orang berjual jual. Pelancong pun agak ramai. Tapi cuaca tetap tak membantu.

Panas macam hapa je.

Nak tak nak terpaksa la aku turun lepas drebar hentikan kami di depan pintu masuk Agra Fort ini.


Sebaik saja kami nak masuk, Rajan bagitau aku.

"Let me tell you a bit about this place then you can go inside by yourself"
"Great !"

Hahaha.

Tak payah aku bagi tau dia dah sendiri faham. Bagus guide macam ni. Dia tak sesakkan otak aku.

So dia bercerita la pada aku perihal Agra Fort ni dan kali ni aku dengar dengan teliti. Sekadar mengambil hati.

Hiks.


Agra Fort merupakan satu lagi monumen penting yang merupakan UNESCO World Heritage Site terletak di Agra. Terletak lebih kurang 2.5 km dari Taj Mahal ia lebih di kenali sebagai bandar kubu. Kawasan ini kelilingi dengan tembok dari batuan merah sama seperti Red Fort di Delhi.

Bangunan ini sebenarnya di bina oleh Emperor Hindu sebelum Emperor Muslim mengambil alih dan Emperor Akhbar telah menjadikannya tempat pemerintahan baginya di Agra ni.

Masa beli tiket, aku macam biasa terus hulur duit IND200.

Mamat kaunter tu macam tak percaya.

"Where are you from? Bangladesh?"

* pengsan serta merta.


Siot je cakap aku dari Bangladesh.

Hello !

Aku dari Italy tau. Ni kulit gelap sebab jalan jalan di Delhi kelmarin ! Kalau hari biasa, saya adalah putih gebu !!!!!

* mati la tak mengaku.

Hahaha. Kalau aku tipu dia dan bayar harga local pun tak pe kot. Mesti dia tak perasan. Tapi tak pe lah. 

Masuk masuk je ramai local duduk berpeleseran di kawasan ni.

Melepasi pintu masuk utama. Ada satu lagi gerbang dan kena naik macam bukit sikit sebelum pintu ke dua dan sampai la di kawasan lapang dengan taman yang indah. Kawasan berbentu segi empat itu terletaknya bangunan ni.


Bangunan ini sebenarnya Dewan Am untuk public audience. Tak de apa sangat kat sini tapi senibinanya lawa jugak la dengan arches dan sebagainya.

Ada satu kubur di depan bangunan ni. Aku tak pasti siapa.

Dan macam biasa.

"Excuse me, can you take my photo"

Dan aku dengan rela nya jadi jurufoto tak bergaji.



Tengah aku melilau lilau tu, tiba tiba di tegur lagi.

Ada beberapa mamat Hindu rasanya local. Aku ingat dia nak suruh aku ambik gambar. Tapi rupanya dia nak ambik gambar aku.

Abang pun apa lagi. Feeling feeling artis lah. Terus pose pose dengan hidung kembang kuncup.

"Thank you all."

Cakap dalam hati je lah.

Di dalam kawasan Agra Fort yang luas ni, siap ada masjid. Ni yang kubah putih putih ni adalah masjid. 




Dan beberapa gambar kubah masjid dari Dewan am tadi tu.

Masuk ke dalam dewan am ada dewan khas. Di sini akan bertemu dengan satu kawasan segi empat lagi di mana tengah tengahnya ada padang. Di sini la Dewan khas untuk pembesar dan pertemuan keluarga di raja.

Ini adalah bahagian dalam Dewan Khas. Agak creepy jugak tempat ni, nasib la ada orang lalu lalang.

Ruang tengah yang lapang sesuai untuk pesta dangdut


Dinding yang menghubungkan satu bilik ke bilik


Kawasan padang di tengah tengah Diwan Hall

Abang askar sedang menjaga keamanan dan berangan

Kawasan dalam ni luas tapi tetap berhubungan di antara satu dengan bangunan yang lain.

Dari Diwan Khas tadi aku terus masuk ke kawasan satu lagi nama dia Musaman Burj.

Dan di sini la sebenarnya penjara yang telah mengurung Shah Jahan selama 7 tahun oleh anak beliau sendiri.

Penjara dia betul betul bawah kubah kaler emas ni.


