Pages

Friday, March 16, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 3 : Guangzhou Part 2

Pagi pagi pintu bilik aku dah di ketuk.

Sah !

Tak lain dan tak bukan. Mesti BW ni. Dia rengsa la tu bangun awal. Aku masih berguling guling di atas ranjang penuh kepuasan. Best betul tidur dapat tidur dengan buas. Kalau dengkur tu tak payah cerita lah. Kalau lipas berumah tangga kat area tu mesti bertempiaran lari sebab gegaran 7.5 pada skala richter.

Pedulik.

Then aku buat bodo. Pastu pintu kena ketuk lagi. Aku bukak.

"Hoi. Kol berapa nak bergerak ni?"

Begitu suara IH memecah kesunyian. Dia dah bersiap dengan sweater cokelat dia. Sweater beli kat Cameron Highland !

"Jap. Aku nak berak. Mana akak?"

Aku nak suruh budak Akak tu buat air. Senang aku nak berak. Tak lama BW muncul nonong nonong. Dengan seluar tidur lagi.

Gigih la dia jadi tukang buat air untuk kita orang. Air Milo la apa lagi. Perut masih berkeroncong si Endung Endung.

Lapar. Tapi kami terpaksa bertabah !

Siap siap mandi semua dan packing. Kami kena check out siap siap. Misi hari ni berjalan dengan beg.

Beg aku dah penuh. Mana tak nya. BW tu dia bawak beg kecik. Masa kat Macau dia shopping sakan nak abiskan duit Pataca beli itu ini di mana di sumbatnya?

Beg aku jugak !

Sapa yang nak kena pikul?

Aku la jugak !

Tambah dengan barang aku lagi. Kalau kira aku bawak 3 helai je baju. Tapi kalau korek korek dalam beg tu semua barang dia je. Nak buat camno.

Tak pe. Sekali lagi. Bertabahlah wahai Supermeng dapat kawan kawan macam ni.

Lepas semua selesai kami pun bersiap siap. Memula macam nak naik subway tapi peristiwa ngeri semalam masih bermain main di benak fikiran. Akirnya kami sepakat, naik taxi !

Patah balik ke hotel dan suruh budak hotel tu tulis dalam bahasa Cina bagitau kita orang nak pegi ke YueXieu Park ! Salah satu park yang terdapat di kota Guangzhou.


Tengok dalam peta macam boleh jalan kaki. Dari point B ke point D. 

Tapi tidak sebenarnya !

Maka dengan itu, menaiki taxi adalah lebih penting. So kami suruh budak hotel tu tulis, hantar kan kami ke China Hotel. Sebab tu je la mercu tanda yang senang. Plan kami nanti kami menapak je la ke park tu. 

Tak tau apa yang menarik di sana tapi kita orang macam nak pegi tengok Statue 5 rams tu. 

So budak tu pun tulis lah. Tunggu taxi macam tak nak berhenti. Last sekali cross jalan dan tunggu taxi belah satu lagi.

Ha.. Taxi pun dah sampai.

Yuk naik !


Masuk taxi tak cakap sepatah apa pun.

Tunjuk je kertas tu.

"Nah ! Jalan............. !"

Begitu ayat. Pemandu taxi tu pun baca. Tak de cakap banyak, terus je bawak taxi. Pusing pusing kotaraya Guangzhao pagi hari yang agak jem tu sebab orang nak pegi keje. 

Tapi. Sebaik saja kereta tu bergerak, kami terpandang sesuatu.

"Halal !!!!"


Air mata mengalir lesu lalu jatuh ke atas kerusi dalam taxi.

Kami dah dalam taxi. Kedai ni depan je dengan hotel kami. Kenapa kah? Kenapa kah kami tidak menjumpainya semalam? Dah tandus nak makan nasik ni. 

Ah. Kesedihan bertimpa timpa. Air mata di seka.

Apa kan daya.............

Tapi mengenangkan peristiwa semalam dengan hujan dan sebagainya memang tak de mood nak explore kawasan hotel kami ni lebih lebih. 

Bertabah lah lagi wahai perut.

