Pages

Tuesday, May 15, 2012

Cuti Cuti Musim Spring - Extended - Part 2

Dari Bukit Gambang Resort Waterpark, kami bergerak semula menuju ke tol Gambang tadi.

Hari pun dah petang.

Exit Gambang kali ni terus menuju ke Kuantan.

Destinasi kami adalah untuk menginap di hotel yang telah aku book di Cherating.

Perjalanan tak de la jauh mana. Ada dalam 70km kot. Terus je ikut LPT tu then keluar di Jabor terus menuju ke Cherating. Jalan akan keluar di Sungai Ular sebelum terus menuju ke Kemaman.

Cherating terletak di antara Sungai Ular dengan Kemaman.

Memula kita orang ingat nak pegi ke Kemaman dulu sebab aku nak ambik gambar di Pantai Kemasik dan Monica Bay !

* pengsan.

Tapi bila sampai dekat Cherating tu jalan jem. Jem yang boleh tahan panjang.

"Kita terus check in je lah"
"Tak nak pegi dulu ke?"

OR tanya aku.

"Esok je la kalau sempat. Macam tak bergerak je ni"

Elok je jem tu start 1km sebelum kami sampai di hotel. Di kiri kanan jalan dah nampak signboard Legend Hotel Cherating tempat penginapan kami.

Sebab jem yang tak bergerak macam tu maka kami masuk terus ke Legend Resort Hotel dan check in.

Ni bangunan hotel dari pintu masuk.



lobby

ruang dalam lobby

"Papa kita dah sampai ke?"
"Dah. Bangun lah"
"Dah sampai hotel ke?"
"Dah"

Dia mamai mamai. Tertidur dari selepas Bukit Gambang tadi.

Urusan check in berjalan lancar. Aku dah ada booking number semua so mudah je. Terus kami dapat bilik.

Check in bilik terus.

bilik

bilik air


Yang seronoknya, bilik kami tu betul betul depan pool !

Menapak 20 langkah je sampai. Tu yang buat  Hero terus excited tu.

"Papa !  Hero nak mandi"
"Makan dulu. Papa lapar"
"Alaaaaaaaa"

Cepat je dia pegi bogel dan tukar seluar. Pakai seluar mandi yang baru di beli tadi.

"Pegi lah. Papa tengok dari sini"
"Papa..  Hero tak berani"
"Pegi la. Dekat je. Papa nampak dari sini"

Dia pegi. Excited sangat la tu. Usha kolam budak budak pastu lari balik.

"Papa.. Cepat la Papa makan !"
"Hero  tak nak makan ke?"
"Tak nak"


Kami makan di balkoni ni. Makan nasik lemak yang masih ada tadi. Belum basi lagi. So belasah makan sampai kenyang.

Hero la paling rengsa.

"Papa. Cepat la Papa"
"Pegi lah"

Haram dia nak pegi. Tak berani padahal pool tu memang dekat benor.


Nak tak nak terpaksa la dia tunggu sampai aku abis makan.

Lepas siap siap makan dan solat, aku tak tukar baju pun, tukar seluar pendek je dan terus gi teman dia.

Terus la anak aku jadi badak sumbu berenang tak tentu arah. Bising pulak tu mulut dia. Aku sibuk nak ambik gambar.

"Papa.. Papa ambik tuala tu kat mana?"
"Kat situ"
"Kena bayar ke?"
"Tak. Free la"
"Oooo. Hotel ni tak payah bayar? Hotel hari tu tak ada pun Papa?"

Aku geram jugak tengok pool dia. Memang menarik.

Pool dia besar dan ada macam 5 bahagian. Satu kanak kanak. Satu lagi kanak kanak jugak tapi dalam sikit, lepas tu ada yang paling dalam untuk main game. Dan juga kolam renang dewasa yang sangat inzal betul betul tepi pantai.

Usha pools di Legend Resort Hotel ni.

Pool kanak kanak + pool untuk games






Fuh !

Papa adalah teringin nak berenang tapi Papa malas nak tukar baju.

Teman  Hero je sambil ambik ambik gambar.

Lepas tu ajak dia ke pantai. Menikmati keindahan pantai Cherating.






Ramai jugak orang kat pantai petang tu.

Ombak agak besar,  Hero tak berapa berani nak pegi. Aku ajak pun dia takut takut. Main lompat lompat je kat gigi air.





"Papa. Jom la.  Hero tak nak mandi kat sini.  Hero nak mandi kat kolam"

Dia takut tengok ombak tu. Tak berapa biasa sangat. 

Aku pulak sibuk nak ambik gambar sunset. Sebab Cherating tak berapa nak ada sunset, cuma belah sunrise je, jadi usha biasan cahaya je. Tak de direct sunset.

Ini lah hasil yang tak seberapa.




Lepas tu teman dia mandi sikit lagi kat pool.

Ramai jugak la orang kat pool bila dah petang. Ada orang gomen buat event kat situ jugak so bertambah la ramai dengan budak budak dan orang lain.

Ambik port aku usha je la Hero mandi sambil layan rokok.

Menarik jugak la kawasan dia.

Bila dah petang sangat tu kami pun balik ke bilik. Tu pun jenuh la aku nak pujuk  Hero naik. Ikut kan dia sampai malam dia nak mandi.




Lepas maghrib aku dok pose pose atas katil.  Hero tengok kartun.

"Yang, awak nak air kopi ke?"
"Nak"

Pastu OR buat kopi.

"Awak lapar ke?"

Aku tanya OR.

"Tak sangat"
"Hero lapar tak?"
"Belum lagi"
"Kalau awak lapar jap lagi kita keluar la pegi makan"

Tu la ayat terakhir aku, sebelum aku sedar sedar dah gelap !

Tengok jam. Pukul 2.10 pagi !

Alamak !!! Membuta terus aku jadinya.

OR dengan Hero dah tidur dah.

bersambung...............

1 comment: