Pages

Thursday, March 15, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 2 : Guangzhou Part 1

Ni hao ma ?

Okeh. Belum sampai Guangzhou lagi. Baru nak naik train.

Ni dia bahagian atas train yang mana train berhenti dan ambik penumpang.


Memang station ni baru siap lah dan kami pun kira beruntung, siap siap je terus dah boleh naik. Keretapi dia tak de la laju mana. Tak macam Sinkansen di Jepun nu. Bergerak dalam 190 KM/J jugak lah.

Kami feeling feeling la dalam train tu. 

Kiri kanan sepanjang jalan tak berapa menarik. Ada lah sesekali nampak kampung kampung tapi mostly yang lain lain macam kat Jinjang je. Semua rumah rumah batu. Besar besar pulak tu.

Ni tiket nya.


Dan ini gambar keretapi yang kami naiki dengan suasana di dalam nya.

Seat dia agak selesa lah. Boleh la tempat kami berehat dan betul urat sepanjang 1 jam perjalanan.



Dan kalau mengikut peta, begini la laluan keretapi ini dari North Zhuhai Station ke Panyu di Selatan Guangzhou !


Dan sepanjang perjalanan tu tau tak apa kami buat????

Makan uols !

Lapar.

Dah sehari semalam tak makan nasik. Perut semua dah berdondang sayang ni hah. Nak tak nak terpaksa la belasah makan apa yang ada. Nasib la BW bawak biskut ni. Ada rendang dan roti. Aku siap buat resepi terbaru. Letak rendang dalam roti dan curah cili sos !

Voila !

Kenyang jugak lah. Cukup la mengalas perut kami yang kosong ni. Masing masing penuh harapan bakal berjumpa nasik di Guangzhou nanti.



Akhirnya setelah sejam perjalanan maka kami pun sampai la di Station Panyu di Selatan Guangzhou.

Barang di ingat. Station ni masih jauh dari downtown Guangzhou okeh. Jauh gila gila. Kena naik subway pulak lagi dalam masa setengah jam.

Tapi station dia memang gempak. Besar gila gila gila. Macam airport !!!! 

Terkesima rama rama la aku sekejap.


Kami terus je cari subway yang menuju ke North Guangzhou Railway Station. 

Jumpa ! 

Tiket dia harga dalam lebih kurang RMB8 seorang. Masuk subway dan terus la perjalanan menuju ke Guangzhou. 

Masing masing dah keletihan. Cuaca pun dah gelap walaupun baru pukul 6 petang.


Sampai di North Station Guangzhou tu kami pun keluar. 

Macam di Macau la kami ada nama hostel tapi tak de peta. Direction pun tak de. Nasib la ada print out peta tapi haram tak faham. Keluar keluar dari station keretapi tu kami semua terkesima rama rama.

Ramai gila orang !!

Mana semua orang ni nak pegi?


Ramai gila. Macam nak pegi haji. Semua mundar mandir bawak beg. Kiranya railway station dia pun besar gedabak jugak la. Dan dekat ruang di luar station tu memang penuh orang. Orang berpusu-pusu tak putus-putus tergamam kejap kami kat situ.

Cuaca dah la sejuk. Dah gelap pulak tu. Kami tercari cari peta dan arah tuju. Hampa.

Tanya mamat kat situ tapi semua tak pandai cakap omputih. 

Sudah !

Peristiwa di Macau berulang semula. Kalau nak menapak pun tak tau mana nak tuju. Nampak la bangunan bangunan tapi tak de sebarang petunjuk. Carik tourist information center tapi tak jumpa. Dah la dengan lautan manusia yang sangat ramai tu macam pesta. Tapi masing masing bergerak dengan laju ke hulu ke hilir ntah ke mana mana.

Tak pasti.

Lama jugak la kita orang mundar mandir kat situ. Tak tau nak buat apa. Nak tanya siapa pun tak tau. Last sekali nampak balai polis.

