Pages

Thursday, May 10, 2012

Trip Anniversary - Rawa - Part 1

Berikut adalah trip Anniversary aku dan OR yang ke tak ingat berapa. Kami telah meraikannya dengan bercuti ke Pulau Rawa, Johor. Budak budak tinggal.

Aku sebenarnya yang nak pegi ke sini. OR tu paksa rela je walaupun dia sebenarnya tak suka pulau. Panas la kononnya.

Pulau Rawa, Mersing

Kami bergerak ke Mersing seawal subuh dan berjaya sampai di sana seperti yang di janjikan. Aku dah call orang bot tanya pukul berapa dia sampai, dan mereka bagitau dalam tengahari. Lama pulak nak kena tunggu.

Jetty Mersing

Kami sampai di kawasan jetty Mersing dan lepak lepak menunggu di situ.

Segala tempahan dan urusan penginapan telah dilakukan melalui Alang's Rawa Mersing.

Rengsa kami menanti bot. Memula janji pukul 12 tengahari. Called tak dapat, tunggu la aku dengan OR tepi pantai tu tak buat apa. Kejap kejap berborak sesama kami. Sempat makan tengahari kat area food court kat situ.

Menghilangkan kebosanan. Kejap aku baring, kejap OR baring sebelah aku. Masih rengsa menanti bot yang belum kunjung tiba.

Banyak bot keluar masuk, tapi semuanya pergi ke destinasi berbeza.

Kami dah tempat bilik di Rawa tu, dan bot dia hanya akan datang untuk ambik kami, tiada bot lain ke sana lagi.

Tu lah. Sebab bot ni tak berapa confirm. Dia kata dah sampai tadi, tapi nak isi minyak dulu, jadi kami terpaksa menunggu.

Akhirnya aku ambik keputusan, aku beli nasik dan bungkus saja.

Elok aku kembali mendapatkan OR, orang bot called. Bot dah bersedia nak bergerak. Tak sempat nak makan. Terus pack masuk dalam beg dan terus naik bot.

Bot dia tak berapa besar, speed boat. Hanya boleh memuatkan lebih kurang 12 orang. Tapi dalam tu ada 2 keluarga Cina yang dah siap siap naik bot. Aku dah OR duduk belakang sekali.

Kami rasai angin mula menghembus deras menampar muka tatkala bot mula meluncur membelah muara sungai Mersing keluar ke Laut China Selatan.

Kau ada guna perkataan 'Tatkala'?

Aku ada !

Speed boat meninggalkan Mersing

Kapal layar di perairan

Masing masing sudah excited. Pulau Rawa sudah jelas kelihatan.

Perjalanan dengan speed boat mengambil masa kurang dari 30 minit untuk sampai. Cuaca sangat baik sekali. Lepas berhempas pulas menentang angin, akhirnya Pulau Rawa tersergam indah di depan mata.

Cantik tak?

Airnya cantik sekali.

Pulaunya tenang dan mendamaikan.

Di sini, sudah lama aku rasa teringin untuk datang. Dan kini, kaki aku akan memijak pasir pasir putihnya buat kali pertama.

Selamat Datang ke Pulau Rawa.......

Kawasan resort Alang's Rawa

Pulau Rawa ni asalnya adalah private island kepunyaan kerabat di raja. Dulu hanya ada satu resort mewah dan jarang sekali orang orang biasa mampu pergi. Tapi atas sebab sebab tertentu, kini pulau ini terbahagi kepada dua. Satu bahagian resort yang lebih exclusive dilengkapi dengan resort mewah iaitu Rawa Safaris Island Resort dan satu bahagian lagi adalah tempat biasa yang baru siap di bina menempatkan chalet yang lebih mampu untuk di diami iaitu Alang's Rawa.

Bot mula mencecah pasir putih. Seorang demi seorang mula turun dan kami turut sama mengambil bahagian.

Layan gambar skit.

Jetty dan resort Rawa Safaris. Alang;s Rawa tak de jetty so sedialah untuk basah kaki

Alang's Rawa. Chalet dan restoran

Langkah pertama kami terus ke Alang Rawa tempat kami dah booking. Ada satu ruangan restoran yang menempatkan lobby untuk check in dah sebagainya.

Ramai mat salleh di situ. Rasanya ada lebih kurang 30 orang. Semuanya tak berbaju. Tempat itu seolah olah begitu asing. Tiada orang Melayu. Tiada wajah wajah yang sawo. Tiada kedengaran bunyi orang bercakap Bahasa Melayu. Macam bukan rasa berada di Malaysia je.

