Pages

Monday, May 14, 2012

Cuti Cuti Musim Spring - Extended - Part 1

Neno ! Neno ! Neno !

Ambulan datang............

Meh sini, aku nak update pasal trip Cuti Cuti Musim Spring extended. 

Kan hari tu sempena musim cuti sekolah, aku dah bawak Hero jalan jalan menghabiskan cuti sekolah dia. Dah pegi Sungai Klah di Sungkai dan melawat Zoo Taiping.

Tapi aku ada satu voucher yang nak kena redeem. Aku ada dah lama dah ni, masa cuti sekolah hari tu ingat nak gunapakai, tapi bila call hotel tu dia kata fully booked.

Nak tak nak kena tukar tarikh lain.

Dan tarikh yang ada semuanya bertindih dengan jadual aku yang lain. Tup tup dapat la last day sebelum voucher tu expired bersamaan dengan weekend.

So apa lagi, kami pun merancang tak berapa teliti sangat untuk berjalan jalan lagi.

Dah bersiap siap. Ada satu kali waktu kami makan malam sama sama aku dah bagitau Hero.

"Hujung minggu ni kita pegi tidur hotel kan?"

Masa makan tu punya la mata dia mengantuk. Bila dengar hotel je terus segar.

"Malam ni ke Papa?"
"Hish. Bukan malam ni. Weekend ni lah. Esok kan sekolah lagi"

Terus mata layu balik dan mulakan aksi macam nak tidur dalam pinggan.

Punya la dia excited kalau dengar nak gi tidur hotel.

So, bila time dan masa tiba kami pun bersiap siap. Subuh subuh hari plan awalnya nak bergerak. Tapi macam biasalah, bila subuh tu aku paling culas nak bangun. OR dah siap siap masak masak semua nak bawak bekal. Last sekali pukul 8 jugak kami bergerak menuju ke Pantai Timur.

Ke mana kah destinasi kami???

Plan awalnya nak ke Bukit Gambang dulu.

Jalan tak jem tapi mendung. Nak drive pun kena berhati hati sebab baru lepas hujan.

OR dah masak masak untuk bekalan. Plan nak singgah kat R&R makan dulu nanti.

Sampai dekat Karak tetiba si Hero buat hal.

"Papa ! Hero nak terberak"
"Tahan dulu lah"
"Tak boleh tahan dah ni. Dah nak keluar dah ni Papa"

Eii. Budak ni macam macam. 

Tu lah, dalam kereta makan macam macam. Masa singgah kat Petronas Gombak dia yang meluru dulu keluar masuk kedai Petronas. Semua dia nak. Air lah. Twisties lah. Pastu dalam kereta asyik dok makan je keje dia. 

Suruh tidur tak nak. Pastu soalan biasa.

"Papa. Dah berapa minit?"
"Lambat lagi"
"Tau lah. Tapi nanti jam pendek tu pukul berapa baru kita sampai"

Jenuh la nak terangkan kat dia. Tapi dia cepat dengar kata, tak pe.

Sampai Tol Karak tu terpaksa cross over sebelah sana baru ada toilet. Kalau tak, bising dia asyik sibuk nak berak je.

Time dia berak aku tunggu depan toilet sambil layan rokok.

"Papa. Papa dah kencing ke?"
"Dah lah. Kenapa?"
"Tadi kan Papa cakap Papa nak kencing"
"Ya lah.. Berak la cepat, karang lambat kita sampai"
"Sampai hotel ke Papa?"
"Ya. Tapi kan kita nak pegi mandi dulu"
"Taik Hero ni banyak la Papa. Tak abis abis"

* pengsan.

Ada orang keluar masuk toilet dok dengar je dia dok borak dengan aku.

"Dah. Berak je lah. Jangan bercakap. Papa tunggu kat luar ya?"
"Papa jangan la pegi jauh jauh"
"Tak lah. Papa hisap rokok depan ni je"

Jenuh la tunggu dia berak. Memang banyak ler kot taik dia sebab pagi sebelum gerak dia tak berak lagi.

Pastu perjalanan di teruskan. Cuaca dah sedikit cerah. Hero kat belakang sibuk baca buku Upin dan Ipin. Kemaruk nak beli buku tu kat Petronas tadi tu. Tapi dia baca tak pe lah. Baca kuat kuat lak tu.

Yang lawaknya aku dengar dia membaca.

"..............petai-i"

Dia sebut macam pe taik.

"Petai lah !"

Layan dia sepanjang jalan, dan akhirnya baru la kami berhenti dekat hentian rehat Sri Jaya.

Baru la boleh nak makan.

Sempat la Papa try ambik gambar pertama pagi tu sebagai pembukaan.

