Pages

Friday, March 2, 2012

Trip Menggelabah Semarang - Episode 1

Hah !

Ini dia entry details yang di tunggu tunggu.

Apa? Tak tunggu pun?

Lantak lah. Aku tulis je. Tak tunggu tak pe. Pegi sanah !

* aku cepat emo sejak kucing rumah jiran depan mengandung.

Aku dah kata trip Semarang ni memang trip menggelabah sebab aku tak confirm nak pegi pun sampai last minit. Subuh tu baru aku decide. 

Minggu tu aku busy kat office dan site jadi aku kurang fikir pasal trip ni. Aku tau aku ada trip ni over the weekend tapi aku tak boleh nak decide lagi sebab flight aku hari Jumaat pagi. Dan biasalah hari Jumaat kalau nak mengular kena tengok keadaan. Kalau clear OK lah. Kalau tak, masak jugak.

Aku dah pre emp Kuman dan IG. Dia orang OK je. Dah tahu sangat perangai aku yang suka menghilang.

Hari khamis tu aku kat site sampai ke petang. Dah petang baru lah aku web check in. In case aku jadi pegi. So tak kisah la. Dan aku book hotel jugak dengan Agoda. Aku tak kisah sebab Agoda ni kalau tak jadi pegi pun kita boleh cancel dan dia akan refund balik duit kita tu. Cuma lambat sikit la nak dapat balik.

So malam tu pun aku still belum decide nak pegi ke tidak.


Flight tiket ke Semarang ni aku beli masa first offerings hari tu. Memang tak masuk dalam plan asal aku, tapi aku fikir, why not? Plus aku masih tak puas hati dengan trip Surabaya aku dulu tu. So aku beli tiket dengan harga RM124 return.

Aku tak bagitau adik aku pun kalau aku terpaksa pegi, dia kena hantar kat airport. Memang aku tak nak suruh OR sebab aku tau pagi pagi nanti Hero sekolah, dia nak kena hantar. Susah pulak nanti.

So malam tu waktu OR tanya jadi ke tak aku pegi aku pun cakap.

"Tengok keadaan lah"

Dan malam tu aku langsung tak packing tak apa. Mengantuk lagi ada. Cuma aku rasa macam selamat jugak nak pegi since aku dah bagitau IG dan dia boleh je cover apa apa yang perlu. Aku dah siap pesan apa apa yang aku nak dia buat hari Jumaat tu dan dia OK je. Tak de masalah.

Baguskan ada assistant macam IG ni?

So malam tu aku tidur sebab mengantuk sangat dan aku kunci jam pukul 5 pagi ! 

Aku fikir, kalau aku bangun dan ada mood nak pegi, aku akan pegi. Kalau tak? Memang lebur la trip kali ni. 

Aku tidur dengan riang. 

Pukul 5 pagi jam berbunyi. Aku sedar tapi hujan lebat kat luar. Aku sambung tidur. 

Pastu pukul 5.45 aku tersedar sekali lagi. Bangkit terus aku mundar mandir dalam rumah. Tengok kat luar hujan lebat gila.

Nak pegi ke tak ?

5 minit lepas tu aku rasa macam nak pegi. Datang semangat tiba tiba. Tiket aku beli murah, nak dapat semurah ni lagi, ntah. Tak tau lah bila lagi boleh pegi. Aku pun apa lagi, ambik beg, campak baju dua tiga helai, siapkan kamera dan beg kamera. Pastikan passport semua ada then aku off keluar rumah.

Aku just bagitau OR aku pegi airport sendiri !

Aku tak perlukan dia hantar lah sebab aku rasa aku tinggal je kereta kat parking LCCT tu nanti.

Keluar dari rumah subuh subuh hari dalam hujan yang lebat. Drive slow slow. Ada 1 jam lagi sebelum gate di tutup. Aku ada sejam untuk sampai ke LCCT.

Sebab hujan dan aku rabun maka aku terpaksa lah jugak drive slow slow.

Tawakal je lah. Aku fikir, kalau aku sampai LCCT dan sempat, maka aku pegi. If not, tak pegi lah.

Macam tu.

Aku ikut Elite Highway dan sampai di pertengahan jalan tak hujan pulak. Maka aku pun memecut dengan kadar yang boleh dan akhirnya aku sampai kat traffic light LCCT tu tepat jam 6.45 pagi !