"Tak pe lah. Aku tanya kejap"

Aku masuk dan IH dengan BW ikut jugak. Masalah lagi. Polis pompuan tu tak paham. Aku tunjuk dia alamat hotel tu haram dia tak leh nak baca. Rupanya dia orang ni bahasa rumi pun tak reti baca. Dia orang tau bahasa Cina je.

Tapi sebab dia polis maka dia kena membantu.

Dia call la Polis lain. Turun la sorang. Gagal. Asyik dok pandang alamat tu pastu cakap Cina sesama mereka. Aku dah macam pesalah dengan IG dan BW. Duduk menunggu kat situ.

"Wait ! Wait"

Makcik Polis pompuan tu bercakap. Tapi wait dia macam tak kedengaran bunyi wait pun. Kami buat buat faham je la.

Last sekali turun sorang polis lelaki bermuka garang. 

Pastu dia tengok kertas tu dan bersuara.

"What hotel?"

Aiyo !!

Aku dengan IH terdiam. Polis muka ganas tu rupanya bersuara kepit. Halus je suara dia. Siap pitching Mariah Carey lagi. High note okeh.

"This is the address and this is the hotel name"

Chong Cheng Chong Cheng. Mereka bercakap sesama sendiri. Pastu tulis kat kertas.


"You show.... taxi driver"

Dia pass kertas yang dia tulis tu. Dalam bahasa Cina. Haram la aku tak faham. Polis tu tulis yang dekat kertas putih tu. 

Tapi kita orang tahan gelak la dengan suara kepit high pitch dia tu.

Keluar dari balai polis. Penuh lagi dengan lautan manusia lagi. Tak tau nak cari tempat nak naik taxi. Berpusing pusing. Last sekali nampak Tourist Information Center.

Ah lega. Nasib la bukak. Tapi minah tu tak reti cakap omputih jugak. Nasib ada sorang mamat ni OK sikit cakap English. Dia google cari Hostel kami dekat PC dan dia tuliskan untuk kami kat kertas cokelat dalam bahasa cina alamatnya. Kami minta dengan dia English Map. Nasib baik ada.


See??

Beza tak?? Cokelat tu Tourist Info Center tu tulis dan putih tu Polis kepit tadik tulis???

Kita orang fikir bukan bukan. Mesti polis tu tambah situ tulis...

'Drebar taxi. Sila charge bebudak ni mahal mahal sikit'

* pengsan.

Hahahaha. Tak de lah. Cuma tak nampak kesamaan pun.

Apa apa pun berpandukan arah tuju dari pegawai Tourist Info Center tu kami ke tempat taxi. Ada la ulat ulat taxi ni. Bila tunjuk tempat tu terus je.

"50 !"

Bapak mahal. Masalahnya kita orang dah siap tanya kat pejabat TIC tu harga taxi. Dia bagitau dalam RMB15 jer.

Keji dia orang. Nak menipu je.

Tempat menunggu teksi macam dekat jamban jer. kotor gila.

Last sekali kami beratur je macam orang lain tunggu taxi. Tak de la lama pun sebab banyak taxi. Masuk taxi pass kan address ni. Senyap. Tak cakap apa. Mungkin dia pun tak faham nak cakap dengan kita orang.

Agak jauh jugak la hotel ni terletak. Tup tup pusing punya pusing. Nampak lah.

"Tu hah !"


Tersergam indah hostel yang bakal kami duduki ini.

Tengok dari luar macam OK. Tapi tengok keadaan sekitar macam hapa je. Ada kedai kedai Cina je banyak. Melilau cari kedai makan Halal. Tapi macam hampa. Tapi kami tengok macam tu je tak de la cari bersungguh.

Masing masing dah keletihan dan tak sabar nak berehat.

Dan. IH uruskan proses pendaftaran bilik.

Lawa jugak la hotel dia ni.



Dan bila tengok bilik dia.

