Pages

Saturday, March 3, 2012

Trip Menggelabah Semarang - Episode 2

Dari tingkat atas kami turun ke bawah.

Menyusuri kawasan yang sepi macam tu memang rasa macam something. Masa kat tangga aku di serang rasa seram sekali lagi.

"Di sini ada..................?"

Aku tanya Rochan.

"Hantu?"

Selamba je sebut kat tempat tempat macam ni.

"Ada. Ramai yang ke sini untuk melihat penampakkan, tapi ngga semua yang melihat penampakkan itu"


Kami turun tangga ke bahagian belakang bangunan sebelum membelok.

"Bapak mahu ke ruang bawah tanah?"
"Ada apa?"

Aku tanya dia.

"Kalau ke sini ngga turun ke bawah tanah, kiranya bapak di kira belum pernah sampai ke Lawang Sewu"

Wah. Itu cabaran.

Tapi dia tunjuk aku pintu masuk ke bawah tanah. Gelap gulita.

Serious ke aku nak masuk ni?????

Untuk turun ke basement ni ada bayaran lain. Rp20,000. Dan kalau nak turun ke basement tu kena pakai kasut Phua Chu Kang sebab di basement tu kawasannya bergenang dengan air.

Lepas bayar tiket, aku pilih kasut dan pakai. Ada banyak kaler. Pilih saja !

Sah sah aku pilih kaler hitam.


Untuk turun ke bawah tu, kita kena melalui pintu kecil dan tangga.

"Bapak mahu terang atau gelap?"
"Erkkk.."
"Kalau terang, lampunya bisa di buka aja. Kalau ngga, bisa guna ini"

Dia capai torch light.

"Terpulang"

Aku tak tau cemana nak expect. Apa apa pun aku ikut dia je. Aku mana tau apa apa.

Lampu tidak di buka, sebaik saja menyusuri pintu kecil turun ke bawah menggunkan tangga kayu, suasana terus rasa gelap gelita. Tapi bawah tu sejuk. Air yang bertakung di basement tu yang sejukkan kawasan bawah tanah itu.

Sebab kat depan tak berapa nampak aku on flash dah cuba ambik gambar.

Pulp !

Ya. Berjaya walaupun gelap pekat.


Kami mengharungi air, aku ikut Rochan dalam gelap pekat. Sesekali bunyi air kedengaran sewaktu kami mengharung.

"Di sini dulu di jadikan tempat tahanan. Ramai yang dipenjara dan disiksa di sini. Kerana tempatnya bawah gini maka ngga ada yang tahu"

Aku diam je. Follow Rochan dari belakang. Tak berani jugak aku nak jalan jauh jauh dari dia.

"Ini tempatnya dulunya takungan air, tapi waktu Japan datang, dijadikan penjara. Dalam satu kotak ini, 5 orang di letak di dalamnya lalu di tutup"

Rochan siap demo lagi macamana gaya orang orang yang dijadikan tahanan terpaksa berhimpit himpit dalam tangki sebesar tu. Pastu di tutup tanpa sebarang cahaya dan udara. Tempat ni mungkin macam Penjara Pudu lama.

Gelap pekat di dalam kawasan ini. Bumbungnya juga rendah jadi aku terpaksa membongkok. Ambik gambar dan snap.

Ya. Berjaya !


Dari ruang tadi, kami melangkah lagi.

Lantai bawah tanah itu cukup luas. Semuanya digenangi air. Kata Rochan kalau hujan lebat air masuk banyak tapi di sedut keluar.

Banyak jugak la dia bercerita dan aku mendengar je. Aku tak de torch light, aku berharap pada dia je. Kamera tetap di tangan. Sesekali ada bunyi harungan air tapi aku tak rasa apa apa sebab aku dengan dia je kat bawah tu.

Sampai satu kawasan tu kami terpaksa masuk dengan cara menunduk. Pintunya kecik je. Rochan masuk dulu pastu dia tunggu aku masuk. Aku nak cepat je sebab takut jugak kalau kena tinggal. Masak !

