Sini ! Sini !
Sambung hari ke tiga.
Oh mentari Japan sudah cerah walaupun seawal 6 pagi.
Aku bangkit dan mandi serta bersiap siap. Kena gegas kalau tak nanti tak tau cemana keadaannya.
Selepas bersiap siap, aku pastikan semua barang aku di bawa keluar sebab aku kena tukar bilik ! Beg camera. Siap berpakaian sejuk. Dan sempat minum kopi beli kat vending machine.
Oh semalam masa di Nara aku perasan iPhone aku hilang ! Jenuh aku fikir. Ingat aku tertinggal kat bilik, tapi masa balik malam semalam aku tanya kat kaunter, rupanya tercicir. Mesti jatuh time aku nak pakai jacket sebelum keluar hostel. Nasib baik tak ilang. Walaupun iPhone aku tak boleh di guna pakai di Japan tapi still aku boleh browse dan last minute study sebelum aku merayau siangnya.
Kalau tak, arwah la iPhone aku tu. Balik menangis la gadai bulu ketiak nak kena beli handphone lain !
Pagi tu lepas bersiap siap aku panaskan air kat pantry dan masak maggie. Aku bawak bekalan maggie cup. Tu pun malas sebelum aku datang Japan ni aku beli kat kedai Speedmart kat rumah aku. Tak bawak banyak pun, ada la dalam 4 cups. Tu je makanan yang ada dengan roti Gardenia yang manis tu.
Aku dah serik nak makan kat Japan ni selepas terkena ba alif ba ya dua kali tu.
Perut. Bertabah lah ! Kau tak akan kenyang dalam masa di Japan ni. Jangan mengaruk dan meronta ronta.
Jangan mintak KFC atau apa apa yang sedap. Teruskan bertabah ! Nanti pulang kita makan sedap sedap.
Time aku turun kat pantry tu ada minah salleh ni tengah tidur terbungkam atas meja. Pelik jugak aku, ingat dia mabuk. Tapi masa aku nak makan tu tengok dia bangun angkat handphone dia. Aku dengar dia borak. Cakap Jepun !
Wah. Terus aku terkesima ramasita sekejap.
Lepas abis tu aku borak dengan dia.
"You speak Japanese?"
Comel jugak budak tu. Tapi for sure dia bukan Maria Ozawa yang aku cari sebab dia Minah Salleh.
"I took parttime class in Japan for 6 months"
"Oh"
Dan bermula la borak borak kami berdua. Dia muda lagi, dia datang buat summer class kat Japan dan balik ke Belgium sebelum datang lagi untuk bercuti kali ni.
"Do you speak any other language beside Japan and English?"
"Yes.. I speak 6 languages all together. Japan. English. A bit of mandarin. French. Latin and Spain"
Terus aku rasa nak berguling guling kat situ.
Pergh. Power seh?
Aku?
Terus malas nak layan.
Hahahaha.
Lama gak la kami borak sampai abis maggie aku belasah. Aku cakap dengan dia aku nak pegi Hiroshima dan dia sangat teruja.
"I heard it is very beautiful"
"I hope so"
Dan borak lagi. Rupanya dia ada bf kat Japan ni ! Mamat Japan la. Sebab tu la dia pandai cakap Jepun kot.
So. Malas nak flirt lelebih plus tak laku !
* meraung sambil curah kuah maggie ke wajah yang kurang bermaya.
Aku kena tukar bilik seperti yang di nyatakan oleh pihak Hostel. Jadi aku dah angkut beg aku, letak dalam store seperti yang dah di janjikan dengan minah hostel ni semalam. Aku tinggalkan note dekat atas kaunter hostel yang masih belum di buka seawal pagi pagi ni.
'I will be going to Hiroshima. Will be back late. Just make sure, U leave the key for me to my room. I dropped the key in the box'
Then aku keluar.
