Pages

Wednesday, April 25, 2012

Menjejak Tsunami Aceh - Pulau Weh - Part 1

Pagi pagi tu kami dah bangkit !

Ah. Kena bersiap awal sebab taxi abang kepada Munawar akan ambik kami jam 7 pagi. 

Sebelum tu layan hisap rokok dulu di balkoni menyaksikan kesibukan pagi Banda Aceh.

* balkoni la sangat.



Orang dah start nak pegi keje. Kami pun bersiap apa adanya.

BW dan MH mandi dulu pastu baru aku mandi. Toilet dia tak berapa bersih sangat tapi boleh lah. So aku nak berak pun terbantut.

Kalau kentut mesti busuk sebab semalam dah makan macam macam. Tak pe. Redha je la BW dengan MH kalau terpaksa mencium bau.

Turun dari guesthouse tu kami sarapan dulu.

Yang kelakarnya Guesthouse ni memang tak de orang jaga. Ntah mana orangnya pegi. Masa kami sampai pun tak de. Malam semalam je mamat tu ada. Tapi dia baik jugak lah. Pagi ni kami nak check out tak de orang. So kami blah macam tu je.

Nasib.

Breakfast dulu. Ada warung kat tepi tu.

Kami makan Nasi Gurih. Nasi Gurih tu macam nasi lemak. Ada lauk lauk jugak la macam ayam la apa lah. Lontong pun ada. Sambil tu pekena kopi Aceh.

Sedap !



Tengah makan tu nampak taxi putih dah menunggu. Munawar dah bagitau siap siap semalam. Taxi abang dia warna putih dan abang dia akan bawak kita orang ke pelabuhan untuk naik ferry ke Pulau Weh.

Sempat aku pegi jumpa dia bagitau kami nak makan kejap. Ajak dia makan sekali tak mahu nya dia.

So kami je la melantak sampai kenyang. Boleh tahan la sedap. Harga pun tak de la mahal sangat.

Lepas makan tu kami terus bergerak ke Pelabuhan Ulee Lheue, tempat kami lepak makan makan semalam. Kawasan pelabuhan ni musnah teruk kerana Tsunami. Dulunya kawasan tu semua rumah rumah orang, tapi kini di bangunkan sebagai pusat rekreasi dengan tebing bagi menahan tsunami sekiranya berlaku lagi.

Pelabuhan Ulee Lheue tu tak jauh pun dari guesthouse kami. Ada dalam 4 km je. Tak sampai 10 minit dah sampai.

Dalam kereta sempat borak borak dengan abang Munawar.

"Waktu Tsunami tu abang di mana?"
"Waktu gempa itu saya di kota. Waktu gempa itu saya dalam mobil sedang memandu. Semuanya berkocakan, kereta bergeselan. Kemudian saya dengar ada orang azan. 2 kali orang azan gempa masih belum habis. Mobil saya dibawa jauh ke hadapan tapi saya ngga bisa memandu waktu itu. Langsung lepas usai, saya terus pulang ke rumah"

Kiranya abang Munawar ni selamat la sebab lepas gempa dia terus balik rumah dia dekat Bandara tu. Air Tsunami datang 2 jam kemudian dan air tak sampai ke arah sana. Tapi dia cakap, adik dia, abang pada Munawar terkorban dalam kejadian Tsunami waktu tu.

Sampai je kami terus beli tiket ferry. 

Ferry ada 2 jenis. Ferry lambat yang bawa kenderaan dan penumpang dan ferry cepat. Harga dia 18 ribu rupiah dan 60 ribu rupiah. Beza masa 1 jam.

Kami pilih yang cepat. Siap naik yang executive so bayar dalam 75 ribu sorang. (RM25)

Kira OK lah tu.

Paling penting selesa dan tak perlu berebut rebut dengan orang tempatan.


Ini tiket dia. Siap tulis nama okeh. Tu jari jari dok kever nama masing masing.

Sementara tunggu ferry sempat beli jajan, merokok dan minum teh botol yang inzal ini.