"Ini tempatnya, tahanan dikelar lehernya"

Rochan suluh ke satu besi tertanam pada simen lantai yang bergenang dalam air. Kelihatan besi tempat tahanan di baringkan dan leher di ikat di situ. Dan di situ lah leher dikelar dan tahanan dibunuh.

Aku sempat ambik gambar.

Berjaya juga.


Kemudian kami ke satu lagi ruang di mana ada bilik bilik kecil macam jamban yang dulunya di kurung tahanan beramai ramai dan di tutup tanpa sebarang ruang bergerak. Setiap satu petak itu di sumbat 5 orang dan mereka berdiri berhimpit himpit.

Rochan kata kalau dah kena tahan di sini memang tak de ruang keluar. Memang tak de harapan untuk hidup dah. Sengsara menunggu mati je lah.


Di satu kawasan lagi, Rochan tunjuk aku, ruang yang di gunakan untuk menyembelih tahanan dan di sebelahnya ada petak berisi pasir.

"Selepas di kelar, tahanan di baringkan di atas pasir ini. Nanti darahnya tumpah ke tanah ini"

Aku mendengar dengan teliti.

Aku cuba ambik gambar ruang yang gelap tu.

Aku fokus dan try snap. Tak berjaya. Lense aku bergerak tapi tak boleh nak fokus. Pelik.

"Ngga bisa"

Aku bagitau Rochan. Dia diam je. Aku cuba lagi. Dari auto fokus aku tukar pada manual fokus. Still tak dapat. Nak kata gelap, tadi pun gelap OK jer.

Aku suruh Rochan suluh lampu sikit. Aku cuba lagi. Kedek kedek kedek kedek lensa ke depan dan kebelakang cuba memfokus. Masih gagal.

"Ngga dibenarkan tuh"

Rochan berbisik perlahan.

Tiba tiba aku di serang rasa seram. Memang dari tadi aku tak fikir apa apa pun. Aku ingat masalah lens ke apa dan aku pun dok membayangkan ruang ni zaman dulu, bukan zaman sekarang. Ada sesuatu yang menghalangi kah?

"Saya cuba sekali lagi"

Aku bagitau Rochan dengan bantuan sedikit lampu tapi masih gagal. Akhirnya aku pasrah. Aku ajak Rochan beredar.

Lepas dari situ baru lah Rochan mula buka cerita. Ni antara cerita cerita dia.

Pernah dulu ada budak pompuan masuk kawasan bawah tanah ni sorang sorang. Tengah berjalan dalam tu dia perasan ada bunyi air macam ada orang berjalan dengan dia padahal dia tak berjalan masa tu. Dan bunyi semakin dekat tiba tiba... dia terasa kaki dia di pegang !!!!!

Gila dia menjerit melolong lepas tu. Nasib ada orang dengar dari kejauhan.

Ada jugak kes, orang ambik gambar kat kawasan macam kotak jamban tu, dan dalam gambar dia nampak seorang ibu dan anak di situ.

Tapi Rochan kata bukan semua orang nampak. Biasanya kalau yang jenis datang memang nak ambik gambar hantu ni memang tak jumpa. Tapi kalau yang terpetik atau ambik gambar orang, hah masa tu adalah la pelakon tambahan di situ.

Dan kalau jenis macam geng geng seeker tu, dia orang datang memang tak de jumpa apa apa. Biasanya dia akan muncul when you least expected it.

Hah !

Dan aku pun tak de rasa nak jumpa dan aku tak nak pun jumpa. Bagi aku, niat aku nak datang tengok tempat dan kawasan ni je. Bukan aku nak menganggu ke apa.

Kami bergerak lagi lepas tu. Ke kawasan di mana ada pintu kecil ke bahagian atas. Dari sini nampak cahaya. Rochan kata di pintu ni mayat mayat tahanan yang mati di kelar di tarik dari luar dan di campak ke dalam anak sungai. Memang ramai yang dah terkorban dan mati dari bawah pusat tahanan ini.

Dan kami mengharungi sambil berjalan menuju ke pintu tempat pertama kali masuk tadi.

Suasana senyap dan sunyi, hanya kedengaran bunyi air je setiap kali melangkah.

