Pages

Wednesday, December 7, 2011

Cuti Cuti Keluarga : Lost World Tambun

Haaaaa

Mana urang? Korang buat apa tu? Apa? Membuta ria?? 

Hujan je sekarang ni kan? Pening nak plan. Nasib baik la aku balik tadi tak hujan lagi. Sedang elok sampai rumah terus hujan turun dengan lebatnya !!

Hah. Lupa nak bagi tau, kalau abang dah bersiaran langsung ni maksudnya aku dah pulang ke pangkuan kotaraya.

Hmmmm penat ada. Keletihan pun ada. Tapi sebenarnya aku membuta terlebih time aktiviti cuti cuti keluarga kelmarin. Ya lah, dah sampai bilik hotel, pastu malas nak keluar, sudahnya aku membuta riang tanpa batasan.

So mana nak mula cerita ni? Meh sini aku story mory morning glory.

Jeng Jong Jeng.

Memang OR cakap nak bawak Hero pegi Waterpark dan dia ajak pegi WetWorld kat Shah Alam tu je. Bagi abang ni pulak..

Apa kelas WetWorld Shah Alam? 

Baik la terus pegi Gold Coast kan?

* mati lah.

Actually, aku tak nak pegi WetWorld Shah Alam sebab aku pernah pegi sana dan aku rasa situ macam hampeh je. Pulak tu orang selalu ramai. So alang alang nak gi berjalan, baik la pegi jauh sikit. Boleh tidur hotel sebab Hero pun kemaruk nak tidur hotel.

Ada few jugak tempat aku rancang memulanya. Nak pegi Bukit Gambang. Tapi aku dah pegi hari tu. Oh ya. Lagipun aku kecewa dan terkilan dengan Bukit Gambang tu sebab aku dulu kan menang voucher penginapan di situ tapi dah expired !

Salah aku jugak sebenarnya.

Nak pegi Bukit Merah Laketown Resort tapi macam jauh. Aku ni dah la malas nak drive.

Nak pegi A Famosa di Melaka tu. Hmm aku tak pernah pegi tapi fikir fikir macam baik la aku pegi ke Lost World Tambun di Ipoh sana. Lagipun macam dah lama tak pegi Ipoh !

Nak sewa hotel di Ipoh pun masalah. Semua bilik penuh sebab last minute. Aku nak check in di Lost World Hotel depan waterpark ni je, tapi penuh. Nasib baik la dapat bilik last minit so semua rencana berjalan dengan lancar.

Bangkit pagi seperti yang di rancang kami terus bergerak ke utara na.



Cuaca pun agak OK. Cerah sepanjang jalan. Kiranya perjalanan agak smooth la sebelum kami singgah berhenti makan.

Dua tiga kali gak la berhenti. Seperti biasa kalau drive dengan kanak kanak ni. Kejap kejap.

"Papa ! Nak kencing !"

Pastu stop.

"Papa. Dahaga lah"

* koma.

Macam tu la budak budak. Banyak betul cekadak dia.

Pastu time berhenti je pantang ada orang menjual.

"Papa. Jom kita pegi situ. Nampak macam ada orang jual la"

Pastu nak air. Pastu nak keropok. Pastu nak itu. Nak ini. Nak senapang ! Nak pestol !

Dari lepas makan tu aku drive terus sampai ke Ipoh. Tak susah nak cari, akhirnya tersergam indah Taman Tema Lost World di Tambun tu.

Excited nak usha apa ada kat sana.


Sampai sampai kat Lost World beli tiket dulu. Harga dewasa RM45. Kanak kanak RM35. Pastu sewa locker RM10. 

Masuk dalam tu terus je tukar baju. Hero dah excited terlebih. Kejap kejap dia ilang. Kejap kejap dia lesap. Aiyo.. Mana budak separuh bogel ni, dah la aku ni kelabu mata. Carik carik dia rupanya dah jadi buaya berkubang dalam air.

Jumpa kolam air panas dulu. Lepak lepak mandi di situ. Pastu baru pegi ke wave pool dia. Kecik je wave pool dia. Ramai orang jugak. Aku ni macam nak mandi dengan tak nak mandi sama banyak. 



Nak sewa pelambung besar tu konon lah. 

Dua tiga kali beratur, habis ! Orang sewa tak pulang so kami gigit jari. Sampai sudah tak dapat nak sewa. Frust jugak la tu.

Lepas mandi ala kadar kami pegi ke Petting Zoo yang baru bukak. Terletak tak jauh dari entrance tu jugak. Ada disediakan keretapi, tapi kami jalan kaki je lah.

Dalam tu ada binatang binatang dan kita boleh bagi makan. Ada burung, arnab, boleh sauk ikan, pastu ada la macam macam lagi.

Paling hebat ada ular !

Kau berani nak bagi makan ular?

Aku nak ambik gambar ular pun bergoncang telur jadi nya. Tatutt !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!






Lepas abis petting memetting bintang tak semenggah kat situ, kami bergerak lagi. Pusing Lost World tu ada tasik dan bukit batu kapur. Damai jugak la suasana tapi setakat tu je lah.

Tak de apa yang menarik.

Lepas tu jumpa Harimau ! Tapi shy shy pulak Pak Rimau ni. Duduk posing jauh jauh, susah aku nak mencapap.



Pastu kami merayau lagi. Kali ni kat tempat main main.