Lepak lepak menunggu ferry sambil merayau di kawasan sekitar.

Orang dah mula ramai pagi tu nak naik bot yang sama. Nasib baik la bot tak penuh lagi. Bot pagi cuma ada 1 je dari Banda Aceh menuju Pulau Weh. Dan bot seterusnya jam 2 petang. Cuma 2 kali sehari.

Makcik ni bernasyid dengan suara penuh syahdu. Siap ada microfon okeh. Kau mampu menghiburkan peminat macam tu?

Ferry Pulo Rondo yang membawa kami ke Pulau Weh


Dalam executive class. Masa kami naik cuma ada mat salleh je kat floor ni pastu ada sorang VIP dengan entourage dia.

Ferry mula meninggalkan Pelabuhan Ulee Lheue

Ini ferry slow. Terkedek kedek

Perahu nelayan.

Belayar di samudera raya

Ini VIP ni. Waktu ni aku lepak hisap rokok. Tak tau siapa dia tapi siap ada bodyguard dan pegawai pengiring. Macam somebody jugak la kot.

Sempat usha First Class punya tempat.

Dalam ferry MH dok melayan tengok TV.

Aku dok kat luar hisap rokok. BW kejap kejap ke depan kejap kejap ke belakang. Apa ntah masalah dia. Tapi tetap nak posing maut dalam ferry.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.

Sepanjang perjalanan laut OK je. Tenang macam tasik. Siapa sangka, ketenangan seperti itu pernah di rakus ombak ganas yang memusnahkan umat manusia di datarannya.

Orang kata boleh tengok ikan lumba lumba jugak. Tapi mungkin sebab hari dah panas, memang tak nampak mereka bermain. Ikan lumba lumba ni biasa pagi atau petang time air sejuk je.

Kami sampai di Pelabuhan Balohan akhirnya.

Balohan adalah nama tempat di Pulau Weh yang menjadi penghubung rakyat tempatan dengan Banda Aceh.


Ini lah kedudukan Pulau Weh dan Banda Aceh.

Kami sampai di Balohan lebih kurang pukul 10.30 pagi. 

Dan macam biasa, kalau sampai je mesti ada orang yang pujuk naik taxi dan angkutan masing masing. Dan aku pulak, lagi orang tu persistent lagi tu aku malas nak melayan.

Macam kat Bandara semalam, aku tak layan mamat yang first tu sebab dia dok ikut kita orang ke hulu ke hilir. Rengsa. Dan Munawar pulak approach dia bagus. Dia datang dekat dan dia tengok. Dia cakap baik baik sebab tu aku pilih dia.

Dan sama jugak di Balohan ni. Ada je yang datang approach tapi aku tengok satu mamat ni dia diam je tunggu. Mulut pun tak berbunyi. Pastu aku pandang dia baru dia tanya aku perlahan.

"Taxi bang"
"Ya !"

Dan aku terus OK. 

Aku mintak dia hantar ke Sumur Tiga tempat penginapan kami. 

MH sempat kencing. Aku sempat usha kawasan sekitar. Nak tengok kaunter tiket nak beli tiket balik ke Banda Aceh esoknya. Ingat nak beli terus tapi kaunter tak bukak pulak. Mamat driver ni kata dia tak de masalah, esok je boleh beli. Jadi kami terus je la naik van dia.

Siap ada orang jual sarung ketupat.

Pelabuhan Balohan

Ini dalam van mamat tu

Van tu actually angkut ramai orang. Ada la dalam 10 orang. So kami bertiga menyempit sama. Aku duduk tengah. MH dengan BW kat belakang.

BW jumpa peminat pulak. Sibuk la mereka berborak kat belakang.

Tambang ke Sumur Tiga lebih adalah 15 ribu setiap seorang.

Kami paling last di hantar. Yang lain lain dah turun dulu. Jarak perjalanan tak de lah jauh mana pun.

Tengok peta ni.


