Pages

Friday, May 11, 2012

Trip Anniversary - Rawa - Part 2

Ombak, seolah olah memanggil kami untuk bangkit awal pagi.

Suasana pagi amat damai dan mendamaikan. Laut tenang seperti sebuah tasik. Ombak lesu seolah olah masin melenakan alam.

Pagi tu kami gi usha sunset kat belakang pulau. Kena panjat atas batu batu.

Selamat pagi. Matahari malu malu

Mendaki batu batu yang ada di kawasan belakang.

Matahari mula mahu menunjukkan kuasa. Tapi awan sedikit menganggu, akhirnya kami cuma duduk di situ berdua duaan. 

Abis lepak kami gi breakfast.


Laluan balik ke resort

Penghujung Pulau Rawa. Kawasan bukit atas tu boleh di daki tapi time tu tangga dia rosak dan laluan belum di baiki


Tempat breakfast

Pastu kami gi breakfast.

Breakfast kira free sebab termasuk dengan harga bilik. Makan dan borak borak. Keluarga Cina tu tak abis abis datang mengacau. Banyak pulak tanya tu. Dia tanya pasal pulau pulau lah dan aku syok je bercerita.

Borak borak kosong dan kami balik bilik. Berehat.

Breakfast dia biasa biasa je. Cuma time lunch dan dinner kena makan sendiri lah. Overall food biasa biasa je, harga pun agak mahal. Choice kalau nak kena gi makan kat resort satu lagi tu

Lepas makan lepak lepak tepi laut lagi. Cuaca macam tak berapa bagus.

 Chalet dari arah laut

Sempat lagi kami mandi laut pagi pagi. Inzal !

Hari tu cuaca mendung. Tak berapa panas. Kami sempat mandi sekali lagi lepas tu. Nak snorkelling tapi macam tak banyak ikan. Aku siap bawak roti, tapi susah betul ikan nak muncul.

Akhirnya kami ke jetty dekat dengan resort Rawa Safaris. Kat sana memang ramai orang sikit. Ada ramai kanak kanak di situ dan banyak ikan.

Kami balik ke chalet semula bila cuaca sedikit panas. Lepak lepak kat bilik je sampai ke petang. Bosan gak sebab chalet tak de TV pun. Melangut je la membuta ! Nak keluar panas cuaca. Kami pegi lunch tengahari dan berehat lagi sampai petangnya.

Chalet kami

Lepak kat chalet je

Petang sikit, kami gi jalan jalan lagi ke resort yang satu lagi tu.

Burung burung

Usha kawasan water chalet

Tumpang ambik gambor je

Pantai di Rawa Safaris

Garden chalet

Laut tenang

Tempat rehat

Santai

Jetty

Yang best pulau ni tak ramai orang. So macam dah jadi tempat untuk kami berdua je.

Balik ke chalet kami lepak lepak jer. Family Singapore tu dah balik rasanya so tinggal kami je kat situ.  Mandi. Berguling guling atas pasir takde sapa pun yang menganggu.

Santai petang


Tiada orang

Senja yang tiada di hari ke 2

Sampai ke malam, kami lihat bintang lagi. Kali ni masih cerah macam semalam tapi berawan sikit. Makan malam di restoran Alang's Rawa. Kali ni baru la staff dia mesra skit dan ajak borak borak.

Malam tu tidur awal jugak. Bosan jugak la pulau ni sebenarnya tak de banyak aktiviti.

Dan sampai lah ke hari kami terpaksa pulang. Kami tinggalkan Pulau Rawa dengan kenangan.

Pagi di Pulau Rawa


Tenang


Siap sedia nak pulang


Mentari berdiri

Lepak tunggu boat bawa kami pulang ke Mersing

Lepas breakfast dan lepak kejap kemas kemas then kami bersedia untuk pulang ke Mersing.