"Kamu mahu lihat penampakkan?"

Rochan tanya aku.

"Apa?"
"Ya. Mahu lihat ngga?"
"Bisa?"

Aku tanya dia balik.

"Sendirian?"
"Ngga. Saya ada. Bapak tunggu di sini dulu, saya tutup lampu di tangga itu"
"Eh !!!"

Berderau darah aku. Ada ke dia nak tinggal aku sorang sorang kat lorong gelap macam ni? Gila ke apa??

"Tak mahu lah !"

Aku laju je ikut dia. Tak berani lah aku. Kang aku melolong sorang sorang ketakutan.

Aku ekori dia sampai ke tangga dan pintu naik ke atas. Di kawasan tu ada lampu malap menyala. Rochan naik ke atas dan tutup lampu. Aku tunggu di tangga.

Suasana gelap gelita semula. Hanya lampu torch light menyuluh.

"Ayuh. Ke sini Pak"

Aku ikut dia. Kami patah balik. Tak jauh dari tangga tadi tapi kena belok sikit.

"Duduk di sini Pak"

Dia bagi arahan. Kami duduk atas besi paip yang agak besar.

"Nanti, saya tutup lampu ini, bapak pandang terus ke hujung sana. Bapak akan nampak lembaga putih. Tapi ngga semua orang yang bisa nampak"

Aku diam. Akur.

Tup !

Lampu di padamkan. Gelap gulita. Kalau tadi, Rochan betul betul duduk sebelah aku atas paip besar ni. Tapi sekarang aku dah tak pasti. Dia pun aku dah tak nampak. Nak je aku hulur tangan pegang dia tapi kang dia kata aku gila nak meraba dia pulak.

Suasana senyap sunyi. Ruang tadi gelap gulita. Hanya kedengaran titisan air menitis dan jatuh ke dalam takungan air.

Aku di serang rasa berdebar debar.

Kami hanya mendiamkan diri. Aku pandang arah pojok di hujung lorong tadi. Perlahan lahan aku lihat ada lembaga putih muncul. Mula mula ia berdiri tegak di hujung lorong, kemudian ia seolah olah terbang ke udara dan menghilang.

Pup !

Rochan bukak lampu suluh.

"Bapak nampak?"
"Hmmm"

Memang aku nampak, tapi aku fikir, tu bukan hantu ! Itu mungkin ilusi optik disebab kan dalam gelap gelita macam tu, retina kita akan cuba memfokus dan menyesuaikan anak mata dengan suasana gelap. Jadi kita akan nampak macam benda putih.

Tu theory aku lah. Aku tak de la nak fikir yang bukan bukan.

"Ngga semua yang bisa lihat"

Aku masih mendiamkan diri.

"Ayuh. Kita keluar"

Rochan bersuara dan kami berpatah semula ke arah tangga tadi. Rochan di hadapan dan aku tak jauh di belakang dia, yang ada hanya cahaya lampu suluh yang dia pegang.

Dari lorong tu, nak sampai ke tangga, kami kena membelok ke kanan. Aku hanya mengekori Rochan perlahan lahan. Masih mengharung air.

Sewaktu Rochan pusing, lampu dia menyuluh ke arah hadapan termasuk dinding di bahagian depan. Sekilas itu aku pandang di bahagian tu, seolah olah di panggil.

Tiba tiba.

"Astaghfirullahalazim !"

Itu rasanya yang keluar dari mulut aku.

Jantung aku berdegup kencang. Aku capai bahu Rochan dan aku tolak dia pantas naik ke tangga.

"Kenapa Pak?"

Dia tanya aku.

"Ngga apa apa. Langsung aja"

Aku minta dia cepat cepat panjat tangga. Aku rasa berpeluh tiba tiba. Aku nak keluar dari tempat ini.

Sebaik saja keluar dari pintu tu baru lah nampak cahaya terang. Hari kan masih siang. Aku berjalan melangkah dengan kasut berat tu dan terduduk di kerusi di situ.

"Bapak apaan?"

