Dari Banda Aceh kami bergerak ke Pantai Loknga dan Pantai Lampuuk.
Pantai pantai ini terletak tidak jauh pun dari Banda Aceh. Lebih kurang 17 kilometer dan dua pantai tu terletak sebelah menyebelah. Pantai Loknga lebih terkenal untuk golongan surfer sebab keadaan ombak yang sesuai untuk meluncur manakala Pantai Lampuuk lebih kepada tempat santai.
'Di kiri kanan jalan, kami lihat padang menghijau terbentang luas. Ada juga yang dah jadi seperti kolam air. Dahulunya kawasan itu adalah kawasan kampung-kampung. Ada lebih kurang 14 buah kampung yang menjadi laluan tsunami itu musnah dan lenyap sambil menelan korban yang tak terhitung jumlahnya'
Kami terpaksa singgah di kedai ni sebab kereta Munawar kekurangan angin. Tengok gambar Munawar cekak pinggang berbaju hitam berseluar yankee di bawah !
Maklum la dah bawak 2 badak berendam dalam kereta dia ni sampai kurang angin. So sementara tu MH dengan BW pegi usha mencari minuman.
Tentunya Teh Markisa menjadi pilihan.
Dari situ kami terus ke Pantai Loknga dulu.
Ada kilang simen di kawasan tu, dan sempat la kami usha pandang kawasan persekitaran di sana.
Hari pun dah petang tapi ramai je yang memancing, berdating dan berehat rehat di kawasan ni.
Kami singgah kejap ambik angin dan bergambar. MH jadi mangsa paksaan BW untuk ambik gambar dia. Macam biasalah MH menurut perintah.
Aku ambik sekadar macam macam tu je sebab aku busy nak ambik gambar aku. Hahahaha.
Nangis la situ BW !
Dan dari situ kami terus ke Pantai Lampuuk.
"Langsung mahu ke Pantai atau mahu ke masjid dulu?"
"Masjid"
Dan Munawar terus memandu ke masjid yang menjadi bukti penting keganasan Tsunami ketika dulu.
Di sini terletaknya Masjid Rahmatullah.
'Sepanjang jalan dari pantai ke Masjid Rahmatullah tu, kami lihat kawasan yang agak luas tapi dah dipenuhi rumput. Dahulu kawasan itu dipenuhi dengan penempatan rumah-rumah mewah yang tersergam indah. Akibat tsunami, seluruh kawasan itu menjadi seperti padang jarak padang terkukur. Hancur ranap tak ada yang tinggal. Selain penempatan golongan mewah, di situ juga terdapat kem tentera darat Indonesia yang menempatkan sehingga 3 batalion tentera (3000-4000 orang). Daripada 3 batalion tentera yang ada di situ, hanya 3 orang sahaja yang terselamat daripada hentaman tsunami. Yang lain menemui ajal dan ada juga yang hilang tak berkubur.
Kat situ juga ada padang golf sebenarnya. Kiranya memang cantiklah kawasan tu sebelum tsunami. Ala-ala country home, Tropicana Golf Club gitu. Tapi sekarang kawasan tu dah senyap sunyi tak berpenghuni. Kebanyakan daripada keturunan mangsa-mangsa yang masih hidup tak sanggup nak duduk situ walaupun terdapat rumah-rumah bantuan, sumbangan daripada pelbagai negara ada didirikan. Mungkin mereka masih trauma atau masih sedih atas kehilangan keluarga mereka dalam sekelip mata'
Dan yang menariknya dalam Masjid Rahmatullah ni, dikekalkan satu portion yang menjadi bukti waktu Tsunami melanda. Terdapat beberapa tiang yang telah patah dan hampir musnah.
Kami ralit duduk tengok part ni.
Pastu kami solat sunat di masjid ini sebentar.
Dan terdapat juga gambaran waktu Tsunami melanda.