Cuaca dah hampir terang.

Aku fikir, mana nak parking ni?

Tup tup aku tengok macam banyak kereta je tepi jalan tu. Nampak kosong aku terus je park. Keluar. Ambik beg dan kunci kereta secara manual. 

Gila babas tawakal habis. Berdoa semuanya selamat.

Tup tup bila aku pass kereta kereta lain tu semua aku tengok macam ada orang. Mula datang cuak. Abis lah. Tapi nak buat cemana? Takkan aku nak patah balik dan alih kereta?

Ah. Tak pe lah. Aku cuba dulu boarding mana la tau sempat.

Dari tempat aku park kereta depan Maybank tu aku jalan kaki sampai bangunan terminal. Patut kena check document tapi sampai kat orang Air Asia tu aku bagitau dia.

"Saya dah lambat, tak sempat nak verify"

Dia pun lepaskan aku masuk. Imigration okeh aku pakai auto pass.

Nak scan ni satu hal. Orang ramai. Aku tengok jam dah nak dekat pukul 7 pagi ! Sudah. Jangan jadi macam time pegi Padang hari tu.

"Maaf Encik, saya dah lewat, boleh bagi saya dulu?"

Aku cakap kat pegawai Imigration tu. Dan dia lepaskan aku. Ah. Semuanya di permudahkan. Berlari lari aku turun lepas body scan dan beg scan dan sampai kat bawah tu sempat lagi aku pegi beli rokok !

Bekalan !

Nak bayar satu hal.

"Excuse me, can I pay first? They are calling me now"

Ayat tak nak kalah. Aku dapat potong queue dan bayar rokok. Masa tu pengumuman dah di buat, panggilan terakhir ke Semarang sila masuk ke pintu gate T6 !

Aku sampai dah tak de orang. Ada mamat check tiket tu je.

"Semarang?"

Dia tanya aku.

"Ya"

Aku bagi semua dokumen aku dan dia lepaskan aku pegi. Berlari lari la aku ke F73 di mana flight ke Semarang akan bawak aku ke sana.

Hah. Lega. 

Tak lama lepas tu aku dah berada dalam perut pesawat. Lega bukan kepalang. Risau pun ada jugak. Tapi nak buat cemana. Tawakal je lah.

Mengah tak hilang lagi, pesawat pun mula beredar dan meninggalkan landasan LCCT menuju ke Pulau Jawa Tengah.




Pesawat meluncur laju.

Seawal pagi cuaca sangat baik dan pemandangan juga menarik. Aku terpaku tepi tingkap melayan perasaan. Sempat aku SMS IG bagitau aku jadi pegi dan OR, aku cakap aku dah naik flite sebelum flite berlepas tadi.

Kelaparan aku order nasik lemak dan sambung melayan perasaan.

Flight tak penuh jadi aku duduk sorang je. Ada lah perasan 2 budak lelaki belakang aku, rasanya backpacker jugak la dan sorang tu mungkin first time travel ke Indon sebab banyak tanya. 

Aku melayan perasaan sendiri. 

Sempat terlelap sekejap. Tup tup aku rasa flight dah nak decending. 2 jam 30 minit perjalanan akhirnya kelihatan Tanah Jawa Tengah dari udara. 

Sempat aku nampak Pulau Karimunjawa. Tapi untuk ke sana dalam trip kali ni rasanya tak mungkin. Sepanjang perjalanan aku fikir samaada memilih Karimunjawa atau Dieng Plateau dan aku rasa agak sukar nak ke pulau tu.

Tempat tempat lain aku tak fikir lagi !

Akhirnya pesawat mendarat dalam mendung pagi di Bandara Internasional Ahmad Yani Semarang.

Semarang ! Here I come.



Airport dia tak besar. Kecik je. Tapi lebih besar pada airport Medan. Mungkin kecik sikit pada airport Jogja tapi tu semua tak penting. 

Yang penting sekarang nak lepaskan diri dari Imigration.

Lama gila la menunggu nak chop passport. Orang ramai jugak kaunter cuma ada 2. Tersangkut sangkut. Aku rasa aku tunggu dekat setengah jam jugak la beratur tu. Last sekali baru lah sampai giliran aku.

Tak lama. Dia belek belek passport aku berkali kali.

"Kok kerap ke Indonesia?"
"Ya"
"Ada apa?"
"Liburan aja"
"Sendirian?"
"Ya"

Soalan yang sama aku terpaksa jawab kalau aku ke mana mana pun. Ya lah. Ada nampak orang lain lagi ke dengan aku ni?

Masalah sikit bila nak lepas scanner luggage dengan body tu. Body lepas, barang aku pun tak banyak cuma Si Daud je. Tapi tetap aku kena tahan. Cilakak betul. Tak puas hati la tu.

Dia geledah beg aku dan bukak satu persatu.

"Kok Bapak sendirian aja Wisata ke Semarang?"
"Ya"
"Mahu ke mana?"
"Dieng Plateau"

Dia angguk. Dia belek belek. Cuma ada baju je dalam beg aku tu. Then dia check beg kamera aku. Musykil agaknya.

"Apa bapak ini mata mata?"
"Huh?"

Ada muka perisik ke aku ni? Cuba check dalam beg tu, silap silap jumpa kondom !

Hahahaha.

Tak de lah. Aku gelak je lah. Then dia dah buntu tak jumpa apa pun then dia lepaskan aku pergi. 


Keluar dari airport Semarang tu aku lepak dulu hisap rokok. Kekurangan nikotin.

Usha kawasan sekitar. Ada kedai kedai dan bank di airport tu. Aku nak tukar duit sebab aku belum tukar duit. Tak sempat pun. Sekarang ni aku cuma depend kat duit Indon yang saki baki trip aku dulu dulu. Ada lah dekat Rp1 juta. Tapi aku rasa macam tak cukup. So aku nak tukar lagi.

Duit RM pun aku tak de. Yang ada dalam RM70. RM20 aku dah bayar beli makanan dalam flite tadi. Ada duit Jepun, duit Australia, Yen, Hong Kong dan US Dollar. Akhirnya aku tukar USD je. 

Aku tukar USD50. Dapat la dalam Rp450,000.

Aku rasa cukup la tu. Kalau tak cukup nanti aku tukar lagi dengan matawang lain lain ni. Kalau terlebih aku simpan je untuk trip akan datang.

Ada ke?

Mana tau.

So lepas melilau tu aku pun cari taxi. Pergi ke kaunter servis. Dapat taxi ke Dafam Hotel tempat aku dah booking semalam. So sebab jadi pegi aku tak payah la cancel.

Taxi bawak aku ke kota Semarang dengan harga Rp35,000. Memang harga taxi airport banyak tu kot. Tak kisah la yang penting tak jauh pun. Dalam 20 minit aku dah sampai di depan hotel Dafam !

Menarik jugak hotel dia. Aku pilih hotel ni sebab rating dia tinggi. Aku check di Agoda dan dapat harga bilik RM81 satu malam !

Murah kan?

So apa lagi. Now boleh feeling feelinng lah.

Tapi masalah jugak. Bila aku nak check in dia kata bilik belum ready. Ya lah, baru pukul 10 lebih. 

"Jam berapa siap kamar nya?"
"Jam 12 Pak"

Minah receptionist tu cute jugak. Tapi aku terpaku tengok gigi dia sebab aku rasa macam ada yang tak kena dengan gigi dia. Tapi dia baik la. Senyum je.

"Bisa saya tinggal bagasi di sini?"
"Bisa Pak"

Pastu dia call sapa ntah ada mamat lain datang ambik beg aku.

"Ini pertama kali saya di Semarang, saya mahu ke Lawang Sewu. Jauh ngga?"
"Ngga. Bapak naik becak aja"
"Kalau mahu ke Masjid Agung?"
"Lumayan Pak. Perlu naik taxi"
"Di mana lagi saya bisa lawatin di Semarang ini?"
"Bapak mahu apa? Belanja?"
"Ngga. Tempat Wisata aja"

Dia pun sebut la beberapa tempat. Aku mintak peta dengan dia tapi peta tu tak berapa membantu sebab peta kedai kedai makan. Tapi aku dapat la idea kat mana tempat tempat tu. Plus aku tanya dia cemana nak pegi dari satu tempat ke satu tempat tu. OK je dia tolong aku walaupun dia pun kadang kadang tak pasti.