Pokok apa pun tak tau

Bekalan pagi tu. Nasik lemak, telur, ayam, udang dan sebagainya

Cubaan nak ambik air di daun, gagal ! Memula ada bunga pastu si Hero pegi patahkan pulak

Lepas tu perjalanan di teruskan lagi.

Sepanjang jalan OK lah. Tak jem. Kereta pun tak banyak. Moto moto besar banyak la. Laju laju pulak tu dia orang ni. Tapi layan jugak tengok.

Dekat dah nak sampai dah, waktu pun dah masuk tengahari. OR drive pulak so aku masa nak bermain main dengan kamera.

5km nak exit !

Nampak sign ni. Gambar adalah gegar !

Exit Gambang tu dan terus je. Lepas bayar tol ikut ke arah Lebuhraya Tun Razak menuju ke Pekan.

Ada kampus University Malaysia Pahang sebelah kiri dan terus lagi dalam 5km sampai ke simpang ada traffic light. Belok kiri. Ada sign menuju ke Bukit Gambang Waterpark ni dan terus dalam 8Km lagi sebelum nampak tulisan besar belah kiri.

Ya.  Dah sampai.

Belok kanan dan masuk ke kawasan Bukit Gambang Resort City.

Kereta kuning tu sama sama kita orang dari KL

Sebab ini bukan lah kunjungan pertama aku ke sini jadi mudah lah sikit.

Cuma rasa ralat sebab hari tu aku ada menang satu voucher penginapan di sini tapi aku lupa mana aku letak. Tak ambik pot pun. Bila korek cari cari tengok dah expired !

So di kiri jalan akan jumpa resort. Ada apartment dan hotel. Pastu terus lagi sampai nampak bangunan ni.

Tada...........

Dah sampai !


Nampak sign ni memang pasti dah sampai lah !

Nampak banyak jugak bas dan kereta. Nak park kat depan entrance ni dah penuh jadi kami terpaksa parking kat bawah. Ikut je laluan ke parking basement tu dan park.

Tengah nak park kereta, tetiba.

"Papa ! Papa ! Hero tak tahan ni"
"Kenapa pulak?"
"Jom lah Papa. Nak terberak lagi"
"Astaga"

Berak lagi!!!!

Sebab dia dah ketit ketit dah macam nak shuffle, jadi aku terus je bawak dia naik ke atas. Tinggal OR uruskan barang nak di bawa masuk. Janji jumpa kat atas so pegi teman Hero berak lagi.

Nasib kali ni tak lama.

Lepas tu kami pun pegi beli tiket.


Nampak tu, harga tiket RM21,90 untuk dewasa dan RM14.90 untuk kanak kanak.

Orang tak ramai sebab ramai yang dah masuk. Nampak macam banyak jugak bas sekolah bawak budak budak.

Urusan nak masuk pun tak susah mana. 

Macam theme park lain, kalau nak berbelanja kat dalam nanti kita kena beli top up dulu dan dia akan top up siap siap dekat wristband kita. Aku top up RM100 sebab memang plan nak ambik gazebos, nak sewa tube dan jugak mana tau nak beli apa apa kat dalam.

Memang kiosk kat dalam tak boleh guna cash, tapi kat dalam pun ada kaunter untuk top up. So kalau tak top up kat luar, boleh je nak top up kat dalam.


Masuk masuk ke dalam, Hero dah tak sabar sabar. Cepat je dia ajak nak mandi.

Tukar baju dia dulu pastu berlari lari dia hilang. Sedar sedar dah berendam. Nampak pulak pistol air. Mengaruk dia nak beli.

"Boleh la Papa"
"Papa tak nak beli mainan dah. Hero tak jaga. Selalu kalau Papa beli mesti rosak cepat"
"Ala Papa ni"

Pastu tarik muka.

Dah. Malas nak biar dia merajuk lama lama beli kan jugak. Kalau ikutkan OR memang dia tak bagi beli sebab tu Hero tak mintak dengan Ibu dia. Apa apa dia cari aku lah dia tau aku mesti belikan punya. Tapi tak pe lah, budak budak, ada orang marah, ada orang manjakan jugak. Ya dak?

"Terima kasih Papa"
"Jaga elok elok. Jangan sampai rosak. Kalau rosak Papa dah tak beli kan dah!"
"OK lah"

Tu kalau dia gembira la dapat apa yang dia nak. Kalau tak dapat, selagi tu dia tarik tangan aku pastu tak nak bergerak. Suka la nak menarik perhatian orang ramai nak tengok dia berguling guling. Tapi  Hero ni senang je, kalau tak nak beli, aku akan cakap.

"Papa tak de duit"
"Papa tak de duit ke?"