View pantai

Pasir memutih

Air membiru. Cuma cuaca macam nak hujan

Aku cuba terus check in. Tapi menurut petugas di situ yang juga mat salleh, bilik belum siap dan kami terpaksa menunggu.

Hah. Rengsa. Perut lapar.

OR agak keberatan bila aku ajak dia lepak lepak di restoran tu. Sudahnya kami duduk lepak jauh sikit di bawah pokok kelapa di atas kerusi dan makan nasi bungkus. Cuaca panas sungguh !

Tapi ada je yang beraktiviti

Lepas makan melangut tak buat apa. Bosan jugak la bilik tak siap siap. Stress jugak aku dengan resort ni walhal kami dah sampai, buat la sesuatu. Mentang mentang la kami Melayu dia buat macam tak tau jer.

Boring tak tau nak buat apa, kami pegi ke resort mahal tu jalan jalan.

Pantai dia kurang cantik sikit di sini tapi still consider lawa

Jetty dan ada sliding untuk mandi manda

Water chalet

Tempat istirehat

Di situ memang kelihatan berbeza. Struktur bangunan dia, pantai dia, dan lebih penting, kat situ boleh nampak orang Melayu. Boleh dengar kanak kanak riang mandi laut dan di pukul ombak. Jauh sangat berbeza dengan tempat asal tadi.

"Lepak sini jap lah"

Kami duduk tepi pantai. Ada rimbunan pohon kelapa melambai lambai. Ada buai buai tersedia. OR baring di situ dan aku hisap rokok.

Layan tengok budak budak mandi je. OR kerengsaan sebab dia tak tahan cuaca panas.

Aku suruh dia rest kat situ dan aku gi jalan jalan merayap jap sekitar kawasan resort ni menuju hujung pulau.

Layan view.







Ada laluan kayu sampai ke hujung, tapi panas kaki !

Sudahnya aku patah balik.

Terus pulang ke resort kami semula.

Lepak tunggu di sini. Ni kawasan lobby dan juga satu satunya restoran di Alang's Rawa ni.

Speed boat yang membawa kami datang tadi

Dah hampir satu jam lebih, kami tak sabar nak check in bilik. Cuaca panas memang boleh buat sakit kepala. Lagi sakit kepala dengan pegurusan Alang's Rawa yang macam endah tak endah jer. Memang double standard sikit. Mungkin kami je Melayu yang datang jadi kami di layan tak semenggah mana.

Kata bilik siap dalam masa sejam. Bila tanya. Tak siap siap juga. Sudahnya kami terpaksa melangut lagi hampir 2 jam lebih, baru lah kami dapat bilik kami.

Dia tengok aku buat muka bengang baru nak gigih melayan.

Akhirnya baru la kami di beri bilik yang di tempah. Chalet jenis A. Aku memang mintak yang ni. Tak berapa banyak chalet yang ada lagi waktu ni.

Bilik dia basic je dan tak de aircond. Harga mahal jugak

Tapi OK la

Paling best view dia dan jarak ke pantai dekat gila

Kami rest je kat chalet. Cuaca dah mula mendung. Mungkin nak hujan.

Lega sikit dapat berehat di chalet yang kami menginap.

Cuaca tak menentu, kejap panas kejap hujan dan kami tak mampu nak keluar. Duduk dalam bilik dan menikmati permandangan yang sangat indah dengan laut yang terbentang luas.

Sangat cantik. Dan lautnya hanya beberapa langkah dari chalet kami.

Dari dalam chalet

Bila agak redup baru kami mula berenang. Mandi sama sama. Time tu dah tak ada orang lain di situ. Cuma ada kami berdua dan 2 keluarga cina yang sama sama naik bot dari pengkalan tengahari tadi.

Syok sebab tak ramai orang.

Santai

Chalet kami

Menyusuri pantai

Aktiviti petang

Jalan jalan sampai hujung pantai

Lepak tepi pantai bersantai

Tiada orang lain kat pantai. Hanya aku dengan OR je.

Bertemankan pukulan ombak lesu di gigi air, menikmati mentari petang yang mula menghilang.

* pengsan



Malam tu lepas makan di restoran jalan jalan kat pantai dalam gelap pekat malam.

Pastu lepak lepak tepi laut. Bergemerlapan cahaya bintang menyinari malam. Banyak gila nampak bintang. Banyak gila gila. Siap baring atas pasir lagi. Ada 3 kali nampak taik bintang. Cantik betul langit. Bintang bintang seolah olah boleh di petik dengan jari jer.

Lepak je melayan suasana malam dengan seribu bintang bergemerlapan.



Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

Jangan permainkan cintaku

Kami menikmati indah malam dengan angin sepoi sepoi mendamaikan. Bunyi ombak gemersik membelai. Menenangkan jiwa dua hati yang terusik.

Tiba tiba dengar suara satu keluarga Cina.

Cepat cepat aku bangun. Tak sempat bangun sebab aku berat kot, OR yang bangun.

Borak borak dengan Chinese Singaporean ni anak beranak. Dia orang nak pegi ke tempat gelap nak tengok bintang bintang. Kalau gelap lebih jelas la kot.

Riuh rendah suara anak dia cakap Cina. Mereka hilang di hujung pulau. Kami duduk berbaring semula.

Potong stim je dia orang ni.

Abis melepak balik chalet dan membuta dengan didodoikan dengan bunyi ombak laut yang pantas je melenakan mata.

bersambung..................

24 comments:

  1. lawa rupanya pulau rawa ni...tak penah plak tgk org pi sini...menarik!

    ReplyDelete
  2. ya pulau rawa sgt cantik.. tapi alang rawa tu mmg tmpt singaporean berjimba kan? yg penting mmg saya nak pengsan baca post ini.. hahah..

    btw, en supermeng.. saya nak pengsan berjalan kaki selama 8 hari di kansai area last week.. jalan2.. mesti kuar ayat saya kpd suami saya, nih lah yg supermeng pergi ari tuh.. ini lah.. itu lah.. hehehe...

    ReplyDelete
  3. memang lawa tempat ni, tapi kalau lama skit org dah ramai pegi tak lawa dah kot..

    so fara.. best tak jepun?

    ReplyDelete
  4. cantik pulau rawa ni mcm bez nk pergi lah

    ReplyDelete
  5. chalet apa yg ok sini...ada x no phone chalet tu...

    ReplyDelete
  6. nak yang mahal.

    http://www.rawaislandresort.com/rawasfr/

    yang tak berapa murah

    http://www.alangsrawa.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro... nk tye skit la.. bape ek bajet pergi sane... bajet stu kepala.. bru nk pergi :)

      Delete
    2. bajet kena contact hotel hotel tu. tak leh gi walk in jer tersadai nanti. lagipun bilik dgn bot tu specific to the hotel yang ada..

      alang rawa murah skit kot. harga bilik basic dlm 200 plus per night. bot 100 return per pax. makan kat situ la range dlm RM 15 per meal...

      kena liaise dgn resort tu sendiri...

      Delete
  7. murah tu brpe bro? guest chalet lain boleh guna ke slide tu??mcm syookk je..
    aku pon rasa macam nak pengsann jgk baca ayat ala-ala novel kau neh..hahahhahah
    nice trip!

    ReplyDelete
  8. murah x murah mana ler. kalau last minit lagi la mahal. check website la aku x hafal rate dia orang ni.

    slide tu kalau x malu buleh je guna. kalau org marah, pepandai la lari bawak diri. tak pun buat muka blur...

    hahahaha..

    selamat berpengsan !

    ReplyDelete
  9. cantiknyer.. tp shin skodeng pakej dia.. mahal nak mampuih #nanges

    ReplyDelete
  10. Shin : tu la... memang mahal jugak.

    cuba Pulau Batu Batu ... nampak mcm lawa

    ReplyDelete
  11. Wah romantik gitu !

    Tempat ni geng backpackers ada tak bang? Chalet murah-murah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. chalet ada 2. 1 tu mahal bebenor.

      yang alang rawa tu boleh la consider tapi bilik limited and it is not cheap jugak...

      tak de hostel apa semua.. (as masa aku pegi la. skrg tak pasti.. boleh google alang rawa mersing

      Delete
  12. cantik.. ada pakej snorkeling ke nie bro??? island hopping ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak der... snorkelling depan depan tu je buleh.. boleh sewa snorkelling gear rasanya

      Delete
  13. Hahaha romantic je baca post abang meng yang ni.. seswai sgt tajuk trip anniversary.

    Mahal nauuu ni bang meng resort kat sini sbb very limited kots.. Tgh email diorang Tanya ada bilik ke tidak lagi...

    Abg meng dh p rebak island tak..somewhere in langkawi.. subsi of DRB hicom Nye resort.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah dulu lagi romantik ni dah kena scrap.. sebab malu sendiri. hiks...

      try batu batu resort.. rawa ni memang mahai tapi privacy...

      rebak tu vivanta by taj tu kan? nak pegi jugak. nanti la.. skrg tak free lagi

      Delete
  14. 1st time kat sini. Mula2 pelik ape maksud OR tu..pastu br paham..haha..(sbb ingatkan penulis seorang perempuan)

    ReplyDelete