"Bisa kamu dapatkan mobil untuk esok, saya mahu ke Dieng"
"Dieng Pak?"
"Ya. Jauh nggak?"
"Lumayan Pak"
"Kamu cuba ya"
"Supir nya Pak?"
"Ya.. Supir sama Mobil nya"
"Bisa Pak"

Dan aku letak harapan menggunung tinggi pada dia. Aku harapkan dia. Kalau tak aku tak tau nak pegi mana dah. Aku plan hari ni aku abiskan Semarang ni dan esok aku akan ke Dieng Plateau tu.

Dari lobby hotel aku keluar dan menunggu becak. Tapi aku rasa macam malas nak naik becak aku jalan kaki je. Tak jauh berjalan dalam 15 minit pastu aku sampai di satu roundabout besar.






Besar jugak la bulatan tu. Di satu sisi aku nampak muzium. Ada gereja jugak. Pastu ada bangunan yang aku pasti ianya Lawang Sewu !

Di tengah tengah roundabout tu ada Tugu Muda yang menjadi simbolik pertarungan 5 hari rakyat Indonesia dengan Tentera Jepun satu ketika dulu.

Aku usha mana yang patut. Nak melintas roundabout pegi ke tengah tengah tu punya lah susah. Tapi dekat tugu tu mungkin masih pagi. Tak de orang pun. Aku je. Bulatan ini di panggil Alun Alun yang bermaksud nadi kota. Ada beberapa bulatan lain lagi di kota Semarang ni dan bulatan Tugu Muda ni antara bundaran yang terpenting juga.


Lepas bersiar siar di bundaran dan Tugu Muda tu aku terus ke Lawang Sewu. Dari jauh kelihatan macam tak de orang. Ada beberapa orang di bahu jalan. Aku lintas dan terus menuju ke pintu masuk.

"Bapak perlukan guide"
"Ngga perlu. Di mana saya bisa beli tiket nya?"
"Di sana Pak"

Dan lelaki itu gigih ikut aku berjalan dan tunjuk tempat beli tiket.

Tempat beli tiket dia meja je. Ada sorang perempuan di situ. Ada jugak seorang lelaki mungkin tukang sapu sedang berehat kat belakang dia.

"Harga tiket Rp10,000. Bapak perlukan guide harganya Rp30,000"
"Saya ngga perlukan guide. Saya mahu mutar mutar di sini aja"
"Ya.. Tapi sekarang ngga bisa. Laginya tempat ini sedang di renovasi bla bla bla"

Gigih la pulak kakak Indon ni suruh aku ambik guide. Memula aku keras jugak. Pastu aku tengok mamat tadi dok berdiri dengan muka syahdu. Aku fikir. Apa sangat lah Rp30,000 tu. RM10 je. At least dia mungkin tau kat mana tempat menarik untuk aku ambik gambar.

So aku setuju je.

Semua orang riang !

Aku terlebih riang sebab kakak tu jual Fridge Magnet !

Kau ado??

"Mbak. Bisa ngga Rp10,000 ni"
"Ngga. Rp12,000 Mas"
"Saya mahu semua. Ada lagi ngga?"
"Loh..... ini aja yang ada Pak"

Fridge Magnet ada tapi cuma ada 6 jer ! Lain semua keychain yang aku rasa tak menarik nak beli. Tak lawa pun. So Lily, aku tak beli keychain untuk kau Nak !

Aku borong semua 6 ketul FM tu. Aku suruh dia jual banyak banyak lagi tapi kakak tu cakap.

"Ngga ada yang beli............."

Motip. Ramai je yang kumpul Fridge Magnet ni.

Note bagi pengumpul FM. Di Semarang ni kat sini je aku jumpa FM. Tempat lain tak de. Kalau ada pun jenis kayu dan gambar ntah hapa hapa. At least kat sini ada gambar Lawang Sewu dan ada tulis Semarang ! 

Tapi tu lah, kakak ni tak de stok la pulak.

So mamat yang patut jadi guide aku tu pun mula ekori aku waktu aku bergerak masuk. Ada halaman luas di tengah bangunan dan dia mula bercerita. 

Aku tak tau pun nama dia sapa sampai last nak keluar baru aku tanya. Nama dia Rochan. Pelik eja dia, macam tak sama dengan bunyi. Dia siap tunjuk kad dia so aku percaya lah.