Aku diam. Rochan cakap muka aku pucat lesi. Aku pun dah tak tau. Terdiam terus terduduk tak buat apa. Rochan dah mula buka kasut Phua Chu Kang dia sedangkan aku masih termangu rasanya.

"Pak !"

Dia pegang peha aku. Aku terkejut dan cepat cepat buka kasut.

"Ada apa apa ya Pak?"

Dia tanya lagi.

"Ngga ah"

Aku masih tak rasa nak bercerita, tapi apa yang aku nampak tadi sungguh mengerikan. Then bila aku fikir balik, iya ke apa yang aku nampak? Logik ke? Aku ni bukan tak percaya hantu tu wujud cuma aku tak expect apa yang berlaku tadi.


Lama jugak aku duduk cabut kasut tu. Tapi otak aku ke lain. Rochan macam perasan ada yang tak kena tapi aku tak mahu bercerita. Masalahnya aku sendiri tak pasti apa yang aku nampak tapi aku yakin, apa yang aku nampak tadi adalah sesuatu yang mengerunkan.

Masa sebelum membelok ke tangga tadi, waktu Rochan hala torch light ke dinding tu aku nampak satu wajah tanpa badan ! 

Cuma ada kepala melekat di dinding. Dinding tu berlumut macam dinding lama. Aku tak pasti wajah lelaki atau perempuan tapi mukanya gelap, hitam dan kotor dan snagat mengerikan ! Aku pasti tu bukan dinding sebab bentuk mata dan muka memang jelas.

Ada lirik mata memandang tajam waktu tu.

Dan lebih mengerunkan masa aku terpandang tu dia senyum kat aku !!

Senyum dia sinis je macam menyindir. Ekor mata dia tu saja dah buat aku terbayang bayang. Dia ada rambut walaupun tak menggerbang tapi aku pasti apa yang aku nampak.  

Argh !!

Serious aku tak tau. Tapi aku rasa seram tak ilang ilang. Lama juga aku cuba tenangkan perasaan.


"Bapak ke kamar mandi saja, bersihkan kakinya"

Aku akur. Betul apa yang Rochan bagitau. Aku kena cuci kaki. Aku takut jugak, buatnya kena ikut ke apa, naya aku jadinya. Nak tak nak aku bangun longlai.

"Bapak mahu saya temanin?"
"Ngga apa apa"

Aku melangkah ke toilet di bahagian depan. 

Sekali lagi kat toilet tu tak de orang. Nak masuk situ pun aku jadi seram. Macam macam aku fikir. Macam macam bayangan masuk dalam pandangan aku. Kuatkan hati dan semangat, aku cuci kaki dan terus keluar semula.


Rochan bawak aku pusing pusing lagi, kali ini dari arah luar dan bangunan yang satu lagi. Bangunan ni lah tengah renovate dan tak boleh di masuki. Tapi kalau tengok pun boleh tahan ngeri. Lagi la bila aku tengok dinding yang berlumut macam tu datang pandangan macam tadi.

Otak aku fikir yang bukan bukan, Rochan tetap mengiring aku sambil bercerita mengenai misteri Lawang Sewu ini.

Sebab aku malas nak fikir sangat, aku busy kan diri dengan ambik gambar. Tapi gelojak dalam hati dan fikiran aku hanya aku je la yang tahu. 

Tak mahu lagi aku tengok benda tadi.

Cukup ! Cukup !




Diperkarangan Lawang Sewu tu ada tinggalan keretapi lama. Kami menyusur kawasan persekitaran dan seterusnya sampai di kawasan hapadan Lawang Sewu tempat di mana aku jumpa Rochan tadi.

Bila aku rasa dah OK sikit kami keluar dari kawasan Lawang Sewu. Kebetulan ada orang jual air di tepi jalan, aku pelawa Rochan minum.




Macam biasalah aku kena minum teh botol dulu. Mengidam !

Sempat aku snap gambar Rochan dan dia dengan senang hati je pose. 

"Kamu mahu rokok Malaysia"
"Cuba"

Aku pass dia rokok tu.

"Berapa Pak harganya di sana?"
"Rp30,000"

"Waduh. Mahal sekali. Di sini cuma Rp12000 yang paling mahal. Kalau macam saya, rokok ini aja. Harganya Rp6,000"

RM3 !