Macam biasa, naik train aku dah terror sikit. So aku ambik train dari Fukushima Station terus ke Osaka Station !
Makcik yang tidur tepi jalan tu ada lagi. Kesian aku tengok. Sejuk sejuk diri dia di situ. Tapi orang lalu lalang selamba je buat tak peduli.
Sampai di Osaka Station, berpandukan pada sign aku naik pulak train ke Shin Osaka !
Apa beza Osaka Station dengan Shin Osaka???
Sebab train di sini banyak gila berselirat, maka Osaka Station ni adalah pusat untuk train within Osaka je. So train train yang dalam bandar boleh naik di sini.
Shin Osaka pulak, adalah train yang menghubungkan antara bandar. Kiranya kalau dari Osaka mahu ke Hiroshima atau pun ke Tokyo, di sini la tempat untuk naik train.
Jarak antara Osaka Station ke Shin Osaka adalah 2 station je. Tak de la jauh mana.
Dan di Shin Osaka ni lah tempat untuk naik Shinkansen
Aku excited nak naik Shinkansen. Selama ni dengar cerita je Japan yang ada train terpantas dan termaju dan hari ni dengan JR pass aku dapat naik.
Let's uols. Kita naik Bullet Train !
Sampai di Shin Osaka, aku tengok jam dalam pukul 7 pagi ! Ya. Masih awal walaupun hari dah cerah. Aku pegi ke kaunter tiket dulu sebab nak ambik tiket ke Hiroshima.
"I want to go to Hiroshima. Can I have window seat?"
Aku bagitau kat kaunter tu dan tak lama lepas tu dia print aku tiket.
Actually, boleh je dengan JR pass tu nak naik train terus tapi dalam train ni ada reserved and non reserved seat. Kalau tak pegi kaunter maksudnya kita duduk la bersepah dalam non reserved coach. Untuk keselamatan baik je la reserve !
Bukan susah pun.
Dan debaran agak kencang lepas tu bila aku dah pun berada di tepi track nak tunggu Sinkansen datang !
Macam macam yang bermain dalam fikiran aku. Laju sangat kah? Best tak? Walaupun aku pernah naik Euro Train dari London ke Paris tapi aku rasa pengalaman ni pasti berbeza !
Dan tak lama lepas tu train pun sampai !
On the dot. Tak de dakwa dakwi. Hebatnya dia orang menjaga masa. So berpandukan pada tiket, usha gerabak yang ada seat kita.
Dan ini lah dia Shinkansen Hikari dari Osaka ke Hiroshima sudah sampai.
Ayuh !
Aku ni memang excited dengan benda benda engineering ni jadi dapat naik Shinkansen ni memnag betul betul buat aku teruja !
Mari masuk. Cari seat dulu.
Dan dalam train tu memang cozy gila lah. Macam dalam flight. Tapi seat dia lebih besar dari dalam flight.
Ada 2 jenis seat kalau naik Shinkansen. Green Car atau Ordinary Car. Harga tu berbeza la kalau dua dua jenis tu. Green Car tu kalau naik flight macam business class lah. Seat dia lebih comfortable tapi Ordinary Car ni pun not bad sebenarnya.
Dan yang penting, ada power point !!
Mana nak cari? Naik flight dalam business class je ada. Naik Shinkansen, hah ! Tak payah fikir handphone abis battery ke apa sebab boleh je charge kat sini.
Hebat !
Seat dia memang best. Dan lebih best, tak penuh.
Mind you gerabak Shinkansen ni panjang. Dia macam ada 15 gerabak semuanya dan tak penuh. Kalau di Jepun ni, Shinkansen dah kira modus travel paling convenient sekali lebih bagus dari flight sebenarnya. Dah la on time. Tak de hassle macam kita nak gi airport dan yang paling penting, comfortable dan laju !
Tapi harga memang mahal. Aku check kalau dari Osaka ke Hiroshima naik Shinkansen ni harga dia 10,000 Yen ! Lebih kurang RM400 !