Pulau Rawa bakal mengamit kenangan

Masa untuk pulang


Bye bye pasir memutih

Dalam bot

Selamat tinggal Pulau Rawa

Semakin menjauh

Langit kelam sebaik memasuki perairan Mersing

Overall, percutian yang best sebab relaks dan tak ramai orang. Resort penginapan biasa biasa je. Kalau nak privacy boleh lepak sini. Kalau nak mewah boleh lepak resort sebelah tapi pulau ni memang romantik !

Apa apa pun boleh refer website ni : Alang Rawa

Pulau Rawa melengkapi rasa kebahagiaan antara saya dan pelengkap hidup saya.

Sila jeles !



Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari


Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

TAMAT

21 comments:

  1. huhu..eppy anniversaru cik du........nasib baik tak terlibat ngan pergaduhan org asing ngan kerabat diraja tu kan.....kt pulau rawa gak tuhhhhhhhh huhu

    ReplyDelete
  2. wahh baru dok search pulau rawa ni...org ramai xtau sgt kot pulau rawa ni...

    ReplyDelete
  3. Hello, may I know what resort you stay?
    Very nice!!!

    ReplyDelete
  4. Kris : welcome. enjoy rawa ! or try Pulau Batu Batu !!!

    ReplyDelete
  5. May I know the mininum price is around how much?
    Pulau Batu Batu located?

    ReplyDelete
  6. KY : i think the price is 200 plus per night. just basic room.

    check their website..

    http://www.alangsrawa.com/

    or you can try this one next to this resort ( same island ). A bit pricey

    http://www.rawaislandresort.com/rawasfr/

    Batu batu is next to rawa island. check their website

    http://batubatu.com.my/

    ReplyDelete
  7. Menarik.... cantik pulau rawa... makan senang x kt sane... ye la takot non halal kn.... heheh.... ade pkan nk g sane...

    ReplyDelete
  8. Kris : welcome


    Azma : pulau tu ada 2 resort je. so kena makan kat resort tu la.. tak pun bawak bekal....

    resort by malay.. so shud be oke

    ReplyDelete
  9. Hahahaha tersengih2 baca karangan abg meng yang ni.. So romantic hoccayh! Menyaksikan bintang segalaaaaa. Hikss.. Slmt anniversary bang meng. Sory baru baca kekdahnya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum abam meng respon, meh nk berbunyi dulu..hey FJ..long time no see ya..slmt berpuasa ;)

      Delete
    2. haippp ! FJ !!!!! budak budak dok tepi.....

      AJ.. buat pengetahuan kau FJ sekarang semakin cantik berseri... tak lama lagi naik pelamin la tu.. ye dok FJ?

      Delete
  10. Hahaha hi AJ! Long time no see you too! where have u been? Gitu speaking omputih. Haha.

    Auwww abg meng, so sweet of you. Haha. Takde maknenya naik pelamin. Sila pass sorang dua calon2 kawan2 abang2 sekalian yg masih single dan hmm available. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.. tapi semua dah kawin.. dan semua dah kertu.

      sila cari lain yang lebih muda dan ganteng2.

      Delete
  11. And FYI bang meng, alangsrawa dah reply and ada bilik kosong! Yippie. Thanks for this write up. Haha.. Terus gigih nak pergi sbb baca blog ni. Skrg kita main cuti2 dlm malaysia je lah yer. Takde pitih dah kekdahnye. Hehe.

    And yes soalan haritu reply kat sini je lah k, its vivanta by taj... im going there soonn. Ihiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah balik malaysia cuti2 malaysia je la kan? hehehe..

      nanti review vivanta tu.. teringin nak duk Taj hotel.. tapi maheiiii

      Delete
  12. Haha. Oh ye ke. Baru nak ckp congratulation..and celebration..lalalala lps dgr meng ckp FJ nk naik pelamin hr tu..hihi. Hey btw, Greece is sooo nice. tgk pics FJ & co pun dh terliur..mujur tak batal posa..huu kan meng? Hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. greece dan bangkrap.. sebelum kena jual sila la pegi. hhehehehe..

      aku jugak yang tak terpegi2.. mcm tak de hati nak gi europe. tak tau kenapa..

      Delete