Sampai di Hiroshima station aku tak keluar dari station tu lagi !
Aku ada agenda lain. Memang aku dah plan, aku akan ke Miyajima dulu !
Apa ada di Miyajima? Berjimak??? No !!!!
OK. Moh kita pegi.
Untuk pegi ke Miyajima yang merupakan pulau terletak di luar kota Hiroshima ni, kita kena naik train dulu !
Naik train biasa. Covered by JR Pass !
Nasib baik la Station Hiroshima ni tak besar mana maka Shinkansen dan train biasa terletak dalam station yang sama. Cuma kena menapak la sebab station dia besar jugak.
Tercari cari aku sign board dan akhirnya aku terpaksa tanya orang.
Soalan aku pendek dan ringkas.
"To Miyajima?"
Nanti dia orang akan tunjuk je mana exit nak keluar dan mana entrance nak masuk. Sampai kat track bila aku dah pasti aku akan tanya sekali lagi.
"To Miyajima?"
Rata rata dekat Hiroshima lagi susah nak cari yang tahu English, jadi ayat simple je dah mencukupi !
Dan ini la train yang akan bawa kita ke Miyajima !
Nampak petugas petugas train pakai baju hitam macam pilot tu?
Dia orang siap berkawad bila train sampai. Nanti dia orang tukar shift agaknya dan set ni akan masuk dan set sedia ada akan keluar.
Sekali lagi kawad dan tunduk hormat !
Ralit aku pandang.
Sempat aku hisap rokok sekejap sementara tunggu train sampai. Ada ruang khas di hujung track biasanya dia tulis smoking area. Ya lah. Dalam Shinkansen tadi tak boleh merokok. Dan aku sangat excited naik Shinkasen sampai lupa pasal rokok.
Dari station Hiroshima kena naik train ni sampai ke Miyajimaguchi Station.
Tak jauh mana adalah dalam 20 minit. Train ni kira macam kommuter KTM tu je lah. Tapi tetap on the dot dan smooth !
Sampai di Miyajimaguchi Station kena menapak dalam 500 meter menuju ke jetty !
Dan ini la jetty yang menuju ke pulau Miyajima !
Ada 2 servis ferry ke Miyajima. Satu tak covered by JR. Yang aku naik ni sah sah la covered ! So tak payah nak beratur beli tiket ke apa. Tunjuk JR pass je dan masuk.
Haaaa..
Ferry pun dah sampai. Tunggu dulu. Orang yang balik dari Pulau Miyajima nak keluar. Boleh juga bawa kereta kalau ada kereta.
Masa ni cuaca masih sejuk jugak.
Dan lepas orang keluar baru kita boleh masuk.
Ruang bawah untuk kenderaan. Kereta atau basikal. Ruang atas ada 2 tingkat lagi untuk orang ramai. Ada kerusi boleh duduk duduk.
So, ferry dah bergerak maka kita tinggalkan pelabuhan menuju ke tempat yang dinobatkan antara tempat paling cantik di Japan.
Miyajima !
Oh.
Aku bengang dengan mat salleh pakai snow cap tu.
Asal aku ambik gambar lepas tu mesti dia tiru aku. Mana pojok aku ambik, apa gambar aku snap, mesti dia tunggu kat belakang aku dah ambik port yang sama.
Perlu kah?
Tapi tak pe lah.
Ferry dah mula bergerak. Ferry ni tak de la laju pun. Slow je. Memang sesuai untuk menikmati keindahan sekitar.
Dari jauh nampak tu bandar Hiroshima !
Dan tu boat yang ulang alik dari Miyajima Island ke pelabuhan tadi.
Kenapa aku nak sangat ke Miyajima ni?
Well.. Memang Miyajima ni dalam list aku. Aku cakap kat Makcik Mayumi hari tu.
"I want to go there"
"I am afraid you dont have time"
"I will make time for that"
"You have to forgo Tokyo then. I think you wont be able to cover Kyoto and Osaka if you choose both"
Hmmm.
Ada rasa sedih di hati. Nasib tak mengalir air liur.
Tapi air liur pasti mengalir kalau aku tak dapat jejakkan kaki ke Miyajima ni.
Apa yang menarik dan aku teringin sangat nak tengok adalah Tori Gate ni. Nama dia Itsukushima Shrine.