Nanti dia senyap je. Aku pulak la tak sampai hati. Nak tak nak, sayang punya pasal. Beli la jugak. Huk.

Dah masuk tu, acara badak berendam pun bermula.

Aku tukar seluar je sebab rasa malas nak mandi. Tapi tau aku akan basah jugak kalau teman  Hero.

Port pertama di kawasan budak budak ni. Memang menjadi pilihan ramai sebab air di tadah tu akan melimpah bila penuh.

Tengok aksi aksi ni.




Orang tua yang lebih ramai kan !

Hero tak berani sebab tengok air banyak sangat kot.

Aku usha dari jauh je lah sambil dok ambik ambik gambar. Kang ada je dia memanggil.

"Papa. Papa !!!!"

Kena tengok budak ni, kalau ralit kejap kang macam macam aksi dia buat.

Mandi kat kawasan tu lebih kurang 20 minit kami pun nak pegi mencari Gazebos.

Gazebo ni aku dah bookit masa masuk dalam tadi. Harga dia RM45. Ada 2 jenis gazebos dan ada bahagian bahagian dia lah. Kami ambik dekat dengan Coco Beach. Tu je pun yang kosong. Lain semua penuh. Yang bestnya dapat 2 air mineral dan 1 large pizza. Deposit kena bayar RM10.


Dah jumpa Gazebo kami, baru nak betul betul urat,  Hero dah hilang.

Tau tau je lah depan Gazebo kita orang ni ada Coco Beach tu. Siap ada ombak semua.  Hero dah siap bawak pelampung dia masa pegi Sungkai hari tu, tu yang dia terlebih excited tengok orang ramai ramai kat sini.



Dia tu nak, nak tapi penakut jugak. Kejap kang.

"Papa ! Jom lah teman Hero  !"
"Pegi lah. Papa tengok dari sini"
"Ala Papa ni. Tak seronok lah"

Dia fikir dia punya seronok je, abis Papa ni nak seronok cemana?

Papa boleh seronok kalau ada tube !

So, dalam pada aku tak nak mandi, last sekali aku pulak yang over. Siap pegi sewa double tube ni hah.


Sewa double tube macam ni, RM12. Kena bayar deposit RM8. So jadi RM20.

Mandi manda la kat situ kami bertiga. Sampai ke tengah.  Hero sibuk menjerit sebab takut air dah dalam. Tapi kalau Papa dah naik syeikh.

Sorry !

Papa akan jadi lebih over dari biasa !

By the way, seronok jugak lah kat situ. Sebab bila ombak datang mula la masing masing menjerit hilang pedoman. Lama jugak mandi kat situ, nasib la cuaca tak berapa panas sangat.

Sambil sambil mandi tu ada hiburan !

Ada la mamat mana ntah menyanyi. Budak lagi. Masa tu dia nyanyi lagu Lelaki Seperti Aku. Dengar suara macam Alif Aziz.

"Alif Aziz ke Yang?"

Aku tanya OR.

"Ntah. Macam ya je"

Riuh rendah jugak la kat kawasan dia menyanyi tu. Lepas tu aku pegi usha kat banner, rupanya orang lain. Tapi nama dia Harris Alif !!

Sapa tu?

Ntah. Aku pun tak kenal. Tapi sedap jugak la suara dia.



Layan jugak la dengar dia menyanyi.

Kami terus je mandi. Lama jugak la.  Hero  memang tak nak naik naik. Aku dah puas dah. Kami try mandi dekat kawasan macam anak sungai tu dengan menggunakan tube. Seronok jugak part tu. Lepas tu  Hero  sambung mandi lagi, So dia mandi aku tengok je dari jauh. OR pun rest je.

Orang makin ramai lepas tu, jadi kami pun ambik keputusan nak berehat di gazebo je.

Aku pegi ambik Large Pizza tu.

Large lah sangat !


OK lah pada tak de. Yang penting dah masuk dalam pakej gazebo. Tak ambik kan rugi pulak. Kena menapak pegi ambik kat restoran dia tu. Lama pulak tu nak menunggu.

Abis makan tu,  Hero  mandi lagi OR teman dan aku pegi merayau naik kat atas tengok kawasan atas.



Dekat kawasan atas tu ada Tree Top Hill Side dan slide slide lah. Nak kena memanjat. Aku usha menarik jugak.

Masa aku datang last time tak sempat nak usha lebih sebab aku kan urusetia family day opis masa tu so tak de masa nak pegi merayau sangat.

Kali ni pegi tengok tengok je. Nak naik leceh sebab aku ada bawak kamera plus aku sorang je. OR dengan  Hero  kat bawah. So ambik gambar je lah.