Dan ironinya. Dari penjara ini beliau dapat melihat Taj Mahal yang di bina khas untuk isterinya Mumtaz Mahal.

Mesti nak tau kenapa anak dia penjara kan bapak dia ?

Sebenarnya anak dia ni adalah anak bongsu. Dia nak jadi raja. So dia bunuh abang abang dia dan dia penjara ayah dia ni sekali dengan alasan dia kata ayah dia gila sebab Shah Jahan nak bina satu lagi Taj Mahal dari batu berwarna hitam which is impossible la time tu.

Nak bina Taj Mahal pun dah makan masa dan tenaga rakyat.

Dan ini la pandangan Taj Mahal dari dalam penjara Shah Jahan

Ini la penjara Shah Jahan. Dan di ruang ini beliau dapat melihat Taj Mahal dan pusara isterinya

Dan di bahagian ini la Shah Jahan di khabarkan meninggal dunia selepas 7 tahun di penjara dan menanggung kesakitan.

Dan saksikan detail di kawasan bangunan yang menghubungkan Mussaman Burg dan juga Jahangir Mahal.

Jahangir Mahal adalah bangunan yang telah di bina oleh Emperor Akhbar untuk anak beliau Jahangir. Batu batu dan dindingnya adalah berwarna merah.





Jahangir Mahal menghadap sungai dan Taj Mahal

Jahangir Mahal dari hadapan. Orang ramai ramai tu buang duit dalam perigi. Katanya boleh menyempurnakan hajat.


Dan akhirnya aku keluar dari kawasan Agra Fort ni.

Sebab aku tak masuk Red Fort so tak reti nak compared. Tapi mostly about the same. Ni semua kawasan kubu dan pemerintahan kerajaan Muslim lama di India.

Keluar dari Agra Fort. Rajan dah menanti.

"How was it?"
"OK"

Tu je la soalan dia. Pastu dia sambung cerita kat aku sikit lagi perihal Agra Fort ni sebelum dia telefon drebar untuk mengambil kita orang.

Sempat aku melilau di kawasan sekitar.

"I need to buy something. Souvenir"

Aku berjalan dan bergerak dari satu kedai ke kedai yang lain.

"You get it?"
"I am looking"

Aku cari FM sebenarnya.

Jumpa satu kedai.

"How much?"
"INR50"

Pastu ramai orang datang mengerumun. Nasib baik ada Rajan dia tarik aku.

"You want to buy here?"
"Nevermind. I just want to know the price. We can get it somewhere else"

Pastu Rajan cakap Hindu kat dia orang baru la dia orang bersurai. Kalau tak aku dah macam taik di hurungi lalat.

Aku? Tahik?

No !

Baru aku perasan aku agak busuk. Panas dan berpeluh. Rexona tak mampu menyembunyikan bau.

Tapi Rajan pun ada sikit sikit bau.

Hahahaha



Kami bergerak meninggalkan Agra Fort.

Kali ni aku benar benar lapar. Aku suruh dia orang bawak aku makan dulu. Semalam pun aku makan biskut je. Hari ni satu hari tak makan.

Oh. Apa kah aku boleh kurus kalau tiap tiap hari macam ni????

3 comments:

  1. kitorang pi sana sume balik turun 4-5 kilo ko! hahaha!

    haah, local suka amik gambar tourist, buat simpanan tunjuk kat member kot konon hebat la ada kawan obersi hahahaha!

    rajan tak kasi kuiz ke? kihkih!

    serius, kalo shah jahan tu tak gile, takde der taj mahal tu. tapi sian gak kat dia kena kurung mcm orang gile tgk dari kejauhan jer kan. anak sendri plak tu...senang cite, dia, anak dia, sume gile lah!

    ReplyDelete
  2. aku rasa balik india aku tambah gemok...

    mungkin sebab xde kena keracunan apa apa. kalau x turun gak la 10 kilo

    ReplyDelete
  3. aah, sape kena diarrhea jer yg blk kurus :) patu ko jalan stock raja kapoor, mmg la tak turun...haaha! so agak2 nak turun berat badan, sila pi sana lagi dan jalan kaki hahaha!

    ReplyDelete