Pages

Tuesday, December 6, 2011

Makan Dan Pemakanan

Batuk kokol masih melanda dirit. Hari tu dekat Masjid aku beli madu. Kat rumah aku ada stok madu. Ada 2 botol. Dua dua yang lama. Ada 1 dalam peti sejuk, satu lagi kat luar. Penutup dia hilang so aku tutup dengan cawan. Semalam aku check dah ada lipas mampus dalam tu.

Keji punya lipas.

Yang satu lagi dalam peti tu macam keras semacam je. Tu yang aku gi beli tadi. Aku beli madu tualang. Tak tahu la apa bezanya tapi orang tu kata madu Tualang ni lebih mahal. Aku dah siap makan sikit tadi. Dia pesan jugak. Madu ni kalau makan jangan guna sudu besi, guna sudu plastik !

Nanti aku cuba makan supaya hilang batuk kong kong aku ni.

Sakit dada je kalau asyik batuk. Macam nak tercabut pun ada.

Semua pasti tahu madu mempunyai khasiat yang tiada tolok bandingnya. Ini telah diterangkan oleh Allah SWT dalam al-Quran surah an-Nahl ayat 69.

* betul betulkan Kopiah sambil pose pose Ustaz Don

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Dan Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya ; “Madu adalah penyembuh penyakit dan al-Quran adalah penyembuh penyakit hati. Dan hendaklah kamu berubat dengan Madu dan al-Quran. Barangsiapa yang meminum madu 3 kali (diwaktu pagi) setiap bulan, ianya tidak akan terkena penyakit teruk.”

Begitulah hebat dan berkhasiatnya madu sehingga ianya diiktiraf oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran dan RASULULLAH SAW di dalam sabdanya.

Sungguhpun begitu, i’tiqad kita perlulah betul. Sesungguhnya yang memberikan mudharat mahupun manfaat adalah ALLAH SWT sahaja. Tanpa izin ALLAH, madu tiada apa2 khasiat/manfaat.

Masalahnya susah nak tahu madu tu madu asli ke tidak kan?

Rasa madu lebah asli adalah sedikit menyengat (selepas minum terasa macam gatal ditekak dan rasa nak berdehem). Madu palsu pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
Mempunyai bau wangi aroma yang menyengat (bau madu asli sangat unik…kalau hidu secara terus, baunya naik ke otak dan kita jadi agak pening2 lalat)
Warna madu asli adalah sekata (Warnanya sama saja dari atas hingga dasar botol…tidak berbelang, atas warna lain bawah warna lain)
Madu asli dalam botol ada seperti gegelang buih dibahagian paling atas permukaan madu.

Cara nak check samaada ianya madu asli ke palsu ialah ;

1- Masukkan madu dalam sudu besi (½ sudu)
2- Hidupkan sebatang lilin
3- Panaskan madu tadi di atas api lilin
Jika buihnya kecil2 dan sedikit, ianya adalah madu palsu!!  Jika buihnya besar2 dan membuak2 (macam gunung berapi yang nak meletus tu), maka ianya adalah madu asli !

Tapi kalau nak mudah time nak beli tu, ambik sikit letak kat hujung jari. Pastu lekapkan pada hujung ibu hari. Kalau melekit semacam tu, gula lah tu. Kalau madu asli dia tak melekit sangat.

Pastu tau aku beli apa?

Habbatul Sauda. Korang tau itu apa? Banyak khasiatnya.

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. 

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dan sebagainya.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

So, sesiapa yang nak try, boleh mencuba. Mudah dan senang je di dapati habatul sauda ni. Cara makan dia. Bijik dia tu di rendam dalam air suam then minum dengan biji biji dia tu.

Now, usha gambar makanan masa di Koh Lipe tempoh hari. Pakcik tu tokey kedai makan. Dia siap suruh aku ambik gambar makanan dia banyak banyak pastu send kat dia sebab dia nak buat menu baru !

* pengsan



















6 comments:

  1. pulut mangga tuh auwwwwwwwwwwwwpesan wwwwwwwwww bestnyaaaa menyentuh perasaan dan inzallll :)

    cikdu, mau pesan apa nanti kok???

    ReplyDelete
  2. oh ok ok...mau buat baju raya eh.....

    okay InshaAllah noted.........berapa helai???


    untuk OR tak nak kah ???? baju sepasang huhuhuh

    ReplyDelete
  3. dia ada kaler putih je kah? ada sepupu saya mahu laaa

    ReplyDelete
  4. kaler2 krim putih hitam standard aaaaa........ baju muslim namanya......sizenya apa cikdu ??? cikdu size XXL kan?? *matiklaaaaaaaaa* hahahha...cakap sizenya babapk2 :)

    ReplyDelete
  5. amboi XXL pegi nye... nanti la lama lagi kan. bila nak balik tu roger di sini yach

    ReplyDelete