"Ambil dari sini juga bagus Pak"

Dia bagi idea kat aku dan aku mula la naik hantu dok snap sana sini.

Dari luar bangunan kami mula masuk ke dalam. Ada replika bangunan Lawang Sewu ni. Memang tak de orang lain kecuali aku dengan dia je. Satu persatu dia bercerita. Mengenai sejarah Lawang Sewu dari pemerintahan Belanda hinggalah tentera Jepun mengambil alih.

Lawang Sewu bermaksud Seribu Pintu. Memang banyak la pintu pintu di sini. Suasana agak ngeri jugak. Baru aku fikir, kalau aku sorang sorang aku tak masuk kot. 

Pastu aku jumpa sorang mamat ni. Dia sorang sorang pastu pandang dinding. Tapi dia dok curi dengar je Rochan bercerita pada aku. Makin lama dia makin dekat. Memula aku macam pelik jugak, apahal mamat ni mengendeng je. Masa kita orang  nak blah masuk ke ruang lain, dia bersuara.

"Mas. Bisa diikutin, biar berteman"
"Kamu ikut aja laluan lain"

Rochan marah mamat tu. Kesian juga. Mesti dia hilang arah tak tau mana nak pegi. Dah tak nak bayarkan. Tapi mamat tu aku rasa local je.

Dari tingkat 1 kami naik ke tingkat 2. Di tingkat 2 lebih seram. Hanya ruang ruang kosong je. 



Dan dari dalam bangunan tu memang nampak la pintu yang banyak menghubungkan dari satu ruang ke ruang yang lain. Masih juga ada tinggalan board elektrik lama yang sudah tidak di pakai.

Masih ada lagi tinggalan Belanda seperti sinki yang memang di datangkan khas dari Belanda sendiri.

Dari satu tingkat ke satu tingkat, menaiki tangga lama. 

Suasana sunyi dan sepi je pagi tu.







Dari bahagian depan, dia bawa aku ke bahagian belakang.

"Ini kamar mandi. Di sini sering kelihatan penampakkan"

Aku diam je. Nak tanya lebih lebih tak berani.

"Ngga ramai yang datang ke sini ya?"
"Ramai Pak. Biasanya yang datang tu malam malam. Siang siang kayak gini kurang. Lagi lewat, lagi ramai. Tempat ini di buka sampai pagi"

Kann.

Kau gila nak datang tempat macam ni malam malam buta. Nak buat apa???

* tolak Uncle Seeker masuk gaung.

Aku tak tanya banyak, aku dengar je Rochan ni bercerita. Tapi dia OK lah. Mungkin sebab dah biasa. 

"Dulunya di situ anak sungai. Semua tahanan yang udah mati di kelar, di campak di anak sungai ini"
"Hmm"

Terkejut jugak aku. Mula datang seram.

"Tapi sekarang keadaan udah berubah. Anak sungai pun udah kecil"

Rochan menambah dan aku masih sibuk dengan lensa kamera.



Dari ruang belakang kami terus ke tingkat 3. Naik tangga tu tiba tiba bulu roma aku berdiri.

Tiba tiba datang seram. Terdiam kejap aku. Kenapa ek? Macam ada yang tak kena. Tapi aku malas nak fikir, aku busykan diri. Sesekali aku layan borak dengan dia.

"Ini ruang atas. Bapak tengok semuanya dari Jati ni. Di sini ruangnya kalau ada keramaian atau acara mereka berkumpul di sini. Awas Pak. banyak kelawar di sini"

Aku perhati ruangan atas, ada kelawar bergantungan.

Kosong dan sepi.

Aku tak tau mana mamat tadi tu yang aku jumpa masa kat bawah. Mungkin dia dah keluar. Tapi selain aku dan Rochan ni memang dah tak de orang lain dah.


Dari tingkat atas kami turun ke bawah semula.

"Bapak mahu ke ruang bawah?"
"Ada apa?"

Aku tanya dia.

"Kalau ke sini ngga turun ke bawah, bapak belum di bilang sampai ke Lawang Sewu"

Wah. Itu cabaran.

Tapi bila dia tunjuk aku pintu turun ke bawah tanah, aku jadi berbelah bahagi. Gelap gulita !

Serious ke aku nak masuk ni?????

bersambung............

No comments:

Post a Comment