Elok je akhirnya kami sampai di tempat yang di tuju. Pemandu taxi tu dengan girangnya park dekat lobby China Hotel by Marriot ni.

Sebab aku duduk depan, so aku bayar tambang. Tambang dia RMB15. Aku pulak tak kenal lagi duit RMB ni, aku terbagi note RMB10 dengan RMB50 sen. Bising pemandu taxi tu cakap Cina.

Haram aku tak faham. Last sekali aku bagi duit yang aku ada. Ngam ngam dia ambik RMB15.

Rupa rupanya aku salah budget. Aku ingat duit kecik RMB50 sen tu adalah RMB5.

Maluh !!!!


Elok je keluar taxi, tetiba taxi kami di serbu. 

Tau sapa penyerbu nya??

Pekerja hotel ni lah. Ini hotel 5 bintang okeh. Mesti la pekerja dia ingat kami ni bakal tetamu. Terus terus je bukak pintu kereta dan angkut beg kita orang.

IH dah awal awal lagi peluk beg dia takut di angkut. Tapi beg aku kat belakang. Aku keluar je mamat tu dah pegang beg aku.

"Eh.. nevermind ! Nevermind !"

Hahahhahaa. 

Lawak gila masa tu. Mamat tu jadi pelik. Aku ambik beg aku dari tangan dia pastu terus cha alif boot... !!

Lari...................

Maluh !

Maluh !!!

Sorry youls. Weols tak mampu nak duduk hotel mewah ini. Weols menumpang singgah je.

Laju la kita orang lari dek kerana kemaluan yang berlimpahan. Pastu gelak gelak.


Kami menapak la pusing hotel tu nak pegi ke YueXiu Park tu. Tapi ada jalan besar macam tak de jejantas. Ada subway line kat situ. Rasanya macam kena masuk ikut laluan tu nak melintas. 

Pastu aku ada terbaca pasal tempat nak shopping cenderamata kat Guangzhou ni dekat dengan US Embassy yang terletak di kawasan tu jugak lah.

Jadi kami pegi cari US Embassy dulu. Jalan jalan kat kawasan tu. Tapi tak jumpa. Jumpa minah Indon pakai tudung. Tanya dia.

"I am not sure about US Embassy, but I know Indonesian Embassy is overthere"

Kann..

Penting ke?

Pastu sempat aku tanya dia kedai halal nak makan dia kata ada kedai kat bawah laluan subway tu tapi dia pun macam tak pasti lokasi sebenar.

Tak pe lah.

Kami merayau lagi ikut kaki last sekali nampak satu macam mall ni baru nak bukak. Kami pun masuk. Masuk masuk berlegar legar dalam tu terus tetiba semua didatangi roh jahat.

Mur mur uols kat situ..

Apa lagi.

Let's shopping !

Masa tu la kita orang realize memang shopping kat China ni murah. Barang dia quality nampak bagus. Murah lak tu. Sibuk menanya, otak pulak sibuk mengira. Nak convert lah. BW mabuk dengan kain kain. IH dok menengok seluar dalam. Aku dok cari Fridge Magnet.

Ya. Semua ada dalam tu.

Belum kira belt, hand bags. Memang dalam tu semua ada. Murah murah gak lah.

So kami shopping beli FM dulu. Tak beli banyak sebab rasa nanti mesti jumpa kedai lain. Pastu BW beli kain selendang. Dan aku usha belt PRL. Menarik ! Kalau beli dalam RM40. Tapi memang lawa lah. Geram je aku. Baju kerja lelaki pun ada. Lawa lawa. Armani semua ada siap tag dia replicate original.

* pengsan tengah tengah Bukit Bintang.

Menarik betul. 

Tapi tahan diri tak boleh beli. Bukan tak de duit tapi............ tak muat beg !!!

Aku dah pesan dia orang, jangan beli barang banyak banyak nanti aku yang nak kena angkut. Sakit bahu nih !!!!!

Akur la semua orang.

Then aku dengan IH beli underwear dan boxer. Harga RM10 satu. Jenama? CK okeh. Tapi ni bukan macam CK Thai tu. Ni baik punya CK.