'Ia satu-satunya masjid yang masih mengekalkan dan menyimpan kesan-kesan tsunami sebagai iktibar, ingatan dan pengajaran kepada seluruh umat manusia. Sebaik melangkah masuk, di penjuru kiri masjid tersebut jelas kelihatan bukti berlakunya rempuhan tsunami. Rempuhan itu menyebabkan penduduk Lampu’uk kini hanya tinggal 700 berbanding hampir 6,300 sebelum ditelan tsunami.
Kesan-kesan tsunami itu dikepung dan dipagar, sengaja ditinggalkan dan tidak akan dipulihkan sehingga bila-bila. Tiang-tiang masjid yang diperbuat daripada konkrit ada yang patah, tumbang dan bergelimpangan di atas lantai. Jubin lantai masjid tercabut dan pecah akibat rempuhan tsunami itu'
Sememangnya hanya Masjid Rahmatullah ini saja lah yang tinggal. Bahagian lain di kawasan Pantai Lampuuk ini telah musnah dan menjadi padang jarak padang terkukur.
Tengok ni.
Seterusnya kami ke pantai Lampuuk.
Terletak tidak jauh dari situ. Nak masuk kawasan ni kena bayar. Dalam 10 ribu Rupiah. Tapi kata Munawar yang mengutip tol tu orang kampung yang malas bekerja. Patut tak payah bayar pun.
Susana hampir petang. Di kawasan pantai ini terdapat pondok pondok untuk berehat. Ada juga warung jualan makan dan air kelapa. Amat sesuai untuk menikmati keindahan pantainya.
Pantai dia agak cantik.
Dan oleh sebab itu lah BW hilang punca dan terus berguling guling di pantai untuk aksi aksi vain beliau.
Biarkan !
Hajat hati nak tunggu sunset tapi sunset macam tak berapa nak nampak. Sudahnya kami bergerak sebab dah nak gelap balik ke Banda Aceh.
Tapi on the way tu nampak langit merah.
"Berhenti !!!"
Itu adalah arahan kepada Munawar. Dia berhenti je dan aku keluar snappy snappy sikit.
Oh. Waktu ini sangat indah. Mungkin lebih indah kalau kami masih di pantai tadi tapi nak patah balik dah jauh. Kang tak sempat pulak sebab momen momen macam ni tak lama. Beberapa saat je sebelum matahari betul betul terbenam.
Sampai di Banda Aceh, Munawar bertanya.
"Abang mahu belanja?"
"Hmmm"
Tak boleh nak decide sebenarnya sebab kami baru hari pertama di Aceh. Kang terbelanja lebih takut tak cukup duit di Pulau Weh esok. Kalau beli banyak pun, nak angkut ke hulu ke hilir barang barang tu susah jugak.
Jadi kami bercadang beli lite lite dulu. Nanti balik kami singgah untuk beli belah lagi. Harap harap ada masa.
So Munawar bawak kami ke kawasan Pasar Aceh. Tapi dah malam dah tutup pun. Kami berlegar di kawasan sekitar je dan Munawar bawak ke kedai ole ole ni.
Masuk kedai terus jumpa Fridge Magnet.
Terus sasau.
Tapi FM dia jenis macam ni la semuanya. Tak de menarik mana pun. Tapi for the sake of dah sampai so beli je lah. Lagipun BS pun beli yang macam ni. Tak de jumpa yang batu batu tu semua. Harga pun OK lah. Dalam 8 ribu rupiah selepas di tawar.
Mungkin FM ni tak berapa glamer lagi kat kawasan ni. Nak cari pun susah jugak kena sebut betul betul.
"Maghnet !!!"
Dan BW pulak sasau tengok barang lain.
"Boleh ke nak beli ni?"
Asyik asyik dok tanya soalan tu kat aku. Nak beli tu beli je lah. Susah fikir sampai parah otak.