Kami berborak borak. Habis 2 botol teh botol aku belasah. Dahaga pun ya jugak. Rochan minum air yang sama. Berbatang batang jugak la hisap rokok sambil berborak. Macam macam dia cerita. Aku suka je tanya. Dia dah setahun kerja jadi guard ni, dia kata banyak kali dia kena kacau tapi bagi dia dah biasa. Orang biasanya datang waktu malam ke sini especially malam Keliwon sebab nak tengok lembaga tapi mostly yang datang tu ramai dan dia orang tak jumpa. Kalau 5 orang pun cuma 1 je yang nampak.

Akhirnya aku buka cerita, Rochan diam dan mendengar. Dia tak terkejut pun. Tapi dia cakap  aku beruntung sebab nampak.

* pengsan.

Untung la sangat.

Rochan pun bagitau, dulu anak Presiden pernah nak ambik Lawang Sewu ni untuk di jadikan hotel. Dah kepung semua siap nak buat construction tapi lepas tu tak jadi. Dengar cerita semua pekerja di situ kena usik dan mereka tak berani nak kacau tempat tu dah.

Terus tak jadi sampai lah UNESCO plan nak jadikan tempat ni historical site di Semarang ni.

Begitu la ceritanya.




Waktu tu dah tengahari. Budak budak dah mula balik sekolah. Aku sendiri tak tau plan nak ke mana. Borak borak dengan Rochan aku cakap nak pegi masjid dengan temple, dia kata pegi masjid dulu. Lagi pun hari jumaat, kalau bernasib baik boleh tengok payung di buka.

Aku setuju je, lagipun boleh aku solat terus dan aku takut jugak, kurang kurangnya kalau aku ke masjid, tenang la sikit hati dalam waktu waktu macam ni.

Lama jugak aku berborak dengan Rochan ni. Dia bercerita pasal keluarga dia, dan aku pun sama. Dia kata dia tak pernah jalan jauh. Di Indonesia pun dia tak berjalan sangat semuanya sebab keterbatasan wang. Dulu dia kerja panjat menara telco tapi semenjak berhenti tu la dia jadi guide dekat Lawang Sewu ni.

Baik orangnya. Dan aku bersyukur aku dapat dia jadi guide aku. Kalau aku ikut kepala otak berlagak tak nak pakai guard, agaknya aku terkencing dah kat tempat tadi kot. Silap silap pengsan disitu.

Sebelum kami berpisah aku bagi dia tip lagi. Tak pe lah. Niat sedekah walaupun aku dah bayar dia. Dan aku bagi dia sekotak rokok Dunhill Malaysia. Bukan kepalang dia gembira. Berkali kali dia ucapkan terima kasih.

"Ini juga buat kamu"
"Oh.. ini wang Malaysia?"

Aku angguk.

"Berapa ni Pak kalau rupiah?"
"Rp3000"

Aku bagi dia duit seringgit.

"Oh.. Bisa saya simpan jadikan kenangan"
"Ya bisa !"

Dan kami berpisah selepas tu, Rochan tolong aku tahankan taxi ke Masjid Agung.

bersambung........

9 comments:

  1. supermeng,

    sy yg baca pun dh seriau bulu roma ni...cuaknye rase....

    ReplyDelete
  2. Saya pi naik atas je...bawah tanah tak pi......best semarang....

    ReplyDelete
  3. DATT : nanti kalau berkesempatan pegi semarang, jangan lupa turun bawah.. hahaha

    MKL : semarang? hmmmm ok la

    ReplyDelete
  4. Boleh la...tp makin xcited pulak nak pegi sana...kannn..hiiks

    ReplyDelete
  5. Ena : pegi la.. tapi rasa nya skrg dah tak leh masuk bawah kot.. double check dulu sebelum pegi

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. seram kan>? masa tu memang rasa ketar lutut.. tapi lama lama fikir.. mcm tak pasti lak.. tu betul hantu ke atau perasaan jer...

      tapi bayangan rupa tu masih melekat lagi ni

      Delete