Seriously aku rasa agak fun dah this place is wayyyyy better than Lost World Tambun tu.

Usha lebih kurang tengok hari pun dah petang.

Turun bawah balik kat gazebo, then tukar baju semua. Puas la aku pujuk  Hero naik.

" Hero tak puas lagi la Papa"
"Tak pe, nanti kita mandi kat hotel pulak. Kat hotel pun ada pool"
"Kita tak tidur kat sini ke Papa?"
"Bukan. Hotel kita kat tempat lain"
"Jauh ke Papa? Berapa minit?"
"60 minit"

Aku pun main pluck sesuka hati aku je. Kalau tak dia tak henti henti karang bertanya.

So kami habiskan masa masa terakhir di Bukit Gambar Waterpark ni sebelum keluar.


Sebelum keluar tu, kena pulang tube semua. Dan naik atas untuk refund deposit yang kita bayar.

Part ni tricky skit.

Masa keluar tu aku pegi ke kaunter refund. Cakap nak refund gazebo dengan tube yang aku guna. Sila verify kat kaunter tu baik baik. Sebab dia akan bagi balance yang di tag kat wrist band kita. Dan deposit yang kita guna untuk gazebo dengan tube tu kena rescan balik lepas guna baru boleh dapat refund.

Kalau tak scan, kira consider burn !

Masa dia pulanhkan duit tu aku fikir, tak de la banyak sangat aku guna. Then akiu tanya dia.

"Ni dah tolak deposit ke?"
"Encik ada guna apa?"
"Gazebo dengan Tube"
"Tu Encik kena scan kat bawah lepas pulangkan tube tu"
"Kat bawah tak de cakap pun"

Memang orang kat bawah tak de cakap !

So lepas pulangkan tube tu, kena pegi kuanter yang kita sewa tube tu baru dia scan balik semula untuk deposit.

Dan begitu jugak dengan gezebo. Kalau blah macam tu tak gi scan memang melepaslah RM10.

Aku bukan la nak berkira sangat tapi aku geram kalau orang buat keje tak de SOP macam ni.

* mati lah.

Gigih aku turun bawah semula dan scan balik. Dapat refund RM18. Kalau tak, burn. Duit RM18 boleh guna untuk beli FM !

Ya. Ada kedai situ dan ada FM. Yang menariknya, last time aku datang FM dia lain, sekarang dah lain. OK lah. Not bad. Cuma agak mahal.

So pagi pengumpul tegar, boleh pegi beli sini. Baju baju pun ada jual.

Sempat beli seluar dan baju untuk  Hero sebab seluar dia dah londeh tercabut getah. Berjalan pun payah, sebelah tangan kena pegang seluar.

Lepas urusan beli belah kami pun keluar meninggalkan Bukit Gambar Waterpark menuju ke hotel penginapan kami.


Overall, it is a fun place.

Recommended baik untuk dewasa dan kanak kanak.

"Papa nanti balik kita datang sini lagi tak?"
"Tak dah"
"Ala... tak seronok la Papa..  Hero suka tempat ni. Seronok............."

Ah ! Banyak la dia punya seronok. Seronok tu sekali je.. kalau dua kali dan dua-ronok. Dah tak seronok !

bersambung...............

4 comments:

  1. hahahahaha lawak la hero!

    best dak tempat ni? kalo best, this year nak buat family day kat sana hahaha!

    ReplyDelete
  2. skrg OK lagi tempat ni, boleh buat hari keluarga...

    ReplyDelete
  3. Next, boleh try masuk safari.. outdoor and indoor. outdoor bnyk la wild life.. indoor ni.. mcm biasa la, dlm kandang.. haha.. indoor ni, bangunan bertengkek², so selamat dari panas n hujan.. klau a famosa, stage to stage kan. still tgh add/renovate masa pergi.

    round the building..better gi outdoor dulu, naek trem.. animal show, tmpat selesa, luas..

    kat dlm tu ade beberapa tapak baru siap, nmpk mcm resto, or kedai sourvenir tp x sure.. yg sure, view mmg totally green.. lepaking syok..

    coyote ugly ade dlm tuh !! haha.. *pengalaman.. mase last nak exit, singa puteh located kat situ.. syok² nk tgk singa tu, singa tuh pulak nak syok nak beromen... choiiii... haha

    syg plak.. x buat view mcm supermeng.. nak buat mcm macam, whole day jalan kena dukung si kecik.. buleh pekdoh.. mujur tiket free family day ofis.. hahaha..

    try la .. good luck ! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u for sharing.. insya allah ada rezeki sampai lagi la ke sana..

      bagi sesapa yang nak melawat tempat ni.. cekidaut seperti apa yang morHas advise tu !! makaseyyy

      Delete