Actually, dikalangan penduduk tempatan, Pulau Weh ni di kenali sebagai Sabang saja. Sabang tu sebenarnya pekan kecil yang terdapat di Pulau ni.

So Pulau Weh atau Sabang sebenarnya merujuk kepada tempat yang sama.

Sampai sampai di Sumur Tiga kami terus check in di hotel. Sebelum tu sempat aku borak dengan driver tu nama dia Iwan.

"Bisa bawa mutar mutar Pulau Weh?"
"Boleh Bang. Jam berapa Bang?"

Kami borak borak sekejap. Dia OK. Tak banyak cakap sangat. Aku ambik no phone dia dan aku akan call dia semula nanti. Dia bersetuju.

Di Sumur Tiga kami menginap di Freddie Santai Sumur Tiga.

Usha tempat ni dulu.






Aku jumpa tempat ni kat Trip Advisor.

Aku dah cakap dengan BW dan MH. Kalau tak nak stay kat tempat ni aku tak nak pegi !!

* mati la mengancam dengan pisau karat.

Tapi memang terpesona tengok tempat ni. Fuh ! Puas hati.

Kami sampai je terus check in dan di berikan sebuah chalet. Chalet kat sini semuanya nampak view laut. Gempak.....

Mari tengok chalet kami.





Kami ambik tambahan katil untuk BW. So tak payah la dia ambik bilik lain.

Dah book siap siap. Harga bilik pun tak mahal. Lebih kurang RM100 satu malam. Puas hati. Suasana best. Pantai lawa. Orang tak ramai. Memang puas hati !

Tuan empunya chalet ni Mat Salleh dari South Afrika bernama Freddie. Dah agak tua tapi agak friendly. Sempat borak borak dengan dia sebelum kami check in.

Siap ada buaian. Tapi nak naik takut jatuh pulak. Maklum la berat.

Sambil tu lepak lepak menikmati keindahan alam maya sambil minum air markisa.

Inzal !



Air memang jernih.

Memang teruja kami di buatnya. Tapi kami ada agenda lebih penting. Tengok jam macam dah tengahari. Tak boleh berlama lama.

Aku call si Iwan tadi bagitau kami setuju nak jalan jalan. Aku suruh dia ambik kami jam 12 tengahari. 

Sebelum tu sempat la kami berkeliaran di pantai di kawasan chalet kami ni. Macam biasa BW dengan aksi aksi berganda dia menjadi model untuk tatapan sendiri. Siap dengan kain selendang merah, sekali sekala saling tak tumpah macam dukun sihir lagaknya.

* lari..................

Oh ya. Sempat juga bagitau Freddie, kami nak join dinner malam nanti so dia boleh prepare untuk kami sekali sebab kawasan ni satu je, jauh sikit dari kedai kedai. Cuma kawasan kampung je di persekitaran so nak cari kedai atau tempat makan agak susah sikit.

Tak pe lah. Kami pun ada bekalan yang di beli oleh BW di pelabuhan sebelum naik ferry tadi.

Yok !

Kita jalan jalan di kawasan sekitar.














Tepat jam 12 tengahari kami menunggu si Iwan ni.

Tapi dia tak datang datang !

Rengsa jugak di buatnya. Mana dia?

Sempat la BW dan MH posing atas motosikal mamat ni. Mamat ni usha je ingat kita orang nak menjahamkan motosikal dia. Hiks.

Ada sekumpulan orang kampung tengah buat pembinaan rumah kat tepi tu. Dia orang usha kita orang, kita orang usha dia orang. Hiks.




Tapi si Iwan ni tak datang datang ! Telefon dah tak berangkat.

How???? Punah lah harapan macam ni. Perlu ke kami pinjam motosikal mamat tadi tu dan membonceng 3 orang keliling Pulau Weh ni????

Argh !!!!!

bersambung...............

2 comments:

  1. Salam Meng. Book freddie santai sumur tiga ni through tripadvisor ke? -zack- maap i xde blog

    ReplyDelete
  2. FZ : book ikut sini..

    http://santai-sabang.com/

    good luck.

    ReplyDelete