Pastu dok lalu tu, aku ternampak la sweater. Pastu juru jual dia cakap.

"100 Yuen"
"70 Yuen"

Aku saja cakap je. Pastu aku blah. Lama tu dia panggil.

"OK ! OK !! 70 Yuen"

Haaaaaaaaaaaaaaa.

Rasa bersalah terus tiba tiba. Beriya iya lak dia panggil aku. Aku usha macam menarik jugak. So fikir dua tiga kali nak beli ke tidak. Last sekali aku angkut je sweater Ralph Lauren tu. Pastu menyesal. Huks. Berat la beg aku lagi. Tapi kalau kira RMB70 tu baru RM35 so aku rasa berbaloi baloi gak la. Material pun bagus plus aku tak cukup sweater pun. Cuaca sejuk nih !

Sejam lebih jugak la kita orang terperangkap kat situ. Pastu masing masing insaf.

No more shopping ! Kita datang bukan nak shopping ni. Yok !!!

Sempat la nak keluar tu, nampak kedai lain, kejap kejap BW masuk tengok, kejap kejap IH masuk tengok. Aku dah insaf !

* nanges.

Dan akhirnya kami menapak lah gi tempat tadi, tak de jalan lain terpaksa la buat muka tebal cross jalan yang sibuk tu. Buat macam kampung halaman sendiri.

Lintas tu je kami dah pun sampai di pintu masuk YueXiu Park, Guangzhou !




Masuk masuk je tengok ada orang main alat muzik. Macam pancaragam je. Tapi semua orang orang tua.

Dan ada yang menari. Ada yang bertaici. Ada yang main sepak yem. Ada jugak yang duduk melepak.

Tapi !

Semuanya warga emas.

Aiyo.. Mana kita orang ni? Semua orang tua je sini? Park untuk warga emas kah?

* komah


Memang ramai la orang dalam taman ni. Ada satu part of the taman tu nak masuk kena bayar. Memula kita orang ingat memang kena bayar lah.

Pastu riki riki rupanya 5 rams statue tu belah lain. Tak payah bayar.

Jadi kami menapak je. Menyusuri tasik dan taman yang segar kala waktu masih pagi tu.


Jalan punya jalan, tak jumpa pun.

Siap tanya orang. Nasib baik ada yang paham English. Last sekali panjat punya panjat tangga dalam park tu dan kami pun jumpa lah kawasannya.

Eh. Nampak kedai cenderamata dulu. Singgah beli FM !

FM kat sini lebih murah !

* pengsan

Malaun betul la kedai tadik. Jual mahal. Tapi dia orang dalam mall memang patut pun, ni kedai dalam taman ni je. So apa lagi kita orang pun borong FM lah. IH tetiba datang minat nak kumpul ketip kuku, so dia borong pengetip kuku ada tulis Guangzhao. BW pun sama tak sudah sudah la cari barang dia. Barang kecik kecik.

"Untuk adik I. Adik I lagi. Budak office I..... bla bla bla"

List tak abis abis.

Layan kan je.


Asoh kedai tu dua orang suka je layan kita orang sebab kita orang berborong sakan.

Tup tup tambah berat beg.

Adeh. Sakit bahu. Gila ko FM saja dah dekat sekilo ni.

Abis bershoppingan akhirnya kami pun sampai la ke tempat yang ingin di lawati.



The sculpture of five rams is the symbol of Guangzhou. It is located in Yuexiu Park, the largest urban parkland in China. Legend has it that five immortal beings wearing robes of five colours came to Guangzhou on the backs of rams. Each being carried rice and gave it to the people as a sign that Guangzhou would be free of famine. A sculpture was erected in Yuexiu park in 1959 to pay tribute to this story, and to the origins of the name Guangzhou.  This sculpture is one of the greatest attractions in the park and attracts maximum crowd. According to the local belief, the statue is the outcome of an ancient myth and is known to bring good luck and fortune to the city.

Tu diah !

Aku cut and paste sajork !