Sambil sambil tu kat situ ada permainan lah. Usha apa yang patut. Nak naik, Hero tak berani. So layan je la tengok orang kiri kanan.





Pastu budak hot separa seksi ni pun nampak air terus la hilang.

Puas la dia paut angan aku ajak pegi ke kolam.

Aku biarkan je dia mandi. Aku perhati dari jauh.

Pastu model separa seksi ni menjadi over ler pulak dengan gaya dan pose pose penuh berahi  bila aku dok ambik gambar dia.









Dari satu kawasan ke satu kawasan lah.

Kalau ikutkan Hero memang dia tak nak naik. Sampai kecut kecut dah.

Last sekali aku paksa jugak dia naik. Pegi changing room, mandikan dia dan tukarkan baju semua siap.

"Seronok tak?"

Aku tanya dia.

"Tak seronok la Papa"
"Kenapa pulak?"
"Tak puas lagi. Kalau lama lama baru la seronok"

Motip lah. Mandi dari pukul 11 sampai pukul 3 petang tak lama macam tu? Aku ni yang rengsa. Most of the time aku teman dia kat pool budak budak, takkan la aku nak pose pose mandi kat situ. Merasa bebudak bertempik lari tengok ada badak berendam kat situ tak sudah sudah.

Akhirnya kami siap siap jugak keluar dari situ.

Hah ! 

OK lah. Personally, aku rasa Lost World ni biasa je. Kalau nak compare dengan Sunway Lagoon, memang la kalah teruk Lost World ni, even kalau compare dengan Bukit Gambang pun aku rasa Lost World ni lebih korok. Cuma dia boleh menang sikit kalau compare dengan WetWorld Shah Alam atau mungkin Desa Waterpark !

So, bye bye Lost World and get lost !



Lepas tu kami bergerak ke Bandar Ipoh.

Hotel penginapan kami di sana je. Dah booking semua siap, kami menginap di Impiana Hotel Ipoh. 

Sampai tu makan dulu bekalan yang di bawak. Ada la lebihan Nasik Goreng, ayam goreng, dan macam macam lagi lah. Makan sampai kenyang jugak la sebelum aku tertidur. 




Bangkit tu dah petang. 

Ingat nak keluar jalan jalan tapi dah malas. Melepak la kat bilik sampai lepas maghrib. Nak keluar lepas tu tengok ramai pulak orang kat lobby hotel.

Ada siapa kawin ntah, siap Sultan Perak datang. Merasa karpet kuning terbentang. Nak keluar parking pun payah. Sudahnya kami lepak kat bilik dan order in room service. OK je la makanan dia. Mahal tu tak mahal sangat standard je cuma jimat bila tak de order apa apa minuman.

So malam aku layan Cerekarama. Hero keletihan tidur awal. OR pun tidur awal. Bangkit pagi pegi breakfast kat hotel pastu naik bilik, aku sambung membuta. 

Sudahnya dekat pukul 12 tengahari aku bangkit dan terus kami bersiap dan balik ke KL. Elok sampai rumah jam 3 petang. 

Tamat cuti cuti keluarga. Minggu ni Papa pegi jalan jalan dengan kawan kawan pulak. Hiks. Kang Hero aku tu merajuk.

"Asyik asyik Papa. Asyik asyik papa jer"

* pengsan.

Dia tak tau ke Papa dia ni ada taik lalat kat kaki dan kuat merayau?

14 comments:

  1. yeahhhhhhhh org ada taik lalat kat kaki memg kuat jalan and maybe jodohnya pun org jauh....like meg...........*matiklaaaaaaaaa* betul ke???? wahahahhaha

    ReplyDelete
  2. org pusat dalam ler jodoh jauh... org yg ada taik lalat kat kaki tu suka pakai seluar pendek sebab tu lalat suka berak situ

    ReplyDelete
  3. sy ada taik lalat kat kaki gak...tapi...x kuat jln pun @ x kuat merayau pun huhuhu....

    ReplyDelete
  4. tak la.........sy ada taik lalat kt kaki memg kuat jalan......tp x mampu lg nk sampai europe waaaaaaaa....

    tak pe JG, kumpul duit banyak2 then kita jalan2 jom..........jgn jalang2 wakakaka.........


    *ngantuk di pagi hari*waaaaaaaa

    ReplyDelete
  5. jejah.. ko tu mungkin taik lipas.. baik kau check balik

    ReplyDelete
  6. OR = Original Recipe @ Orang Rumah?

    ReplyDelete
  7. Bro nak tanya,kalau dr hotel heritage dan impiana mana paling convinience utk ke lost world t

    ReplyDelete
  8. sama je.. ipoh tak de la besar mana..

    ReplyDelete
  9. Maksud saya,convinient dr segi kedai makan,kesesakan jalan dan paling penting kawasan sekeliling.

    ReplyDelete
  10. Syamel : kalau mcm tu my vote goes to Heritage sebab dekat town. Impiana ni mcm kat area ntah hapa hapa sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaekla bro...memang supermeng betui la.blog ko ni pun marvelous.tq so much

      Delete
  11. ok sama sama, have fun bro. tapi hujan2 ni sure x berapa nak fun

    ReplyDelete
  12. kalau nk ke lost world baik pergi waktu weekend biasa.kalau time cuti skolah mmg sesak giler kat dlm tu.nk mandi pun x puas. kadang sampai 5 bas skali datang.parking pun full

    ReplyDelete