Mahal kan?
Tapi berkat JR Pass. Ya aku boleh ke mana mana saja cuma kena plan masa je. Tapi tak semua Shinkansen covered by JR Pass. Ada 2 jenis lagi Shinkansen Nozomi dan Kodama yang tak covered dan 2 train ni lagi laju pada Hikari Train yang aku naik ni.
Tak pe lah. Tak de beza sangat dah. Kang laju sangat tertinggal pulak jantung aku ke belakang.
Ayuh. Kita selesakan diri, train dah nak bergerak ni.
Dan itu la tiket dia. Simple je selain daripada JR Pass yang kita kena pegang dan sentiasa simpan. Kalau hilang tu tak balik la aku karang !
Dan mulanya Shinkansen bergerak dah boleh rasa. Acceleration dia memang power. Dari slow terus boleh mencecah normal speed travelling dia yang mencecah ke 270-300 kilometer sejam !
Bayangkan, kalau naik Shinkansen dari KL ke JB, sejam je dah boleh sampai !
Tak ke hebat begitu?
Dan view sepanjang perjalanan dari Osaka ke Hiroshima ni memang lawa. Lawa lah. Aku nak cakap pun tak reti.
Dan ini la dia peta perjalanan Shinkansen aku dari Osaka menuju ke Hiroshima !
Nak rasa laju ke tidak?
Hmmm kalau aku boleh cakap laju memang la laju. Nak ambik gambar pun susah. Ni hah bukti betapa lajunya Shinkansen ni sampai gambar pun dah lari !
Paling penting, smooth ride !
Seawal naik Shinkansen aku dapat rasa memang best lah. Kedap bunyi dan hentakan. Tapi aku perasan kalau ada Shinkansen lain lalu kat track sebelah dan sama sama laju, dia macam bergoyang macam nak terangkat dari track. Gila lah laju.
So bila dah comfortable sikit, let's kita berkelah uols !
Apa pulak tak boleh makan? Boleh lah. Tengok tu aku bawah bekalan. Roti Gardenia dengan cokelat aku beli kat station. Dah tak tau nak makan apa, makan benda ni saja lah.
Dah la tak ramai orang. Duduk kat seat makan dan menikmati keindahan alam. Bliss !
Layan pulak MP3 terus rasa macam best gila.
Kalau aku cakap best memang la best.
Dari Shin Osaka menuju ke Hiroshima, kita akan tempuh pekan Kobe yang aku dah pegi semalam. Gila kalau naik Shinkansen ke Kobe boleh sampai dalam masa 10 minit je ! Semalam aku naik train adalah dekat 40 minit.
Tapi train tak stop pun dekat Kobe sebaliknya berhenti di station pertama di Himeji !
Aku memang ada niat nak singgah Himeji ni kalau ada masa.
Sebab apa tau?
Sebab di Himeji ada satu castle yang dikhabarkan paling lawa sekali di Japan ni. Tapi aku dah check jugak bahawa castle ni sekarang tengah renovation so di tutup untuk lawatan. Maka Himeji dah awal awal out of list.
Tapi nampak jugak castle tu. Tau mana? Tengok gambar ni !
Nampak tak?
Apa? Tak nampak?
Tengok sekali lagi !
Ya. Nampak tak macam kotak ada atap macam zink tu? Tu la dia castle nya !
Dalam process restoration, dia orang memang cover abis castle ni, so memang tak boleh nak tengok. Tapi rasanya boleh je nak pegi usha kalau nak tengok jugak. Nampak kat dinding tu, tu la rupa Himeji Castle yang glamer ni boleh nampak dari station Shinkansen Himeji !
Oh ya !
Dalam Shinkansen ni dia ada check tiket jugak. Tak pe, kita bukan naik secara menipu. Jadi tunjuk je JR Pass dengan tiket yang kita ada tu.