Wah !!!!!!!!

Sorang sebilik. Harga pun murah. USD 61.57 bersamaan RM 187.00 untuk 3 bilik tuh. kira 62 hinggit utk satu bilik tu lah. 

Apa lagi, boleh la abang tidur dan berdengkur tanpa pedoman.




Bilik dia agak cozy. Tak besar tapi cukup la kalau dah sorang dapat satu bilik.

Semua ada dalam tu. TV. Toilet. Meja semua. Aircond dan heater pun ada. 

Apa lagi. Sampai sampai cuci kaki dulu. Kaki busuk okeh. Bau kepam ya ampun. BW bilik sebelah kiri, IH selang satu dari bilik aku belah kanan. Masing masing dapat bilik terus senyap sunyi.

Rasa nak bergulingan tanpa batasan. Tapi serious hotel ni macam best gila !

Lepas berehat beberapa ketika kami semua siap sedia nak keluar semula. Kali ni baru nak rancang mana nak pegi. 

Lepas semua siap kami melilau kat kawasan hotel tu dulu. Pendek kata memang lawa hotel ni. Murah pulak tu.


So. Aim kita orang adalah nak pegi ke Guangzhou Tower.

Nak cakap tak reti. Memula kat reception tu ada minah ni OK cakap English. Pastu bila kita orang turun tinggal mamat Cina sorang. Cakap English tergagap gagap. Kita orang nak cakap pegi Guangzhao Tower punya la dia tak faham.

Last sekali tunjuk gambar dalam map.

Hah. Baru la. Then dia suggest kita orang naik train. Siap suruh tulis nama station lagi dalam bahasa Cina. Tau je la kan, apa apa jadi nanti susah nak berkomunikasi kat sini.

Kami keluar dan menapak lah ikut kata dia. Dia kata ada Subway station di hujung jalan. 

Sempat singgah kat kedai runcit. BW beli cawan sebab nanti nak buat milo tak de cawan. Beli 3 ketul cawan pelbagai warna. Hangut sekali bawak berjalan. Pastu aku beli cokelat dan air. Sempat beli buah jugak lah.

Depan kedai tu ada awek cun. Aku ni konon la nak ajak dia borak. Tanya dia kat mana subway station. Dia nak menerang kat aku tu macam nak menangis.

Sampai sudah aku rasa dia tak faham aku tanya apa. Aku siap buat tangan lagi... zooooom. Bunyi train lah. Dia mengelupar tak reti nak cakap. Dia cakap Cina aku pulak tak faham. Last sekali. OK lah.

Janji dia cun !

Tapi muka cuak gila.

Last sekali nampak la sign subway. So kami pun turun ikut escalator. Punya la jauh nak sampai station tu. Berpusing pusing. Tapi bawah tanah tu macam macam kedai ada. Dah macam bandar dah pun. Jauh pulak tu. Kami berjalan ikut sign je lah.

Nasib la last sekali terjumpa.


Harga train adalah RMB5. Tapi kena tukar train.

Kalau ikut peta, kami bergerak dari point B ke point C. Point A tu di mana station keretapi tadi berada. Jauh jugak tu la kalau nak menapak ke hotel.

Rangkaian train dia agak complicated tapi tak de la macam kat Osaka. Ada few lines je tapi senang nak faham jadi kami tak de masalah. Cuma kena pastikan kami turun dia station yang betul sebelum ambik train lain dan turun di destinasi terakhir kami.


Keluar keluar dari train. 

Dongak !

"Fuh....................... cun gila"

Berdiri teguh, Canton Tower dengan limpahan cahaya yang bertukar tukar warna. Lawa. Terpana kejap.


Dan tower ni memang masuk dalam agenda tempat yang aku ingin tengok dengan mata sendiri !

Dan. Akhirnya berjaya juga sampai di kaki menara Guangzhou ni. 