Tak de apa yang menarik pun kat situ, cuma ada statue tu je lah. Ramai jugak la orang so IH dapat tugasan kat sini iaitu menjadi juruphoto untuk orang lain.

Ada je yang panggil untuk mintak tolong ambik gambar dia orang.


Lepas abis kat atas bukit tu kami pun turun. Lalu jalan lain pulak. So nampak la ramai warga emas ni semua berexercise.

Bagus betul. Kalau nak suruh orang Melayu tua tua buat macam ni? Hampeh.

Dia orang ni siap datang pagi pagi bawak bekal dan berkelah. Siap main terup lagi. At least ni tempat jumpa kawan kawan kot.

Agaknya lah.

Kami menapak lagi. Tiba tiba terjumpa ukiran ni kat batu.







Hahaha.

Terbanyak la pulak gambar kat sini.

Ukiran pada batu ni sebenarnya menggambarkan zaman Maharaja Ming dulu kala. Tak tau la sapa yang rajin sangat memahat dan memaku ni tapi sangat amazing.

Kita orang feeling feeling kejap bergambar di sini pastu blah.

Blah dan ikut jalan tadi kembali ke entrace di mana warga tua masih berkumpul di situ sambil melayan alunan keroncong Cina berkumandang oleh pakcik dan makcik warga emas juga.

Masa on the way turun tu nampak satu pakcik dengan makcik ni dok main badminton. IH dah gossif dengan aku.

"Hah. Tu. Mak dengan Ayah Lin Dan tengah main badminton"

Kita orang bantai gelak dah.

Pastu bila turun, nampak pulak Atuk dengan Nenek main badminton.

"Ni Atuk dengan Nenek Lin Dan lah ni"

Kita orang gelak sakan.


Atuk dengan Nenek ni dok main badminton. Raket ada dua dua tangan okeh. Tapi dia orang main pukul slow slow sambil menari.

Kau mampu??

Kita orang lepak la tengok dia main badminton sambil menari tu. Ralit kejap. Sambil sambil tu aku dok capap gambar dia. Last sekali dia perasan.

"Try ! Try !"

Dia panggil aku. Aku pun apa lagi dengan beg beg sekali, pegang racquet tu dan main dengan dia. Asyik nak tergelak je. Lama jugak berpeluh peluh aku main siap letak beg lagi.

Pastu dia panggil BW pulak. Merasa BW main smash ! Penat Nenek Lin Dan ni kutip bola !

BW beraksi macam di gelanggang. Kebabo ! Kekabo ! Dia smash Nenek Lin Dan. Berpeluh jugak la makcik tu. Atuk Lin Dan berkali kali remind BW.

"Dancing........ Dancing.........."

Dia tak tau BW tengah menari rap dan shuffle sekali.

Lawak betul. Aku dok gelak je. Orang lain semua dok pandang pandang.

Sempat jugak la borak borak dengan Atuk ni.

"Where you from?"
"Malaysia"
"Oooo.. Lee Chong Wei"
"Oh you know?? I know Lin Dan"

Tetap !

Tak mahu kalah.

Lepas abis IH main sampai dah berpeluh melayan Atuk dengan Nenek ni, kami pun nak beredar.

Sempat lagi Atuk Lin Dan ni bagi posing maut untuk kita orang ambik gambar dia.

* koma



Lepas dah berpenat penat kat situ. Dengan perut masih lapar tak terisi, kami pun blah. 

Kalau layan Atuk Nenek ni memang tak berjalan la kita orang. 

So blah dari situ dengan beg beg nya, BW siap peluk paper beg Longiness tu sepanjang jalan sebab dalam tu berisi barang lagi. IH bawah beg berisi makanan. Ada lagi biskut dalam tu, boleh la kami bertahan kalau dah lapar benar.

Seterusnya kami ke destinasi lain.

Dari point D ke point E.


Nasib baik di Yuexiu Park tu ada subway. Boleh terus naik je dan kami bergerak lagi  menjelajah kota Guangzhou ini.

Apa ada di point E tu?


Tunggu ............. !

bersambung.

No comments:

Post a Comment