Last last hapa pun tak beli. Hiks. Cuma beli FM, keychain dan benda benda kecik je la sebab karang payah nak bawak ke Pulau Weh.
Kami berlegar legar lagi di kota Banda Aceh.
Ada macam pasar malam tapi kami tak singgah pun. Aku cadang nak cari short nak mandi kat pulau esok tapi riki riki tak de jumpa yang sesuai. Sudahnya tak beli.
Oh no ! Jangan speku tak de saiz okeh.
Saiz ada tapi tak berkenan.
* lari.....................
Jumpa warung tepi jalan jual KFC. Cemana la rasanya tu.
Dan sempat la aku singgah Masjid Raya Baiturahman sekali lagi untuk ambik gambar waktu malam. Tapi waktu ni mungkin dah lewat, lampu masjid dah banyak di padam tak berapa nampak meriah.
Tapi boleh la ambik.
BW. MH dan Munawar tunggu dalam kereta. Aku lari sekejap je.
Gila tak aku?
"Langsung abang mahu ke mana ni?"
"Hmmmm mana lagi ya?"
"Mahu makan? Ada Mee Razali"
"Ngga mahu makan. Masih kenyang"
"Atau abang mahu ke tempat tadi? Santai santai makan jagung sama air kelapa?"
"Haaa. Boleh lah. Boleh"
Laju je BW menjawab.
Kami sampai di kawasan Ulee Lheue sekali lagi.
Siang tadi kami dah usha tempat ni tengok tengok tapi tak berhenti. Malam ni memang menjadi port untuk warga Banda Aceh berehat sambil santai. minum minum dan borak borak.
"Abang. Kalau kerja di Malaysia itu lumayan ya Bang?"
"Kamu mahu kerja di Malaysia?"
"Teman teman yang bilang begitu. Gajinya lumayan. Bisa bikin uwang"
Panjang lebar Munawar bercakap.
"Ngga usah. Keadaannya beda. Memang kami rasa lumayan di sana tapi kehidupan ngga sempurna. Lebih baik kamu di sini aja"
Jenuh jugak aku nak cakap. Memang aku bagitau dia kerja kerja di Malaysia ni kalau tak de skill memang kena kerja pertanian, kilang, pembinaan dan kerja kerja berat. Lebih baik saja duduk di Banda Aceh ni. Dan BW pun menambah dan bukak kitab dia bercerita. Munawar diam je dengar.
"Kamu bukak aja bisness di sini"
Kannn.
Tu dia. Consultant BW bertindak pantas menasihati tanpa berbayar.
Lama jugak kami lepak kat situ. Borak borak. Makan jagung. Air kelapa dan order sate. Jagung dia ada 2 jenis. Manis dan pedas. Sate pun sama. Sate kami tak abis makan sebab kenyang, bungkus suruh Munawar bawak balik bagi kat wife dia. Dia ada anak tapi masih kecik lagi.
Sudahnya Munawar hantar kami pulang ke guesthouse kami.
Cantik tak guesthouse kami?
Hahahhaa.
Tak boleh nak complain. Sampai je load beg pastu masing masing mandi dan solat. Aku paling last. Belum sempat aku selesai solat, MH dah terbongkang tidur.
BW dah masuk bilik dia. Sebelum tu dok kira kira perbelanjaan untuk hari ni dan esok jugak. Settlekan apa semua yang patut.
Esok pagi, Munawar dah suruh abang dia ambik kami di hostel ni bawak ke pelabuhan untuk ke Pulau Weh.
Tu gambar suasana dari balkoni hotel kami.
Meriah tak?
Dan kami mula mula berperang sebab nyamuk banyak. Ada aircond pun macam sedih.
Tapi sebab penat sangat, terus je bilik tu menjadi disco dansa dengan dengkuran dan petir maha hebat melanda dari corong peti suara aku dan MH.
zzzzzzzzzzzzzzzzz.
bersambung............
No comments:
Post a Comment