Dan macam dalam flight, siap ada pramusaji !
Hmmmm budi bahasa amalan kita.
Kalau 15 gerabak, 15 kali la dia tunduk hormat. Dan setiap kali berhenti di station dia akan datang dan tolak trolly lagi. Kalau ada 7 station? Kalau dia pegi balik dari gerabak ke gerabak tu?
Tak ke bila sampai ke destinasi nanti leher mereka kejong ? Tapi tu culture dan aku rasa itu sesuatu yang menarik.
Dan lepas berhenti di Station Himeji, keretapi laju Shinkansen Hikari 491 ni meluncur lagi.
Sesekali melepasi bandar atau kawasan perumahan, Shinkansen ni akan masuk terowong khas yang di bina untuk mengelakkan bunyi bising. Begitu teliti sekali orang Jepun ni buat kerja.
Oh, lupa nak kasi tau. Korang tau tak apa maksud Shinkansen??
Aku tanya OR, Shinkansen ni maksud dia garis lurus !
Memang la lurus jugak sebab tu pemandangan dia cepat je berbeza. Dah la laju, baru nak menikmati keindahan kat luar tup tup terus masuk terowong. Pastu keluar balik pastu masuk terowong dalam bukit, pastu keluar kejap then masuk balik.
Stress jugak la kalau orang macam aku ni nak ambik gambar.
Tapi dapat jugak la menyenap beberapa gambar sepanjang perjalanan dari Himeji ke Okayama. Station kedua train berhenti.
Dan itu lah bandar Okayama.
Apa ada di sini uols??
Well. Okayama ni kalau ada masa memang aku singgah. Di sini ada Korakuen.
Korakuen ni merupakan antara top garden paling lawa di Japan ni.
Tu je !
Sebabnya Okayama ni bukan la tourist sport tapi more to business center dan hub untuk ke belah barat Negara Japan ni.
Shinkansen Hikari yang aku naik ni stop sekejap untuk buang orang dan ambik orang. Tapi memang punctual lah. Dia orang budget time memang poweress !
Sampai on the dot ! Bergerak pun on the dot !
Nampak Shinkansen yang berhenti belah sana tu menuju ke Osaka !
Lepas Okayama, kita bergerak lagi !
Kali ni terus menerus menuju ke Hiroshima.
Jarak perjalanan dari Osaka ke Hiroshima adalah sejauh 320 kilometer dan aku sampai di Station Hiroshima dalam satu jam setengah !!!!
* baling tisu kat KTM
Hah !
Nampak tu pramusaji tengah buat tundukan sopan.
Hait !!
Penat aku tunggu nak ambik gambar dia orang tunduk.
Tahukah anda line Shinkansen ni siap seawal tahun 1965 lagi !! Hebat tak? Tapi train dia semua memang tip top and up to date. Tak de la nampak macam gerabak 70 an pun. Yang penting memang selesa.
Aku dengar Air Asia nak bukak Air Asia Japan dan ini akan menjadi pesaing bagi yang ingin travel dengan Shinkansen. But again, hassle kat airport? View? Comfortable? Safety?
Well...
* hulur tiket Shinkansen kat semua orang
Dan akhirnya Shinkansen Hikari selamat tiba di Shin Hiroshima.
Yay !!
Best. Pengalaman yang tak dapat di lupakan. Tapi tak boleh nak berangan lebih lebih, aku ada banyak agenda lagi ni nak buat dan tempat nak pegi. Tak pe malam nanti aku nak balik Osaka aku akan naik Shinkansen lagi.
Untuk sementara ni, aku kena tuju ke tempat yang aku nak tuju.
Miyajima !
Tengok jam.
Yeah ! Aku sampai on the dot pukul 9.05 pagi !
Keluar dari station aku termangu mangu kejap.
Mana nak tuju?
bersambung...........
Miyajima....next entry kan..
ReplyDeleteya
Delete