Struktur dia lawa. Dengan cahaya nya. Memang menarik. Lebih menarik ianya terletak di tepi sungai mengadap  ke downtown Guangzhou tu sendiri. Subway kami lalu tadik, ikut bawah sungai ni la sebab kita orang memang datang dari belah sana. 

Dan di tebing sungai tu memang ramai orang. Ada yang bertenet. Mat mat rempit Cina berbasikal pun ramai. Remaja remaja pun ada duduk bertenggek. Tak lupa pasangan muda mudi, pasangan kekasih pun ada.

Kami melayan diri. Sibuk dok ambik gambar. IH dok sibuk jadi photographer tak bergaji BW macam biasa.





Bangunan tertinggi tu adalah Hotel Hilton. Dan yang lampu banyak tu adalah stadium.

Memang lawa. Cuaca pun agak sejuk. Sesekali ada ferry dan cruise lalu melintas. Memang menarik la pemandangannya.

Kami lepak situ agak lama jugak lah. Pastu berkeliaran di bawah menara. Nak naik tower ni kena bayar. Nak masuk pun kena bayar. Malam malam ada lah macam macam kat atas tu. Atas menara tu ada roller coaster okeh ! Tapi kami check macam mahal gila nak naik. Nama tower ni sebenarnya Canton Tower.

Tapi memang amazing engineering la bangunan ni. 



Pukul 10 lebih kami blah. Sebab subway nak balik ke hotel last pukul 11 malam.

Balik ikut jalan tadi lah dan tukar subway sebelum naik subway sampai ke subway station yang kami naik mula mula tadi.

Masalahnya bila keluar dari bawah tanah tu kita orang jadi terpinga pinga.

"Eh. Kata mana kita ni? Tadik kita masuk bukan gate ni"

Kita orang tak ingat entrance masuk masa memula tadi. Mula la gelabah. Hujan pulak turun. Menapak la dalam hujan tanpa arah tujuan. Pastu tak tau nak gi mana dah.

Last resort !

Tahan teksi. Tapi tak tau nak cakap pulak. Dia tak faham kita orang. Kita orang pun tak faham dia. Nasib baik ada kad hotel. Ada nama Cina kat situ. Tapi dia pun tak tau jalan tu kat mana. Penat la aku dok menyebut berkali kali sampai naik letih.

Dia cuba call nombor tu tak berjaya jugak. Last sekali dia drive je. Kita orang pun tawakal je lah sebab hujan.

"Ni hah !!!!!!!!!!!!! Stop !"

Nasib la mata kita orang ni pun tajam. Nampak la signboard hotel tu. Kalau tak ntah ke mana hala lah. Agak jauh jugak la kita orang kalau berjalan. Yang kelakarnya, nak kata punya la besar kawasan bawah tanah subway tu, kita orang masuk dari arah utara hotel tu, tapi kita orang keluar sebelum naik teksi tu arah selatan.

Kira macam besar gila gila.

Nasib baik. Argjh. Sampai bilik semua tak sedar diri. Kepenatan tak terperi. Perut pulak lapar. Sempat la minum Milo lagi dan makan biskut. Dah naik jemu aku tengok biskut tu. Tapi tu je la yang ada.

Sabar je lah !

Kami semua dah rasa kurus 10 kilo.

bersambung.........

6 comments:

  1. Apa nama hostel ni? serius cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak ingat dah... tapi nama cina sungguh

      Delete
    2. Hanting Hi Inn Guangzhou Liwan Caihongqiao. No.134 Xihua Road, Liwan District, Guangzhou 510170, China.

      Delete
  2. Kertas putih dan kertas cokelat tulis sama, "西华路134号" maksudnya, 134 Xihua Road. Kertas putih ada tambahan perkataan...宾馆.

    Hotel ini dalam tulisan cina adalah 海友客栈 (Hi Inn) pada signboard depan hotel.


    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.... lama baru terjawab kemusykilan aku neh.. hahaha.

      Delete