Miyajima sendiri bermaksud, Shrine Island kerana di sini terletaknya Tori Gate yang di bina di atas air. Kalau air pasang, Tori Gate ni akan kelihatan seperti terapung apung di atas air.
Excited tak?
So aku memang nekad nak datang sini dan aku memang excited nak tengok sendiri.
Dan ini lah dia, selepas lebih kurang 10 minit naik ferry tu, nampak la Itsukushima Shrine ni dari kejauhan !
Memang lawa. Aku tambah excited !
Sebaik saja ferry berlabuh aku terus la keluar dari ferry tu cepat cepat. Kang berebut berlaga bontot pulak dengan yang lain.
Keluar dari pelabuhan, kena jalan kaki sikit sebelum sampai ke Tori Gate tadi.
Agak jauh jugak la Tori Gate tu dari pelabuhan so kena menapak dalam 1KM jugak.
Tapi view memang menarik. Di kiri kanan jalan tu memang banyak kedai kedai menjual cenderamata. So ralit lah sedar sedar makin dekat.
Aku makin excited !
"Wait ! Wait ! I am coming now. Dont move !! Stay still !!!! "
Macam tu ayat dalam hati bercakap dengan benda yang mati.
Nampak kan kaler orange atas permukaan air tu.
Tapi !
Tengah jalan jalan tu tiba tiba aku rasa sesuatu yang tak kena.
Klepeh ! Klepeh ! Klepeh !
Eh. Apa ni?
Tup tup baru aku perasan. Tapak kasut aku nak tercabut lagi. Belah kanan dah tercabut masa dalam flight. Yang ni belah kiri pulak. Tapak tu ada 3 each, so yang ni belah tengah jugak. Argh ! Terus aku rasa macam nak tempang pulak.
Last sekali alang alang kau dah nak tercabut kan? Buang masa aku je nak pose pose jalan macam pakai Kimono. Hah !
Zapppp !
"Kau memang tak nak bersama aku kan?"
Aku cabut terus.
"Hambik nak sangat !"
* mati la cakap dengan kasut.
Maka tercabut la satu lagi tapak kasut Timberland bodo ni di pulau Miyajima !
* nanges
Nampak tu?
Dah ilang belah tengah. Ni belah kiri pulak. Tapi aku rasa even la jugak aku berjalan selepas seharian berjalan semalam dengan lekuk di belah kaki kanan.
Cabut dan buang.
Berkubur la kau di Pulau Miyajima wahai sang tapak kasut. Duduk sini diam diam. Tunggu panjang umur aku datang sini kita bertemu lagi. Jaga diri mu baik baik. Terima kasih kerana membawa aku ke negara Jepun. Malang sekali kau tak dapat ku bawa pulang !
Lepas tu aku sambung menapak.
Tak de masa nak bersedih hiba lama lama. Kasut boleh di beli. Rasa excited macam ni tak boleh di ganti !
Ye hah !
Makin dekat !
Come on !
Push ! Push ! Push !
Sikit lagi !!!!
View di jalanan tu pun nampak menarik jugak.
Nampak ni di hujung belah sana, tempat naik ferry tadi?
Tak dapat aku nak miss view macam ni. Ni ada kerusi. Aku duduk sini dulu. Pose pose sambil menikmati keindahan alam dan hisap rokok. Kawasan dia bersih gila !
Bliss !
Dan semakin menghampiri !
Fuh !
Fuh !
Fuh !
Terpongeh.
Tada !!!
This is the closet look yang aku boleh pegi. Sebab air pun agak pasang. Kalau air surut boleh je nak berjalan ke sana. Tapi dari sini dah lawa. Orang pun agak ramai. Masing masing dengan kamera nak mengambil gambar Tori Gate ni.
"Ke tepi !!!! Aku pulak ! Aku datang dari jauh okeh semata mata untuk ini !!!"
* laung kat semua orang.
Mati la tak de orang faham.
Fuh....
Best nya.
Tak tergambar perasaan saat ni dapat tengok sendiri dengan jarak terdekat. Walaupun sebenarnya tak de apa pun, tapi perasaan aku lah sebab aku gigih sangat dan dapat sampai ni aku rasa teruja secara berlebihan.
* guling guling jatuh laut
Dan di pulau Miyajima ni. Selain daripada Tori Gate yang terapung tu, ada jugak shrine shrine lain yang mana masih menjadi destinasi untuk beribadat bagi golongan golongan tertentu.
Ini salah satu dari tempatnya.
Tapi aku tak masuk pun sebab macam ramai orang. Macam ada rombongan orang orang tua beratur nak masuk. Jadi aku pusing je kawasan ni ikut jalan belakang untuk sampai ke bahagian sebelah sana pulak.
Ha.. gambar atas ni dari belah belakang tempat ibadah ni.
Air kering sebab tak cukup pasang sangat. Tapi memang lawa jugak sebenarnya tempat ni. Dengan cuaca yang sepoi sepoi sejuk di puput bayu memang romantik la tempat ni nak bersiar siar !
Dan sepanjang jalan pun ada banyak kedai. Misi aku nak cari FM jugak.
Satu persatu kedai aku jejaki. Memang susah nak cari. Last sekali jumpa jugak tapi dibuat dari kayu je. Pada tak de, beli je lah. Harga macam biasa, rata ratanya dalam 400 Yen seketul (RM16)
* nanges
Dan di Miyajima Island ni ada jugak tempat tempat lain untuk di lawati. Sebab dia dah jadi destinasi pilihan rakyat Japan sendiri dan juga orang luar macam aku ni, maka pulau ni memang menerima pelancong yang ramai setiap hari.
Ada muzium. Ada juga akuarium. Pagoda dan ada jugak cable car naik ke gunung yang terletak di pulau ni.
Tapi aku tak de la nak masuk semua tempat tempat tu. Aku just jalan jalan keliling pulau dan menikmati keindahan Tori Gate tu dari segenap sudut.
Aku dah mula jatuh hati dengan negara Jepun ni !
Nampak Pagoda tu?
Lepas aku puas jalan jalan aku patah balik sebab jalannya one way je kalau nak balik ke jetty kena ikut jalan tadi. Tapi sampai ke kedai kedai tadi maka ada simpang dan kita boleh pilih ikut jalan belakang.
Aku pilih jalan belakang sebab nak pegi usha pagoda ni.
Cun jugak la area ni memang sesuai kalau nak honeymoon dan feeling feeling.
Oh ya. Di pulau Miyajima ni pun ada banyak rusa. Memang rusa ni menjadi binatang suci untuk shrine shrine macam ni jadi mereka memang bebas berkeliaran sesuka hati mereka. Ada yang duduk dating dalam longkang pun ada.
On the way balik ke Jetty tu baru la aku sempat usha kedai kedai yang ada.
Aku nak cari keychain untuk Lily. Kedai memang banyak. Ada jual cenderamata dan macam macam lagi. Paling banyak kedai makan la. Restoran dan cafe. Tengok roti buat aku lapar ! Tapi tahan dulu perut.
Paling glamer di sini tengok tiram tu lah. Di jual macam tu je. Sapa berminat ni la syurga nya. Tapi aku tak suka so aku pandang sepi je.
Cepat cepat aku balik ke jetty sebab aku nak kena khatam Hiroshima ni by hari ni jugak. Last train balik ke Osaka kang malam takut aku tak sempat.
Berjalan menuju ke ferry tadi dan elok je aku sampai ferry dah nak bergerak. Tak payah aku tunggu lama. Nasib baik lah.
Dan sampai di terminal ferry tempat aku datang terus aku keluar meninggalkan kawasan tu menuju ke Miyajimaguchi Station.
Tengok tu dua belah tapak kasut belah tengah dah hilang !
Satu berkubur dalam flight dan satu lagi di Pulau Miyajima ! Ada 4 yang tinggal. Hopefully mereka tahan lasak sampai aku balik Malaysia.
Dari Miyajimaguchi Station aku naik train semula sampai ke Hiroshima Station !
Overall aku suka tempat ni dan aku recommend sapa ke Japan untuk melawat pulau Miyajima ni. Memang agak jauh tapi berbaloi baloi.
Ayuh !
Kita ke jalan jalan ke Hiroshima pulak. Nak tengok kesan bom nuclear yang menjadi sejarah penting dalam dunia ni.
bersambung.........
Tori gate yang buat meng terguling-guling tu...memang unik ditambah dengan pagoda yang romantik tu.
ReplyDeletetempat yang unik dan romantik !
Delete